Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Renovate bilik
Saturday, February 9, 2013; 10:27 PM

Bismillah....

Cuti kali ini saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Maka secara tak langsung, saya lebih banyak mengemas rumah. Dah memang hobi saya mengemas kot, nak buat macam mana. 

Setelah setahun lebih saya duduk dalam bilik ni, terasa nak mengubah suasana supaya tidak merasa bosan dan leih bersemangat nak masuk bilik. hihihihi. Tapi kali ni saya membuat perubahan besar-besaran. Dan saya terlebih bersemangat dengan membuat beberapa plan terlebih dahulu. Yela, saya buat 2 je sebenarnya. Lagi 4 tu saya minta kawan saya buat. =)

Disebabkan dah penat mengemas, jadi saya tak larat la nak tulis banyak2. Tengok gambar lagi seronok kan? ^_^ 



Ini adalah kedudukan asal bilik saya.




1st sketch




2nd sketch




3rd sketch




4th sketch done by me!


**Dan tiba-tiba perasan, konsep yang dibawakan sangat berbeza dengan idea yang saya ada. Satu konsep menghabiskan semua ruang digunakan. Konsep saya lebih kepada susun tepi-tepi je. huhu




5th sketch - eh, kenapa berubah gaya lukis?




6th sketch - menggabungkan kedua2 konsep. Done by me! ^_^


p/s : saya lukis lambat sebab saya fikir lama okay~

FINALLY...membuat kerja seorang diri..


Pandangan dari pintu masuk bilik.




Tempat study yang dikekalkan tempat asal kerana mengadap kiblat di samping menghadap dinding berwarna hijau mampu memberikan suasana tenang dan ceria. Dan whiteboard tu dah permanently paku di situ.



Katil yang menyorok di belakang almari menyebabkan tidak mudah untuk orang melihat saya dalam keadaan tidur. Dan tersorok dari cahaya lampu mampu membuatkan tidur yang lebih lena dan berkesan. Warna dinding yang agak gelap juga memberikan suasana tenang. Melihat bendera Malaysia sebelum tidur sudah pasti menjanjikan mimpi yang indah kepada negara tercinta. ecewah!



Ruang rehat yang lebih tertutup. Sesuai untuk bersantai dan berehat bersama rakan-rakan setelah penat study. *kununnye laa* Menggabungkan dua warna pada dinding pasti mewujudkan suasana yang berbeza!


Ruang yang agak luas boleh laa kalau nak solat secara berjemaah. Whiteboard tu pun sangat besar! Jemput study ramai-ramai. hehe =)


 Last but not least, semoga suasana baru dapat memberikan semangat baru kepada diri saya dalam memasuki semester baru selepas cuti ni. Sekian. 

Labels: ,


4 Lovers??



ssmmkk

Bismillah...

Sejak masuk tempat kerja baru ni...

Sangat jarang contact..

Maybe dah semakin sibuk...

Mungkin...

Ke dah lupa..

Kbai.

3 Lovers??



Home alone
Sunday, February 3, 2013; 10:15 AM
Bismillah...


Bermula dari semalam, saya duduk rumah keseorangan. Ececeh. Sorang housemate dah pergi bercuti dengan family. Sorang lagi dah ke bahariya oasis. Sorang lagi baru je ke hurghada semalam. Jadi rumah ni ada sorang je penghuni. Saya. Eh, ada lagi! Pingu kecik. Dia la yang teman saya. Ada lagi sorang. Monyet. Haha.

Owh, bahagianyeeeee duduk sorang ni! -.-"

Dalam keadaan toilet tak siap-siap. Rumah sangat bersepah-sepah. Sampai bila la agaknya aku nak kena pakai kasut masuk rumah. Pakai kasut masuk dapur. Pakai kasut masuk toilet. Dan dari bilik aku nak ke ruang tamu pun kena pakai kasut. Aduussshh. SERABUT sungguh! 

Maka, kesempatan duduk sorang ni, aku bercadang nak kemas rumah. Ya, rumah! Bukan bilik. haha. Aku dah tak kira la orang yang renovate toilet ni nak siapkan ke tak. Yang pasti, aku dah serabut dengan rumah yang berselerak macam ni. This is soooo not me. Dan aku tahu kawan-kawan aku pun semua serabut. Aku nak bentang balik karpet-karpet. Kalau ada orang datang nak baikit toilet lagi pastu dia pakai kasut jugak, memang aku lepuk kepala dia. Ni serius ni. haha

Jadi aku nak kemaskan semua ni biar kawan aku balik dari bercuti semua tenang je. Tak serabut lagi dah. Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selesa, bukan tempat yang rasa sakit hati nak balik.


