Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Result..
Thursday, July 28, 2011; 4:49 PM

Bismillah...



Haih..

"Announcment of Third Year Results May 2011 Will be Soon (Today)"

dupdapdupdapdupdap....tapi belajar medic bunyi dia lain. lol. Bunyi dia "lub dub, lub dub".

Ah, tak penting la bunyi macam mana pun. Yang penting, kerisauan melanda. -.-"

Wahai hati, tenanglah engkau.... :'(

0 Lovers??



iceskating
Sunday, July 24, 2011; 11:58 PM
Bismillah...


Before pergi, tengok video kat youtube macam senang je..



Tapi rupa-rupanya...mencabar gak. hik2 =p







p/s : Bila la nak pandai main ice skating ni. -.-"



2 Lovers??



za3laan.. :'(
Friday, July 22, 2011; 3:43 AM
Bismillah...


Herm... :'(
Sedih la macam ni. Semuanya bermula semalam. Semalam, pagi-pagi lagi budak tingkat 5 dah siap-siap barang nak pindah. Uh, makin kurang orang yang menghuni imarah ni. Takpe lah, sampai masa saya juga akan pindah juga, insya-Allah. Jadi saya bergegas pergi menyumbangkan tenaga untuk mengangkat barang-barang ke atas lori dan mengangkat barang ke rumah baru mereka. Alhamdulillah, lepas tu ada makan-makan. Hoorey! Tak payah la sibuk fikir nak makan apa. hehe
Tengah hari tu, 'seriously' penat. Balik je terus tidur. -.-"



Lepas asar, saya sudah pun ada temu janji untuk pergi melihat rumah satu bangunan dengan rumah izany. Setelah beberapa hari usaha pencarian rumah yang sangat memenatkan, saya amat berharap rumah kali ini dapat memuaskan hati saya untuk menyewanya. Dan sudah menjadi suatu kelaziman bagi saya untuk melihat dulu rumah tu sebelum sewa. Maka petang tu saya pergi bersama roomate, mus. Setelah melihat, kami agak berpuas hati dengan kondisi rumah dan juga harga yang ditawarkan agak berpatutan.


Tiba-tiba...


Satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Pak cik rumah sebelah (orang arab) keluar dan marah-marah. Dia cakap dia tak nak jiran dia ni orang asing. Heh! Apehal pulak ni??? Pada hal rumah yang kami ingin sewa ni bukan milik dia pun. Apa hak dia? Tapi pak cik ni terus menerus menjerit, marah, dah macam nak berperang. +_+ Mungkin dia risaukan keselamatan anak perempuan dia. Ape la pak cik, kami datang sini bukan nak kacau anak dia. Tak ada niat pun nak kacau rumahtangga orang. Mungkin la, pak cik tu cuma risau. Tapi bagi saya, tindakan dia sangat tidak wajar untuk datang serbu secara tiba-tiba, menjerit dan marah tak tentu hala. Apatah lagi kami ini orang asing. Dan pada pandangan saya, orang melayu jauh lebih baik dan lebih sopan daripada orang arab sendiri.


Kenapa nak tuduh-tuduh kami nak buat kerja tak elok? Ni la jadinya kalau duduk dalam rumah je, tak ikuti perkembangan semasa, macam katak bawah tempurung. Pemikiran pun dah kolot. Bukannya tak boleh datang baik-baik, cakap baik-baik, terangkan apa yang berlaku dan deal betul-betul. Susah sangat ke? Akibatnya, saya tak dapat nak buat keputusan nak pindah situ ke tidak walaupun tuan rumah cakap dia izinkan kami duduk situ sebab tu hak dia. Pergaduhan tu berakhir dengan ucapan salam saya kepada pak cik tu. ~



Kemudian saya terus bergerak ke hayyu sabi3 untuk mengikuti forum lepas maghrib. Sepanjang perjalanan, masa yang sepatutnya saya habiskan dengan membaca buku telah terganggu. Tak boleh nak fokus! Duk fikir pasal pak cik tadi dan macam mana nak selesaikan masalah. Spoil betul la pak cik. Dah la nak cari rumah yang sesuai je dah susah. +_+



Dan sekali lagi saya berasa amat sedih sebab tak dapat nak duduk di barisan hadapan dalam forum ni. Walaupun saya antara orang yang terawal datang, tapi tetap tak boleh duduk depan sebab saya terpaksa keluar awal sebelum forum habis. Forum yang bertajuk "mencari mutiara di bumi mesir" sangat menarik. Ahli panel yang dijemput pun sangat berpengalaman. :) Namun, apakan daya. Saya tak dapat mengikuti forum ini sampai habis.



