
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - How to make spreadsheet - Concentration - Sabi3... - And this is the best plan?Are you sure?Is this the... - p/s : love takes wing <3 - over - sikit je lagi.. - paneh bai - hematuria :'( - Bismillah...There's a time where you need to talk ... ![]() By Month: Follower Big Clap
| za3laan.. :'(
Friday, July 22, 2011; 3:43 AMBismillah... Herm... :'( Sedih la macam ni. Semuanya bermula semalam. Semalam, pagi-pagi lagi budak tingkat 5 dah siap-siap barang nak pindah. Uh, makin kurang orang yang menghuni imarah ni. Takpe lah, sampai masa saya juga akan pindah juga, insya-Allah. Jadi saya bergegas pergi menyumbangkan tenaga untuk mengangkat barang-barang ke atas lori dan mengangkat barang ke rumah baru mereka. Alhamdulillah, lepas tu ada makan-makan. Hoorey! Tak payah la sibuk fikir nak makan apa. hehe Tengah hari tu, 'seriously' penat. Balik je terus tidur. -.-" Lepas asar, saya sudah pun ada temu janji untuk pergi melihat rumah satu bangunan dengan rumah izany. Setelah beberapa hari usaha pencarian rumah yang sangat memenatkan, saya amat berharap rumah kali ini dapat memuaskan hati saya untuk menyewanya. Dan sudah menjadi suatu kelaziman bagi saya untuk melihat dulu rumah tu sebelum sewa. Maka petang tu saya pergi bersama roomate, mus. Setelah melihat, kami agak berpuas hati dengan kondisi rumah dan juga harga yang ditawarkan agak berpatutan. Tiba-tiba... Satu kejadian yang tidak diduga berlaku. Pak cik rumah sebelah (orang arab) keluar dan marah-marah. Dia cakap dia tak nak jiran dia ni orang asing. Heh! Apehal pulak ni??? Pada hal rumah yang kami ingin sewa ni bukan milik dia pun. Apa hak dia? Tapi pak cik ni terus menerus menjerit, marah, dah macam nak berperang. +_+ Mungkin dia risaukan keselamatan anak perempuan dia. Ape la pak cik, kami datang sini bukan nak kacau anak dia. Tak ada niat pun nak kacau rumahtangga orang. Mungkin la, pak cik tu cuma risau. Tapi bagi saya, tindakan dia sangat tidak wajar untuk datang serbu secara tiba-tiba, menjerit dan marah tak tentu hala. Apatah lagi kami ini orang asing. Dan pada pandangan saya, orang melayu jauh lebih baik dan lebih sopan daripada orang arab sendiri. Kenapa nak tuduh-tuduh kami nak buat kerja tak elok? Ni la jadinya kalau duduk dalam rumah je, tak ikuti perkembangan semasa, macam katak bawah tempurung. Pemikiran pun dah kolot. Bukannya tak boleh datang baik-baik, cakap baik-baik, terangkan apa yang berlaku dan deal betul-betul. Susah sangat ke? Akibatnya, saya tak dapat nak buat keputusan nak pindah situ ke tidak walaupun tuan rumah cakap dia izinkan kami duduk situ sebab tu hak dia. Pergaduhan tu berakhir dengan ucapan salam saya kepada pak cik tu. ~ Kemudian saya terus bergerak ke hayyu sabi3 untuk mengikuti forum lepas maghrib. Sepanjang perjalanan, masa yang sepatutnya saya habiskan dengan membaca buku telah terganggu. Tak boleh nak fokus! Duk fikir pasal pak cik tadi dan macam mana nak selesaikan masalah. Spoil betul la pak cik. Dah la nak cari rumah yang sesuai je dah susah. +_+ Dan sekali lagi saya berasa amat sedih sebab tak dapat nak duduk di barisan hadapan dalam forum ni. Walaupun saya antara orang yang terawal datang, tapi tetap tak boleh duduk depan sebab saya terpaksa keluar awal sebelum forum habis. Forum yang bertajuk "mencari mutiara di bumi mesir" sangat menarik. Ahli panel yang dijemput pun sangat berpengalaman. :) Namun, apakan daya. Saya tak dapat mengikuti forum ini sampai habis. 9:30 pm, saya terpaksa keluar daripada majlis ilmu ini. Saya terus bergerak ke rumah negeri sembilan. Herm..Bangah nak balik Malaysia dah. So saya akan ikut hantar kat airport. Haih. Lepas satu-satu kesedihan yang menimpa. Now rasa nak tiduuuuuuuuuur je sampai la bila bangun tu semua masalah tu dah tak ada. +_+ Sedih la macam ni. Tak larat taw. p/s : wish you were here. :'(
![]() |