Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

It has been 2 years
Thursday, April 29, 2010; 9:14 PM

Bismillah...

Hari ini, 29/4/2010, genap arwah wan pergi meninggalkan aku..Walaupun sudah 2 tahun berlalu, namun setiap apa yang berlaku pada malam 29/4/2008 masih lagi segar dalam fikiranku..Bagaimana aku melihat tubuh manusia yang telah kaku, telah diselimutkan..Aku cuba pergi mendekati dan membisikan sesuatu tetapi tiada jawapan..Aku yakin bahawa paggilan Allah tidak pernah lambat ataupun cepat walaupun sesaat..Segalanya telah kucoretkan dalam postku yang terdahulu..Aku sangat merindui wan..


Wan,
Dulu, masa atuk pergi singapore, wan duduk sorang2..Wan nak nua teman wan..Masa tu nua dah habis SPM..Pagi tu nua pergi main bola..Then, kaki nua terseliuh..Nua diam je..Nua takut wan marah..Malam tu, masa wan tengah masak untuk makan malam, nua duduk atas kerusi..Wan tengah goreng telur..Tiba-tiba wan suruh nua buka kipas sebab panas, tapi nua diam je..Nua buat-buat tak dengar..Wan suruh lagi sekali..Nua duduk diam juga..Nua tak larat nak jalan wan..Lepas tu, wan buka sendiri..Wan tak marah pun..Tapi nua sedih buat wan macam tu..

Esok tu, bila wan tahu nua sakit kaki, wan tolong urut..Wan bawa pergi klinik..Wan cakap, "patutlah semalam tak buka kipas"..Baru nua tahu wan sebenarnya terasa dengan nua semalam..Wan, nua minta maaf..


Wan,
Dulu masa nua dapat result SPM, nua terus pergi ikut kawan..Lepas tu ibu call suruh balik rumah wan..Nua tak sempat pun nak keluar makan dengan kawan..Bila nua sampai rumah wan, wan tanya nua dapat berapa..Wan buat-buat tak tahu..Muka wan biasa je..Tapi nua tahu wan suka dengan result nua..Wan ajak makan nasi sekali..Walaupun makan biasa je, tapi masakan wan sedap..Masa nak pergi interview JPA, wan nasihat macam-macam..Ada pernah sekali tu, wan call nua suruh tengok tv1 sebab ada perbincangan pasal JPA..Tapi nua tengok sekejap je..Baru nua tahu, wan sebenarnya suka kalau nua dapat pergi mesir..Wan cakap nanti wan boleh buat umrah bila nak ziarah nua..Tapi, masa nua tahu dapat pergi mesir, wan dah tak ada masa tu..Wan, aishah pun dapat JPA juga..Bangah pun dah jadi hafiz..Dia dah hafal satu quran..Balong selalu dapat 4 flat..Kesian balong, masa wan meninggal, dia tengah exam..Ibu dan ayah tak bagitahu dia..Bila dia balik dia dapat tengok kubur wan je..Leha nak pmr tahun ni..Hafsah dapat 5a upsr, faiz 8a pmr..Ayah pun dah dapat PhD macam ibu..Kalau wan ada, mesti wan suka kan?


Wan,
Dulu masa nua kecil lagi, wan ajar nua mengaji..Setiap malam lepas solat maghrib, mesti wan ajar nua mengaji..Masa tu nua tak pandai mengaji lagi..Wan selalu tanya, "bila nak pandai baca macam balong dengan bangah tu?"..Lepas tu wan hadiahkan nua al-quran..Wan, sekarang ni nua dah boleh baca..Nua boleh bacakan yassin untuk wan..


Wan,
Wan tahu tak, atuk sedih sangat bila wan dah tak ada..Hari-hari atuk pergi kubur wan..Atuk kena duduk sorang2..Dulu nua boleh jaga..Tapi sekarang nua dah tak ada..Nua jauh wan..Jauh sangat..Nua ada kat mesir macam wan cakap dulu..Tapi ibu dengan ayah sentiasa jaga atuk..Nua tak tahu la wan..Kenapa sejak wan tak ada ni, semua orang macam berubah..Semua orang dah tak macam dulu lagi..Keluarga kita pun dah tak macam dulu..Atuk sedih, nua pun sedih pasal ni..Dulu nua pernah cakap, "nua bersyukur sangat ada keluarga bahagia macam ni..Tiap-tiap bulan mesti semua akan berkumpul dan buat majlis makan-makan.."Tapi bila wan dah tak ada, macam-macam masalah timbul..Nua pelik..Adakah ni salah satu cara Allah nak uji kita, dengan kematian??Dengan duit, manusia boleh menjadi buta, manusia boleh berubah..


