Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

daa~
Sunday, November 27, 2011; 11:18 PM

Bismillah...


Erm, tak tahu macam mana nak mula ni. Ada beberapa perkara. Ada berita baik, ada berita kurang baik. End up, pening! +_+


Firstly, saya baru lepas main hujan tadi. hihi. Mula-mula main bola, pastu hujan sikit-sikit. Pastu tiba-tiba hujan lebat. Terpaksa la bermandi hujan. heeee. Lagipun, kat sini dah lama sangat tak hujan. Setahun boleh kira berapa kali hujan.


Pagi tadi dah start kelas. Community medicine. Somehow, dilantik jadi co-leader untuk class. Terima je la. hik2. Tapi....Jadual untuk subjek ni agak berat sebenarnya. Tiap-tiap hari start kelas pukul 8 sampai pukul 3 petang. Siap tak tahu bila waktu nak solat zuhur pulak tu. Haih! Ni namanya kejutan budaya. Subjek forensic sebelum ni, kelas kejap je. Start lambat, habis awal. Kadang-kadang kelas 2 jam je. Then tiba-tiba subjek "commed" jadual pack. Uh, ni yang sedih sebenarnya. Lama-lama biasa la tu kot~ Tapi, nanti kena jumpa masyarakat arab, kena tanya soalan dan buat praktikal. Of coz kena cakap bahasa arab. -.-"


Kenapa banyak sangat "tapi" ni anwar? Jangan cari alasan, cari penyelesaian. -.-"


Next berita baik, esok cuti sebab ada pilihan raya kat mesir, terutama cairo. Harap-harap semua berjalan lancar la. Tak nak la ada kecoh-kecoh lagi lepas pilihan raya ni. Urusan saya nak buat visa pun dah terbantut. Please. Banyak lagi benda lain nk fikir ni. Just vote then live as usual. One good thing is, rate duit mesir dah jatuh sebab revolusi ni. Now 1 usd = 6.04 LE. Buat pertama kalinya sejak saya datang mesir ni, rate duit sampai angka 6. hihi. Mata duitan sungguh kamu ni anwar! ($.$)"


Pelik dengan pengurusan JPA. Sampai sekarang, ada student yang still tak dapat elaun untuk bulan 11. Agak-agak la kan. Nak beli buku, bayar sewa rumah, nak makan lagi. Come on JPA, dah nak masuk bulan 12 ni. It's not me, but my friends. Saya cuma menyatakan rasa kesal je. huhu.


At the moment, saya tak rasa saya tengah ok sekarang ni. Something is on my head. Definitely I didn't write everything here. Even if I write something, the way I see it is not the same with the way you understand. You may understand something completely defferent from what I want to say. hihi. Doa-doa lah semua ok. Take care all. Bye2 fb, bye2 twitter, bye2 blog. I'm too busy for you now. Don't miss me~

2 Lovers??



insomnia --> fever
Saturday, November 26, 2011; 12:31 PM
Bismillah...


Semuanya bermula bila saya ada 'end round exam' untuk subjek forensic & toxicology. Yela, 20/11 tu habis silibus, 22/11 terus exam. So, I decided not to sleep. Studying... Also on 24/11 I have practical exam. So, again, I have to study and memorizing... Of coz, I take cups of coffee. I guess it's the best brain stimulant. And it works!


For the exam, it was great, except during practical exam, there was a test tube filled with spaghetti. What the heck is this? I never seen this before. Then I read the question, "what type of firearm is it?". Gosh, this is not a gun, this is FOOD! I'm thinking...Cartridge, no. Missiles, no. Wads, completely no. Then one more left which is gun powder. Urgh! Seriously, this is spaghetti. And the answer is smokeless powder. lol. It's okay. Just move to the next station. -.-"


After I finished my practical exam, someone told me that today is the last day to submit our assignment. Guess what, I didn't complete it yet. -.-" I rush to my house, open my laptop, and typing as fast as I can. hihi. typing.....and COMPLETE! It's 11:00 a.m. Rushing back to the university. Finally. Fuh~ (jangan la tiru buat kerja last minit macam ni) Lepas ni akan masuk round baru. Community medicine!


Entah macam mana ada kawan arab ni nak datang rumah. Aduh. Orang tengah mengantuk sangat ni. Please la datang hari lain. -.-" Disebabkan ada tetamu, tak dapat la nak tidur. Sampai petang. Then, malam tu tiba-tiba rasa macam nak demam. Oh, ni bukan petanda baik ni. I'm just wondering does it the side effect of not sleeping or taking caffeine or both or something else. +_+ Whatever the reason is, saya sangat2 pening kepala. Badan tak larat. Tepat-tepat pula masa demam tu kena masak. Mula-mula ingat nak order je makanan. Tapi last2 masak gak.


The weird thing is, malam tu, dalam keadaan suhu 13 degree, tapi saya rasa panas. Sampaikan saya terpaksa bukak baju and bukak kipas. Uh, what happened to me???


(to be continued...)


p/s : Selamat menyambut tahun baru hijrah yang ke 1433. Tak sangka sini sambut awal sehari dari Malaysia. What about your place? Take care =)

0 Lovers??



Give me something, I will keep it forever. ♥
Sunday, November 13, 2011; 9:58 PM
Bismillah...


