
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - KLCC - putera raja - 2 important events on 21 July 2010 - Tiba-tiba - sepi - Holiday start - Funny - Oral physiology - Be great person - The sun and the wind ![]() By Month: Follower Big Clap
| Pak cik Azmi
Sunday, August 29, 2010; 7:16 AMBismillah... Sedar tidak sedar, sekarang ni sudah masuk pertengahan bulan Ramadhan. Masya-Allah, sungguh cepat masa berlalu. Setelah selesai berbuka puasa, aku memakai jubah berwarna cokelat, bersiap-siap untuk menunaikan solat maghrib. Ini kali kedua aku memakai jubah ini. Kebiasaannya aku hanya memakai jubah berwarna hitam dah biru gelap. Ya, sudah lama aku tidak memakai baju melayu. Sudah terbiasa dengan jubah agaknya. Selepas berwuduk, aku segera menunaikan solat maghrib berjamaah bersama adik-adikku. ***************** Sampai sahaja aku di Surau Taman Dato' Wan, tiba-tba seorang pak cik menyapaku, "minta maaf pak cik tanya. Betul ke kau ni cucu cikgu Aziz Juraimi?". "ye saya" jawabku ringkas. "Alhamdulillah. Pak cik dulu belajar mengaji dengan dengan atuk kau. 8 tahun pak cik belajar. Daripada zero knowledge, sekarang ni pak cik dah 30 kali khatam al-quran. Atuk kau cakap, kalau datang pukul 2 pagi pun dia boleh ajar mengaji. 8 tahun pak cik mengaji dulu. Kau ni doktor ke?". Sungguh bersemangat pak cik ini bercerita, bisikku. Kata-kata ak cik Azmi tadi tu masih terngiang-ngian dalam kepalaku. Aku terbayangkan betapa besar pengorbanan atuk dalam menyampaikan imunya dan mengajar orang mengaji. Aku terus terbayangkan, kalau pak cik tadi belajar mengaji dengan atuk daripada tidak tahu apa-apa sehingga sekarang ni dah 30 kali khatam, setiap kali dia membaca al-quran, sudah pasti atuk mendapat sahamnya. Masya-Allah. Sungguh besar ganjaran itu. Inilah kelebihan apabila kita menyampaikan ilmu yang kita ada. Aku segera tunduk mengenangkan apakah yang dapat kucurahkan untuk masyarakat sekeliling. Aku kian sedar betapa masyarakat amat menghargai kita apabila kita berkongsi ilmu dan membantu orang lain. Dalam diam aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan menaburkan bakti kepada masyarakat. Namun niatku bukanlah untuk mendapat pujian mahupun perhatian, tetapi niatku agar semua orang mendapat manfaat dan kebaikan daripada apa yang aku lakukan. *************** p/s : sangat jarang dapat on9 sebab duduk kat rumah atuk. Banyak benda nak cerita tapi semuanya terkendala. Harap semua orang dapat memanfaatkan bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari saja lagi. Semoga semua memperoleh keberkatan-Nya. Salam merdeka~
![]() |