Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Part time
Tuesday, February 22, 2011; 3:19 AM

Bismillah...


Bertemu kembali bersama saya anwar noor azam. Hihi. Bermulanya hari Jumaat hari tu sampai la hari ahad, saya dengan semangat yang agak berkobar pergi buat kerja part time. Ala, bukan kerja office tu, bukan kerja kat hospital, kat sekolah pun bukan. Kerja aku hanyalah membuat sedikit soal selidik. Bersama saya ada 50 set soalan. Setiap satu set soalan tu ada 92 soalan semuanya. Soalan pun senang je, Cuma bagi rating 1 – 5 samada setuju ataupun tak setuju. Jadi saya kena cari 50 orang dalam masa 2 hari lebih untuk menjawab soalan2 ni.


Heh. Pada mulanya, saya rasa macam sedikit sangat je 50 set soalan ni. Yela, 50 je pun. :p Tapi rupanya...Tidak semudah yang disangka. Nak cari seorang untuk menjawab pun susah! Selepas berjalan berbatu-batu-batu, dan berpeluh-peluh-peluh yang menitik-nitik-nitik, di tengah-tengah-tengah panas, akhirnya dapat jumpa seorang yang nak beri kerjasama nak jawab soalan ni. Baru seorang! Ada 49 lagi. Begitulah seterusnya. Purata, sejam dapat seorang je. Agaknya, inilah rasa salesman selama ni kan. Huhu.


Mana tak nya, jumpa orang je, ada je alasan, sibuk la, dia bukan golongan belia la, tak reti jawab la, macam2! Tak kurang juga yang minta duit kalau nak dia jawab. Tak dapek den boghi do bai. Kesusahan saya menjalankan kerja bertambah sukar apabila seorang polis menahanku sebaik sahaja saya habis solat zuhur di masjid. Dibawa ke balai dan disoal berbagai-bagai soalan. Bengong. Ingat aku penjenayah ke? Heh! 2 jam den duk soal jawab ngan polis. Padahal saya dah bawa segala surat dari mana dan untuk apa saya buat soal selidik ni, semuanya telah jelas, tapi polis ni ‘bega’. Nak gak tahan saya tak tentu pasal. Agak-agak la nak tuduh pun. Last2 lepas gak la. Fuh..


Tapi tulah, orang cakap, setiap benda yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. Kadang-kadang tu, bukan semua yang kita rancang akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan, kan? Banyak benda yang kita tak jangka. Sebab semuanya bukannya berada dalam keupayaan kita untuk melihat masa depan. :)



Photobucket
Kak long oi. upgrade la sket tmpt ni. ngeh3

Photobucket
Lepas penat buat keje, malam makan seafood kat umbai :)


Photobucket
Next day, tukar ke Avillion hotel! Bye3 kak long. :p

Photobucket

Excited je duk hotel. huhu. dah2, sikit2 je gambar. gambar time bekerja xde ye. harap maklum ;))

p/s : tak kisah la balik mesir lambat pun. Biarlah study bertambah lama pun. Dah malas dah nak fikir. Dah takde semangat. Haha.

2 Lovers??



mengeluh
Wednesday, February 16, 2011; 7:49 PM
Bismillah...


Hye! hermm.. Actually, nak tulis entry kali ni pun cam tak berapa nak semangat. Since apa yang dah berlaku kat Egypt lepas habis mid-year exam hari tu, seolah-olah merupakan satu cabaran yang cukup berat bagiku. Terkurung selama 2 minggu, balik sehelai sepinggang.


Sekarang ni, orang akan tanya soalan yang sama. "cuti sampai bila?", "balik sana bila?", "study kat sana macam mana?". Haih! Serabutnya. Jawapannya, aku sendiri pun tak tahu. Kalau Mesir dah aman dan JPA suruh balik ke Mesir semula, baru la aku akan beli tiket dan sambung study. Ramai gak yang cakap, best la dapat cuti. Macam best kan? Tapi, secara jujurnya, aku seakan tidak merasakan nikmat cuti ini. Yela, patutnya kelas dah start, tapi sampai sekarang aku masih di Malaysia. Rasa serba salah je cuti bukan pada waktunya. Kalau nak pergi mana-mana pun, mesti terfikir, "eh, tak study lagi ni". Aduh, susah la macam ni.





Ada orang cakap, "aku tengok kat sana dah aman kan?". Aman apekah? Hari-hari aku tengok press tv, takde la aman pun. Semalam pun masih ada lagi demostrasi. Macam mana kalau benda ni berpanjangan? Macam mana dengan study aku? Masa depan aku? Bila semua ni nak berakhir? Kalau berlarutan sampai setahun, member aku yang lain yang belajar di Russia, UK, Ireland, semua akan grad dulu. -.-" Rasa macam nak mengeluh je hari-hari. :'(


p/s : Bagi yang ada peluang study, sila la jangan malas dan study sampai tahap maksimum. Sedih la dengar bila ada orang mengeluh tatkala mempunyai peluang untuk study dengan selesa, sementara masa masih ada. Nak banding ngan nasib aku dan kawan-kawan yang lain, entah apa la nasib kitorg.

3 Lovers??



our trip
Wednesday, February 9, 2011; 8:55 PM
Bismillah...



