Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - Get 100% in exam and you will kill a patient?? - lost? - cuti winter batal - Demam lagi.. - T T - Tangan dan kaki pak cik tak boleh bergerak... - Melaka trip - 2 pengumuman penting - result oiii - Ramadhan Kareem ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Kenapa bagi alasan jika anda mampu mencipta peluang?
Saturday, December 7, 2013; 1:31 PM
Bismillah....
Tengok orang lain masuk tuition, ada jugak niat nak masuk tuition. Nak jugak belajar dengan doktor yang hebat. Mungkin saja ada maklumat atau teknik tambahan lain dari yang diajar dari universiti. Tapi apa kan daya...yuran tuition mahal. Tuition teori internal medicine saja dah 5000 LE. Tuition surgery dah 4000 LE. Yuran tuition lebih mahal dari tiket pergi balik dari cairo ke malaysia. T.T Tambah lagi elaun JPA sampai sekarang tak masuk. Bukan elaun bulan 12, tapi elaun bulan 11 pun tak masuk lagi. Kalau berterusan macam ni, masuk tahun 2014 boleh la start makan pasir. o_O Tulah, minta lagi nak naik elaun. Sekarang ni bukan je tak naik, malah tak masuk langsung. Padan muka kau. Haih. Dunia sekarang semuanya memerlukan duit. Duit merupakan salah satu daripada "resource" yang penting. Sebelum melakukan sesuatu, kena pastikan setiap 'resources' mencukupi. Tanpa 'resource' yang cukup, engkau masih boleh melakukannya, tapi ada sedikit keterbatasan pada sesuatu yang mahu tidak mahu, perlu kepada 'resource' itu. Kalau lah dari kecik aku menabung macam Rosmah, mesti aku dah boleh pergi tuition. :p Buat adik-adik, mulalah menabung dari sekarang. Contohilah kak mah yang boleh hidup senang lenang sekarang ni. Cuba untuk positifkan perasaan, aku bayangkan cara-cara membuat kek. Kalau resepinya memerlukan gula castor tapi kita hanya ada gula kiub, boleh je kita gantikannya dengan gula kiub kan? Begitulah nasibku. Walaupun aku tidak mampu nak pergi tuition, pasti ada cara lain. Masa orang pergi tuition, aku boleh gunakan masa tu untuk study, kan? Mungkin boleh buat study group dengan budak yang pergi tuition. Tak semestinya tak masuk tuition tidak boleh berjaya kan? kan kan? Untuk mencapai kejayaan itu, bukan ada satu jalan je. Pasti saja ada jalan lain. Yang penting usaha. Mungkin aku dipilih untuk mencipta kejayaan dengan cara lain. Chaiyok! =) Biasalah, awal-awal ni memang banyak nak kena beli buku. dalam masa sebulan dah belanja 800 LE untuk beli buku je. Buat pihak JPA, sila la masukkan elaun. Buku surgery tak beli lagi ni. Ceh, macam la ada pegawai jpa nak baca blog aku kan. kah3. Saje je nak tulis2 kat sini. Xnak baca sudah. kbai ![]() ![]() ![]() ![]() |