Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Pasca obs & gyne
Thursday, June 13, 2013; 5:24 PM

Bismillah...


Usai exam O&G (obstetric & gynecology) paper 2, aku ternampak seorang rakanku. Nun jauh di sana. Diam. Termenung sambil tangan menongkat dagu. Ya, aku dapat rasakan. Suasana pada kali ini sungguh berbeza. Seluruh dewan seakan menyepi kesedihan.

Kebiasaannya, orang akan gembira dan berasa sedikit lega apabila habis exam. Apatah lagi subjek O&G adalah tajuk terbesar untuk tahun ni. Namun bukan itu keadaannya. Belum pun sempat kesedihan dan terkejut dengan kertas 1 dua hari lepas reda, ditambah pula dengan kejutan kertas 2. Pedih. Hatiku bagai dicucuk.

Pada saat ini tiada kata mampu ku ungkapkan. Sudah seminggu aku bersengkang mata. Tidurku tidak lebih dari 3 jam. Dalam terang mahupun gelap, ku gigihkan usaha. Membaca dalam malapnya, ditemani cahaya lilin. Sebagai persediaan, untuk menghadapi subjek ini. Aku tahu. Bukan senang nak berjaya. Aku teruskan usaha.

Hari ini...
Sudah dua kertas berlalu. 330 markah. Tapi. Aku kecewa. Kecewa. Sebulan ku persiapkan diri. Namun, pabila tiba saatnya, aku seakan tidak bersedia. Tiada kekuatan. Aku sendiri tidak tahu di manakah silapnya. Aku merasa diriku lemah. 

Hanya mampu berdoa. Dan mengharapkan keajaiban. Semoga hari mendatang lebih bahagia. 

p/s : pasca exam O&G yang sangat susah!

2 Lovers??



blackout > 12 jam
Saturday, June 1, 2013; 7:46 AM
Bismillah...

Owh, satu jun sudah. Dah makin dekat laa nak final exam. waaaa. Ada lagi 9 hari lagi. Alhamdulillah, saya baru je habis beberapa soalan past year. Ada lagi. Banyak lagi. Tapi saya plan nak habiskan hari ni juga. Ya, mesti. Wajib. Hari ini juga. Ya, hari sabtu. Jangan banyak soal lagi. hihi. Yelaaaaa. Nak rehat kejap tulis2 blog boleh kan? :)




Pada waktu ini, pukul 7:10 pagi. Aku masih lagi berjaga. Belum lagi melelapkan mata. Semangat yang gigih memaksaku untuk menghabiskan soalan past years. Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan berjalan lancar. Sebabnya mudah. Kerana kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik. Sedang aku sebagai manusia, tidak tahu apa yang telah dirancangkan oleh Allah untuk diriku. 

Semalam, menyaksikan tahap kesabaranku sekali lagi diuji dengan beratnya. Dalam keadaan panas, pukul 12:30 malam, tiba2 "blackout"! Gelap. Sunyi. Cahaya torchlight sahaja yang mampu memberikan sedikit cahaya. Aku diam. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tapi aku yakin, bekalan akan bersambung selepas satu jam. 

Aku tunggu..

3 jam sudah berlalu. Masaku berlalu begitu sahaja. Tiada tanda2 bekalan akan bersambung. Diriku berasa lemah. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Study? Ah, gelap-gelap ni. Tidur? Panaslah dan mataku tidak mengantuk. Hanya dapat berbual dengan kawan-kawan serumah. 

Dan tiba-tiba azan subuh berkumandang pukul 3:15 pagi. 

Usai solat subuh berjemaah, hatiku mula tidak tenang. Bila agaknya boleh aku sambung ulangkajiku yang masih berbaki berpuluh soalan. Akhirnya, pukul 6 pagi, bekalan elektrik disambungkan. Ah, lega. Alhamdulillah.

Lantas aku mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. "Owh, pesanan dari ibu". 

Ibu : bagi nombor akaun bank kat belakang kad tu.
Aku : (nombor akaun bank)
Ibu : balik tak tahun ni?
Aku : tak (jawabku ringkas)
Ibu : ibu beli tiket...

Aku terhenti. Aku terdiam. Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab. Aku tahu. Aku tidak mahu pulang. Aku tak nak bazirkan duit ibu ayah. Adik-adik lebih memerlukan. Dan aku sudahpun merancang sesuatu di sini. Namun..bagaimanakah harus aku jawab dengan baik kepada ibu? Fikiranku bercelaru. 

Aku : Mahal la tiket. Tak yah la membazir....(aku terangkan rancangan aku kepada ibu)
Ibu : xpe. Duit ada je. (tanpa menyebut tentang rancangan aku)

Aku terdiam lagi. Lama aku fikirkan. Lambat aku membalas. Aku tanya kawan2 lain.

Aku : em...tapi nua ingat nak belajar kat sini (aku cuba kuatkan diri)
Ibu : kalau macam tu oklah. Ibu doakan nua. 

Bertapa susah untuk aku katakan "tidak" dalam situasi ini. Aku sangat dilemma. Siapa yang tidak mahu pulang ke negara sendiri? Siapa yang mampu menolak tawaran pulang tanpa mengeluarkan wang saku? Tapi...Aku terpaksa. Aku ada alasan tersendiri. Tapi aku tak nak ibu sedih. Aku sangat berharap ibu dapat memahamiku. 
Aku masih rasa bersalah. Namun aku perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Ya Allah, bantulah aku. Tenangkanlah hatiku. Aku mengikut apa jua ketentua-Mu ke atasku. Sungguh hamba-Mu tidak tahu apa yang telah Engkau sediakan untukku. 

Tak sampai 30 minit, bekalan eletrik kembali terputus. Gelap. 

Berterusan. Sehinggalah pukul 3 petang. Namun baru sekejap ada, terputus kembali. Apa yang tak kena dengan negara ni? Kesabaranku mula memuncak. Aku merasa tidak berdaya lagi. Dalam keadaan panas. Tiada air. Tiada kipas. Tiada lampu. Tak boleh nak study. Tak boleh nak tidur. Segala-galanya tak boleh. -.-"

Beberapa minit sebelum maghrib, akhirnya bekalan eletrik disambung semula. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Hatiku sudah bersedia jika sekali lagi terputus. 

Owh Mesir! Sudah hampir 5 tahun aku menetap di sini. Namun aku tidak akan pernah mengenalmu. Kesabaranku akan sentiasa diuji. Aku perlu tabah. Aku perlu kuat. Semua ujian ni bakal menguatkan diriku pada masa hadapan. Ya, 9 hari lagi. Aku perlu fokus. Fokus. Fokus! 

Final exam sebelum aku melangkah ke tahun akhir pengajian perubatanku. Moga dipermudahkan. Insya-Allah. 


2 Lovers??