Hye. Saya baru sahaja menjejakkan kaki di Malaysia beberapa minit yang lalu. Alhamdulillah. Walaupun banyak cabaran serta rintangan juga dugaan yang terpaksa saya dan rakan-rakan lain lalui, tetapi sekarang ini kami semua sudahpun selamat sampai di tanah air tercinta.


This just a quick update. So, lets enjoy the photos.



Photobucket
Malam sebelum bertolak ke Jeddah. Semua layan movie. Keadaan bilik yang sangat padat. 14 orang satu bilik. Just imagine.

Photobucket
Pagi. Dah tahu akan berangkat ke Jeddah hari ini. Mula siap-siap barang.

Photobucket
Nampak happy sikit selepas kejadian malam semalam.

Photobucket
Dan semakin gembira. ^^

Photobucket
Skema la gambar ni.

Photobucket

Tak sangka orang lain pun ada bendera Malaysia gak. lol. Siap buat ucapan video lagi. Sila tengok kat facebook.

Photobucket
Dah sampai cairo airport. Keadaan sangat sesak. Khemah yang didirikan penuh dengan orang Malaysia.

Photobucket
Pandangan dari sudut lain. Sesak. Sangat sesak. Percaya la.

Photobucket
Luar khemah pun ramai gak orang Malaysia. Haa, tak terkiro ramai eh.

Photobucket
Tak lupa juga kepada orang dari negara mana entah tiba-tiba duk bertapak kat khemah Malaysia.

Photobucket
Bila nama dah kena sebut, boleh la masuk dalam airport. Nasib baik aku dapat flight MAS. Orang lain yang dapat naik kapal terbang tentera, menderita sikit la. :p

Photobucket
See. Agak selesa. Sila bersyukur ok?

Photobucket

Photobucket
Rahim and pak lah. Makan pun nak bergambar.

Photobucket
Macam biasa, sebelum keluar dari kapal terbang, sila keluarkan bendera dan bergambar. Kami anak Malaysia!

Photobucket
Malaysia Airlines. Sudah sampai di Jeddah.

Photobucket
Apa lah nasib saya lepas ni?

Photobucket
Memang tak sangka. Sampai kat bangunan lembaga tabung haji, kitorng kena tidur dalam gudang. Ni lah roman eh kalau nak tahu. Kitorng dapat visa selama seminggu je untuk menetap di Jeddah.

Photobucket
Selepas 3 hari terkurung dalam bangunan pun dah cukup untuk menyeksa setiap jiwa dan raga. Tak ada aktiviti kot. Dengan kesesakan lau lintas lagi. Dengan PEROKOK di mana-mana. Heh!

Photobucket
Akan berangkat ke Jeddah airport dan bermusafir ke Malaysia menaiki Saudi Arabian Airlines.

Photobucket


Photobucket
Jeddah airport. Tak sudah-sudah dengan bendera. Dah makin berkurang orang sebab ada yang namanya tak dipanggil untuk penerbangan kali ini.

Photobucket
Open the door please..

Photobucket
Ihsan kerajaan Saudi Arabia yang menawarkan 2 flight untuk angkut pelajar-pelajar Malaysia pulang. Dari Jeddah akan ke Riyadh dulu.

Photobucket
Sampai sudah di singapore.

Photobucket
Dan kemudian ke Johore.

Photobucket
Makan-makan..

Photobucket
Sebelum berpisah ke negeri masing-masing, sekali lagi bergambar dengan bendera Malaysia.

Photobucket
Ada 4 bas semuanya yang akan mengankut pelajar-pelajar ke negeri masing-masing. Nasib baik Seremban dekat je. Dekat la juga kan.

Photobucket
Last but not least, selamat bercuti masing-masing. Bercuti tanpa gangguan lagi. Seminggu terkurung di ARMA, pastu terkurung di Jeddah. Now, cuti dah nak habis. Kelas patutnya start 12/2. Tapi entah la, pegawai JPA akan uruskan. Yang penting sekarang, the holidays just begin :)

2 Lovers??



Sabar je la
Saturday, February 5, 2011; 1:34 AM
Bismillah...



Semalam, dengan excitednya menunggu giliran penerbangan ke 3 yang telah dijadualkan. Tapi...Just before solat jumaat, penerbangan 3 cancel. Setelah semalam tak tidur, pagi pun tunggu giliran. Haish. Pernah rasa tak macam mana? Diberi harapan yang sangat tinggi menggunung, pastu dikecewakan. Heh! Rasa cam sedih and marah pun ada gak. Tapi apakan daya.



Dengan kehadiran budak-budak dari Tanta. So, sekarang memang sangat sesak kat ARMA ni. Aku pun dah makin serabut. Bila dah ramai, ada nampak macam-macam. Ada yang rambut merah, ada yang merokok. Pergaulan dah tak terjaga.



Hari ini, aku tak makan. Makanan yang dijual kat cafe pun makin berkurangan. Kalau ada pun, mahal. Duit aku pun dah makin kurang. Semuanya sebab elaun JPA untuk bulan 2,3 dan 4, aku tak sempat nak ambil kat bank. Semua bank kat Mesir sekarang ni dah tutup. Sebelum demostrasi ni berlaku pun, bank dah kehabisan duit. Jadi, aku hanya bertahan dengan baki duit elaun bulan lalu. Harap-harap sempat la. Duit makin sedikit. Nak makan pun kena fikir 2 3 kali. Di Malaysia, cerita gempak je nak sediakan bantuan makanan untuk pelajar di sini. Apo cito ni jang?



