Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - First time operation - (•̯͡.•̯͡) - Ear, Nose, Throat - \(‾▿‾)/ \(‾▿‾)/ - mata oo mata - Nyan cat 100 hours.. - kenapa ni?? - "Kalau dua-dua sembunyik, sape nak cari sape?" - Mari beradab - Au revoir Pingu! ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| "He knows the value of oxygen"
Tuesday, May 1, 2012; 11:02 AM
Bismillah... Sejak masuk 'clinical year' ni, memang banyak berjumpa dengan pesakit. Pesakit dengan macam-macam penyakit. Tapi hari ni saya nak cerita apa yang terjadi semalam je. ^_^ Semalam semasa di hospital, doktor telah memanggil beberapa orang pesakit. Pesakit pertama adalah seorang lelaki yang umurnya hampir 60 tahun. Beliau telah menjalani tracheostomy disamping total laryngectomy dan partial pharyngectomy. Maka disebabkan itu, dia akan bernafas melalui lubang yang ada di lehernya dan bukanlah melalui hidung atau mulut seperti manusia biasa. Tak cukup dengan itu, keseluruhan larynx dan sebahagian pharyx yang salah satu fungsinya untuk menghasilkan suara telah dibuang. Namun, doktor menerangkan bahawa pesakit ini mampu bercakap selepas pembuangan vocal cord, walaupun tidak berapa jelas suaranya. Caranya dengan menyedut udara ke dalam oesophagus dan menghembuskannya yang akan menyebabkan getaran pada 'pharyngeal muscle' dan menghasilkan bunyi (oeshopahgeal speech). Dan pesakit ini perlu menutup lubang di lehernya setiap kali ingin bercakap. Sedih juga hati melihat keadaan pesakit sedemikian rupa. -.-" Kemudian, pesakit ketiga, seorang lelaki, juga masuk dalam keadaan terdapat lubang di lehernya. Tetapi kali ini, pesakit ini masuk bersama salah seorang ahli keluarganya. Apabila disoal, rupanya pak cik ni baru je dimasukkan ke hospital semalam kerana tidak dapat bernafas. Sebenarnya, pak cik ni ada penyakit rhinolaryngoscleroma, salah satu cancer yang menyebabkan ketumbuhan dan menutup salur penafasan. Maka udara yang disedut melalui hidung mahupun mulut tidak dapat disalurkan ke dalam paru-paru. Pesakit sudah mengidap penyakit ni sejak 25 tahun yang lalu dan semalam adalah keadaan penyakit semakin teruk. Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana keadaan pesakit ketika itu. Tidak dapat bernafas, sudah pasti amat menyeksakan. Maka doktor telah mengambil langkah pantas untuk menjalankan tracheostomy, di mana lubang ditebuk di bahagian leher untuk membantu oksigen masuk. Allah...Saya agak terdiam mendengar cerita itu. Doktor pula pesan, "pesakit yang telah menghidapi penyakit ni dan menjalankan operation ni, lebih mengerti dan menghargai oksigen itu". Saya yang mendengar terus menunduk malu, bertapa nikmat oksigen yang kita tidak nampak, tapi kita menggunakannya hampir setiap saat, mempunyai nilai yang amat tinggi. Namun, jarang sekali saya mensyukuri nikmat oksigen itu. Baru saya sedar, nikmat itu kadang-kadang kita tidak merasainya sehinggalah dicabut nikmat itu dari kita, baru kita akan mula memikirkannya. Jika kita memikirkannya sebelum ia dicabut, sudah pasti kita terus mensyukuri pemberian Allah. Juga, pesakit ketiga ini tidak lagi mampu bercakap. Segala maklumat yang saya ceritakan tadi diceritakan oleh anak pak cik itu. Pak cik tu hanya mampu mengangguk dan menggelengkan kepala sahaja. Bagaimana agaknya perasaan pak cik ni, jika difikirkan, semalam dia mampu berkata-kata, tetapi secara tiba-tiba, esok tidak lagi bersuara. hmmm.. Perkara ini membuatkan saya terfikir. Segalanya boleh berlaku sekelip mata sahaja. Dengan melihat keadaan pesakit dan mendengarkan kisah mereka sahaja, dapat mengetuk hati saya bertapa banyak nikmat Allah itu, dan salah satunya adalah nikmat sihat itu sendiri. Dan sakit itu juga didatangkan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Dan yang menyembuhkan juga adalah Allah. Walaupun pesakit berjumpa dengan doktor, tidaklah bermaksud pesakit berharap pada doktor bukanlah kepada Allah, juga tidaklah bermaksud doktor yang mampu mengubatnya, bukanlah Allah yang menyembuhkan. Tetapi, kita sebagai hamba-Nya berusaha mencari jalan untuk mengubati penyakit itu, dan atas usaha kita itu, moga-moga Allah membalas dengan kesembuhan. Bukankah Allah suruh kita berusaha, kan? =) Cukup la kot saya cerita setakat ni. Saya cuma memasukkan pesakit nombor 1 dan 3 je sebab operation yang dijalankan adalah sama. Bukanlah untuk mengaibkan pesakit, tetapi untuk menyampaikan pengajaran yang saya dapat. ![]() ![]() ![]() ![]() |