Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - Mengidam kuih bakar - Stop and look around you - hate - 11.12.13 - UFO - YETI - Eh, macam mana ni? Ni pesakit perempuan. +_+ Selam... - balong tunang - Got murmur and disappear... - Kenapa bagi alasan jika anda mampu mencipta peluang? - Get 100% in exam and you will kill a patient?? ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Merasa tahu tatkala diri tidak tahu.
Friday, December 27, 2013; 11:27 PM
Bismillah...
Dulu...masa 'summer break', aku belajar ECG melalui youtube Dr Najeeb. Salah satu benda yang aku nak sangat belajar dan faham. Tatkala aku mula belajar melalui video tu, aku rasa sangat mudah. Dr Najeeb menerangkan dalam bentuk yang mudah dan difahami. Tatkala itu, aku ada rasa, "ok, aku dah faham ECG". Maka, semasa melangkahkan kaki ke tahun akhir sekolah perubatan, aku sedikit bersedia. Apabila aku tahu ada doktor yang akan membuat kelas ECG, aku tidak sabar untuk pergi. Tatkala itu aku sudahpun merasakan aku sudah tahu dan hanya hendak menambah sikit-sikit maklumat tambahan yang aku mungkin belum tahu. Apabila doktor memulakan bicara, aku rasa sedikit berbeza. Mungkin disebabkan cara mengajar yang berbeza kot. "Elok juga tu, boleh aku memahami ECG ni melalui pelbagai cara yang berbeza", bisik hatiku. Semakin lama doktor mengajar, aku merasa sedikit kaget. Eh, apa doktor ni ajar? Kenapa macam lain sangat je ni. +_+ Apa yang diajar oleh Dr Najeeb, hanya disentuh sedikit oleh doktor. Baru aku sedar. Apa yang Dr Najeeb ajar tu hanyalah permulaan dan merupakan perkara paling asas sebelum memahami ECG dengan lebih lanjut. Owh, diriku tertipu dengan diri sendiri. Masakan diri merasa tahu sedangkan aku hanya tahu teramat sedikit daripada ilmu yang sebenarnya. Ternyata, aku merasa tahu tatkala aku tidak tahu. Dan aku tidak tahu bahawa aku tidak tahu. T.T Selepas beberapa kali pergi ke kelas ECG, sedikit demi sedikit aku mula faham. Tapi ada juga beberapa benda yang aku tidak faham. Tetapi apabila ditanya kepada doktor, doktor mengatakan "you don't have to know it now. It's for Master or PhD" ataupun doktor akan cakap, "it's enough for you to know until this point. If you not understand, it's okay". Maka aku pergi ke kedai buku dan mencari buku tambahan. "Maugud ayyu kitab li el ECG hena?" (Ada apa-apa buku tentang ECG di sini?) soalku. "Aiwah" jawab tukang kedai lantas menghulurkan beberapa buah buku kepadaku. Aku membelek setiap satu. Ah, ni banyak 'point form' dan susah nak faham. Aku lebih suka buku yang banyak tulisan dan panjang penerangannya. Kerana yang kucari adalah kefahaman. Kalau boleh, setiap garisan turun naik ECG aku nak tanya mengapa, bagaimana dan alasan yang kukuh. Kerana aku pasti, tiada apa yang berlaku tanpa sebab dan penerangan. Finally...mungkin ini buku yang aku perlukan dan sesuai untukku.
Buku yang ada dalam 280 muka surat membincangkan pasal ECG sahaja. Aku mula baca. Menarik! Lengkap! Mudah difahami. Bahasa yang simple. Dan yang pasti, semakin aku baca, semakin aku sedar. Rupanya, jumlah yang aku tahu sangat sangat sedikit walaupun selepas belajar dengan Dr Najeeb dan doktor di fakulti. Lebih banyak yang aku tidak tahu jika dibandingkan dengan yang aku tahu. Sekarang aku akur.
Pengajarannya...
1) Adalah mustahil untuk diriku merasa tahu kerana yang Maha Tahu itu adalah Allah.
2) Tidak boleh merasa puas dengan ilmu yang ada kerana sebenarnya ilmu itu sangat luas.
3) Untuk mendapat ilmu itu bukanlah mudah walaupun terdapat pelbagai cara. Memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi.4) Memahami ilmu itu dengan sedalamnya adalah lebih seronok berbanding menghafal tanpa memahami apa yang dimaksudkan. 5) Setiap orang beza-beza. Ada orang sekali baca dah faham. Ada orang macam aku kena baca dan perlukan penerangan lebih. Ikut cara masing-masing. Tapi kalau perlu, jangan teragak-agak nak beli buku. 6) Dulu masa saya tak faham ECG, saya pernah mengadu kat kawan. Dia yang cakap kena banyak bersabar nak menuntut ilmu. So, kawan yang positif dan sering memberi sokongan juga perlu! Sekian sahaja kisah belajar ECG dariku. Sehingga kini, aku belum lagi habis baca buku tu. Insya-Allah sedikit demi sedikit. Mohon doanya. :) ![]() ![]() ![]() ![]() |