Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Kalau bulan sedih, pingu datang?
Saturday, January 26, 2013; 9:08 AM

Bismillah...

Tahun lepas, masa bulan nak pergi ma3rad kitab, bulan macam ternampak pingu masa nak naik tremco tu. Tapi bulan tak berani nak tegur. Satu sebab bulan takut tersalah orang. Kedua sebab bulan ni memang pemalu sikit. eh? Tapi bila dah naik tremco, rupanya pingu tak naik. Maka pingu tertinggal la. Tulaaah, dah suruh ikut tak nak. Kan dah kena tinggal. Masa dalam tremco, tiba-tiba bulan dapat mesej dari pingu. Tadi tak nak cakap. :p

Rupa-rupanya, pingu pun nak pergi ma3rad juga. Laaa. Tapi ma3rad kan besar. Besaaaaarrr sangat. Rasa macam nak tercabut je kaki. Orang yang pakai macam pingu pun ramai. Bulan terkeliru la mana satu pingu ni. Pingu ada cakap, pingu tak nak beli apa-apa pun. Just nak jalan-jalan. Mungkin ma3rad yang terakhir untuk dia. -.-"

Masa bulan tengah duduk dengar mp3, tiba-tiba pingu datang ntah dari mana. Dari langit agaknya. Pingu terkejut, kenapa macam hujan kat tempat bulan. Bulan tak nak bagitahu. *malunye* Kenapa datang sergah macam tu? Bagi la tahu nak datang. Kan bulan dah tak bersedia.

Sebelum pingu balik ke igloo, pingu ada pesan, kalau bulan sedih je, nanti mesti pingu tiba-tiba datang. Tapi mesti kat ma3rad juga. 

Tahun ni bulan nak ke ma3rad lagi. Bulan nak sedih lagi. Sebab bulan nak pingu datang. Boleh? Tak nak pinga! I will be waiting...

Labels: , ,


2 Lovers??



winter break start..

Bismillah...

Alhamdulillah. Bermula hari Khamis, cuti winter saya selama 2 minggu telah bermula. Owh, bahagianya! Tapi kenapa cuti kali ni saya tak jumpa mana-mana kelas yang nak pergi? Peliknya. Tahun sebelum ni banyak je. -.-"

Hmmm. Untuk cuti 2 minggu ni, saya tak ada rancang nak ke mana-mana pun. Nak duduk rumah je. Dan setakat 3 hari cuti ni, dah 2 kali saya ke airport. Yelaah, bukan saya yang nak terbang tapi hantar kawan serumah yang terbang. 

Tapi ada kawan saya ajak saya pergi hurghada. Tapi saya dah pergi dah tahun 2011. Tapi sekarang ni saya tak ada nak ke mana-mana. Tapi saya rasa bosan juga. Tambah-tambah tekanan hidup kat Cairo ni. Aduuuhhh. Selama saya hidup di sini, bersusah payah saya nak berfikir positif dalam setiap perkara. Kalau ada apa-apa berlaku, saya pujuk hati saya supaya berfikir positif dan bersangka baik. Tapi...Perangai arab kat sini sangat menguji dan menguji dan menguji. Apakan daya. Saya telah cuba dan akhirnya, saya rasa terpaksa untuk tidak bersangka baik dengan mereka. =.=" Bersalahkah saya??


Dengan segala tekanan dan ragam dari bangsa arab yang saya hadapi untuk sesi ni, saya rasa macam nak keluar dari Cairo dan tenangkan fikiran. Atau sekurang-kurangnya berjauhan dari orang arab ni. Owh, how I wish I can do that. Tak payah cerita la pasal toilet yang sampai sekarang tak siap2 lagi. Macam mana laaa saya tak marah. Tapi sebenarnya, saya duk marah dalam blog je. Dalam dunia sebenar, saya tak mampu nak buat apa-apa. terima je la. hmm..

Dah la. Apa kata kita cakap pasal benda yang gembira sikit. Sekarang ni pesta buku telah bermula! Hooooreeeeyyyyyyyyyy!!! Tak sabar nak pergi. Saya nak beli buku!! Hoooreeyyyyy! Saya tak akan mengulangi kesilapan macam tahun lepas. Tahun lepas saya dah jumpa buku nak beli, tapi saya cakap nanti la dulu. Saya nak check kat kedai lain. Alih2, pergi semula kedai tadi, buku tu dah di jual. Apekah?? Dah kali ni saya tak nak tangguh tangguh lagi. Sorry to say. haha

.

4 Lovers??



>>sakit jiwa
Saturday, January 19, 2013; 7:21 PM
Bismillah...


Ok, sekarang ni memang saya tertekan dan sakit jiwa. Semuanya berpunca daripada rumah saya yang sangat kelam-kabut!! Please..saya tak tahan la hidup macam ni. +__+

Ermmmmm....

Tolong la tuan rumah. Janganlah tekan kami macam ni. Mula2 cakap kononnya baiki toilet 2 3 hari je. Padahal kau renovate dan tukar macam2. Pastu kau suruh kitorang bayar jugak. Elok lagi 2 hari nak exam, kau start buat kecoh kat rumah ni. Hari ada exam pun kau kacau jugak. Rumah aku sentiasa ada stranger yang buat kerja dan buat kerja sangat LEMBAB! Aku tak selesa. Aku tak rasa selamat ada stranger kat rumah ni. Bangsa kau dah banyak curi barang budak melayu. Now aku lebih berhati-hati. Aku nak pergi ke mana-mana pun terpaksa cancel sebab nak jaga rumah. aaaaaaaahhhhhhhh!!!



