Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - 2/2/2011, RABU - 1/2/2011, SELASA - 31/1/2011, ISNIN - 30/1/2011, AHAD - 29/1/2011, SABTU - 28/1/2011, JUMAAT - Post exam - You must do them - scotfield - a message By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Masih di ARMA
Friday, February 4, 2011; 6:05 AMBismillah... 3/2/2011 Hye! Tak ada apa sangat yang berlaku hari ini. Sebabnya keutamaan penerbangan ke Jeddah diberikan kepada kaum hawa. Jadi, faham-faham je la. Perempuan kat sini berjuta-juta lemon. Paling awal pun golongan lelaki akan bertolak pada hari Sabtu. Cumanya, makanan semakin berkurangan. Tengah hari, kami dikejutkan dengan berita bahawa seramai 600 orang pelajar Malaysia akan tiba di ARMA yang akan datang dari Tanta dan Zaqziq. Nampaknya, keadaan ARMA yang dah sememangnya sesak akan lebih disesakkan lagi. Maka persaingan untuk mendapatkan oksigen semakin sengit. ^.^ Dan bilik yang sebelumnya menempatkan 7 orang dalam satu bilik akan bertambah kepada 9 orang satu bilik. Walaupun trip pertama ke Jeddah sudahpun berangkat, namun hal ini sedikit pun tidak membantu kerana yang pergi hanyalah pelajar perempuan. Akibat kebosanan yang melampau, seakan terkurung, maka aku dengan rela hati menawarkan untuk berkhidmat bagi menguruskan bagi penempatan pelajar-pelajar yang akan datang. Bayangkan, 910 orang sudah berada di ARMA, tambah lagi 600, sama dengan berapa? 1510! Osah banyak eh tu. Makin kurang la makanan. +_+ Tetapi bagiku ketika ini, roti kosong pun dah sangat bersyukur. Makan bukan lagi sehingga kenyang tetapi sekadar mengalas perut sahaja. Sebelum asar, akhirnya aku tertidur dalam pada menunggu pelajar dari muhafazoh lain datang. Tapi apa yang tak bestnya, aku mimpi budak-budak tu dah datang. Aiyo. At least, dalam mimpi, bagi la cerita lain. Cerita selain dari Mesir , yang tak ada kaitan langsung dengan Mesir. Owh! Mimpi macam ni memang sangat bosan. Hek! Baik tak payah mimpi je. -.-" Selepas solat isyak, sebanyak 6 bas dari Zaqziq telah sampai. Uh, ramai! Sangat ramai! Macam semut. ngeh3. Seperti biasa, presiden PERUBATAN terleih dahulu memberikan ucapan dan taklimat tentang bagaimana keadaan semasa serta bagaimana plan evakuasi yang akan dijalankan. Rasa macam mengantuk, tapi disebabkan dah 'volunteer' tadi, maka kena juga la buat. Baru la dapat rasa sikit macam mana rasa AJK perubatan yang lain yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan plan evakuasi ini. Ok, jangan mengeluh. Esok, dijangka sebanyak 30 buah bas akan datang ke ARMA membawa pelajar dari Tanta. Siap -sedia la kau! Sebelum tidur, aku hanya membuka emel serta membalas beberapa komen di facebook. Jam sudah menunjukan pukul 1 pagi. Tapi aku masih tidak mengantuk. Mengapa ye? Sebab kau dah tidur petang tadi. haha. Tiba-tiba, aku mendengar pengumuman daripada AJK bahawa nombor giliran sekian dan sekian akan menyertai penerbangan esok. Sudah pasti nombor aku tidak termasuk. So, tak payah la nak mengharap sangat. Selang beberapa minit, tiba-tiba ada lagi satu pengumuman. Semua penghuni ARMA dan pelajar medic kesemuanya akan berangkat ke Jeddah kecuali pelajar yang baru sampai. Haish. Macam pelik. Mungkin baru dapat maklumat terkini dan tergempar. Owh, nampaknya aku akan bertolak lebih awal daripada yang dijangkakan. Lalu aku terus siapkan beg dan apa-apa yang patut. Nak 'adjust' beg supaya beratnya tidak melebihi 7 kg. Owh, susah gak la. Laptop je dah berapa kg. Cam no ni jang? Ketika ini, keadaan di ARMA agak kelam-kabut kerana kami semua diminta untuk berkumpul pada jam 3 pagi di dataran dan dinasihatkan supaya tidak tidur. Masing-masing nampak macam excited je di samping tension sebab beg lebih 7 kg. 3:00 pagi. Semua sudah berkumpul. Dengar beberapa taklimat. Kemudian nama setiap pelajar dibaca satu-satu untuk memastikan tiada yang tertinggal. 1,2,3,4,5,.......Pukul 5:00 pagi. Heh! Osah lamo eh tu. Nama aku tak juga disebut. Mata dah mula mengantuk dah ni. Tapi aku tahu, memang agak susah nak handle benda macam ni. Akhirnya namaku dipanggil betul-betul sebelum azan subuh. Ok, aku akan mengikuti penerbangan ke 3. Apa-apa pun, kena solat subuh dulu. Dan yang agak susah adalah aku dah pakai baju berlapis-lapis dan lapis sebab nak jimat. ngeh3. Dah selesai pun solat subuh. Bila penerbangan aku pun tak tahu. Sebelum solat jumaat ke selepas? Nak solat jumaat tak eh? Haish. Harap semuanya berjalan lancar. Hari ini juga menjadi penentu nasib keadaan di Mesir. Hal ini kerana pihak anti kerajaan memberi kata dua kepada pihak tentera samada akan menyertai kerajaan ataupun menyertai golongan anti kerajaan. Walau apa pun pilihan askar, keadaan tetap tidak akan aman. Tetap akan berlaku kekecohan malah keadaan yang lebih teruk dijangka akan berlaku. Doakan kami semua. Cuma, satu benda yang aku agak pelik, macam mana pegawai di Jeddah nak mengawal kesemua 10 ribu pelajar Malaysia di sana? Mampukah? Tak dapat untukku bayangkan. Sekian~ |