Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - exam je keje - Mengapa saya tidak mengundi dalam PRU 13 - Meet pingu's buddy, pinga! - reading or not? - hati.. - Renovate bilik - ssmmkk - Home alone - Pemurahnya akhowat mesir - Kalau bulan sedih, pingu datang? ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| blackout > 12 jam
Saturday, June 1, 2013; 7:46 AM
Bismillah...
Owh, satu jun sudah. Dah makin dekat laa nak final exam. waaaa. Ada lagi 9 hari lagi. Alhamdulillah, saya baru je habis beberapa soalan past year. Ada lagi. Banyak lagi. Tapi saya plan nak habiskan hari ni juga. Ya, mesti. Wajib. Hari ini juga. Ya, hari sabtu. Jangan banyak soal lagi. hihi. Yelaaaaa. Nak rehat kejap tulis2 blog boleh kan? :) Pada waktu ini, pukul 7:10 pagi. Aku masih lagi berjaga. Belum lagi melelapkan mata. Semangat yang gigih memaksaku untuk menghabiskan soalan past years. Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan berjalan lancar. Sebabnya mudah. Kerana kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik. Sedang aku sebagai manusia, tidak tahu apa yang telah dirancangkan oleh Allah untuk diriku. Semalam, menyaksikan tahap kesabaranku sekali lagi diuji dengan beratnya. Dalam keadaan panas, pukul 12:30 malam, tiba2 "blackout"! Gelap. Sunyi. Cahaya torchlight sahaja yang mampu memberikan sedikit cahaya. Aku diam. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tapi aku yakin, bekalan akan bersambung selepas satu jam. Aku tunggu.. 3 jam sudah berlalu. Masaku berlalu begitu sahaja. Tiada tanda2 bekalan akan bersambung. Diriku berasa lemah. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Study? Ah, gelap-gelap ni. Tidur? Panaslah dan mataku tidak mengantuk. Hanya dapat berbual dengan kawan-kawan serumah. Dan tiba-tiba azan subuh berkumandang pukul 3:15 pagi. Usai solat subuh berjemaah, hatiku mula tidak tenang. Bila agaknya boleh aku sambung ulangkajiku yang masih berbaki berpuluh soalan. Akhirnya, pukul 6 pagi, bekalan elektrik disambungkan. Ah, lega. Alhamdulillah. Lantas aku mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. "Owh, pesanan dari ibu". Ibu : bagi nombor akaun bank kat belakang kad tu. Aku : (nombor akaun bank) Ibu : balik tak tahun ni? Aku : tak (jawabku ringkas) Ibu : ibu beli tiket... Aku terhenti. Aku terdiam. Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab. Aku tahu. Aku tidak mahu pulang. Aku tak nak bazirkan duit ibu ayah. Adik-adik lebih memerlukan. Dan aku sudahpun merancang sesuatu di sini. Namun..bagaimanakah harus aku jawab dengan baik kepada ibu? Fikiranku bercelaru. Aku : Mahal la tiket. Tak yah la membazir....(aku terangkan rancangan aku kepada ibu) Ibu : xpe. Duit ada je. (tanpa menyebut tentang rancangan aku) Aku terdiam lagi. Lama aku fikirkan. Lambat aku membalas. Aku tanya kawan2 lain. Aku : em...tapi nua ingat nak belajar kat sini (aku cuba kuatkan diri) Ibu : kalau macam tu oklah. Ibu doakan nua. Bertapa susah untuk aku katakan Aku masih rasa bersalah. Namun aku perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Ya Allah, bantulah aku. Tenangkanlah hatiku. Aku mengikut apa jua ketentua-Mu ke atasku. Sungguh hamba-Mu tidak tahu apa yang telah Engkau sediakan untukku. Tak sampai 30 minit, bekalan eletrik kembali terputus. Gelap. Berterusan. Sehinggalah pukul 3 petang. Namun baru sekejap ada, terputus kembali. Apa yang tak kena dengan negara ni? Kesabaranku mula memuncak. Aku merasa tidak berdaya lagi. Dalam keadaan panas. Tiada air. Tiada kipas. Tiada lampu. Tak boleh nak study. Tak boleh nak tidur. Segala-galanya tak boleh. -.-" Beberapa minit sebelum maghrib, akhirnya bekalan eletrik disambung semula. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Hatiku sudah bersedia jika sekali lagi terputus. Owh Mesir! Sudah hampir 5 tahun aku menetap di sini. Namun aku tidak akan pernah mengenalmu. Kesabaranku akan sentiasa diuji. Aku perlu tabah. Aku perlu kuat. Semua ujian ni bakal menguatkan diriku pada masa hadapan. Ya, 9 hari lagi. Aku perlu fokus. Fokus. Fokus! Final exam sebelum aku melangkah ke tahun akhir pengajian perubatanku. Moga dipermudahkan. Insya-Allah. ![]() ![]() ![]() ![]() |