Dan kau masuk rumah aku dalam keadaan pakai kasut. Sekarang ni ruang tamu, ruang dapur, toilet, semua dah kotor. Ya, aku tahu, last2 aku jugak yang kena bersihkan. Tapi kenapa kau buat macam ni? Aku penat2 bersihkan rumah, kau sesedap lemon je nak kotorkan. Sedih taw tak? Seriously aku rasa terganggu dengan kehadiran korang. Masuk hari ni dah 6 hari, masih tak siap! Kau janji 2 3 hari. Penipu you! Walaupun dah habis exam, aku kena duduk terperap kat rumah jugak sebab kau tak siap2 kerja.


Tu tak kira toilet yang tak boleh guna sampai sekarang. Tiap2 kali nak mandi or nak buat apa2 yang perlukan toilet, aku kena pergi rumah orang lain. Rumah orang lain bukan dekat. Aku tak boleh bayang betul. Sebelum exam kau buat kacau, masa exam pun kacau, now lepas exam pun kacau. Terseksa betul aku rasa!


Please...saya dah tak tahan la macam ni..


Now, semua yang dah rancang sebelum exam, semua dah tak jadi. Dan ada kawan aku cakap sebelum ni ada dah dak melayu kena baiki macam ni, harga dia sampai 4000 LE. Tapi bilik air aku lagi besar. Maybe lagi banyak nak kena bayar. Dan sekarang perbelanjaan aku pun terpaksa potong sebab nak bayar benda yang tak sepatutnya. Tuan rumah, kau dah banyak kali tekan kitorng. Kitorang dah bayar macam dah. Selama ni aku sabar je. Tapi aku nak tanya, sampai bila kau nak teruskan hidup menipu ni? 


Sedihnya. Saya dah tak tahu nak buat apa dan tak tahu macam mana nak atasi benda ni. Saya rasa saya lemah sangat. Saya hanya mampu tulis kat blog dan saya tahu, dengan cara ni tak mengubah apa-apa pun. hmmmm. :'( Ada orang cakap, kena marah arab ni. Tapi saya tak mampu nak buat macam tu. Saya bukan jenis yang suka marah. Kenapa nak salahkan saya lagi? Tak cukup ke dengan apa yang saya lalui ni? 


hmmm..

Labels: , ,


3 Lovers??



acano ni?
Tuesday, January 15, 2013; 5:50 AM
Bismillah...

Saya pun tak pasti kenapa, tapi bila sehari sebelum exam, tiba-tiba masa ni lah semangat datang dengan luar biasanya serta melimpah-limpah. Nak bagi peluang saya habiskan baca apa yang sepatutnya la. Exam syndrome; berkurung dalam rumah, makan sehari sekali je. Macam mana la kau tak kurus anwar oi. huhu

Tapi, macam biasalah kan, selama 2 bulan belajar pediatrics ni, kehidupan macam biasa je. Tak ada lah masalah yang besar sangat. Tapi, bila dah tinggal lagi 2 hari lagi nak exam, time tu lah tiba-tiba ada masalah. Apekah? Tiba-tiba jiran tingkat bawah 'complaint' rumah dia air menitik-nitik dari atas. Saya pun macam, so??? So dia tak puas hati dia datang rumah check bilik air. Tak ada masalah pun. Tak ada pun paip pecah. hmmm..

Tapi macam biasalah kan. Arab mana pernah nak mengaku salah. Dia pergi mengadu kat tuan rumah pula. Lepas gaduh-gaduh, tuan rumah cakap nak pecahkan lantai bilik air semua, then buat apa ntah, macam water proof i think, pastu simen balik. And it will takes 3 days. Errr...Persoalannya, kenapa? Kenapa 2 hari sebelum exam ni? Dah tentulah rumah akan bising nak pecahkan lantai dan korek pasir2 tu. Nak tinggalkan rumah pun tak boleh, sebab orang yang buat kerja tu kena hati-hati. Kot2 dia nak curi barang pula kan. 

Mengapa??? -.-" 

Ni lah dugaan Tuhan. Sabar ye anwar. 

Sabar...sabar....sabar..

Okay, dalam pada semangat nak study ni, masa ni juga semangat nak update blog. Macam mana kau susun priority kau ni anwar? Ontahlah. Den pon poning ni ha. haha. Mohon doa sahabat2, suapaya saya berjaya ye exam 2 hari untuk subjek pediatrics ni. 




Ok now let me ask you something..Dalam keadaan sejuk2 macam ni, minum nescafe lagi, agak2 tengah2 malam macam ni, macam mana saya nak........errrrr......hhmmmm...+_________+

Dan persoalannya, kenapa tiba-tiba ada tab mandi baru? Mana yang lama? Kenapa?? 

Dan persoalan utamanya sekarang ni, TUAN RUMAH NAK KITORANG BAYAR SEPARUH HARGA RENOVATION NI!! 

Apa ni? Sesedap hati jeee. Hari tu cakap nak baiki yang bocor je, ni dah nak renovate apa bagai, dengan duit dak melayu? Rasa macam dah kena tipu je dengan tuan rumah ni.. +___+ Acano ni? Den dah poning nak exam ni, nak fikir pasal ni pulaaaakkk..kalau ribu2 macam mana???

Poning poning..saya rasa..saya nak sambung study ler..nanti saya update lagi bila dah tepu. huhu..

Labels:


0 Lovers??



Ish, lepuk gak kucing ni kang
Tuesday, January 1, 2013; 11:42 PM
Bismillah...

Bila dah tak ada orang nak cakap, terpaksa la cakap dengan kucing. Tapi....kucing ni main2 pulak. ish!


Nasib la daripada cakap sorang2 kan. +__+


Labels:


2 Lovers??