Sekarang aku pun dah tak semangat nak pergi Jeddah. Penat dah macam ni. Study entah ke mana. Sekarang bilik ni dah ada 12 orang. Meriah gila. haha.Hakikatnya, manusia merancang. Allah juga merancang. Dan pada akhirnya, perancangan Allah itu lebih baik. Semoga aku dikuatkan untuk menghadapi semua ini. Janganlah Engkau meletakkan perasaan resah gelisah serta marah dan penyesalan di dalam hatiku di atas apa yang berlaku ini. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui dan aku tidak mengetahui. Amin~


p/s : perlu ke volunteer pakai baju putera 1 malaysia then merokok di khalayak ramai tanpa segan silu. Bengong betul. Rasa nak sepak-sepak je kau ni!

2 Lovers??



Masih di ARMA
Friday, February 4, 2011; 6:05 AM
Bismillah...


3/2/2011
Hye! Tak ada apa sangat yang berlaku hari ini. Sebabnya keutamaan penerbangan ke Jeddah diberikan kepada kaum hawa. Jadi, faham-faham je la. Perempuan kat sini berjuta-juta lemon. Paling awal pun golongan lelaki akan bertolak pada hari Sabtu. Cumanya, makanan semakin berkurangan.



Tengah hari, kami dikejutkan dengan berita bahawa seramai 600 orang pelajar Malaysia akan tiba di ARMA yang akan datang dari Tanta dan Zaqziq. Nampaknya, keadaan ARMA yang dah sememangnya sesak akan lebih disesakkan lagi. Maka persaingan untuk mendapatkan oksigen semakin sengit. ^.^ Dan bilik yang sebelumnya menempatkan 7 orang dalam satu bilik akan bertambah kepada 9 orang satu bilik. Walaupun trip pertama ke Jeddah sudahpun berangkat, namun hal ini sedikit pun tidak membantu kerana yang pergi hanyalah pelajar perempuan.



Akibat kebosanan yang melampau, seakan terkurung, maka aku dengan rela hati menawarkan untuk berkhidmat bagi menguruskan bagi penempatan pelajar-pelajar yang akan datang. Bayangkan, 910 orang sudah berada di ARMA, tambah lagi 600, sama dengan berapa? 1510! Osah banyak eh tu. Makin kurang la makanan. +_+ Tetapi bagiku ketika ini, roti kosong pun dah sangat bersyukur. Makan bukan lagi sehingga kenyang tetapi sekadar mengalas perut sahaja.



Sebelum asar, akhirnya aku tertidur dalam pada menunggu pelajar dari muhafazoh lain datang. Tapi apa yang tak bestnya, aku mimpi budak-budak tu dah datang. Aiyo. At least, dalam mimpi, bagi la cerita lain. Cerita selain dari Mesir , yang tak ada kaitan langsung dengan Mesir. Owh! Mimpi macam ni memang sangat bosan. Hek! Baik tak payah mimpi je. -.-"



Selepas solat isyak, sebanyak 6 bas dari Zaqziq telah sampai. Uh, ramai! Sangat ramai! Macam semut. ngeh3. Seperti biasa, presiden PERUBATAN terleih dahulu memberikan ucapan dan taklimat tentang bagaimana keadaan semasa serta bagaimana plan evakuasi yang akan dijalankan. Rasa macam mengantuk, tapi disebabkan dah 'volunteer' tadi, maka kena juga la buat. Baru la dapat rasa sikit macam mana rasa AJK perubatan yang lain yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan plan evakuasi ini. Ok, jangan mengeluh. Esok, dijangka sebanyak 30 buah bas akan datang ke ARMA membawa pelajar dari Tanta. Siap -sedia la kau!




Sebelum tidur, aku hanya membuka emel serta membalas beberapa komen di facebook. Jam sudah menunjukan pukul 1 pagi. Tapi aku masih tidak mengantuk. Mengapa ye? Sebab kau dah tidur petang tadi. haha. Tiba-tiba, aku mendengar pengumuman daripada AJK bahawa nombor giliran sekian dan sekian akan menyertai penerbangan esok. Sudah pasti nombor aku tidak termasuk. So, tak payah la nak mengharap sangat.



Selang beberapa minit, tiba-tiba ada lagi satu pengumuman. Semua penghuni ARMA dan pelajar medic kesemuanya akan berangkat ke Jeddah kecuali pelajar yang baru sampai. Haish. Macam pelik. Mungkin baru dapat maklumat terkini dan tergempar. Owh, nampaknya aku akan bertolak lebih awal daripada yang dijangkakan. Lalu aku terus siapkan beg dan apa-apa yang patut. Nak 'adjust' beg supaya beratnya tidak melebihi 7 kg. Owh, susah gak la. Laptop je dah berapa kg. Cam no ni jang? Ketika ini, keadaan di ARMA agak kelam-kabut kerana kami semua diminta untuk berkumpul pada jam 3 pagi di dataran dan dinasihatkan supaya tidak tidur. Masing-masing nampak macam excited je di samping tension sebab beg lebih 7 kg.




