Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - 30/1/2011, AHAD - 29/1/2011, SABTU - 28/1/2011, JUMAAT - Post exam - You must do them - scotfield - a message - H.U.J.A.N - Tatkala ujian menimpa.. - pre-examination ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| 31/1/2011, ISNIN
Wednesday, February 2, 2011; 5:14 PMBismillah... Pagi. Sunyi sepi. Usai solat subuh dan membaca al-quran, aku menyambung tugasku untuk membersihkan rumah. Owh, inilah nasib bila duduk sorang-sorang. Dah tak tahu nak buat apa, terpaksa la kemas rumah. Huhu. Uh, dah hampir siap kemas rumah. Sekarang saat paling mencabar, buang sampah! Malasnya lah nak keluar dah buang sampah +_+ xpe, pergi je. Keadaan nampak aman. Sebuah kedai nampaknya beroperasi seperti biasa.” Dah aman la kot”, sangkaanku. Pulang ke rumah, aku bermain chess dan dam bersama kawan. Tiba-tiba,”kita dapat arahan pindah ke ARMA”, kata salah seorang sahabatku. Wth! Apahal pulak nak pindah-pindah ni. Aku mula tak sedap hati. Semua pelajar Malaysia yang duduk sekitar kawasan sayeda zainab, zenhomn, munirah, manial, fustat, semua akan pindah ke ARMA (Asrama Rumah Malaysia Abassiah). Ada yang gembira. Ada yang cakap berkemungkinan besar kita akan dipindahkan ke negara lain yang berdekatan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali aman. Ada yang mengharap kerajaan panggil untuk pulang ke Malaysia terus. Haish. Macam-macam tanggapan ada. ![]() On the way nak ke ARMA menaiki tremco ![]() Ado yo laie kete kebal ni. Haish. excited tol la! Apa-apa pun, aku tak nak pulang ke Malaysia. Kalau balik Malaysia, mungkinkah aku akan sambung pengajianku di Malaysia? Oh, ini tidak boleh berlaku. Sistem di sini lain. Mungkin saja aku terpaksa memulakan dengan semester satu kembali. Membazir masa 3 tahun ok?! Jadi, aku tak berapa bersetuju untuk pulang ke Malaysia. So, aku sangat2 mengharap benda ni akan berakhir dengan cepat. Lagi-lagi banyak kerosakan yang dah berlaku. Airport, carefore, kedai-kedai semua banyak yang dah terbakar. Flight keluar masuk pun banyak dah canceled. Tolong lah stop benda2 ni. Jadi, aku pun segera mandi dan menyiapkan apa-apa yang patut. 3 helai baju, 2 helai seluar, cukup ke? Lantak la. Sebelum keluar dari rumah, aku pastikan semua tingkap ditutup rapi, dikunci, semua pintu juga dikunci. Ya, sudah pasti rumah ni menjadi tanggungjawabku sepanjang pemergian semua ‘housemate’ku ke merata-rata. Sampai di Arma, mak ai. Osah ramai eh orang. Macam semut dah aku tengok. Haha. Pelik la. Muat ke ramai-ramai nak duduk sini? Haish. Aku juga dapat makluman mungkin makanan yang ada kat cafe pun tak mampu nak menanggung jumlah yang sangat ramai ini.Tiba-tiba baru aku perasan aku terlupa bawa duit. Damn. Duit adalah segalanya sekarang ni. Dengan keadaan bank tutup, duit sangat limited dan semakin kering. Lantas aku mengajak syafieq yang tertinggal hp patah balik ke rumah. Nasib aku baik apabila keluar dari pintu ARMA, nampak pak lah baru sampai naik motor. Ok, pinjam motor pak lah. Wink2. (Syafieq yang bawa ok, aku tak reti bawa motor). Duit selamat , hp pun selamat, alhamdulillah ^^ Sudah sampai di ARMA. :) Herm. Sampai sekarang, aku tak pasti motif utama kami semua dipindahkan ke sini. Tak ada tindakan selanjutnya. Aku hanya duduk dalam satu bilik yang dipenuhi 7 orang. Can you imagine that? Dah macam pelarian dah kitorang ni. Hope tomorrow will be better. Please~~ p/s : internet masih lagi disekat. Telefon boleh call je, tak boleh hantar msg. Macam katak bawah tempurung pun ada gak ni. Duduk sonyap jo. OFF. ![]() ![]() ![]() ![]() |