Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - pre-examination - 2011 - Exploding some "management myths" - m.o.o.d - what a day - cumpleanos ^^ - Housemates - Profesional day - recharge ourselves - Kita kan orang melayu ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Tatkala ujian menimpa..
Wednesday, January 12, 2011; 3:59 AMBismillah... Tatkala ujian menimpa, aku cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Apabila masalah tidak dapat diselesaikan, diriku seakan lemah. Seolah-olah sudah berputus asa. Kadang-kadang, aku sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Mengapa aku tidak dapat menyelesaikan masalah yang pada mataku hanyalah masalah kecil. Kadang-kadang, diriku mengeluh, mengapa begitu banyak ujian ditimpakan ke atas diriku. Mengapa selepas satu ujian, satu lagi ujian datang? Ah, dengan keadaanku yang begitu jauh di perantauan, begitu jauh dari keluarga, aku merasakan seolah-olah tekanan ke atas diriku sangat hebat. Aku cuba membuka kembali buku motivasi dan membacanya; mengharapkan dapat menaikkan semula semangatku. Namun, apabila semangat yang dicari masih tidak ditemui dan masalah yang timbul masih tidak dapat diselesaikan, diriku mengeluh lagi. -.-" Lantas aku pergi mencari selimut dan tidur. Sesekali aku terfikir, apakah tidur itu maksudnya semua masalah sudah selesai? Jawapannya mudah, masalah tidak akan selesai dengan hanya tidur dan tidak berusaha melainkan masalah kita itu adalah mengantuk. Aku bertanya lagi, apakah ujian yang didatangkan oleh Allah itu, untuk membebankan hamba-Nya semata-mata dan ingin menyesatkan hamba-Nya? Sekali lagi jawapannya tidak. Semuanya telah dijelaskan dalam surah al-baqarah, ayat terakhir : "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. (Mereka berdoa) " Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"." (surah al-baqarah : ayat 286) Tengok, Allah sendiri sudah berfirman di dalam kitab suci Al-quran, "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". Apakah kita masih meragui dan tidak percaya dengan kata-kata Allah? "Sedarlah Anwar. Walaupun engkau jauh dari keluarga, tetapi Allah itu sentiasa ada. Mintalah kepada-Nya." Segera aku mengingatkan diriku dengan kata-kata itu. "Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat". (surah al-baqarah : ayat 214) Apabila kita ditimpa ujian, kita mestilah bersyukur kerana itu jelas membuktikan Allah mengasihi kita setiap masa. Diuji keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan. Mengapa perlu mengeluh untuk sesuatu yang baik. Kan? Ok Anwar, sila bersemangat kembali. Janganlah bersedih dan berputus asa lagi. Sengaja aku post entry seumpama ini untuk mengingatkan diriku dan juga berkongsi bersama pembaca yang lain. Diharapkan aku akan lebih bersemangat, orang lain juga terkesan dengan penulisanku, juga meminta nasihat daripada pembaca yang lain supaya kita dapat saling mengingati. Semoga kita semua mendapat rahmat Allah. Amin~ ![]() ![]() ![]() ![]() |