Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - 31/1/2011, ISNIN - 30/1/2011, AHAD - 29/1/2011, SABTU - 28/1/2011, JUMAAT - Post exam - You must do them - scotfield - a message - H.U.J.A.N - Tatkala ujian menimpa.. By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| 1/2/2011, SELASA
Wednesday, February 2, 2011; 5:18 PMBismillah... Keenakan tidurku terganggu apabila terdengar bunyi ‘handphone’ku. Siapa pula la nak ‘call’ pagi-pagi ni? Call daripada malaysia rupanya. Pukul 3 pagi. Haish, wartawan lagi. Penat dah nak bagi maklumat. Selesai solat subuh, aku sempat bersama-sama dalam kelas fekah di ARMA. Alhamdulillah, dapat aku mengisi rohaniku pagi ini. Uh, hari ini cafe tak buka. Atas alasan nak jimat gas. Bekalan makanan pun makin berkurangan. Aduh! Lapar2! Kedai pun banyak yang tutup. Macam mana? Heh! Banyak cito la kau ni. Lapar sikit je pun. Ngeh3. Nasibku baik apabila aku jumpa kedai yang jual nasi pagi-pagi ni. Hooreeyy ^^ Hari ini dijangkakan lebih 1 juta akan berkumpul untuk membuat protes besar-besaran. Sebab tu lah kami semua kena pindah ke ARMA ni. Taklimat daripada Pegawai JPA, Encik Hazzam. Terima kasih diucapkan kepada Encik Hazzam. ^^ 10:30 pagi. Bersama Encik Hazzam untuk mendengar taklimat ringkas daripada embassy Malaysia. Kerisauan aku sedikit terubat apabila mendengar taklimat daripada Encik Hazzam tentang keadaan semasa yang berlaku di Mesir juga tindakan yang diambil oleh pihak kedutaan Malaysia. Sekurang-kurangnya kami tahu bahawa kami tidak dibiarkan begitu sahaja oleh kedutaan. Tetapi, keputusan masih belum diambil samada kami akan kekal di ARMA, ataupun akan di evakuasikan ke negara jiran ataupun pulang ke Malaysia. Apa- apa pun keputusan akan diberikan pada hari ini juga. +_+ Makanan dicatu. Tapi manusia boleh hidup even tak makan selama 3 hari kan? :p Kelaparan semakin membuak-buak. Macam-macam perkara bermain dalam fikiranku. Apakah yang akan berlaku pada kami di sini? Macam mana dengan masa depan pengajian kami di sini? Kalau balik ke Malaysia, apakah kami akan teruskan pengajian di Malaysia? Kalau terpaksa ke negara lain, macam mana dengan rumah kami di sini? Barang-barang semua macam mana? Elaun kami kat dalam bank macam mana pula? Haa. Siapa nak jawab semua soalan ni? Terlalu banyak kemungkinan yang akan berlaku selagi tiada keputusan rasmi daripada kedutaan. Aku dah penat nak dengar berita serta khabar angin palsu. Lebih-lebih lagi penduduk di Malaysia yang sentiasa mendapat berita yang tidak tepat tentang keadaan kami di sini. Perang-perang gak, riadah jangan lupa. ngeh3 Petang, pihak DMAK serta PERUBATAN sempat membuat sukan untuk pelajar-pelajar di sini. Dapat juga lah nak mengisi masa lapang ni ha. Punya la banyak masa lapang sampai tak tahu nak buat apa dalam keadaan tak ada internet, kesesakan yang teramat, tak ada makanan. Layan jo lah. Malam, selesai solat isyak dan solat hajat secara berjemaah, sekali lagi taklimat tergempar diadakan. Kali ini sudah pasti ramai yang ternanti-nanti apakah keputusan kedutaan kali ini. Semuanya menanti dengan penuh teka-teki yang sedang bermain. Apapun keputusan, harapnya itulah yang terbaik. Keputusannya.... Saat yang menggemparkan. Semua orang ternanti-nanti apakah keputusan daripada kedutaan. Semua rakyat Malaysia yang ada di Mesir diberi pilihan samada hendak kekal di Mesir ataupun mahu ditempatkan ke negara yang berdekatan. Dan tempat yang telah dipilih adalah Jeddah. Daripada Jeddah, semua diberi pilihan samada hendak pulang ke Malaysia ataupun mahu kekal di Jeddah sehingga keadaan di Mesir kembali aman. Tetapi, jikalau mahu balik ke Malaysia, tiket penerbangan adalah tanggungan sendiri. Maka, esok waktu paling awal perpindahan akan dijalankan. Dan perpindahan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Aku segera menghubungi sahabatku yang ada di iskandariah dan di rumah negeri. Pelik, ramai yang tak dapat meklumat. Pada mulanya aku sedikit gembira, tetapi apabila aku mendengar ramai yang tidak menyertai perpindahan ini, dan akan menetap di Mesir, aku menjadi pelik. Apakah yang sebenarnya bermain di dalam fikiran mereka? Untuk menetap di negara yang tidak aman, apakah rasionalnya? Persoalan kembali timbul. Dan sekarang sangat mengantuk dan menantikan apakah yang akan terjadi pada esok hari. Nantikan... |