Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Last round.
Saturday, March 29, 2014; 2:59 PM

Bismillah...


Di saat mendapat berita ada kawan di Malaysia sudah pun graduate, kawan-kawan dari russia dan jordan menunggu masa nak final exam dan akan habis tak lama lagi, aku pulak baru nak start round surgery. Lambat sikit habis kalau ikut sistem di Mesir ni. xpe2. Keep calm and be a medical student. =)




So, hari ni dikhabarkan adalah hari pertama untuk round surgery. Round terakhir selama 6 tahun belajar di sekolah perubatan ni. Round terakhir sebelum final exam. Round terakhir sebelum menamatkan sekolah. Round terakhir sebelum melangkah kaki sebagai HO. 


Maka aku bersemangat untuk memulakan round terakhir ini. Dan kelas pagi belum start lagi. Hari ni dimulakan pada kelas pukul 12. Memang banyak sikit la masa pagi tu. Siap kemas2 bilik sikit2, breakfast. Hari ni juga aku bersiap awal nak datang awal. Nampak tak semangatnya kat situ?


Aku sudahpun berada di hadapan pintu. Tinggal nak baca doa dan melangkahkan kaki ke luar je lagi. Tapi...beberapa detik sebelum aku keluar, housemate aku. sein, dapat msg kat group wassap. "Eh, chip hantar msg cakap kelas dia xstart lagi. Esok baru start". Oh! Ingatkan aku dah awal dah, rupanya ada yang lagi awal. huhu. Xpe2. Tunggu chip checkkan kelas lain macam mana. 


Tunggu..dan terus menunggu. Mana chip ni? Dah nak pukul 12 pun xde berita lagi. Akhirnya dapat msg. Ya, semua kelas xada pun hari ni. Sebab department dapat maklumat kelas akan start esok, bukan hari ni. Tapi kami dapat maklumat kelas start hari ni. Laaaa. Ada maklumat yang berbeza rupanya. Nasib baik tak keluar lagi. Elok juga tu, sebab hari ni diramalkan antara hari paling panas untuk minggu ni. Mencecah 31 darjah celcius. Selamat lah aku dari kepanasan hari ni. Duduk rumah je. huhu


Time2 semangat xde pulak kelas. Dugaan. Semangatku tidak seharusnya pudar. Esok mesti lebih bersemangat! 


p/s : bermula semalam, aku buat keputusan malas nak guna phone sangat. Sebab hari tu aku keluar pergi kedai, sepanjang perjalanan, aku perhatikan semua orang. Semua orang sangat sibuk dengan telefon bimbit masing2. Hampir kebanyakkan orang begitu. Apa kata aku lari dari kesibukkan telefon bimbit ni. Biarlah xdapat contact aku pun. Aku ada misi yang masih kukejar. Mohon doa semua. 





0 Lovers??



Silence hurts.
Thursday, March 27, 2014; 4:27 PM
Bismillah...


Aku baru saja pulang dari beli makanan untuk makan tengah hari. Dan cuaca kat luar sudah mula panas. Ya, panas dan silau mata. Mungkin hari ini secara rasminya kota mesir sudah memasuki musim panas. +_+ Boleh bersiap sedia keluarkan kipas. 


Sedang aku menunggu order ku siap, datang seorang perempuan arab, tanya makanan apa yang ada kat sini. Aku pun macam..eh eh, apesal tanya aku pulak? Lalu aku tunjuk orang kat kaunter tu suruh tanya kat sana. Eh, baru ku sedar, aku pakai baju merah sama dengan warna baju pekerja kat situ. haha. Tapi still, kan ke aku ni muka melayu? kan? Arab arab..



********************************************

Bila belajar jauh ni, dan dah masuk final year, at one point, you may experienced something. The feeling of exhausted and some kind of confusion. And you start to ask what am I doing all this time? That's what happened to me yesterday. Tiba-tiba rasa macam down. Tiba-tiba terkeluar soalan, betul ke aku nak jadi doktor? Betulkah pilihan aku ini? Sudah bersediakah aku? Persoalan-persoalan pelik yang sememangnya aku tahu tidak sepatutnya aku lontarkan. But that's it. Sampaikan aku rasa nak balik Malaysia malam tu juga. -.-"


Tapi aku tahu, aku perlu kuat. Aku cuba mencari sumber kekuatanku. Nak call family, tapi dah lewat malam. Waktu di Malaysia memang waktu orang tidur. Nak call kawan, tapi kawan kat Malaysia juga. Pergi bilik kawan sebelah, kawan tengah buat kerja. And it ends up I feel lonely. Ah! Tak sukanya perasaan macam ni. Bersendirian bersama perasaan yang tak menentu. Aku cuba buat ini, buat itu. Semuanya tak berhasil. Someone please help me. Please say something to me. 