Hi monkey!


Hi pingu kecik!


Lets go!


0 Lovers??



Pemurahnya akhowat mesir

Bismillah...


Akhowat? Akhowat tu apa? Nama orang ke? Haaaa. Sabar la. Ni saya nak terangkan la ni. ihik! Akhowat yang saya maksudkan dalam post kali ni merujuk kepada pelajar perempuan Malaysia yang belajar di Mesir. 

Buat yang masih belum mengetahui, kami di sini mengamalkan sistem "musyrif". Apa? First time dengar? Nampak sangat bukan budak mesir. haha! Apa? Bukan budak mesir tapi pernah dengar? Nampak sangat ada adik-beradik belajar sini. lalala~Ok, secara ringkas akhowat tidak digalakkan keluar pada waktu malam tanpa ada keperluan dan jika perlu keluar pun, mestilah diteman oleh musyrif! Kan bahaya kalau akhowat jalan sendiri malam2. Eh, musyrif pun tak tahu? :p Musyrif pula merujuk pelajar lelaki Malaysia yang belajar di sini dan bertugas jaga keselamatan akhowat malam2. =)

Ok..Jom masuk cerita....


25/1/2013
Saya dengan Imran menghantar seorang akhowat ke airport. Naik teksi je. Tapi yang peliknya, kalau akhowat senang je nak dapat teksi murah. Kalau ikhwah, bukan main banyak ragam pak cik teksi. haha. Disebabkan akhowat seorang sahaja, maka musyrifnya dua. Nak mengelak berdua-duaan. Begitulah. Sampai di airport, akhowat membayar tambang teksi dalam 30 LE. Yang si musyrif dua orang ni tak bayar mende pun. Aduh, sebenarnya, saya cam rasa bersalah gak. Yela, kan naik sama-sama. Semoga selamat sampai dan selamat kembali ke sini. Tapi balik tu saya dengan imran balik naik metro la. Maleh nak naik teksi. =p


26/1/2013
Ada adik housemate saya datang dari alex. Baru pulang dari LA dan nak ke dream park. Tapi apa kan daya, housemate saya ni terlibat dalam PWtC. Jadi saya la yang kena bawa adik-adik tahun 1 dalam 11 orang ni ke dream park. Bertolak pukul 10 pagi. Eh, kenapa pagi-pagi pun nak pakai musyrif? Sabar ler. Nak cerita la ni. hihi. Sebab tempat tu agak jauh dan pergi sana sampai malam. Maka pukul 10 tu saya dan asyraf pergi la bersama adik-adik yang excited ni ke dream park menaiki tremco yang dah ditempah khas. Dalam 40 minit perjalanan dari Sayeda Zeinab ke dream park sittah october. Dan tiba-tiba adik housemate saya ni dia bayar 350 LE untuk tambang tremco pergi dan balik. Reaksi saya pada ketika itu, "eh, ape ni ape ni?" Kenapa yang si musyrif 2 orang ni tak include dalam pembayaran tu? Kan kita naik sama-sama. Saya okay je nak bayar. Aduhhh..Bersalah lagi. 




Memang excited betul budak-budak ni main. Tapi saya main sikit-sikit je sebab dah pening. haha. Balik tu, kitorang terus ke kedai makan seafood "ibnu hamido" di Sayeda Zeinab bersebelah "ragab son". Ini bukan plan saya okay. Ini plan akhowat. Pastu tiba-tiba ada kawan kepada salah seorang adik-adik ni datang dari Jordan nak join makan sekali. Dan saya pergi la jemput 5 orang kat masjid sayeda tu. Semua tahun 1. Sampai kat kedai makan, saya dah la sorang2 je lelaki. So nak tak nak main game ler dalam phone. Doh tu tak kan nak borak sama. haha. Acap masa ni, ada emergency lain...Sila baca kat bawah ni..




Sebelum kitorg masuk kedai makan tu, ada sekumpulan akhowat keluar. Waktu tu dah malam. Lalu acap dengan cepat tegur, eh, tak ada musyrif ke? Tak boleh keluar malam-malam tak ada musyrif. Kan dah tak pasal-pasal acap ler yang pergi jadi musyrif hantar akhowat tu ke rumah mereka. Tinggallah saya sorang2 tak pasal-pasal. Pastu....selesai makan ikan, sotong, udang dan nasi, dapat resit, tiba-tiba adik-adik ni dah siap duit bayar. Eiy!!! Jap2, saya tak puas hati. Saya keluar duit laa. Nak bayar jugak. +__+ Saya insist nak bayar jugak. Tapi diorang insist tak nak terima. Aduhhhhh..Diorang cakap belanja macam terima kasih jadi musyrif. Tapi saya okay je jadi musyrif. Tapi kalau diorang bayar ni, saya bersalah laa. Mekasih ye adik-adik. 


