Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - Pasca obs & gyne - blackout > 12 jam - exam je keje - Mengapa saya tidak mengundi dalam PRU 13 - Meet pingu's buddy, pinga! - reading or not? - hati.. - Renovate bilik - ssmmkk - Home alone ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Exam? No, not yet.
Monday, July 8, 2013; 4:59 AM
Bismillah...
Selepas tamat exam pediatrics kertas 2, aku ambil keputusan untuk memberikan masa untuk diriku berehat pada 2/7, memandangkan exam klinikal, slides dan oral pediatrics akan berlansung pada 6/7. Maka masaku diisi dengan pes 2013. +_+ Malam 2/7, aku mula membelek2 buku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita exam pada 3/7 akan ditunda kerana keadaan yang tidak menentu. Sekumpulan pelajar Malaysia yang akan exam pada 4/7 mula gelisah kerana exam pada 4/7 juga mungkin akan ditangguh, dan ada antara mereka yang akan pulang ke Malaysia pada 5/7. Owh! Kegelisahan membelenggu...
*************
Petang 3/7, keadaan mula kecoh. HOD dan sahkan exam pada 4/7 juga tunda kepada satu tarikh yang tidak diketahui. Semua mula gelisah. Ada yang cuba hubungi dean, HOD, pegawai JPA. Kerisauan yang jelas adalah terpaksa meninggalkan Mesir dalam keadaan masih belum menduduki exam terakhir kami. Keadaan bertambah serabut apabila ada pihak yang buat sikap mementingkan diri sendiri. Tidak kurang ada yang tidak mahu terlibat dan tidak memberikan kerjasama. Dalam keadaan begini, aku pasti semua orang perlu mengawal emosi mereka. Jangan cepat melenting. ![]() Owh! Aku sangat tertekan. Tatkala keputusan dibuat, jam sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Dan aku ada masa kurang dari 12 jam untuk mula membaca buku dan tidak tidur! Keputusan yang bagi diriku sangat tidak adil dan sangat sangat mementingkan diri sendiri. Ada orang yang mahu melepaskan dirinya sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain. Aku bertegas! Vice mengatakan "digalakkan" bukannya "diwajibkan". Aku percaya masih ada ruang perbincangan. Aku bertegas tidak mahu mengambil exam esok, tetapi ambil pada 6/7. Keputusan yang sangat sukar bagi diriku. Pergi exam dalam keadaan tak sedia, dapat markah sedikit, terpaksa mengulang subjek ataupun persiapkan diri untuk exam 6/7, tetapi exam tidak tahu akan ada atau tidak, dan mungkin ditangguhkan sehingga aku tidak dapat pergi umrah pada 12/7. Apatah lagi exam kali ini membawa markah 150 dan kami perlukan sekurang-kurangnya 60% dari markah keseluruhan untuk hanya lulus exam. Dalam ketegasan aku, diriku masih keliru. Ku gagahi membaca buku yang banyak dalam keadaan yang tidak rela.
**************
Sedang aku membaca buku, tiba-tiba dengar bunyi sorakan serta bunga api tanpa henti. Bacaanku terhenti. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tepat tekaanku. Pemerintahan Dr Morsi telah diambil alih oleh pemerintahan tentera. Kumpulan anti-morsi bersorak seolah mereka sudah merdeka. Dan pada itu, terdapat doktor yang menulis di facebook bahawa exam pada hari sabtu, 6/7 akan berjalan seperti biasa. Diriku sedikit lega tidak perlu exam pada esok hari, juga sedih kerana jatuhnya pemerintahan Dr Morsi. Aku teruskan membaca. Sehingga aku tertidur... Aku terjaga. Sekali lagi dapat berita menggemparkan. Exam pada 6/7 tidak ada, yang ada hanyalah 8/7. Maka bagi sesiapa yang akan balik pada 7/7 diminta hadir exam sekarang! Terkejut. Memang sangat terkejut! Terutama bagi ahli rumahku yang akan balik pada hari ahad. Mustahil untuk pergi exam dalam keadaan baru bangun tidur dan tidak bersedia. Gila. Keadaan kembali kelam-kabut. Setelah menghubungi beberapa orang, akhirnya AJK akademik cuba untuk berbincang semula dengan HOD. Mustahil untuk mengambil exam yang memang tidak dijangka. Sekali lagi exam ditunda kepada hari sabtu. Lega kembali.
******************
Malam 5/7, saat aku bersemangat membaca, menghafal dan mempraktis klinikal skill, seperti sudah dijangka, pengumuman exam ditunda. Again. Penatnya begini. Aku pening. Hilang mood nak membaca. Buka laptop dan buat kerja lain. Maka bermulalah kembali perbincangan demi perbincangan. Nasib agak baik, ada doktor yang kasihan pada pelajar yang sudah membeli tiket, Dr Ahmed Badr dengan rela hati ingin teruskan exam. Maka esok akan diadakan exam untuk pelajar yang akan pulang hari sabtu dan ahad sahaja. Yang jelas, aku tidak akan terlibat. Aku terus menutup buku. Pukul 1 pagi, senarai nama pelajar yang akan exam esok keluar. Bagi sesiapa yang akan pulang sebelum 13/7 akan pergi exam. Dan ini bermakna, aku juga termasuk! Dan aku dah tutup buku. Dan aku dah tak ada mood. Tapi aku terpaksa. +_+ Aku pasrah. Sambil membaca, aku tertidur. Dan pabila aku sedar, lagi 40 minit nak exam. @_@ Ya Allah. Bantulah aku. Aku terus siap dan pergi ke hospital dalam keadaan kurang bersedia. Apa yang termampu, itulah aku lakukan. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
*******************
![]() ![]() ![]() ![]() |