Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- Post exam
- You must do them
- scotfield
- a message
- H.U.J.A.N
- Tatkala ujian menimpa..
- pre-examination
- 2011
- Exploding some "management myths"
- m.o.o.d




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

28/1/2011, JUMAAT
Wednesday, February 2, 2011; 1:09 PM

Bismillah...



Keadaan semakin teruk di sini. Hari ini, rankaian internet dan telefon telah disekat. Owh, ini sangat tidak adil. Bil internet dah bayar kot. +_+ Sekarang ini aku tak dapat nk berhubung dengan siapa-siapa. Semuanya bermula daripada revolusi di Tunisia, kemudian diikuti demostrasi di Mesir. Sekarang, Yaman pun dah mulakan protes ke atas negara mereka. Apakah maknanya semua ini?




Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa demostrasi ini dilakukan oleh rakyat di seluruh Mesir. Demostrasi ini bertujuan menjatuhkan perdana menteri Mesir yang sudah memerintah selama 30 tahun. Lama kan? Inilah kita namakan diktator. Nampaknya rakyat sudah bosan dan bangkit untuk mengusir pemerintah ini.




Setelah rangkaian internet dan telefon disekat, kononnya ingin mengawal tersebarnya maklumat, aku teringat kata-kata kawanku bahawa hari ini merupakan hari demostrasi besar-besaran di seluruh Mesir. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke kawasan demostrasi dan melihat sendiri apa yang berlaku. Ya, aku tahu risiko yang bakal aku hadapi. Tapi keinginanku untuk mengambil tahu itu melebihi daripada aku memikirkan tentang keselamatanku.




Maka aku bergegas mandi dan bersiap. Aku mengambil keputusan untuk pergi bersendirian tanpa memberitahu kawanku. Jikalau aku beritahu, sudah pasati dia tidak izinkan aku pergi atas alasan bahaya. Jikalau begitu, lebih baik aku pergi secara senyap. Pada mulanya, aku bercadang untuk pergi sekejap sahaja dan balik sebelum solat jumaat. Tapi...




Saat aku naik metro (komuter versi mesir) sepatutnya aku berhenti di stesen sadat, tempat berlakunya demostrasi itu. Tapi metro yang aku naiki tidak berhenti di stesen itu. Stesen seterusnya, naseer, tak berhenti juga. Haish! Stesen berikutnya, orabi, barulah komuter berhenti. Aku terus keluar dan menuju ke Tahrir. OMG! Memang banyak lori-lori polis. Polis pun dah bersepah-sepah. Aku beranikan diri melangkah. Tiba-tiba azan berkumandang. Nampaknya terdapat perubahan rancangan. Aku terpaksa duduk lebih lama di sini.



Photobucket

Lori polis di merata-rata


Photobucket

Ambil gambar senyap-senyap sambil lintas jalan



Lalu aku pergi ke masji yang berdekatan. Ops..Aku tersalah tempat rupanya. Ketika aku mendengar imam memberi kuthbah, baru aku perasan sebenarnya aku berada di kawasan polis. Aku bersama kelompok polis. Aku mula fikirkan macam-macam. Kalaulah tiba-tiba ada protestan yang datang buat letupan berani mati ke. Huu. Semasa imam sedang berkuthbah, tiba-tiba seorang polis bangun dan menyuruh imam membaca dengan cepat. Sungguh biadap kelakuan itu pada pandanganku. Padahal, semasa imam sedang berkuthbah, makmum tidak dibenarkan bercakap. Lalu imam mempercepatkan bacaannya. Selang beberapa minit, sekali lagi seorang polis bangun dan memarahi imam. Maka imam terus membaca doa bagi menamatkan kuthbah pada kali ini. Tatkala imam membaca doa, polis tu suruh semua makmum yang ada untuk berdiri sedangkan bilal belum lagi melaungkan iqamah. Melampau betul la polis ni.




Selesai solat, semua polis bergegas ke tempat masing-masing. Aku cuba cari Mc’d untuk membeli makanan. Ouch. Polis semua dah jaga. Tempat ni dah dikepung. Aku tak boleh pergi ke mana-mana. Tiba-tiba, aku dengar bunyi bising dari arah kiri. Aku bergegas ke sana. Ya, para protesan sudah memulakan demostrasi mereka. Sangat ramai. Beribu-ribu-ribu. Polis yang menjaga kawasan itu menghalau aku supaya pergi ke tempat lain. Aku terus pergi ke tempat lain.


Photobucket

Protes bermula..

Polis semua sudah bersiap-sedia dengan kegala kelengkapan. Di saat polis menjerit dan berlari ke arah para protes, jantungku berdegup sangat kencang. Sangat mendebarkan. Aku cuba merakam menggunakan hp aku secara senyap. Kalau terkantoi aku merakam, mungkin saja polis akan menahanku. Tak sampai beberapa ketika, beberapa polis lalu di hadapanku sambil membawa beberapa orang yang terlibat dalam protes ini. Beberapa orang telah ditahan dalam keadaan berdarah-darah. Ada yang bersenjatakan kayu dan getah. Aku mula berfikir, lebih lama aku di sini, ada kemungkinan aku akan kena macam ni.


Photobucket

Polis yang berkelengkapan bersedia untuk bertempur dengan protestan

Aku segera cari jalan pulang. Namun, semua tempat telah dikepung. Aku tidak boleh keluar sama ada melalui arah kiri, kanan, depan mahupun belakang. Habislah aku. Aku terpaksa duduk di sini sampai keadaan tamat. Persoalannya bilakah ini semua akan tamat. Adakah akan berlanjutan sehingga malam?




Nasibku baik. Seseorang datang dan bertanya kepadaku, “ruh feen?” (nak pergi mana). “kasr al-aini” jawabku ringkas. Dia segera membawa aku berjalan ke arah kasr al-aini. Sudahku jangkakan, bukannya mudah untukku melepasi kepungan polis ini. Mahmud cuba berbicara dengan polis mengatakan dia ingin membawa aku ke kasr al-aini. Tetapi polis tidak membenarkan. Dan kami terpaksa berjalan sangat jauh mengikut jalan lain. Aku merasakan selamat ketika aku bersamanya. Sepanjang perjalanan, banyak benda yang kami bualkan. Dan mahmud sempat belanja aku minum air tebu. Setelah sekian lama aku berjalan, akhirnya, aku sudah sampai ke kasr al-aini. Alhamdulillah.




Tetapi kasr al-aini Cuma kawasan universitiku. Kediamanku terletak di Zenhoum, dalam 20 minit dari sini. -.-“ Nampaknya, memang banyak jalan yang telah disekat oleh polis. Aku terpaksa mengambil jalan lain untuk pulang ke rumah. Rupa-rupanya, berdekatan dengan kawan aku, sayeda zainab, berlaku juga “pertempuran” antara polis dengan protestan. Owh, keadaan sangat tidak aman. Aku terus pulang...

0 Lovers??