Mula-mula kunci saya hilang. Pastu cari2 dalam beg, tiba-tiba jumpa tiket ni. Tiket masa evakuasi dulu. huuu. ^^




Dah memang jadi tabiat saya suka simpan benda-benda macam ni. Macam ada prinsip ni, "give me something, i will keep it forever". :) Entah la. Sesetengah orang anggap tak ada pape. Tapi bagi saya, saya suka simpan benda walaupun sekecil-kecil dan remeh benda tu. Sebab bagi saya, semua benda tu ada kenangan dan sejarahnya yang tersendiri. Sebab tu la, sampai sekarang ni, kalau pergi tempat makan, saya ambil tisu dan simpan. Kad birthday, wish good luck, plastik balut hadiah, boarding pass masa tahun 1 dulu dan lain2. Saya suka simpan. hihi. Even after 20 years....You will never regret to give me something. *wekh!puji diri sendiri* hihi. Tak de lah. Just dah jadi habit cam tu. Sort of appreciation kot. Dah la, tak ada apa pun nak cerita sebenarnye. Kunci pun dah jumpa. Nak study dulu. Nanti ada exam. Wish me luck. daa~


2 Lovers??



quick update
Saturday, November 5, 2011; 4:27 AM
Bismillah...


Hey!
Baru tadi update, ni nak update lagi. hihi. Tadi tu cerita minggu lepas punya. Haaa. Bagi chance la kan. Lagipun, org baru je habis meeting selama 4 jam malam tadi. Mano tak poning kepalo. Tapi tak kisah la sebab sekarang ni dah start cuti sempena aidiladha selama seminggu. horrey! =)


Dah lama sebenarnya cari masa nak update blog ni. Kesian kat dia dah lama org tak update. Yela, tiap2 hari dalam list benda yang nak buat, mesti ada update blog. Tapi...biasalah kan. Kerja bertimbun-timbun *bajet~* Heh! Sedap2 je nak cakap org bajet en. Memang bertimbun pun. Bilik pun tak terurus dah. Nasib baik lepas jumaat tadi org paksa gak kemas bilik ni. Baru lah ada rupa bilik. hehe. So far, kerja org sebagai bendahari sambutan aidiladha ni ok la. Lagi dua hari je lagi nak raya. Alhamdulillah, ramai yang mahu menderma dan memberi sumbangan. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang lebih baik kepada semua yang terlibat. Insya-Allah. =)


Kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni, tahun ni la paling mencabar sekali. Bermula dengan tak dapat sponsor, kemudian EM tak nak buat sembelih dengan PERUBATAN, kemudian EM tak bagi guna dewan Malaysia atas sebab yang pada pandangan org tak munasabah la. Tu tak kira berunding dengan arab yang dah sedia maklum amat putar alam. Cakap berbelit-belit.


15/11 ni, insya-Allah akan ada mid-term exam. So sepatutnya cuti ni kena study. Org harap lepas habis sambutan aidiladha ni, org akan banyak sikit la masa nak study. huhu. Tapi2, ada kawan org ajak pergi hurghada 8,9,10 ni. Aduh. Cam ne ni? Tu tak kira ada yang ajak pergi manchester sebelum raya ni. +_+


Apa-apa pun, org rasa lega sikit lepas meeting tadi. Setakat ni semuanya berjalan lancar. Cuma nak kena buat beberapa laporan dan anggaran belanjawan dan ambil duit sumbangan dari wakil pelajar. Bilik pun dah kemas. Kelas pun dah cuti. Blog pun dah update. Sewa rumah puh dah bayar. Rasa macam banyak benda lagi org nak update dalam blog ni. Tapi...nantilah kot. Ni org update dua entry pun curi-curi masa. Nanti org ada masa org update lagi ea?


Erm, org rasa org nak hilangkan diri la. Biar semua org tak dapat cari. Bye2~~


2/11/2011 | ACC


4 Lovers??



Kutub Sittah

Bismillah...

Photobucket

Alhamdulillah. Pada 29, 30, 31 oktober yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah menghadirkan diri dalam majlis kutub sittah. Dalam majlis ini, beberapa orang sheikh dijemput untuk membaca dan memperdengarkan bacaan hadis. Memandangkan majlis kutub sittah ini adalah siri yang ke 3, maka pembacaan hadis sahih bukhari disambung daripada siri ke 2 iaitu bermula pada hadis ke 3190.


Majlis bermula seawal 8 pagi dah tamat pada 8 malam. Hari Sabtu berjalan seperti biasa kerana kami memang cuti pada hari itu. Pada hari Ahad, awal-awal lagi dah pergi bertolak ke majlis kutub sittah. Kemudian, semasa waktu rehat kami bergegas pergi ke universiti sebab ada kelas pukul 12 - 2. Habis kelas, terus patah balik sambung mendengar pembacaan hadis. Nasib baik kelas dua jam je kan. =)


Photobucket


Daripada majlis ini, saya begitu kagum dengan sheikh-sheikh yang hadir dan membacakan hadis. Begitu lancar sekali. Dalam masa 3 hari, lebih 1000 hadis telah dibaca dan diperdengarkan. Walaupun saya tidak memahami 100% hadis yang dibaca akibat tidak betul-betul mahir dalam bahasa arab, tapi sheikh pesan dalam majlis ni terdapat berkat. Dan secara tak langsung telah menyuntik semangat saya untuk mendalami bahasa arab. Semoga Allah permudahkan pembelajaran saya ini.


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Selepas 3 hari duduk bersama sheikh, pada hari ke 4 saya menghadiri kelas seperti biasa. Tiba-tiba rasa rindu nak dengar hadis lagi. Aduh.. Rasa macam sekejap pula 3 hari ni. hihi. Rasa rugi pula tak join siri 1 dan siri 2 dulu. Haih, 3 tahun duk sini sebelum ni rasa rugi pula. Apa-apa pun, tahniah kepada PMRAM yang telah menganjurkan majlis seperti ini. Semoga majlis ini dapat diteruskan dalam siri ke 4 tahun depan. ameen.


p/s : Terkejut bila sheikh ali jumuah, mufti mesir, datang masa majlis penutup. Nasihat daripada sheikh amat bermakna. ^_____^


4 Lovers??