Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - 1/2/2011, SELASA - 31/1/2011, ISNIN - 30/1/2011, AHAD - 29/1/2011, SABTU - 28/1/2011, JUMAAT - Post exam - You must do them - scotfield - a message - H.U.J.A.N ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| 2/2/2011, RABU
Wednesday, February 2, 2011; 10:08 PMBismillah... Pagi seperti biasa. Masih lagi berada dalam perintah berkurung. Tetapi pagi ini, mungkin sesuatu akan berlaku. Sesuatu yang mungkin akan mengubah situasi kami di sini pada ketika ini. Terpaut pada wajah masing-masing sedikit harapan, menunggu taklimat daripada kedutaan hari ini. Minta-minta berita gembira la. Selain daripada berita yang gembira, tak nak dengar boleh tak? huhu. Dengan keadaan di Mesir ini semakin teruk apabila rakyat yang berpihak pada kerajaan muncul dan bergaduh dengan anti kerajaan. Mubarak pula tak nak letak jawatan. Aiyo~ 12:00 pm. Masih tiada apa-apa yang berlaku. Aku mula resah. Haish. Mana taklimatnya ni? Apo cito ni jang? Rupanya, taklimat yang dijadualkan pada pukul 12:00pm itu telah ditangguhkan. Terbaik la. Sampai bila la nak jadi macam ni. Sebenarnya, aku dah letih, penat, lenguh, capek, dan semua perkataan yang seumpamanya, nak dengar semua khabar angin. Tolong la stop sebar-sebar khabar angin ni. Tolong jangan nak kucar-kacirkan lagi keadaan yang dah sememangnya teruk. Sebelum ni, aku dah dengar sangat banyak khabar angin. Ada yang cakap seorang pelajar Malaysia mati ditembak, ada yang dirogol, dan macam-macam lagi. Hakikatnya, semua tu tak betul. Kalau kat Malaysia pula, aku dengar orang di Malaysia kebanyakannya dapat banyak sangat maklumat yang salah dan sudah dimanipulasikan. Akibatnya, banyak ibu bapa terutamanya 'mengamuk' dan berang serta amat risau terhadap keadaan anak-anak mereka di sini. Ok, memang sekarang ni keadaan semakin teruk. Tapi, sikap panik sememangnya tidak membantu malah menambahkan lagi masalah. Aku sangat mengharap supaya keadaan dapat dikawal. Bagi pihak kedutaan dan kerajaan Malaysia, harap maklumat yang tepat dapat diberikan kepada pelajar juga ibu bapa. Dan dapat memindahkan kami serta menjaga keselamatan kami. Ah, naik pening kepala aku dibuatnya. Semuanya disebabkan khabar angin yang entah dari mana datangnya. Herm. Cuba bayangkan, kat Malaysia, dah siap cerita cairo universiti akan bercuti selama 3 bulan. Tapi bila 'call' sendiri pihak universiti, kami dimaklumkan kelas akan berjalan seperti biasa. Haa. See! Di manakah logiknya orang yang berada di Malaysia lebih mengetahui pasal universiti kami lebih daripada pelajar cairo universiti sendiri yang tinggal di cairo ini. Please again. Stop spreading the rumours. Selesai solat isyak dan solat hajat, kami diberikan taklimat berkenaan program evakuasi kami ke jeddah. Haa. Akhirnya. Sepatutnya penerbangan akan bermula hari ini, tetapi berlaku sedikit masalah, pesawat tidak dibenarkan masuk ke dalam Mesir, maka sedikit kelewatan berlaku. Insya-Allah, jika tiada apa-apa berlaku, penerbangan kami ke jeddah akabn bermula esok, secara berperingkat-peringkat. Giliran aku mungkin pada hari sabtu. Antara golongan yang diberikan keutamaan adalah orang yang sakit, berkeluarga, mengandung serta golongan perempuan. Bukannya apakah tajaan pelajar itu mahupun apakah bidang yang diceburi. Jelas ye? Cuba bayangkan, pegawai yang ada 7 orang je. Nak uruskan hampir 10 ribu pelajar di sini. Tolong berikan kepercayaan dan masa untuk pihak kedutaan Malaysia menyelesaikan masalah ni. Jangan duk 'attack' orang je. Cuba letakkan diri kita dalam situasi pegawai tu. Mereka dah cuba yang terbaik. Aku sangat percaya dengan itu. Cumanya, aku sangat mengharapkan pihak kedutaan dapat mengupdate apa yang terjadi kepada pelajar supaya tidak berlaku penyebaran maklumat palsu. Mohon semua doakan perjalanan kami ke Jeddah akan berjalan lancar. Insya-Allah, berkat doa kalian, semuanya akan baik-baik sahaja. Kami akan duduk di Jeddah sehingga keadaan kembali aman di Mesir. Tetapi, kami hanya dibenarkan tinggal di Jeddah, maksimum sebulan. Jika keadaan di Mesir masih tidak pulih, maka kami akan dibawa pulang ke Malaysia. Please la elok cepat2. Kelas pun start 12/2. Assignment tak siap lagi. Banyak lagi benda nak fikir.... p/s : internet boleh guna start petang tadi. harap maklum. ![]() ![]() ![]() ![]() |