Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - quick update for winter break 2012 - Daurah - Memories remain - I Won't Give Up - Jason Mraz - Am I right? - short 2nd day update - Ophthal started - unexpected - ❒ December is leaving ❒ 2012 is approaching - daa~ ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| jom menuntut ilmu
Wednesday, February 29, 2012; 12:41 PMBismillah... 29.2.2012. Rasa seronok dengan tarikh hari ni. ^^ Yela, kan tarikh 29/2 ni hanya terjadi 4 tahun sekali je kan. hihi. Kebetulan pula hari ni cuti. So, sepatutnya saya rasa macam nak buat sesuatu yang lain sikit. Tapi tak tahu nak buat apa. heee. BUDAYA MENUNTUT ILMU Sekarang ni agak sibuk sampai tak sempat nak update blog, twitter or lain-lain. Baru-baru ni, saya ke masjid azhar untuk mengikuti kelas usul fiqh bersama Ustaz Hairul Nizam. Ustaz Hairul Nizam antara orang yang saya hormati dan kagumi. Kata-katanya begitu lembut hingga mampu menusuk hati. Sebaik sahaja saya sampai di masjid, kelihatan di beberapa penjuru masjid, sheikh-sheikh azhar sedang mengajarkan kitab-kitab kepada orang ramai. Tatkala itu jugalah saya rasa seperti mahu menangis. Betapa ramai yang dahagakan ilmu dan betapa budaya menuntut ilmu itu dijadikan amalan di sini. Dimanakah saya jika dibandingkan dengan mereka? :'( Pengajian yang dijalankan setiap malam itu bukanlah datang dari pihak universiti azhar, tetapi pengajian disampaikan atas dasar ingin menyampaikan ilmu bagi sesiapa sahaja yang ingin menuntutnya. Berdiri di tengah-tengah masjid, memperhatikan setiap sudut di mana terdapat pengajian bersama sheikh azhar, diriku merasa sangat kerdil. kecil. Lantas saya berfikir, banyaknya ilmu yang disampaikan dan agak mustahil untuk saya pergi ke semua pengajian kerana semuanya berjalan serentak. Mahu tidak mahu, pilihan harus dibuat. Allah... Walaupun saya merupakan salah seorang pelajar perubatan di sini, terasa amat rugi jika hanya mempelajari ilmu perubatan tanpa mengambil manfaat sedikit pun untuk mendalami agama Islam. YANG DIKEJAR TAK DAPAT??? Dahulu saya pernah berpendapat, jika saya sibuk nak belajar agama, nanti pelajaran perubatan saya akan terjejas kerana tak cukup masa. Ibarat "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Ternyata, pendapat saya ketika itu salah... Semakin saya diajar ilmu fiqh, akidah, tauhid mahupun sirah, semangat yang dahulunya pudar ternyata semakin bertambah. Jika dulu saya pernah tertekan dan kadang-kadang sedih, tetapi apabila duduk bersama sheikh, nasihat dan peringatan yang disampaikan sudah cukup untuk mengubat hati saya. Segala masalah ada penyelesaiannya. Ternyata, Islam mampu menyelesaikan segala masalah dan mampu memberikan ketenangan dalam hati-hati manusia. :) Banyak kali berlaku, apabila saya ada masalah, walaupun saya tidak menceritakan kepada sheikh, tiba-tiba sewaktu sheikh sedang menerangkan, sheikh mengutarakan masalah itu serta bagaimana mahu mengatasinya. Saya pelik! Apakah sheikh boleh membaca isi hati saya? Apakah kebetulan jika perkara seumpama ini sering berlaku? SEMAKIN BERSEMANGAT Dengan mempelajari sirah Nabi Muhammad sollallhu3alaihiwasalam, para sahabat, para alim ulama' yang terdahulu membuatkan saya begitu menghargai pengorbanan mereka. Serta bertambah-tambah semangat saya untuk menuntut ilmu perubatan dan islam. Kisah yang sering diulang-ulang adalah kisah Imam Nawawi yang pernah 2 tahun tidak tidur di atas katil kerana begitu asyik menuntut ilmu. beliau hanya tertidur dalam keadaan duduk ketika sedang mengulangkaji dan apabila tersedar terus menyambung ulangkajinya. Juga kisah para ulama' terdahulu yang sanggup merantau beribu batu untuk menuntut ilmu dengan hanya menunggang unta. Jika dibandingkan dengan masa sekarang, apakah dengan kemudahan yang ada membuatkan kita kurang menghargai ilmu? Ustaz pesan, ilmu perubatan yang pada awalnya fardu kifayah untuk semua orang telah menjadi fardu ain kepada pelajar perubatan. Allah...Perlu membahagikan waktu dengan terancang. Semoga Allah permudahkan. p/s : ini hanya perkongsian yang sengaja saya coretkan. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyuntik semangat kepada sahabat-sahabat lain. Insya-Allah. ![]() ![]() ![]() ![]() |