Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

paneh bai
Thursday, June 23, 2011; 9:08 PM

Bismillah...

klik untuk besarkan gambar :)


Haish. Boleh percaya ke google ni?? Tak kan la hari sabtu ni sampai 51 degree. -.-" Boleh meletup kepala ni. Paneh bai!


No stone, no tumor. Maybe infection. hmm..
Allah yang mendatangkan penyakit, Allah juga yang menyembuhkan. Allah yang menghidupkan, Allah juga yang mematikan..




2 Lovers??



hematuria :'(
Wednesday, June 22, 2011; 11:14 PM
Bismillah...

Alhamdulillah. Pagi tadi habis sudah oral pathology. Tinggal lagi 2 subjek je lagi. Hari ni pun dah kira macam sport day dah. Habis oral exam pergi main bowling, pastu pool. Malam main bola pulak. Aduhai. Lagaknya macam dah habis exam. huhu


Tapi....

Tapi...

Tapi...


Saya risau. Ada benda yang berjaya buat saya risau. Saya takut. Saya runsing. Tak tahu nak buat apa. Bukan pasal exam. Dah macam-macam dignosis fikir. +_+ Takut~~


6:30 am, cairo.
Tiba-tiba rasa sakit kat bahagian abdomen. Sakit yang teramat. Sakit. Sakit. Sakit...tu je yang saya mampu cakap. and i'm quite surprise when i found that i got hematuria..! Ah!!!!!

:'( :'( :'( :'( :'(


p/s : mintak2 laa xde pape..hmm..kalau ada abg bobby kan sng. :'(




2 Lovers??



Tuesday, June 21, 2011; 2:31 AM
Bismillah...


There's a time where you need to talk to someone. Just to express about what you feel at that time, what is happening at that moment or maybe what you are thinking about. Sometimes you didn't have the specific reason. Or maybe, if you do have a reason, it's not that important or urgent. Ask you why, the answer is that you just feel like to talk to someone. Isn't that simple? You don't need to have a reason. Maybe, you just feel better after talking. Sekian.


4 Lovers??



Sunday, June 19, 2011; 11:26 PM
Bismillah...



2 Lovers??



Demi Rakyat
Wednesday, June 15, 2011; 6:05 AM
Bismillah...




0 Lovers??



Friday, June 10, 2011; 12:51 PM
Bismillah...

Saya taw awak busy. Tapi dapat chat ngan awak kejap je pun saya dah happpy. ngeh3

0 Lovers??



Reflex action
Thursday, June 9, 2011; 3:17 PM
Bismillah...


Ed-dunya har giddan innahar da..Itulah ayat sebagai pembuka bicara. Maksudnya "dunia panas sangat hari ini". Tu kalau terjemah satu-satu perkataan. Tapi kalau susun balik dalam bahasa melayu yang betul, hari ni panas sangat. :p Ye, saya baru balik dari library ni. Jalan kaki lagi. Mana la tak panas. Kalau tak percaya, boleh la tengok bukti ni....



See. 38 degree -.-"


Boleh tak masa study kat library, tiba-tiba rasa nak update blog. Heh! Nasib baik la laptop kat rumah. Apeke. Tolong la fokus nuar oooi~~~


Cukup la pendahuluan. Meh masuk isi pulak. Hari ni saya ni nak cerita pasal "reflex action" atau dalam erti kata lain aksi tindak balas. Meh nak kecikkan skop lagi, aksi tidak balas yang saya nak cerita ni apa yang pernah berlaku kat saya je. Apa yang pernah berlaku kat orang lain, tidak diceritakan. Adapun kalau apa yang berlaku pada saya sama dengan orang lain, itu hanyalah kebetulan. hik3.


Peristiwa pertama..
Berlaku kat tempat tunggu metro (ktm versi mesir) tahun lepas. Tengah-tengah tunggu, nampak ada seorang perempuan ni. Ui, besarnya rantai. Rantai dia ala-ala tasbih besar. Ada banyak biji-biji besar yang disambung menggunakan tali. Tunggu lagi, kelibat metro masih tidak kelihatan. Tiba-tiba, dengar seperti ada benda jatuh. Apabila saya menoleh, rupanya rantai perempuan tadi entah macam mana boleh tercabut. Dan kebetulan, satu bebola kecil daripada rantainya, bergolek di hadapan saya. Tapi.....saya seolah tergamam dan tidak sempat nak menyelamatkannya. Lalu jatuhlah bebola itu ke landasan metro (sah2 tak ada siapa nak ambil kan?). Masalahnya di sini, saya kecewa dengan diri sendiri sebab tindak balas yang begitu lambat! Boleh pula nak tergamam kan? Patutnya nampak je terus selamatkan bebola tu daripada jatuh. o_O kecewa2...rasa bersalah sangat.