Wan,
Nua tak pandang pun duit..Dulu wan selalu nasihat suruh belajar bersungguh-sungguh..Ya wan, nua nak belajar..Kalau boleh, nua nak tunjuk kat wan bila nua dah berjaya nanti..Wan dah tak ada..Tapi nasihat dan tunjuk ajar wan, tak pernah nua lupa sampai bila-bila..Wan, nua tak pernah lupa doakan wan..


Semoga roh wan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beruntung..
Al-fatihah~

3 Lovers??



ARISH
Tuesday, April 27, 2010; 11:02 PM
Bismillah...

ARISH..Itu lah nama kelas saya semasa menuntut di INTEC, UiTM Shah Alam..Jika tanya saya waktu bilakah adalah waktu paling indah..Saya akan menjawab dengan mudah, waktu di INTEC..Kalau boleh saya hendak kembali ke zaman INTEC..hehe..Terlalu banyak kenangan yang tidak mampu saya ungkapkan di dalam blog ini..Hanya siapa yang melaluinya akan mengerti bagaimanakah perasaannya..hik2 (puitis =.=")

Okay, semalam saya bersama-sama rakan sekelasku, (arish) merancang keluar makan2 walaupun ketika itu masing2 dah makan kat rumah pun..hihi..Tapi disebabkan tuan akmal dah datang dari jauh, masing2 cuba lari sekejap dari kesibukan study, dan duduk makan bersama..Niat sebenar bukanlah hendak makan tetapi sekadar ingin duduk satu tempat dan berbual setelah sekian lama tidak bersama..Sudah semestinya makanan menjadi penyeri walaupun tak lapar, kan2? ^.^ seronok~

Perjumpaan sesama lelaki sahaja..




Photobucket

Keluar ke sayeda zeinab..ada satu kedai tepi jalan jee ;)

Photobucket

eh2, ni apa jadahnye ni..haa, ni namanye nak ambik gambar sume tapi xde org nak ambikkan..so ambik la sendiri..macam tak biasa lak..hik2 ;)

Photobucket

cubaan kedua sebab ada org komplain gambar dia masuk sikit je..;)

Photobucket

sila lihat papan tanda tu..itulah ejaan bagi pizza..sila hafal ye ;)

Photobucket

owh ;)

Photobucket

untuk makluman, kopi kat kedai sebelah sgt2 sedap..nampak je simple, tapi bila rasa...yum3 ;)

Photobucket

makanan yang dihidangkan sebelum pizza sampai..mesti sume tertanya2, apa ni? jawapan dia, saya pun tak tahu..no one of us eat this..lol ;)

Photobucket

tuan akmal dan shafiq rusdi antara yang paling happy bila pizza dah sampai..tengok muka pun dah dapat agak ;)

Photobucket

eh, tak perasan lak ada orang snap gambar..hik2..;)

Photobucket

last but not least, abdul raziq..;)

p/s : balik kenyang + tak dapat tidur sebab kopi tu..subuh pukul 3:40 pagi..kelas pukul 7:30 pagi..adakah anda akan tidur balik selepas subuh?? +_+

0 Lovers??



alicafe
Saturday, April 24, 2010; 12:04 AM
Bismillah...


Dah habis exam physiology practical..huh, dah 2 exam berlalu..hati semakin lega walaupun banyak lagi exam2 yang menanti..haha..overall, xnak cerita pasal exam physio..biar diriku sahaja yang tahu..tp exam tu mmg best =)

Ok, I'm going to city star. Dah lama x pergi. Tak ada apa yang menarik sangat pun. Barang mahal and xde duit. haha. Then I go to spinney and......