3:00 pagi. Semua sudah berkumpul. Dengar beberapa taklimat. Kemudian nama setiap pelajar dibaca satu-satu untuk memastikan tiada yang tertinggal. 1,2,3,4,5,.......Pukul 5:00 pagi. Heh! Osah lamo eh tu. Nama aku tak juga disebut. Mata dah mula mengantuk dah ni. Tapi aku tahu, memang agak susah nak handle benda macam ni. Akhirnya namaku dipanggil betul-betul sebelum azan subuh. Ok, aku akan mengikuti penerbangan ke 3. Apa-apa pun, kena solat subuh dulu. Dan yang agak susah adalah aku dah pakai baju berlapis-lapis dan lapis sebab nak jimat. ngeh3. Dah selesai pun solat subuh. Bila penerbangan aku pun tak tahu. Sebelum solat jumaat ke selepas? Nak solat jumaat tak eh? Haish. Harap semuanya berjalan lancar.



Hari ini juga menjadi penentu nasib keadaan di Mesir. Hal ini kerana pihak anti kerajaan memberi kata dua kepada pihak tentera samada akan menyertai kerajaan ataupun menyertai golongan anti kerajaan. Walau apa pun pilihan askar, keadaan tetap tidak akan aman. Tetap akan berlaku kekecohan malah keadaan yang lebih teruk dijangka akan berlaku. Doakan kami semua.



Cuma, satu benda yang aku agak pelik, macam mana pegawai di Jeddah nak mengawal kesemua 10 ribu pelajar Malaysia di sana? Mampukah? Tak dapat untukku bayangkan. Sekian~

0 Lovers??



2/2/2011, RABU
Wednesday, February 2, 2011; 10:08 PM
Bismillah...



Pagi seperti biasa. Masih lagi berada dalam perintah berkurung. Tetapi pagi ini, mungkin sesuatu akan berlaku. Sesuatu yang mungkin akan mengubah situasi kami di sini pada ketika ini. Terpaut pada wajah masing-masing sedikit harapan, menunggu taklimat daripada kedutaan hari ini. Minta-minta berita gembira la. Selain daripada berita yang gembira, tak nak dengar boleh tak? huhu. Dengan keadaan di Mesir ini semakin teruk apabila rakyat yang berpihak pada kerajaan muncul dan bergaduh dengan anti kerajaan. Mubarak pula tak nak letak jawatan. Aiyo~



12:00 pm. Masih tiada apa-apa yang berlaku. Aku mula resah. Haish. Mana taklimatnya ni? Apo cito ni jang? Rupanya, taklimat yang dijadualkan pada pukul 12:00pm itu telah ditangguhkan. Terbaik la. Sampai bila la nak jadi macam ni. Sebenarnya, aku dah letih, penat, lenguh, capek, dan semua perkataan yang seumpamanya, nak dengar semua khabar angin. Tolong la stop sebar-sebar khabar angin ni. Tolong jangan nak kucar-kacirkan lagi keadaan yang dah sememangnya teruk.



Sebelum ni, aku dah dengar sangat banyak khabar angin. Ada yang cakap seorang pelajar Malaysia mati ditembak, ada yang dirogol, dan macam-macam lagi. Hakikatnya, semua tu tak betul. Kalau kat Malaysia pula, aku dengar orang di Malaysia kebanyakannya dapat banyak sangat maklumat yang salah dan sudah dimanipulasikan. Akibatnya, banyak ibu bapa terutamanya 'mengamuk' dan berang serta amat risau terhadap keadaan anak-anak mereka di sini. Ok, memang sekarang ni keadaan semakin teruk. Tapi, sikap panik sememangnya tidak membantu malah menambahkan lagi masalah.



Aku sangat mengharap supaya keadaan dapat dikawal. Bagi pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia, harap maklumat yang tepat dapat diberikan kepada pelajar juga ibu bapa. Dan dapat memindahkan kami serta menjaga keselamatan kami. Ah, naik pening kepala aku dibuatnya. Semuanya disebabkan khabar angin yang entah dari mana datangnya. Herm. Cuba bayangkan, kat Malaysia, dah siap cerita cairo universiti akan bercuti selama 3 bulan. Tapi bila 'call' sendiri pihak universiti, kami dimaklumkan kelas akan berjalan seperti biasa. Haa. See! Di manakah logiknya orang yang berada di Malaysia lebih mengetahui pasal universiti kami lebih daripada pelajar cairo universiti sendiri yang tinggal di cairo ini. Please again. Stop spreading the rumours.



Selesai solat isyak dan solat hajat, kami diberikan taklimat berkenaan program evakuasi kami ke jeddah. Haa. Akhirnya. Sepatutnya penerbangan akan bermula hari ini, tetapi berlaku sedikit masalah, pesawat tidak dibenarkan masuk ke dalam Mesir, maka sedikit kelewatan berlaku. Insya-Allah, jika tiada apa-apa berlaku, penerbangan kami ke jeddah akabn bermula esok, secara berperingkat-peringkat. Giliran aku mungkin pada hari sabtu. Antara golongan yang diberikan keutamaan adalah orang yang sakit, berkeluarga, mengandung serta golongan perempuan. Bukannya apakah tajaan pelajar itu mahupun apakah bidang yang diceburi. Jelas ye?



Cuba bayangkan, pegawai yang ada 7 orang je. Nak uruskan hampir 10 ribu pelajar di sini. Tolong berikan kepercayaan dan masa untuk pihak kedutaan Malaysia menyelesaikan masalah ni. Jangan duk 'attack' orang je. Cuba letakkan diri kita dalam situasi pegawai tu. Mereka dah cuba yang terbaik. Aku sangat percaya dengan itu. Cumanya, aku sangat mengharapkan pihak kedutaan dapat mengupdate apa yang terjadi kepada pelajar supaya tidak berlaku penyebaran maklumat palsu.