9:30 pm, saya terpaksa keluar daripada majlis ilmu ini. Saya terus bergerak ke rumah negeri sembilan. Herm..Bangah nak balik Malaysia dah. So saya akan ikut hantar kat airport. Haih. Lepas satu-satu kesedihan yang menimpa. Now rasa nak tiduuuuuuuuuur je sampai la bila bangun tu semua masalah tu dah tak ada. +_+ Sedih la macam ni. Tak larat taw.


p/s : wish you were here. :'(


4 Lovers??



How to make spreadsheet
Tuesday, July 19, 2011; 12:39 PM
Bismillah...


Kat sini saya nak berkongsi cara untuk membuat spreadsheet. Siapa-siapa yang rasa pening-pening macam mana nak buat, saya harap entry kali ini dapat membantu. Spreadsheet ni macam satu bentuk borang online. ngeh3. Selamat la belajar :)


Pembelajaran dengan menggunakan gambar akan memberikan kefahaman yang lebih. ngeh3



First of all, sila buka laman google dan ''Sign in''.


Lepas tu boleh lah masukkan alamat emel dan password. Bagi yang belum ada 'account' google, kena la buat 'account' dulu. ngeh3

Kemudian, pergi ke "Account settings"


Next, click "more" - "Documents"


Then, go to "create new" - "Spreadsheet"


Then, "Tools" - "Form" - "Create a form"


Page ni banyak sikit. Sila beri perhatian lebih. :)
Masukkan maklumat apa yang diperlukan dalam borang ni.
Merah - jika mahukan maklumat itu wajib diisi.
Hijau - untuk memilih tema untuk spreadsheet.
Biru - untuk meng'emel'kan spreadsheet ni kepada orang tertentu.
Ungu - bila dah settle semua, jangan lupa save!


Untuk pergi ke spreadsheet, click "Tools" - "Form" - " Go to live form". Bila dah pergi ke live form, link tu lah yang akan diberikan kepada orang.


Last but not least, maklumat yang ada boleh save dalam macam-macam bentuk.


Harap dapat membantu. Selamat mencuba! :)


3 Lovers??



Concentration
Sunday, July 17, 2011; 1:13 AM
Bismillah...

Haa, hari ni terlebih rajin nak update 2 kali. huhu. Yela, sementara rajin dan ada masa ni kan.


Nothing much. Just semasa perjalanan pulang dari sabi3, naik bas, kemudian naik metro, saya sempat baca buku 'Mind Power'. Dan tiba-tiba rasa macam menarik dan nak kongsi sedikit.


**All knowledge is but remembrance**


**Just trying to do even two things at the same time results in a loss of concentration for both tasks and therefore faulty recall**


**Multitasking is the enemy of memory**


**The true art of memory is the art of attention**


Yup, of coz! Sekarang tengah baca pasal "memory and the brain". Tak ulas panjang. Just kongsi phrase yang menarik. =) Sebelum ni cerita pasal "stress and anger". Menarik juga tapi tak sempat nak kongsi kat sini. Uh, masa cuti nak habiskan sebanyak buku yang boleh. lol. Remember! Kalau buat sesuatu tu, bagi sepenuh perhatian. Itulah yang saya dapat belajar hari ni. Moga manfaat untuk semua. Catch you later~


0 Lovers??



Sabi3...

Bismillah...

Saya baru balik daripada hayyu sabi3. Haih, cuti baru je 5 hari tapi dah rasa macam seminggu dah. hihi. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya tiada di rumah. Ada sekejap untuk tidur je. lol.


Buat pertama kalinya saya tidak pulang ke Malaysia tahun ini. Hajat di hati ingin melakukan macam-macam benda. Owh! Sangat teruja. Rupanya, begitu banyak benda yang boleh dilakukan di sini. Banyak kelas-kelas agama dan kelas Al-Quran yang tak sempat untuk saya ikuti sewaktu kelas diadakan. Time cuti ni lah peluang yang sangat-sangat berharga untuk menghadiri kelas ni. Dan saya mula bertanya, apakah yang saya lakukan sepanjang cuti semasa tahun 1 dan tahun 2 dulu? +_+ Tiba-tiba rasa seperti sangat bermanfaat duduk di sini.