Photobucket

Okay, baru aku teringat stok ali cafe kat rumah dah nak habis. Pastu aku tengok akak yang jaga ni sungguh2 promote alicafe kat org arab. haha. Bangga di situ =.=" tunduk balik..hihi. Aku pun cuba dengar apa yang akak ni sungguh2 terangkan. Yela, nak tahu gak apa pendapat orang luar terhadap produk malaysia.

Then suddenly,
she : do you want me to explain anything about this to you?
me : er..yes2 ^_^
she : i'm sure you know everything about this
me : er..(kantoi)..is this new?
she : no..you didn't find it at malaysia?
me : i don't think so..
she : so this is special for egypt
me : hahaha(dalam hati je gelak ^.^) which one is better?(sambil ambik capucino)
she : i think this is better
me : erk..ok..(sambil letak balik capucino n ambik alicafe ;)

kesimpulan, beli alicafe 5 in 1..haha..now, i'm preparing for histology practical exam, 29/4..exam x habis tapi on9 je keje..haha

p/s : dekna, kalau kau jumpa alicafe kat india, sila inform aku ^.^

2 Lovers??



Praktikal
Wednesday, April 21, 2010; 11:08 PM
Bismillah...

Pagi ini azan subuh sangat awal, 3:49 a.m. Mataku seakan berat untuk membuka kelopaknya untuk membiarkan cahaya menembusi lapisan2 mata. Tiba-tiba angin sejuk masuk melalui tingkap yang sengaja ku biarkan terbuka, lalu mengenai tubuhku. Aku lantas mencapai selimut dan menyelimutkan tubuhku. Lantas hatiku membisik, "eh, sejuk pula hari ini". Aku terus dibuai mimpi dalam kesejukan pagi.



Setelah beberapa minit....

Diriku terjaga. Aku akhirnya berjaya memaksa diriku untuk membuka kelopak mataku. Aku cuba melihat sekeliling dan akhirnya pandanganku berhenti pada tingkap yang masih lagi terbuka. Cantik. Aku masih lagi tertanya-tanya mengapa suasana hari ini sejuk tidak seperti hari-hari yang lain. Lantas aku terkenangkan keadaan di Malaysia yang dikatakan dalam musim hujan. Wah, aku sangat merindui hujan-hujan di Malaysia. Sudah setahun aku tidak merasa hujan. Dan persoalan adakah aku akan balik ke Malaysia tahun ini kembali menghantui fikiranku. Aku tersentak dari lamunanku dan terus bergerak ke bilik air setelah menyedari aku masih lagi belum melaksanakan tanggungjawabku pada-Nya.



9:00a.m - praktikal biochemistry

Aku mulakan eksperimenku terhadap "urine sample" yang dibeikan dengan bismillah. Pada mulanya tanganku agak menggigil untuk memegang botol2 yang berisi "chemical" yang terdapat di hadapanku. Namun setelah "fehling test" yang aku jalankan menunjukkan keputusan positive dengan memberikan "red precipitate", aku mula tersenyum. Dengan segera aku merekodkan keputusan yang aku dapat di atas kertas yang disediakan. Aku mula yakin dengan diriku. Kali ini aku lebih yakin untuk mengambil "chemical" lain untuk menjalankan eksperimen yang seterusnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku dah usahakan. Aku teringat status Alia Diana kat facebook, "Do the best and Allah will do the rest".


************************************


Malam ni, aku terus membaca physiology kerana esok aku akan ada praktikal physiology. Entah mengapa malam ini aku seakan tidak bersemangat untuk membaca buku. Beberapa kali aku cuba untuk membaca dan menghafal, namun usahaku seakan tidak berhasil. Mungkin sahaja aku masih lagi teringat "offline message" daripada ibu petang tadi. Erm. Seakan bersalah walaupun ibu tidak menyalahkan. Ok, akhirnya aku mengambil laptop dan cuba membuka beberapa laman web untuk mententeramkan hatiku ini sebelum aku menyambung pembacaanku sebentar lagi. Ah, aku harap aku dapat meneruskan pembacaanku. Jika tidak, mungkin aku bergantung pada pengetahuanku semasa di dalam kelas sebelum ini. huhu. Daa~




Photobucket

Sebelum masuk lab..Semua macam dah bersedia ^.^

Photobucket

Nombor 3083..nombor giliran dari tahun 2008 hingga 2015

Photobucket

Ni antara lelaki kacak kat dalam lab..nama dia Husaini Utama..Sila add dia kat ym ;)

Photobucket

Ini hasil eskperimen saya..huhu

Sekian~

0 Lovers??



THE ABC'S OF FRIENDSHIP
Thursday, April 15, 2010; 1:17 AM

Bismillah...


