Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - THE ABC'S OF FRIENDSHIP - It just around the corner - Exam - Friend is kawan - 3rd International Student's Day for Kasr Al Einy M... - ** Most important part of the body ** - Be Thankful - Pengembaraan di Bahariya - Majlis Graduasi - Cabaran dalam kehidupan ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Praktikal
Wednesday, April 21, 2010; 11:08 PMBismillah... Pagi ini azan subuh sangat awal, 3:49 a.m. Mataku seakan berat untuk membuka kelopaknya untuk membiarkan cahaya menembusi lapisan2 mata. Tiba-tiba angin sejuk masuk melalui tingkap yang sengaja ku biarkan terbuka, lalu mengenai tubuhku. Aku lantas mencapai selimut dan menyelimutkan tubuhku. Lantas hatiku membisik, "eh, sejuk pula hari ini". Aku terus dibuai mimpi dalam kesejukan pagi. Setelah beberapa minit.... Diriku terjaga. Aku akhirnya berjaya memaksa diriku untuk membuka kelopak mataku. Aku cuba melihat sekeliling dan akhirnya pandanganku berhenti pada tingkap yang masih lagi terbuka. Cantik. Aku masih lagi tertanya-tanya mengapa suasana hari ini sejuk tidak seperti hari-hari yang lain. Lantas aku terkenangkan keadaan di Malaysia yang dikatakan dalam musim hujan. Wah, aku sangat merindui hujan-hujan di Malaysia. Sudah setahun aku tidak merasa hujan. Dan persoalan adakah aku akan balik ke Malaysia tahun ini kembali menghantui fikiranku. Aku tersentak dari lamunanku dan terus bergerak ke bilik air setelah menyedari aku masih lagi belum melaksanakan tanggungjawabku pada-Nya. 9:00a.m - praktikal biochemistry Aku mulakan eksperimenku terhadap "urine sample" yang dibeikan dengan bismillah. Pada mulanya tanganku agak menggigil untuk memegang botol2 yang berisi "chemical" yang terdapat di hadapanku. Namun setelah "fehling test" yang aku jalankan menunjukkan keputusan positive dengan memberikan "red precipitate", aku mula tersenyum. Dengan segera aku merekodkan keputusan yang aku dapat di atas kertas yang disediakan. Aku mula yakin dengan diriku. Kali ini aku lebih yakin untuk mengambil "chemical" lain untuk menjalankan eksperimen yang seterusnya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku dah usahakan. Aku teringat status Alia Diana kat facebook, "Do the best and Allah will do the rest". ************************************ Malam ni, aku terus membaca physiology kerana esok aku akan ada praktikal physiology. Entah mengapa malam ini aku seakan tidak bersemangat untuk membaca buku. Beberapa kali aku cuba untuk membaca dan menghafal, namun usahaku seakan tidak berhasil. Mungkin sahaja aku masih lagi teringat "offline message" daripada ibu petang tadi. Erm. Seakan bersalah walaupun ibu tidak menyalahkan. Ok, akhirnya aku mengambil laptop dan cuba membuka beberapa laman web untuk mententeramkan hatiku ini sebelum aku menyambung pembacaanku sebentar lagi. Ah, aku harap aku dapat meneruskan pembacaanku. Jika tidak, mungkin aku bergantung pada pengetahuanku semasa di dalam kelas sebelum ini. huhu. Daa~ Sebelum masuk lab..Semua macam dah bersedia ^.^ Nombor 3083..nombor giliran dari tahun 2008 hingga 2015 Ni antara lelaki kacak kat dalam lab..nama dia Husaini Utama..Sila add dia kat ym ;) Ini hasil eskperimen saya..huhu Sekian~ ![]() ![]() ![]() ![]() |