Peritiwa kedua..
Berlaku tahun ni di Malaysia masa balik selepas kejadian rusuhan tu. Lokasi kat Melaka, tempat makan sea food. Cantik tempat tu. Kat tengah-tengah kolam yang besar, ada kawasan untuk makan sea food. Lepas makan tu, saya pun saja la berjalan-jalan tengok permandangan kolam sekeliling. Ternampak ada satu keluarga ni, main lambung-lambung bola kecil. Seronok nampaknya. :) Tatkala saya memandang tempat lain, tiba-tiba dengar suara seakan menjerit. Apabila saya menoleh, kelihatan bola kecil yang dilambung-lambung tadi sedang bergolek ke arah saya. Dan....sekali lagi, saya tidak sempat membuat apa-apa. Diam dan akhirnya bola jatuh di dalam air. Maka hilanglah kegembiraan keluarga tadi tu digantikan dengan kesedihan hilang bola. o_O kecewa2! Benda seakan sama berlaku. Persoalannya sama, mengapa tindak balas saya sangat lemah dan lambat? Rasa macam tak boleh nak maafkan diri sendiri.


Peristiwa ketiga..
Berlaku tahun ni di hadapan kedai selepas balik daripada Malaysia. Sedang saya asyik nak pilih aiskrim, tiba-tiba ada seorang budak yang sedang berjalan tersepak batu dan terjatuh. Selipar yang dipakainya melayang. Dan....saya masih lagi buat-buat tergamam dan tak sempat nak tolong budak tu dah bangun sendiri. Bukankah saya patut bertindak balas dengan segera mengangkat budak itu. Sekurang-kurangnya menunjukkan saya prihatin dan bukanlah tidak mengambil peduli. o_O Tak tahulah berapa banyak kali perkara seperti ni nak berlaku. Rasa macam nak salahkan diri sendiri je~~~


Hari ni...
Semasa perjalanan pulang dari library, ada orang sedang berjalan sambil mengangkat beberapa buah kotak. Sedang saya berjalan sambil bercakap sorang-sorang (hobi yang seronok ;p), tiba-tiba sebuah kotak tadi tu terjatuh. Saya segera pergi mengangkat kotak itu. "syukran 3alaik". Itulah ucapan diberikan. Alhamdulillah. Hari ni saya dah tak kecewa lagi. Akhirnya, hari ni saya dapat membaiki diri saya. Moga lepas-lepas ni, tindak balas saya akan lebih cepat lagi. Contohnya, kalau kotak nak jatuh, sebelum jatuh dah angkat. Haaa. Ada bunyi macam superman sikit kan. ngeh3 ^^


p/s : baru lepas tengok gambar family. Diorang pergi bercuti kat surabaya. Aduhai, gembira nampak. Den gak la yang duk terperap nak exam kat sini haa. :'( :'( :'(

0 Lovers??



stalker
Wednesday, June 8, 2011; 11:32 PM
Bismillah...

Firstly, alhamdulillah. Saya baru sahaja habis exam pathology paper 2. Still ada 3 subjek lagi. Walaupun tidak mencapai target untuk mendapat full marks tapi asalkan pathology dah habis, rasa sangat lega. Bajet subjek lain ke? hik3. Cepat2 la habis exam. Jeles la pulak tengok orang lain duk cuti jeee~


Okay, sekarang jom kita cerita sikit pasal tajuk utama untuk hari ini. Stalker. Apa yang korang tahu pasal perkataan 'stalker' ni? Stalker memberi maksud pembuat kepada perbuatan 'stalking'. Untuk mengelakkan kekeliruan, jom kita check maksud dia kat wiki. :)


"Stalking is a term commonly used to refer to unwanted, obsessive attention by individuals to other".


Jika kita lihat stalker yang agak tegar, contoh yang paling biasa adalah cyberstalking. Seorang stalker yang sangat obsess sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk mendapatkan seberapa maklumat yang ada pada individual lain. Tak kira lah maklumat daripada facebook ke, twitter, blog, tumblr, myspace, friendster, tagged, fanbox, dan kesemua adik-beradiknya yang terlibat. Tengok, bahaya kan? Sebab tu la kita perlu sangat sangat sangat berhati-hati dalam apa juga maklumat yang kita nak tulis di laman web. Am I right? :)


Tapi....
Kenapa ramai orang macam membenci stalker ni? Ramai yang cakap, "i hate stalkers" dan pada masa yang sama, secara sedar ataupun tidak, si mangsa juga melakukan aktiviti yang sama. Haaa. Sampai ada yang boleh cakap, "actually, i'm quite good in stalking people". lol. Jadi persoalan yang timbul di sini, adakah si pelaku membenci perbuatan itu jika terkena pada diri sendiri tetapi gemar untuk melakukan terhadap orang lain?


Point yang kedua, bukankah kalau ada orang stalk laman facebook kita, misalnya, itu menunjukkan bahawa kita ni seorang yang begitu popular dan berpengaruh? Haaaa. Timbul lagi satu persoalan di situ. (tapi saya suka low profile laa. Tak main la publisiti2 ni. Fine. I'm not refering to everyone okay?)