Mohon semua doakan perjalanan kami ke Jeddah akan berjalan lancar. Insya-Allah, berkat doa kalian, semuanya akan baik-baik sahaja. Kami akan duduk di Jeddah sehingga keadaan kembali aman di Mesir. Tetapi, kami hanya dibenarkan tinggal di Jeddah, maksimum sebulan. Jika keadaan di Mesir masih tidak pulih, maka kami akan dibawa pulang ke Malaysia. Please la elok cepat2. Kelas pun start 12/2. Assignment tak siap lagi. Banyak lagi benda nak fikir....


p/s : internet boleh guna start petang tadi. harap maklum.

2 Lovers??



1/2/2011, SELASA

Bismillah...


Keenakan tidurku terganggu apabila terdengar bunyi ‘handphone’ku. Siapa pula la nak ‘call’ pagi-pagi ni? Call daripada malaysia rupanya. Pukul 3 pagi. Haish, wartawan lagi. Penat dah nak bagi maklumat. Selesai solat subuh, aku sempat bersama-sama dalam kelas fekah di ARMA. Alhamdulillah, dapat aku mengisi rohaniku pagi ini.



Uh, hari ini cafe tak buka. Atas alasan nak jimat gas. Bekalan makanan pun makin berkurangan. Aduh! Lapar2! Kedai pun banyak yang tutup. Macam mana? Heh! Banyak cito la kau ni. Lapar sikit je pun. Ngeh3. Nasibku baik apabila aku jumpa kedai yang jual nasi pagi-pagi ni. Hooreeyy ^^ Hari ini dijangkakan lebih 1 juta akan berkumpul untuk membuat protes besar-besaran. Sebab tu lah kami semua kena pindah ke ARMA ni.


Photobucket

Taklimat daripada Pegawai JPA, Encik Hazzam. Terima kasih diucapkan kepada Encik Hazzam. ^^

10:30 pagi. Bersama Encik Hazzam untuk mendengar taklimat ringkas daripada embassy Malaysia. Kerisauan aku sedikit terubat apabila mendengar taklimat daripada Encik Hazzam tentang keadaan semasa yang berlaku di Mesir juga tindakan yang diambil oleh pihak kedutaan Malaysia. Sekurang-kurangnya kami tahu bahawa kami tidak dibiarkan begitu sahaja oleh kedutaan. Tetapi, keputusan masih belum diambil samada kami akan kekal di ARMA, ataupun akan di evakuasikan ke negara jiran ataupun pulang ke Malaysia. Apa- apa pun keputusan akan diberikan pada hari ini juga. +_+


Photobucket
Makanan dicatu. Tapi manusia boleh hidup even tak makan selama 3 hari kan? :p


Kelaparan semakin membuak-buak. Macam-macam perkara bermain dalam fikiranku. Apakah yang akan berlaku pada kami di sini? Macam mana dengan masa depan pengajian kami di sini? Kalau balik ke Malaysia, apakah kami akan teruskan pengajian di Malaysia? Kalau terpaksa ke negara lain, macam mana dengan rumah kami di sini? Barang-barang semua macam mana? Elaun kami kat dalam bank macam mana pula? Haa. Siapa nak jawab semua soalan ni? Terlalu banyak kemungkinan yang akan berlaku selagi tiada keputusan rasmi daripada kedutaan. Aku dah penat nak dengar berita serta khabar angin palsu. Lebih-lebih lagi penduduk di Malaysia yang sentiasa mendapat berita yang tidak tepat tentang keadaan kami di sini.


Photobucket
Perang-perang gak, riadah jangan lupa. ngeh3


Petang, pihak DMAK serta PERUBATAN sempat membuat sukan untuk pelajar-pelajar di sini. Dapat juga lah nak mengisi masa lapang ni ha. Punya la banyak masa lapang sampai tak tahu nak buat apa dalam keadaan tak ada internet, kesesakan yang teramat, tak ada makanan. Layan jo lah.



Malam, selesai solat isyak dan solat hajat secara berjemaah, sekali lagi taklimat tergempar diadakan. Kali ini sudah pasti ramai yang ternanti-nanti apakah keputusan kedutaan kali ini. Semuanya menanti dengan penuh teka-teki yang sedang bermain. Apapun keputusan, harapnya itulah yang terbaik. Keputusannya....


Photobucket
Saat yang menggemparkan. Semua orang ternanti-nanti apakah keputusan daripada kedutaan.

Semua rakyat Malaysia yang ada di Mesir diberi pilihan samada hendak kekal di Mesir ataupun mahu ditempatkan ke negara yang berdekatan. Dan tempat yang telah dipilih adalah Jeddah. Daripada Jeddah, semua diberi pilihan samada hendak pulang ke Malaysia ataupun mahu kekal di Jeddah sehingga keadaan di Mesir kembali aman. Tetapi, jikalau mahu balik ke Malaysia, tiket penerbangan adalah tanggungan sendiri. Maka, esok waktu paling awal perpindahan akan dijalankan. Dan perpindahan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Aku segera menghubungi sahabatku yang ada di iskandariah dan di rumah negeri. Pelik, ramai yang tak dapat meklumat.