Betapa saya tidak menyedari manfaat itu selama ini. Masya-Allah. Kelas yang dijalankan tadi berkisar tentang usul fiqh dan fiqh. Terdapat perbezaan antara keduanya. Secara kasarnya, usul fiqh adalah ilmu yang membincangkan dalil yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu hukum, bila boleh menggunakan sesuatu dalil dan siapa yang berhak mengeluarkan sesuatu hukum. Dan ilmu fiqh pula adalah ilmu hukum syara3 berkaitan dengan perbuatan manusia berdasarkan dalil-dalil.


Kupasan yang dibawa oleh Ustaz Hairul Nizam tadi memang sangat menarik. Ilmunya sepanjang 11 tahun dia menuntut di Mesir sangat dikagumi. Dan baru saya sedar, bukan mudah-mudah je nak mengeluarkan sesuatu hukum. "Setiap perbuatan kita ni ada hukum. Kalau kita melakukan sesuatu dalam keadaan kita tidak mengetahui apakah hukumnya, maka kita berdosa walaupun perbuatan kita itu halal". Begitulah kata ustaz.


Dan orang yang memandai-mandai mengeluarkan hukum tanpa hujah, hukumnya juga berdosa. Lantas saya teringat bagaimana situasi di Malaysia, terdapat ramai ustaz yang mengeluarkan hukum sesuka hati. Astaghfirullah. Untuk mengeluarkan sesuatu hukum adalah tanggungjawab seorang mujtahid yang perlu capai beberapa tahap tertentu. Dan untuk menjadi alim dalam sesuatu bidang itu memerlukan masa yang panjang.


Saya terus bermuhasabah diri. Sungguh, saya takut jika kata-kata saya sebelum ini seakan melawan hukum atau saya ada mengeluarkan hukum sesuka hati tidak berdasarkan sesuatu hujah. Astaghfirullah..


Kata ustaz, khilaf antara ulama' ini adalah rahmat bagi kita. Dan kita tidak boleh menuduh pendapat ulama' lain itu salah kerana mustahil bagi seseorang alim ulama' mengeluarkan sesuatu hukum berdasarkan fikiranya. Sudah pasti para ulama' mempunyai hujah masing-masing. Dan semuanya berbalik kepada Allah. Apa yang saya tulis di sini hanyalah sedikit sahaja daripada apa yang disampaikan oleh ustaz tadi. Masih banyak yang saya perlu pelajari. Moga-moga saya diberikan peluang dan kesempatan untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu di sini, insya-Allah.


Ada lagi 3 hari lagi kelas di rumah melaka. Kelas di rumah pahang sampai 31 julai bersama habib ali. Hari-hari pergi sabi3. Osah eh tu. Banyak lagi benda dalam list nak kena buat. huuu~


p/s : boleh ke rindu diri sendiri??

2 Lovers??



Friday, July 15, 2011; 3:07 AM


And this is the best plan?
Are you sure?


Is this the best option? Are you sure?

Is this the best strategy?
Are you certain?

p/s : seriously menyampah kot ngan hero ni. Tak patut jadi hero! Bajet je lebih. Oska pun lagi sesuai..sekian~


3 Lovers??








p/s : love takes wing <3


0 Lovers??



over
Tuesday, July 12, 2011; 2:20 AM
Bismillah...

Alhamdulillah. Saya sudah pun habis final exam pagi tadi. Diakhiri dengan oral parasitology, sedikit sebanyak dapat memberikan saya sedikit kekuatan. Sebab doktor-doktor parasitology semua baik2. hihi.


Cumanya, sepanjang final exam ni, 'paper' yang paling kecewa adalah phamacology paper 2! Kecewa2! Yela, bayangkan, sepanjang peperiksaan, semua subjek dah buat yang terbaik, tapi bila sampai subjek terakhir, tiba-tiba semangat hilang. Paper 1 ok lagi. Masuk paper 2, spoil. +_+ Ah, kecewa la kot. Memang dari pagi sebelum nak exam tu tak dapat nak fokus. Pagi tu cuba call ibu. Ibu cakap buat la yang terbaik. Then hantar msg kat aimi. Tak reply. Maybe tidur la kot. Sangat tak tenteram. Tak suka betul la bila ada perasaan macam ni sebelum exam. At last, seperti dah dijangka. 180 mcq in 3 hours. +_+


And..the next 2 days, oral pharmacology juga telah terpilih sebagai oral exam yang paling mengecewakan. heh! Doktor suka psycho orang. Seriously, semua student yang kena dengan doktor tu akan bagi komen yang sama. Kecewa2! Kesimpulannya, saya sangat kecewa dengan subjek pharmacology. I should done better.


