
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - a journey~ - Hujan emas di negeri orang.. - The Secret of Socrates - Bowling - 11/12/1990 (premature birth) - winter - The high road to reason - kulli sanah wentu toiyibin - he pass away - less than 12 hours left ![]() By Month: Follower Big Clap
| end of exam
Thursday, February 4, 2010; 7:31 AMBismillah.. Peperiksaan akan dimulakan pada pukul 10 pagi. 9:30 a.m : Kebanyakkan pelajar melayu dah masuk dewan. Kelihatan pelajar2 melayu berkumpul dan berkelompok sedang bincang pasal subjek tertentu. Pelajar2 arab masih ramai yang tidak datang lagi. 9:55 a.m : Pelajar2 melayu sudah pun berada di tempat duduk masing2. Kami hanya menunggu untuk mendapat kertas dan menjawab. Di kawasan pelajar2 melayu hanya sepi. Pelajar arab masih lagi berborak dan ada lagi yang tidak hadir. 10:00 a.m : Doktor datang untuk mengedarkan kertas. Doktor2 terpaksa menjerit menyuruh pelajar2 arab duduk di tempat masing2. Begitu riuh sekali di kawasan pelajar2 arab. Disebabkan saya duduk di tempat duduk paling hadapan, saya dapat melihat reaksi doktor2 dan mendengar perbualan mereka ketika mereka sampai di kawasan pelajar2 melayu. Saya dapat melihat wajah2 mereka begitu terkejut dan gembira. Di tempat ini begitu tenang, pelajar2 melayu tidak perlu diarah untuk duduk. Saya juga mendengar doktor berkata kepada kawannya, "oo, so polite". Dan mereka saling berborak dalam bahasa arab memuji pelajar2 melayu yang agak berdisiplin. Terdetik dihati saya, bertapa saya berbangga mendengar bangsa lain memuji bangsa kita. Bertapa bangsa melayu terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa. Nampaknya, tugas kami pelajar2 malaysia di sini sebagai duta kecil dapat menunjukkan contoh yang baik kepada penduduk di sini. Ah, sikap ini harus dikekalkan, bisik hatiku. ************************************************ Pernah juga satu ketika, doktor yang mengajar kami bercerita. "...we always say to Egyptian students that Malaysian students are very polite, very cute (kecil). We say to them everytime we meet them. Malaysian students will ask permission before they want to go to the W.C (toilet) ". Lihatkah bertapa sikap melayu yang sopan santun diperhatikan oleh orang sekeliling. Kita mungkin saja tidak sedar bahawa setiap perkara yang kita lakukan, kita diperhatikan oleh masyarakat sekeliling dan memberi tanggapan kepada mereka. Mungkin mereka terkejut kerana jika dibandingkan dengan orang arab, sifat mereka memang kasar. Sebenarnya, banyak lagi contoh yang dapat saya berikan. Terlalu banyak. Dan perkara2 inilah yang sedikit sebanyak menaikkan semangat patriotik saya. Ayuh, marilah kita sama2 bangkit dan memajukan diri sendiri dan juga masyarakat kita. Semoga cinta saya kepada tanah tumpah darah saya tidak pudar walaupun saya berjauhan. Perkara yang lain mungkin saya akan menceritakan pada post yang akan datang. Cuti 2 minggu sudahpun bermula! Mari bermusafir ^.^ Semoga semuanya dipermudahkan perjalanan dan mendapat keberkatan-Nya. p/s : Semoga berbahagia..
![]() |