Pada mulanya aku sedikit gembira, tetapi apabila aku mendengar ramai yang tidak menyertai perpindahan ini, dan akan menetap di Mesir, aku menjadi pelik. Apakah yang sebenarnya bermain di dalam fikiran mereka? Untuk menetap di negara yang tidak aman, apakah rasionalnya? Persoalan kembali timbul. Dan sekarang sangat mengantuk dan menantikan apakah yang akan terjadi pada esok hari. Nantikan...

2 Lovers??



31/1/2011, ISNIN

Bismillah...


Pagi. Sunyi sepi. Usai solat subuh dan membaca al-quran, aku menyambung tugasku untuk membersihkan rumah. Owh, inilah nasib bila duduk sorang-sorang. Dah tak tahu nak buat apa, terpaksa la kemas rumah. Huhu. Uh, dah hampir siap kemas rumah. Sekarang saat paling mencabar, buang sampah! Malasnya lah nak keluar dah buang sampah +_+ xpe, pergi je. Keadaan nampak aman. Sebuah kedai nampaknya beroperasi seperti biasa.” Dah aman la kot”, sangkaanku.



Pulang ke rumah, aku bermain chess dan dam bersama kawan. Tiba-tiba,”kita dapat arahan pindah ke ARMA”, kata salah seorang sahabatku. Wth! Apahal pulak nak pindah-pindah ni. Aku mula tak sedap hati. Semua pelajar Malaysia yang duduk sekitar kawasan sayeda zainab, zenhomn, munirah, manial, fustat, semua akan pindah ke ARMA (Asrama Rumah Malaysia Abassiah). Ada yang gembira. Ada yang cakap berkemungkinan besar kita akan dipindahkan ke negara lain yang berdekatan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali aman. Ada yang mengharap kerajaan panggil untuk pulang ke Malaysia terus. Haish. Macam-macam tanggapan ada.



Photobucket
On the way nak ke ARMA menaiki tremco

Photobucket
Amir syahid..

Photobucket
Ado yo laie kete kebal ni. Haish. excited tol la!

Apa-apa pun, aku tak nak pulang ke Malaysia. Kalau balik Malaysia, mungkinkah aku akan sambung pengajianku di Malaysia? Oh, ini tidak boleh berlaku. Sistem di sini lain. Mungkin saja aku terpaksa memulakan dengan semester satu kembali. Membazir masa 3 tahun ok?! Jadi, aku tak berapa bersetuju untuk pulang ke Malaysia. So, aku sangat2 mengharap benda ni akan berakhir dengan cepat. Lagi-lagi banyak kerosakan yang dah berlaku. Airport, carefore, kedai-kedai semua banyak yang dah terbakar. Flight keluar masuk pun banyak dah canceled. Tolong lah stop benda2 ni.



Jadi, aku pun segera mandi dan menyiapkan apa-apa yang patut. 3 helai baju, 2 helai seluar, cukup ke? Lantak la. Sebelum keluar dari rumah, aku pastikan semua tingkap ditutup rapi, dikunci, semua pintu juga dikunci. Ya, sudah pasti rumah ni menjadi tanggungjawabku sepanjang pemergian semua ‘housemate’ku ke merata-rata.



Sampai di Arma, mak ai. Osah ramai eh orang. Macam semut dah aku tengok. Haha. Pelik la. Muat ke ramai-ramai nak duduk sini? Haish. Aku juga dapat makluman mungkin makanan yang ada kat cafe pun tak mampu nak menanggung jumlah yang sangat ramai ini.Tiba-tiba baru aku perasan aku terlupa bawa duit. Damn. Duit adalah segalanya sekarang ni. Dengan keadaan bank tutup, duit sangat limited dan semakin kering. Lantas aku mengajak syafieq yang tertinggal hp patah balik ke rumah. Nasib aku baik apabila keluar dari pintu ARMA, nampak pak lah baru sampai naik motor. Ok, pinjam motor pak lah. Wink2. (Syafieq yang bawa ok, aku tak reti bawa motor). Duit selamat , hp pun selamat, alhamdulillah ^^


Photobucket
Sudah sampai di ARMA. :)

Herm. Sampai sekarang, aku tak pasti motif utama kami semua dipindahkan ke sini. Tak ada tindakan selanjutnya. Aku hanya duduk dalam satu bilik yang dipenuhi 7 orang. Can you imagine that? Dah macam pelarian dah kitorang ni. Hope tomorrow will be better. Please~~


p/s : internet masih lagi disekat. Telefon boleh call je, tak boleh hantar msg. Macam katak bawah tempurung pun ada gak ni. Duduk sonyap jo. OFF.

0 Lovers??



30/1/2011, AHAD

Bismillah...


