Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - (•̯͡.•̯͡) - Ear, Nose, Throat - \(‾▿‾)/ \(‾▿‾)/ - mata oo mata - Nyan cat 100 hours.. - kenapa ni?? - "Kalau dua-dua sembunyik, sape nak cari sape?" - Mari beradab - Au revoir Pingu! - Bismillah..."Tidak ada kesusahan (atau bala bencan... By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| First time operation
Saturday, April 21, 2012; 3:01 AM
Bismillah...
19/4/2012 | Khamis. Hari yang dinantikan oleh sesetengah pelajar tahun 4 round E.N.T kerana hari inilah masa nak merehatkan minda di rumah. Ataupun melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan semasa hari persekolahan.
Lain pula bagi diriku. Saat ini memang kunantikan kerana pada hari ini merupakan giliranku dan beberapa orang rakan untuk bersama-sama doktor dalam "operation" E.N.T. Pasti suasananya berbeza berbanding melihat operation melalui screen tv dan laptop.
Baju scrub yang baru sahaja dibeli semalam masih ada dalam plastik. Kesan lipatannya pun jelas kelihatan. Nampak sangat orang baru kan. Lantas kumasukkan scrub ke dalam beg tanpa menggosoknya terlebih dahulu. Pukul 9 pagi, aku bergegas ke hospital bersama-sama Sein. Sebolehnya aku ingin datang awal supaya tidak terlepas apa-apa yang akan ditunjukkan.
Sampai sahaja di hospital, aku ternampak kelibat sahabatku Luqman, Imran dan Engku. Owh, ada orang lain yang lagi awal lagi rupanya. Hatiku sedikit lega kerana sudah pasti operation belum dijalankan. Tapi...kenapa mereka berjalan seolah mahu keluar daripada hospital? Aku terus bertanyakan khabar mereka. Namun, berita yang kurang enak disampaikan. Operation untuk E.N.T. pada hari ini tidak dijalankan. Aduh! Aku terus teringat beberapa minit sebentar tadi, tatkala diriku berada di rumah, kalaulah kutahu tiada operation, sudah pasti akan kusambung tidur di pagi cuti ini. Tapi, kuyakin terdapat hikmah di sebalik takdir Allah ini. Semua orang kelihatan sedikit kecewa.
"Apa kata kita pergi tengok operation ophthal?" kata salah seorang daripada kami. Ada yang setuju, ada yang seakan berat. Melihatkan keadaan sahabat lain yang agak terkeliru, aku terus bergerak ke bahagian mata dan menarik sahabat-sahabat yang lain. Namun, sekali lagi kami diuji, operation mata hari ini hanya ada satu dan kebanyakkan pesakit telah dikeluarkan kerana terdapat "infection" dalam hospital. -.-"
Kami semua terdiam. Cuba memikirkan apakah langkah seterusnya. "Kalau kita pergi ke emergency unit ok ke?", sekali lagi terdengar cadangan daripada seorang sahabat. "Ok jom", kataku segera bertindak tanpa melayan perasaan kecewa. Sampai di sana, keadaan tenang. Tiada tanda-tanda kecemasan dan operation yang dilakukan. hmm. Tiba-tiba seorang pak cik yang duduk di depan pintu panggil kami. "3ayiz syufu el-3amaliat", jawab kami ringkas. Lalu pak cik itu menunjukkan bilik pembedahan yang terletak tidak jauh dari situ. Kami bergegas pergi.
Hampir semua tingkat hospital kami dah lalui hari ini. Di hadapan bilik pembedahan, kami seakan tidak wujud dan tidak dilayan oleh orang. Aik?? Nak cakap macam mana ni? Akhirnya, ada seorang pak cik yang memanggil kami. Setelah mengatakan keinginan kami, kami disuruh masuh dan menukar pakaian scrub. Terdapat banyak bilik pembedahan di situ. Maka setiap seorang daripada kami masuk ke setiap bilik yang berlainan. Eh, senangnya. Tak ada daftar ke, ambil nama ke. huhu. ^_^
Alhamdulillah, aku dapat melihat 2 operation hari ini. Yang pertama "removal of haematoma", yang kedua doktor terangkan tapi agak blurr sebab tak belajar lagi. Ternyata, suasana sangat berbeza!! Jika melihat operation di you tube, boleh tengok sambil duduk, minum air, makan, baring. Berbeza di dalam dunia realiti, keadaan yang agak serius, tahap penilitian yang tinggi, berdiri berjam-jam, berhadapan dengan darah. Banyak benda baru yang kupelajari pada hari ini. Pada setiap potongan yang dilakukan, setiap jahitan, setiap tube yang dimasukkan, kesemuanya memberikan pengetahuan yang banyak. Dan banyak lagi yang ku tak tahu. huhu
Allah...Jika diikutkan perasaan malas dan kecewa pada awal tadi, sudah pasti kami tidak berpeluang. Semoga apa yang berlaku hari ini memberkan pengajaran dan menjadi pembakar semangat kami untuk terus menuntut ilmu perubatan dan mendalaminya semahir-mahirnya. Insya-Allah. |