Sekarang ni mata sangat mengantuk. Tapi hati rasa sangat lega sebab dah habis exam. Otak rasa sangat ringan. lol. Habis oral pagi tadi, terus pergi bank, makan, balik jap solat, then keluar pergi main bowling, balik dah maghrib, duduk kejap, internet slow, keluar balik pergi rumah we. Pulang kembali ke rumah dah pukul 12 lebih. Banyak benda nak kena settlekan...Tapi mata dah mengantuk sangat ni. Tapi kena gak buat keje. Lepas-lepas ni agak pack timetable di situ. herm...Tak kisah la, asalkan dah habis exam. It's over. Harap maklum~


p/s : wish you were here~



2 Lovers??



sikit je lagi..
Friday, July 1, 2011; 12:35 AM
Bismillah...


Tadi masa makan, sambil borak2, tiba-tiba kawan aku cakap, esok dah masuk bulan julai. Aku pun, "eh, ye ke?" (sambil genggam tangan sebelah, sebelah tangan lagi kira) januari, febuari, mac, april, mei, jun...haa, betul la. Jun 30 hari je sebab dia tenggelam. ngeh3. See, cara lama tapi masih dipraktikkan.


Dan 5 hari lagi aku ada exam pharmacology juga merupakan subjek terakhir. Tapi ada beberapa exam la. Written, practical and oral exam. All about pharmacology. Fuh~


Secara tepatnya, 11/7 merupakan detik kemerdekaan yang sangat dinanti-nantikan. Dan semua orang sibuk membincangkan tarikh penerbangan pulang ke 'maliziya'. Tak kisah la kan. Sebab aku tak balik tahun ni. huuuu~ Yang pastinya, bulan 7 merupakan bulan yang agak sibuk. (walaupun dah habis exam, still nak sibuk gak. cheh!) Yup, mestilah. Dalam 'things to do list' setakat ni, ada 15 perkara yang akan dilakukan. Dan ada beberapa event yang akan berlangsung.


Cepat la habis exam. Cepat la masa berlalu. Cepat la please.. Herm..last subjek ni, rasa semangat tu dah makin pudar la. Yela, start exam since 23/5 kot. Ada orang cakap, best la banyak gap. Boleh cover banyak. Haa, cover tak cover, dah lebih sebulan hidup macam ni. Kehidupan dalam fitrah exam ni, duk rumah je la. Keluar pun kalau nak pergi library or kedai.


Tak sempat nak habis exam lagi, 9/7 dah ada event lain yang berlangsung. Perhimpunan BERSIH. Macam-macam dah orang cakap. Yang setuju dan yang membangkang, masing-masing ada hujahnya sendiri. Biasa la tu, dalam apa-apa perkara pun, mesti la ada yang setuju dan tak setuju. Kan? Namun, kata-kata kesat yang dilemparkan, sangat tidak wajar. Jika ingin berhujah, berhujah lah secara berhikmah. Walaupun aku duduk jauh di perantaun, (erk..) namun bahang pilihan raya itu dapat aku rasa. Umurku belum lagi mencapai 21 tahun. Belum boleh mengundi. Tetapi ini bukan alasan untuk menutup mata dan membuat seakan-akan tiada apa yang berlaku. Jika anak muda ketika ini terleka, bersikap tidak mengambil tahu, tidak berilmu, maka apakah akan terjadi pada generasi akan datang??


"Berikan aku 10 orang pemuda maka aku akan goncangkan dunia" -Soekarno-


Begitulah serba sedikit digambarkan betapa besarnya peranan golongan muda. Sudah pasti golongan pemuda yang dimaksudkan adalah pemuda yang mampu berfikir, yang berilmu, yang amanah, yang jujur, yang bersemangat, yang kuat. Maka golongan remaja masa kini, marilah kita sama-sama memperkayakan diri kita dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. :)


Cukup la bincang tu. Sebab motif utama kali ini bukan untuk menyentuh peranan pemuda. huhu.


p/s : awak oo awak. imy~


4 Lovers??