3:00 a.m., aku terbangun gara-gara bunyi bising di luar. Adoihai. Bagi chance la aku nak tidur. Tak dapat tidur. Terus buka laptop dan tengok muvie. Tiba-tiba adikku, aishah, menelefonku dan mengatakan bahawa akan ada seorang wartawan nak ‘call’ aku menanyakan tentang keadaan di sana. Kak murni. Aku kenal, adik kepada kakak maheran. Lalu aku segera memberikan maklumat yang aku tahu (eceh, bajet cemas). Dan kak murni meminta izin mengambil gambarku di facebook. Ok~



Semasa aku sedang memasak bubur, sekali lagi aishah ‘call’. “berita dah keluar! Tapi ada benda kelakar. Apa balang cakap tu keluar tapi dia letak gambar kawan balang”. Hahahahaha. Sangat kelakar. Sebab aku suka guna gambar orang lain dalam ‘prodile picture’. LOL. Owh, lupa nak cerita. Line telefon boleh guna mula petang semalam. Tak tahu sampai bila boleh ni. Tapi internet masih disekat. Keadaan masih tidak selamat. Depan rumah aku ni pun dah ada orang jaga sambil pegang parang. Haish. Kalu kayu ke besi ke, berani gak nak keluar. Kalau parang, lupo kan jo lah hajat. Kang tak pasal-pasal den lak kono tikam. -.-“



6:30pm, ada perjumpaan untuk semua pelajar Malaysia yang berada dalam bangunan ni. Setelah mendengar surat pekeliling yang dikeluarkan oleh MSD (Malaysian Student Department), baru aku sedar bahawa orang ramai yang bersenjatakan parang, kayu dan besi itu bukanlah bertujuan memberontak. Tetapi mereka semua sebenarnya sedang menjaga kawasan perumahan yang ada. Dan disebabkan itu jugalah banyak jalan yang disekat. Antara maklumat yang paling menggerunkan adalah, seramai 2000 orang banduan telah terlepas di Cairo, dan hampir 6000 banduan di Iskandariah. Rupanya, sudah banyak kes kecurian dan rogol sejak banduan-banduan ini terlepas. Inilah yang cuba dielak oleh penduduk di sini. Baru hatiku berasa sedikit lega.



Maka kami juga tidak terkecuali untuk menjalankan tugas. Jadual untuk mengawal bangunan ini telah diagihkan. Giliran aku pukul 12 – 2 am. Terbaik. Time tido. Haha. Sekian laporan ^^

0 Lovers??



29/1/2011, SABTU

Bismillah...


Dalam perjalananku menghantar housemateku, sein, ke airport, aku mendapati polis masih lagi menyekat jalan. Nampaknya, rusuhan yang berlaku bukannya berakhir selama 3 hari. Demostrasi yang berlansung selama 3 hari itu mungkin saja sebagai permulaan. Kereta kebal juga berada di merata-rata. Owh, macam nak berperang je. Sein sudah selamat sampai di airport dan akan berangkat ke UK. Sekembalinya aku dari airport, aku berhenti di Ramsis. Ouch, kat sini lebih banyak kereta kebal. Apakah yang akan berlaku sebenarnya? Aku masih tertanya-tanya. Tapi apa-apa pun, aku sempat bergambar kenangan bersama kereta kebal. Haha. Sempat je.


Photobucket

Ternampak pulak patung ni. Nampak macam menarik la pulak


Photobucket

Kereta kebal dari dalam bas

Photobucket

Keluar bas. Haa, ni baru real punya.

Photobucket

Last but not least, gambar kenangan. ngeh3



Malam. Usai solat maghrib, aku pergi ke kedai untuk membeli minyak masak. Uh, semua kedai dah tutup. Yang kelihatana Cuma golongan lelaki, muda juga tua, memegang senjata di tangan masing-masing. Ada yang memegang kayu, besi, parang. Ini bukan pertanda yang baik ni. Aku segera pergi ke arah lain, cuba mencari jikalau masih ada kedai yang buka. Nampaknya semua kedai sudahpun tutup gara-gara darurat. Tak dapat la aku nak masak :’( Dah la tinggal sorang-sorang.



Sampai sahaja di rumah, aku segera ke bahagian paling atas rumah, tingkat 11. Dari situ, aku dapat melihat banyak jalan yang telah di sekat. Tetapi kali ini bukan polis yang menyekat, tetapi pihak yang memprotes yang menyekat jalan. Herm.. Apa la nak jadi ni. Sesekali dengar bunyi tembakan dan jeritan. Pasti pertempuran berlaku. Aku dapat tahu bahawa balai polis sayeda zainab hanya tinggal dinding sahaja, selebihnya telah dijilat api. Trak-trak polis juga telah terbakar. Aku cuba melelapkan mata...


2 Lovers??



28/1/2011, JUMAAT

Bismillah...



Keadaan semakin teruk di sini. Hari ini, rankaian internet dan telefon telah disekat. Owh, ini sangat tidak adil. Bil internet dah bayar kot. +_+ Sekarang ini aku tak dapat nk berhubung dengan siapa-siapa. Semuanya bermula daripada revolusi di Tunisia, kemudian diikuti demostrasi di Mesir. Sekarang, Yaman pun dah mulakan protes ke atas negara mereka. Apakah maknanya semua ini?




Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa demostrasi ini dilakukan oleh rakyat di seluruh Mesir. Demostrasi ini bertujuan menjatuhkan perdana menteri Mesir yang sudah memerintah selama 30 tahun. Lama kan? Inilah kita namakan diktator. Nampaknya rakyat sudah bosan dan bangkit untuk mengusir pemerintah ini.




Setelah rangkaian internet dan telefon disekat, kononnya ingin mengawal tersebarnya maklumat, aku teringat kata-kata kawanku bahawa hari ini merupakan hari demostrasi besar-besaran di seluruh Mesir. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke kawasan demostrasi dan melihat sendiri apa yang berlaku. Ya, aku tahu risiko yang bakal aku hadapi. Tapi keinginanku untuk mengambil tahu itu melebihi daripada aku memikirkan tentang keselamatanku.




