Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - Melaka trip - 2 pengumuman penting - result oiii - Ramadhan Kareem - Exam? No, not yet. - Pasca obs & gyne - blackout > 12 jam - exam je keje - Mengapa saya tidak mengundi dalam PRU 13 - Meet pingu's buddy, pinga! ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Tangan dan kaki pak cik tak boleh bergerak...
Saturday, November 9, 2013; 4:28 PM
Bismillah...
Final year ataupun tahun akhir ataupun tahun 6 sekolah perubatan. Kini aku terasa kesibukkannya. Cuti sehari je dalam seminggu iaitu hari jumaat. Dan setiap hari kelas akan bermula pukul 7 pagi dan akan tamat pukul 4 petang. Dan setiap harilah aku akan belajar sesuatu yang baru. Owh final year! Dah dah, jangan banyak mengeluh. Nak jadi doktor kan? Sudah menjadi tanggungjawab untuk mendalami sebetul-betulnya ilmu perubatan supaya kelak dapat mempraktiskan ilmu dan menyumbang kepada masyarakat. =)
************************************
Tatkala aku sedang belajar tajuk neurology di dalam kelas, tiba-tiba masuk seorang pak cik A bersama anaknya. Kurus, mukanya kelihatan sedih, tidak ada sedikit pun tanda ingin tersenyum. Terus duduk di kerusi roda. "Mungkin ini pesakit yang doktor ingin tunjukkan hari ini" bisikku. Selepas doktor selesai menerangkan dengan jelas apa yang harus dilakukan, doktor mengarah kami untuk melihat kepada pesakit tadi. Doktor cuba bertanyakan perihal pak cik A. Tiba-tiba, pak cik A menangis. "Eh, sakit ke?". Aku tiba-tiba terkeliru. Seingatku, doktor belum pun menyentuh mana-mana bahagian cuma bertanya sahaja. Ataupun baru terasa sakit? Aku hanya memerhati. Doktor cuba menenangkan pak cik A dengan mengatakan semuanya akan pulih dan memintanya banyak bersabar. Baru ku sedar. Sebenarnya pak cik A sedang sedih mengenangkan keadaan nasibnya. Mungkin memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini. Selepas beberapa soalan ditanya, kami dapat tahu bahawa dua hari sebelum ni pak cik A ada seorang yang sihat. Menjalani kehidupan seperti kebanyakan manusia biasa. Namun, semasa pak cik A sedang tidur, tiba-tiba terjaga dan mendapati tubuh badan bahagian kiri sudah tidak dapat bergerak atau dikenali dengan istilah "hemiplegia". Bermula dari tangan hingga ke kaki sehingga memaksanya menggunakan kerusi roda. Jawab pak cik A sambil menahan sebak. Sekarang aku memahami kesedihan yang dihadapi sehingga menitiskan air mata di hadapan kami. Aku mula melihat diriku. Sihat. Mampu bergerak. Tidak mustahil bila-bila saja Allah boleh menarik nikmat yang diberikan kepadaku. Tatkala itu, pasti nilai nikmat itu amat dirasai dan teramat rasa kehilangan. Na3uzubillah. Saat tidak lagi mampu bergerak, apakah kita mampu melaksanakan segala perkara yang kita tangguhkan? Selama mampu bergerak ke manakah kita gerakkan tubuh kita? Sudah cukupkah solat kita? Teringat pesan seorang ustaz, "jangan sampai sesuatu nikmat itu sudah ditarik, maka ketika itu kita mula mengatakan seandainya Engkau ya Allah memberikan nikmat ini kepadaku, pasti aku akan lakukan ini dan itu". Namun itu sudah terlambat. Maka sebolehnya, janganlah kita menunggu saat nikmat itu ditarik tetapi lakukanlah sementara diberi kesempatan. Jangalah kita ber andai andai lagi apabila sesuatu nikmat itu sudah ditarik. Allah... Bertapa besar kuasa Allah. Bertapa kerdil kita sebagai hamba-Nya. Segalanya bisa dilakukan-Nya sekelip mata sahaja tanpa perlu keizinan daripada kita. Kerana kehidupan yang kita jalani sekarang bukanlah berlaku atas apa keinginan kita tetapi berlaku atas keinginan Allah. Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang selalu menginginkan Engkau. Terima kasih kepada pak cik A. Secara tak langsung telahpun membuka mataku dan memberikan aku pengajaran yang amat berguna. Pengajaran yang datang daripada Allah kepada hamba-Nya dengan menggerakkan manusia di sekeliling kita. Moga Allah memberi kesembuha kepada pak cik A serta ahli keluarganya. Ameen. Pasti aku akan belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat membantu orang yang memerlukan seseorang yang pakar dalam bidang perubatan. Kerana itu sudah menjadi tanggungjawabku. Insya-Allah. ![]() ![]() ![]() ![]() |