Sebenarnya, takut juga kalau ada orang duk stalk kita. Terutama orang yang kita tak kenal, ataupun baru kenal. Rasa macam tak selamat. Rasa macam, "oi, kau ni apesal taw sume benda ni? kantoi la kau stalk page aku!" Kadang2 tu, ada benda kita xnak orang tahu kan. Tapi duk letak kat page juga. Aiyo~~ Kadang2 serabut gak bila orang lain duk baca komen kita. Tak ada privacy langsung. Banyak lagi keje lain, sibuk la duk baca komen orang. heh! Jadi, adakah ini merupakan alasan yang begitu kukuh untuk kita membenci stalker?? dan kita juga berhenti stalking orang? :p


Lihat pada sudut yang lain, ada orang suka diri dia jadi mangsa 'stalker'. Tapi, 'stalker' yang dimaksudkan di sini bukan stalker biasa. 'Stalker istimewa'. Haaa. suspen kan? ^^ Maksud saya, mungkin, ada orang yang mengharapkan seseorang yang istimewa mendapatkan maklumat tentang dirinya, sampaikan sekecil-kecil maklumat pun dia dapat. (Eh, samalah!)


Contohnya, seorang lelaki ni bagi hadiah bintang-bintang yang diperbuat daripada kertas warna biru semasa ulang tahun kelahiran pasangannya. Lepas tu baru lah si pasangan berkata, "eh, mana awak tahu saya sukakan benda ni? (padahal dah tulis kat biodata diri, buat2 tanya lagi. Cheh!) Maka si jejaka menjawab, "kan awak ada tulis kat info". Si pasangan, "owh! awak baca ke? Terharunya. Tak sangka ada orang yang ambil berat pasal saya (sambil menangis terharu). Tengok, touching la pulak. Bukankah si jejaka tu juga seorang stalker? haaaa.


Hakikatnya, perasaan kita apabila jadi mangsa stalker adalah bergantung kepada siapakah stalker itu pada kita, adakah dia seorang yang istimewa, dan adakah kita mengharapkan dia meng'stalk' kita?


Jadi, nak cakap kat sini, perasaan tu berubah-ubah mengikut keadaan setempat. hik3. Jadi, kawal lah perasaan anda bukannya anda dikawal oleh perasaan. :)


Memang dah terlalu panjang. Nak stop la ni. take care~

3 Lovers??



Decision making
Saturday, June 4, 2011; 8:48 AM
Bismillah...


Time2 tengah study, boleh pulak tiba-tiba rasa macam nak tulis blog. (ada la yang menghasut tu. -.-") Lepas tu, baca la macam mana pun, memang tak akan masuk. Kalau hati memang nak tulis blog gak, jangan dihalang. Walaupun orang cakap "ikut hati mati". Heh! Ajal maut ketentuan Allah.


Sebut pasal ikut hati ni, saya teringat satu kejadian. Masa exam parasitology hari tu. Mula-mula saya tengok microscope, sekali tengok dah cakap, "ni adalah taenia egg sbb dia bulat dah ada space between nucleus and membrane". Tapi, disebabkan masa yang diberikan terlalu lama untuk tengok microscope tu, saya tengok buat kali kedua. Makin lama tengok, tiba-tiba rasa macam dah tak bulat. Macam bujur. Dan saya jadi confuse. "aik, dah tak bulat pulak. Macam bujur je. Ni mesti Diphyllobothrium egg". Macam tulah saya bermonolog. Bila dah habis exam, dengar semua kawan-kawan jawab taenia egg. Heh! Kecewa2 +_+ Tu orang cakap, first instinct tu selalunya betul. Fine~ nasi dah jadi bubur.

Tiba exam pathology, benda yang sama berlaku. Sampai bahagian tengok microscope, terus cakap, "ni mesti atheroma of artery". Sekali lagi, masa yang diberikan agak lama dan memaksa saya melihat kembali microscope. "aik, macam lain je. Macam acute suppurative appendicitis". Kan? Tapi orang cakap pisang tak berbuah dua kali. No way! Jadi, walau apa pun, jawapan pertama tetap menjadi pilihan. Bila dah habis, bincang2, dengar orang lain semua jawab 'acute suppurative appendicitis'. Pulak! Tadi cakap first instinct tu selalunya betul. +_+


Bila dikaji balik ayat tu, "first instinct ni selalunya betul". Baca betul2. SELALU. Bukannya semestinya betul. Maka, kadang-kadang boleh juga jadi tak betul. Bilakah kadang-kadang tu? Tiada penjelasan. Hakikatnya, nak jawab exam tu, bukannya berdasarkan first instinct or not. Tetapi jawablah berdasarkan ilmu yang ada. Haa. Begitu mendalam sekali maksudnya. huhu. Maka kita mestilah berilmu supaya kita dapat membuat pilihan yang terbaik. Untuk menjadi seorang yang berilmu, kita mestilah menuntut ilmu. :)


Perkara ini juga boleh digunakan dalam apa-apa situasi pun. Kadang-kadang tu kita rasa nak buat sesuatu. Lepas tu teragak-agak. Maka ilmu yang kita ada menjadi landasan apakah langkah kita yang seterusnya.

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

"Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negara China"


Sama-sama ambil pengajaran :)


p/s : banyak pepatah melayu yang digunakan untuk entry kali ni. ngeh3


0 Lovers??



note!
Wednesday, June 1, 2011; 3:55 AM
Bismillah...


Photobucket




4 Lovers??