Maka aku bergegas mandi dan bersiap. Aku mengambil keputusan untuk pergi bersendirian tanpa memberitahu kawanku. Jikalau aku beritahu, sudah pasati dia tidak izinkan aku pergi atas alasan bahaya. Jikalau begitu, lebih baik aku pergi secara senyap. Pada mulanya, aku bercadang untuk pergi sekejap sahaja dan balik sebelum solat jumaat. Tapi...




Saat aku naik metro (komuter versi mesir) sepatutnya aku berhenti di stesen sadat, tempat berlakunya demostrasi itu. Tapi metro yang aku naiki tidak berhenti di stesen itu. Stesen seterusnya, naseer, tak berhenti juga. Haish! Stesen berikutnya, orabi, barulah komuter berhenti. Aku terus keluar dan menuju ke Tahrir. OMG! Memang banyak lori-lori polis. Polis pun dah bersepah-sepah. Aku beranikan diri melangkah. Tiba-tiba azan berkumandang. Nampaknya terdapat perubahan rancangan. Aku terpaksa duduk lebih lama di sini.



Photobucket

Lori polis di merata-rata


Photobucket

Ambil gambar senyap-senyap sambil lintas jalan



Lalu aku pergi ke masji yang berdekatan. Ops..Aku tersalah tempat rupanya. Ketika aku mendengar imam memberi kuthbah, baru aku perasan sebenarnya aku berada di kawasan polis. Aku bersama kelompok polis. Aku mula fikirkan macam-macam. Kalaulah tiba-tiba ada protestan yang datang buat letupan berani mati ke. Huu. Semasa imam sedang berkuthbah, tiba-tiba seorang polis bangun dan menyuruh imam membaca dengan cepat. Sungguh biadap kelakuan itu pada pandanganku. Padahal, semasa imam sedang berkuthbah, makmum tidak dibenarkan bercakap. Lalu imam mempercepatkan bacaannya. Selang beberapa minit, sekali lagi seorang polis bangun dan memarahi imam. Maka imam terus membaca doa bagi menamatkan kuthbah pada kali ini. Tatkala imam membaca doa, polis tu suruh semua makmum yang ada untuk berdiri sedangkan bilal belum lagi melaungkan iqamah. Melampau betul la polis ni.




Selesai solat, semua polis bergegas ke tempat masing-masing. Aku cuba cari Mc’d untuk membeli makanan. Ouch. Polis semua dah jaga. Tempat ni dah dikepung. Aku tak boleh pergi ke mana-mana. Tiba-tiba, aku dengar bunyi bising dari arah kiri. Aku bergegas ke sana. Ya, para protesan sudah memulakan demostrasi mereka. Sangat ramai. Beribu-ribu-ribu. Polis yang menjaga kawasan itu menghalau aku supaya pergi ke tempat lain. Aku terus pergi ke tempat lain.


Photobucket

Protes bermula..

Polis semua sudah bersiap-sedia dengan kegala kelengkapan. Di saat polis menjerit dan berlari ke arah para protes, jantungku berdegup sangat kencang. Sangat mendebarkan. Aku cuba merakam menggunakan hp aku secara senyap. Kalau terkantoi aku merakam, mungkin saja polis akan menahanku. Tak sampai beberapa ketika, beberapa polis lalu di hadapanku sambil membawa beberapa orang yang terlibat dalam protes ini. Beberapa orang telah ditahan dalam keadaan berdarah-darah. Ada yang bersenjatakan kayu dan getah. Aku mula berfikir, lebih lama aku di sini, ada kemungkinan aku akan kena macam ni.


Photobucket

Polis yang berkelengkapan bersedia untuk bertempur dengan protestan

Aku segera cari jalan pulang. Namun, semua tempat telah dikepung. Aku tidak boleh keluar sama ada melalui arah kiri, kanan, depan mahupun belakang. Habislah aku. Aku terpaksa duduk di sini sampai keadaan tamat. Persoalannya bilakah ini semua akan tamat. Adakah akan berlanjutan sehingga malam?




Nasibku baik. Seseorang datang dan bertanya kepadaku, “ruh feen?” (nak pergi mana). “kasr al-aini” jawabku ringkas. Dia segera membawa aku berjalan ke arah kasr al-aini. Sudahku jangkakan, bukannya mudah untukku melepasi kepungan polis ini. Mahmud cuba berbicara dengan polis mengatakan dia ingin membawa aku ke kasr al-aini. Tetapi polis tidak membenarkan. Dan kami terpaksa berjalan sangat jauh mengikut jalan lain. Aku merasakan selamat ketika aku bersamanya. Sepanjang perjalanan, banyak benda yang kami bualkan. Dan mahmud sempat belanja aku minum air tebu. Setelah sekian lama aku berjalan, akhirnya, aku sudah sampai ke kasr al-aini. Alhamdulillah.




Tetapi kasr al-aini Cuma kawasan universitiku. Kediamanku terletak di Zenhoum, dalam 20 minit dari sini. -.-“ Nampaknya, memang banyak jalan yang telah disekat oleh polis. Aku terpaksa mengambil jalan lain untuk pulang ke rumah. Rupa-rupanya, berdekatan dengan kawan aku, sayeda zainab, berlaku juga “pertempuran” antara polis dengan protestan. Owh, keadaan sangat tidak aman. Aku terus pulang...

0 Lovers??