Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - stalker - Decision making - note! - snap around - Finally ia bermula.. - I looking for my watch (mcm Mr. Bean) - Haish - mi secreto - Today I don't feel like doing anything.. - Saya nak jadi mathari awak... ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Reflex action
Thursday, June 9, 2011; 3:17 PMBismillah... Ed-dunya har giddan innahar da..Itulah ayat sebagai pembuka bicara. Maksudnya "dunia panas sangat hari ini". Tu kalau terjemah satu-satu perkataan. Tapi kalau susun balik dalam bahasa melayu yang betul, hari ni panas sangat. :p Ye, saya baru balik dari library ni. Jalan kaki lagi. Mana la tak panas. Kalau tak percaya, boleh la tengok bukti ni.... See. 38 degree -.-" Boleh tak masa study kat library, tiba-tiba rasa nak update blog. Heh! Nasib baik la laptop kat rumah. Apeke. Tolong la fokus nuar oooi~~~ Cukup la pendahuluan. Meh masuk isi pulak. Hari ni saya ni nak cerita pasal "reflex action" atau dalam erti kata lain aksi tindak balas. Meh nak kecikkan skop lagi, aksi tidak balas yang saya nak cerita ni apa yang pernah berlaku kat saya je. Apa yang pernah berlaku kat orang lain, tidak diceritakan. Adapun kalau apa yang berlaku pada saya sama dengan orang lain, itu hanyalah kebetulan. hik3. Peristiwa pertama.. Berlaku kat tempat tunggu metro (ktm versi mesir) tahun lepas. Tengah-tengah tunggu, nampak ada seorang perempuan ni. Ui, besarnya rantai. Rantai dia ala-ala tasbih besar. Ada banyak biji-biji besar yang disambung menggunakan tali. Tunggu lagi, kelibat metro masih tidak kelihatan. Tiba-tiba, dengar seperti ada benda jatuh. Apabila saya menoleh, rupanya rantai perempuan tadi entah macam mana boleh tercabut. Dan kebetulan, satu bebola kecil daripada rantainya, bergolek di hadapan saya. Tapi.....saya seolah tergamam dan tidak sempat nak menyelamatkannya. Lalu jatuhlah bebola itu ke landasan metro (sah2 tak ada siapa nak ambil kan?). Masalahnya di sini, saya kecewa dengan diri sendiri sebab tindak balas yang begitu lambat! Boleh pula nak tergamam kan? Patutnya nampak je terus selamatkan bebola tu daripada jatuh. o_O kecewa2...rasa bersalah sangat. Peritiwa kedua.. Berlaku tahun ni di Malaysia masa balik selepas kejadian rusuhan tu. Lokasi kat Melaka, tempat makan sea food. Cantik tempat tu. Kat tengah-tengah kolam yang besar, ada kawasan untuk makan sea food. Lepas makan tu, saya pun saja la berjalan-jalan tengok permandangan kolam sekeliling. Ternampak ada satu keluarga ni, main lambung-lambung bola kecil. Seronok nampaknya. :) Tatkala saya memandang tempat lain, tiba-tiba dengar suara seakan menjerit. Apabila saya menoleh, kelihatan bola kecil yang dilambung-lambung tadi sedang bergolek ke arah saya. Dan....sekali lagi, saya tidak sempat membuat apa-apa. Diam dan akhirnya bola jatuh di dalam air. Maka hilanglah kegembiraan keluarga tadi tu digantikan dengan kesedihan hilang bola. o_O kecewa2! Benda seakan sama berlaku. Persoalannya sama, mengapa tindak balas saya sangat lemah dan lambat? Rasa macam tak boleh nak maafkan diri sendiri. Peristiwa ketiga.. Berlaku tahun ni di hadapan kedai selepas balik daripada Malaysia. Sedang saya asyik nak pilih aiskrim, tiba-tiba ada seorang budak yang sedang berjalan tersepak batu dan terjatuh. Selipar yang dipakainya melayang. Dan....saya masih lagi buat-buat tergamam dan tak sempat nak tolong budak tu dah bangun sendiri. Bukankah saya patut bertindak balas dengan segera mengangkat budak itu. Sekurang-kurangnya menunjukkan saya prihatin dan bukanlah tidak mengambil peduli. o_O Tak tahulah berapa banyak kali perkara seperti ni nak berlaku. Rasa macam nak salahkan diri sendiri je~~~ Hari ni... Semasa perjalanan pulang dari library, ada orang sedang berjalan sambil mengangkat beberapa buah kotak. Sedang saya berjalan sambil bercakap sorang-sorang (hobi yang seronok ;p), tiba-tiba sebuah kotak tadi tu terjatuh. Saya segera pergi mengangkat kotak itu. "syukran 3alaik". Itulah ucapan diberikan. Alhamdulillah. Hari ni saya dah tak kecewa lagi. Akhirnya, hari ni saya dapat membaiki diri saya. Moga lepas-lepas ni, tindak balas saya akan lebih cepat lagi. Contohnya, kalau kotak nak jatuh, sebelum jatuh dah angkat. Haaa. Ada bunyi macam superman sikit kan. ngeh3 ^^ p/s : baru lepas tengok gambar family. Diorang pergi bercuti kat surabaya. Aduhai, gembira nampak. Den gak la yang duk terperap nak exam kat sini haa. :'( :'( :'( ![]() ![]() ![]() ![]() |