Always be honest

Be there when they need you

Cheer them on

Don't look for their faults

Every chance you get, call

Forgive them

Get together often

Have faith in them

Include them

Just listen

Know their dreams

Love them unconditionally

Make them feel special

Never forget them

Offer to help

Praise them honestly

Quietly disagree

Rescue them often

Say you're sorry

Talk frequently

Use good judgment

Vote for them

Wish them well

X-ray yourself first

Your word counts

Zip your mouth when told a secret


0 Lovers??



It just around the corner
Wednesday, April 14, 2010; 12:38 AM
Bismillah...

Tiada apa yang berlaku selama aku mendiamkan diri dari dunia blog ini..Rutin harianku sama sahaja..Setiap orang sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi "final exam"..Pergi ke kelas, dengar lectures, makan, pergi kelas praktikal, pergi "library", balik, masak, study, revise and remembering..Everyday almost do the same things..

Keadaan di university juga sudah semakin sunyi..Pertamanya kerana ada kelas yang dah habis silibus..Keduanya memang sudah menjadi budaya orang2 arab tidak datang ke kelas sebulan sebelum exam..Kononnya perlukan masa untuk belajar sendiri dan mengingati fakta2 di rumah..Mungkin juga..Semua orang ada cara masing2..Sila hormat cara orang dan orang akan hormat cara kita..


Target aku yang pertama untuk mendapat 10 kawan arab menjelang bulan julai sudahpun tercapai..Namun targetku yang kedua, untuk fasih berbahasa arab menjelang bulan julai, nampaknya masih lagi jauh dan tersasar..Jika duduk berbual dengan orang arab, aku masih lagi tidak mampu untuk mengerti apa yang dibicarakan..Semangat kadang2 hadir dan kadang2 menghilang..Namun aku tidak seharusnya melupakan target utamaku untuk belajar "medic"..herm..,mana satu ni??exam semakin hampir dan hampir..sila fokuskan diri untuk exam ye!!tolong buat banyak2 latihan dan soalan past year..sila jangan malas menghafal!!sila jawab semua soalan dalam buku..sila bantu rakan2 lain..sila study secara smart and hard..

EXAM MOOD..bilakah akan berakhir??

0 Lovers??



Exam
Saturday, April 3, 2010; 12:08 PM
Bismillah...
Assalamualakum kepada sahabat-sahabat yang dihormati...
Saya yang menurut perintah telah menerima jadual terbaru peperiksaan akhir tahun dari Doktor Hebah...
Berikut merupakan tarikh dan masa bagi peperiksaan tersebut:


PRACTICAL EXAMINATION

1) Biochemistry 17-21 April 2010
2) Physiology 22 April 2010
3) Histology 24-29 April 2010
4) Anatomy 2-6 Mei 2010

WRITTEN EXAMINATION

1) Anatomy 30 Mei 2010 10-1 pm
2) Histology 3 Jun 2010 10-1 pm
3) Psychology 6 Jun 2010 10-11 am
4) Biochemistry 10 Jun 2010 10-1 pm
5) Physiology 17 Jun 2010 10-1 pm

ORAL EXAMINATION

1) Physiology 19 Jun 2010 8 am
2) Biochemistry 23 Jun 2010 8 am
3) Histology 28 Jun 2010 8 am
4) Anatomy 3 Julai 2010 8 am

Note: Peperiksaan akan berlangsung di Dewan Peperiksaan seperti biasa bagi Written Exam...
Bagi Oral Exam pula akan dibuat di departments...
Penggunaan telefon bimbit dilarang sama sekali...
English examination akan diduduki pada 5 Jun 2010, jam 10-11 am bagi sesiapa yang gagal tahun lepas di Dewan Peperiksaan

Sebarang perubahan tarikh, tempat dan waktu akan diberitahu kelak, sekian...

(BIRO AKADEMIK GEN08)

2 Lovers??