Dan akhirnya aku tergerak untuk membuka youtube. Aku mencari "motivational video". Banyak video. AKu cuba dengar satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa satu video yang sangat 'inspiring'. Sedikit sebanyak video tu berjaya membuat ku rasa tenang. Selama 6 tahun duduk di mesir ni, ini antara cabaran terbesarku. Suatu ketika apabila semangat tiba-tiba hilang. Apatah lagi berjauhan dengan keluarga. Dan mula merasakan orang lain tidak memperdulikan aku. Aku tercari-cari. Tercari-cari rujukan aku. Tercari-cari sinar keterangan. Tercari-cari ketenangan hati. Tercari-cari bimbingan. Sendirian. Dan jika aku tidak usahakan nya, nescaya aku akan terus hanyut. 



Begitulah aku menenangkan diriku tatkala bersendirian. Semalam juga aku  belajar sesuatu, "As bad words can hurt you, sometimes silence can hurt you even more". Selama ni aku terlalu mengharapkan pada orang. Mengharapkan pada kawan-kawan. Yang akhirnya akan mengecewakan. Mungkin aku tidak lagi perlu berharap. Aku kan bersendirian mengharungi rintangan. Dan bersendirian mencipta kejayaan. Aku perlu tumpukan perhatian kepada apa yang penting. Lupakan apa yang tidak perlu. Lupakan segala yang mengecewakan. Masa untuk berubah. Lets start NOW!







0 Lovers??



ana misy masri.
Monday, March 3, 2014; 1:55 AM
Bismillah...


Dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari sayeda, aku melintasi sekumpulan perempuan mesir yang sedang berjalan. Tiga orang dewasa bersama dua orang kanak-kanak. Seorang dalam 50-an, lagi dua orang pakai purdah. Sukar untuk aku meneka umurnya. Tiba-tiba aku disapa.

Perempuan A : Eh, tahu tak metro kat mana? (Sambil memandang ke arahku)

Aku : metro...

Belum sempat aku menjawab, salah seorang daripada mereka mencelah..

Perempuan B : Buat apa tanya dia, dia bukan orang mesir. Dia bukan tahu pun. 

Perempuan C : Eh, dia orang mesir lah. Mesti dia tahu. 

Aku :Kalau nak pergi ke metro ikut jalan terus ni, lepas tu masuk kanan.

A : Tengok, dia tahu jalan.

C : Kau orang mesir kan?

Aku : Tak lah. Aku bukan orang mesir.

C : Tapi kau nampak macam orang mesir! Dah tu kau dari cina ke?

Aku : Tak jugak. Aku dari Malaysia.

C : Ooo. Malaysia. Kau orang islam ke?

Aku : Alhamdulillah, aku orang islam.

krik..krik...krik....


Tekaan mak cik B tu dah betul dah. Memang aku bukan orang Mesir. Tapi tak bermakna aku tak tahu metro kat mana? :p Tekaan mak cik C pelik sikit. Dah celah mana aku nampak macam orang Mesir ni? Hmmm.. Balik rumah tengok cermin. Xde pun muka mesir. hihi. Mungkin sebab malam kot. Tu macam tak nampak sangat. hehe. Ana misy masri lakin ana 3ariftu mahattoh metro feen. :p


Hehe. Macam-macam. Kesian blog ni lama tak berupdate. Sebabnya aku beli diari untuk tahun 2014 ni. So banyak tulis kat dalam diari. Sebab kadang-kadang tu tak sempat nak buka blog. Diari senang sikit. Tapi diari tu macam planner sikit. Ruang nak tulis macam sikit. So akan ada benda yang update kat blog jugak. :D


Sampai sini dulu lah ye. Maaf blog. Saya bukan xnak update, cuma kekangan masa. Harap blog memahami. hehe. Tata~



0 Lovers??