Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - Holiday start - Funny - Oral physiology - Be great person - The sun and the wind - Don't regret - summer exam - Spring break - Tag from wani - It has been 2 years ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| sepi
Saturday, July 17, 2010; 4:02 AMBismillah... Seorang demi seorang kawanku telah pulang ke tanah air tercinta. Sedar tak sedar, dah tinggal 5 orang je budak tahun 2 kat bangunan ni. Kesunyian mula melanda. Jarang-jarang sekali bunyi lif bergerak. Pak cik- pak cik di kedai mula bertanya di mana budak-budak Malaysia pergi. Aku hanya mampu menjawab, "kullu yusafir maliziya". Suasana di masjid mula lenggang tanpa pelajar-pelajar Malaysia. Diriku mula bosan. Nak main bola tak cukup orang. Nak main bowling tak ada teman. Nak pergi shopping, tak ada duit. huhu. Maka tinggallah 5 orang budak hitam bersama laptop masing-masing. Hanpir sahaja 24 jam aku berkepit dengan laptop. Mula mengaktifkan diri dengan movies dan games. Waktu tidurku juga sudah lama terganggu. Malam bukan lagi waktu tidur bagiku. Dan waktu makanku juga terganggu. Kemalasan untuk memasak semakin menjadi-jadi. Setiap hari aku terpaksa mengikat perut disebabkan malas nak masak. Aku semakin kerap makan di luar. Haih, makin kurus la aku nampaknya. Keadaan di sekitar Sayeda Zeinab seakan sunyi dikala musim panas ini. Owh, bagaimana harus aku lalui hari-hari mendatang? Sudah 3 hari result untuk pelajar tahun satu keluar di internet. Pelik. Kami pelajar tahun 2 dan 3 habis exam dulu, tapi result tahun satu keluar dulu. Aku mula gelisah memikirkan pasal result yang akan datang. Beberapa kawan dan ibuku menasihatkan supaya tidak risau sangat, kita perlu berdoa pada Allah. Tapi apakan daya, perasaan takut itu seringkali melanda diriku dan aku tidak meminta supaya berperasaan begitu. Aku juga mahu jadi macam orang lain yang tenang sahaja menanti result. Setiap satu jam aku akan refresh page universiti di internet menunggu result tahun 2. Namun, setakat ini, usahaku ternyata sia-sia. Semua orang masih berteka-teki bilakah result akan keluar. Mungkin sahaja esok, lusa, tulat. Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan. Apa pun, semakin lambat result keluar, semakin lamalah aku berperasaan takut. Please2, cepat la keluar result (>.<) Pejam celik pejam celik, sudah 2 tahun lamanya aku menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Terasa seperti baru sahaja aku menjejakkan kakiku ke sini. Persoalannya, banyak manakah ilmu yang mampu aku kutip di sekitar bumi Mesir sepanjang 2 tahun aku menetap di sini. Namun perjalananku masih jauh. Tatkala rakan sebayaku sudah pun menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, aku masih lagi menuntut di sini. "Ya Allah ya Tuhanku, aku bermohon kepada-Mu supaya Engkau mempermudahkan segala urusanku dan sahabat-sahabatku sepanjang kami menuntut ilmu-Mu". Inilah doa yang acapkali aku ulang sebaik sahaja habis solat. Aku begitu berharap supaya aku dan kawan-kawanku dapat berjaya bersama-sama. insya-Allah. Ayuh, janganlah kita berputus asa dan berputus asa dengan rahmat Allah. Buat rakan-rakan yang terpaksa menduduki "dhur thani", aku doakan kejayaan kelian dan marilah bersemangat untuk mencipta kejayaan. tiba-tiba rasa macam nak ambil gambar. so terpaksa la ambil gambar. gambar hanya hiasan ;) Setelah 2 tahun berada di Mesir, inilah kali pertama aku bersolat jumaat di masjid Hussein. Ramainya orang tak terkira. Satu saf jadi dua saf. Tempat untuk sujud menjadi semakin kecil dan kiri kanan sangat rapat. Kehadiranku sebelum azan yang pertama dengan harapan mencari tempat duduk, namun tempat duduk sudahpun penuh. Setelah lama mencari akhirnya aku sempat menyelit di celah-celah tiang. Imam menyampaikan kutbah jumaat dengan penuh semangat. Aku berbisik, kalaulah imam di Malaysia bersemangat macam ni, mesti orang tak tidur. Selesai solat jumaat, kelihatan banyak kumpulan tariqat yang mula berzikir kepada Allah. Masya-Allah. Sungguh meriah keadaan di sini. p/s : semoga rasa takut nak dapat result dapat diatasi. Doakan saya~ ![]() ![]() ![]() ![]() |