27/1/2013
Hari ni, izany ajak saya teman dia jadi musyrif. Ada sekumpulan akhowat 6 orang datang dari alex nak ke asyir sebab nak bertolak ke LA dari asyir. Masa tu dalam pukul 3 petang. So saya pakai nipis je lah. Sampai je diorang nak makan dulu. Jadi saya dan izany bawa la ke restoran nil kat sabi3 tu. Kebetulan pula la jumpa abang saya kat situ. ihik! Dan-dan..ikut pengalaman, mesti akhowat ni nak bayar. Dah tepat sangat la tekaan saya. Kenapa pemurah sangat ni??? Saya bukan tak mahu orang belanje tapi saya cam bersalah sikit. Acano tu? Masa makan tu baru izany cerita yang kita kena tunggu sampai pukul 7 sebab bas diorang pukul 7 baru bertolak. Pulak! Kenapa tak bagitahu awal-awal? Malam nanti confirm ler sejuk. Menggigil laaa aku. Terpaksa la pinjam sweater bangah. haha.

Usai solat maghrib, menunggu akhowat nak bersiap-siap kat rumah selangor, saya pun beli la apam balik kat bawah ni. Lama sungguh tak makan! Di bawabah 3, sebelum diorang naik bas, saya bagi la bekalan apam balik tadi kat diorang sebagai bekalan. Tepat2 diorang pun memang nak bagi kek. Pulak. Terima je lah. Sedap pulak tu kek. hihi. Semoga selamat sampai sana dan selamat bercuti ye. Mekaseh belanja makan tadi. 


28/1/2013
Izany sekali lagi ajak saya teman bawa kawan akhowat dia nak ke ma3rad kitab. Banyak sungguh kawan akhowat kau ni izany. Tapi dah alang-alang saya memang nak ke ma3rad, saya ikut la. Walaupun pergi siang-siang, sebab nak balik malam, sebab tu la musyrif dah siap awal-awal. Advance betul! Akhowat ni dari alex. So macam tak tahu jalan kena la tanya orang yang mahir. kui3. :p Malamnya, pulang dari ma3rad, saya dan izany bawa mereka ke restoran melayu di sayeda tu. Em em..saya harap kali ni saya dapat la bayar sendiri. Sebab bilik akhowat tempat lain. Bilik ikhwah tempat lain. Order pun sendiri-sendiri. Saya rasa lega. Fuh..Tapi tapi..tiba-tiba makanan kitorang sudah pun dibayar. Erk. Kan saya dah cakap, akhowat mesir ni memang pemurah. 


Itulah permulaan cuti saya. Berturut-turut jadi musyrif. Sebab ramai yang dah keluar dan tiada di Cairo. Dan ramai pula yang datang Cairo. So mana yang ada la jadi musyrif. Kita tolong orang, orang tolong kita kan? 29 & 30 saya dapat berehat pergi daurah kitab syama3il muhammadiyah. 31 saya ada dinner malam amal perubatan. Tak payah nak bajet sibuk la anwar. booooooooo~

*************************************

Tapi merujuk kepada tajuk post ni, saya nak cakap bertapa akhowat mesir ni pemurah. Elaun yang kami terima lebih kurang sama, tidaklah menunjukkan akhowat mendapat lebih. Tetapi atas dasar terima kasih, akhowat pun nak belanja makan. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa. Mungkin akhowat ni rasa bersalah dah guna masa si musyrif. Dalam masa yang sama, musyrif pun rasa bersalah sebab tak kan la akhowat nak bayar semua. Semoga Allah merahmati dan meredhai segala amalan baik kita semua.

Walaupun saya cakap akhowat mesir ni pemurah, tidaklah saya mengatakan akhowat negara lain tak pemurah. Saya cuma menceritakan perkara yang baik yang berlaku semasa cuti 2 minggu saya ni. Akhowat lain pun baik juga kan? 

Dan tidak juga saya mengatakan akhowat yang tak belanja tu sebagai tak pemurah. Pemurah juga. Allah lebih mengetahui. Cuma saya nak ceritakan tindakan akhowat yang saya cerita tadi tu, semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. =)


No offence. Baca dalam nada yang positif ye. See you! 



Labels: ,


4 Lovers??