Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking ![]() ![]() ![]() Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - Group assignment - Learn from cartoon.. - hello!! Anybody there?? - 3 hari vs 3 jam - +_+ - -.-" - - - The war finally begin.. - A day before final exam... ![]() By Month: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Follower Big Clap
| Bettter than others?
Wednesday, December 26, 2012; 1:53 AM
Bismillah...
Kadang-kadang bila jalan, dan orang yang berada di hadapanku berjalan perlahan, hatiku mesti berbisik, "haih, bersiar-siar ke? Slow betul jalan. Buang masa betul". Tapi waktu itu aku lupa siapa yang memberikan aku kekuatan untuk berjalan. Mungkin saja orang yang berjalan perlahan itu sakit kaki. Mungkin juga dia keletihan. Mungkin dia sudah tua, tidak segagah orang muda ketika berjalan. Apakah aku pada ketika itu lupa bahawa Allah menciptakan manusia itu pelbagai dan setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Apakah aku merasa angkuh tatkala aku diberikan kekuatan untuk berjalan lebih pantas dari orang lain? Sedangkan jika Allah tidak memberikan aku kekuatan itu, aku tidak mampu berbuat apa-apa. Sudah lupakah aku? Mengapa begitu cepat aku menghukum orang? Astarfirullah..Aku harus lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang, bila ada orang lain yang kekok melakukan sesuatu, hatiku berbisik, "ish dia ni. Benda simple pun tak reti ke?". Tanpa aku sedari, aku bersikap angkuh dalam ilmu yang Allah berikan kepadaku. Sedangkan yang membuatkan aku tahu adalah Allah. Dan yang membuat mereka tak tahu juga Allah. Apakah aku merasakan tanpa Allah, aku mampu faham walaupun tidak dipilih oleh Allah untuk faham? Jawapannya sudah pasti tidak. Bacalah sebanyak mana, jika Allah tidak izinkan aku faham, nescaya aku tidak akan faham. Kerana Dia lah yang berkuasa terhadap segalanya. Tapi mengapa aku perlu angkuh tatkala didatangi orang yang kurang kefahamannya daripadaku? Mungkin saja dia lebih mengetahui daripadaku tentang perkara lain. Sekali lagi aku tertewas. Ya Allah, peliharalah aku dari sifat angkuh ini. Begitulah aku sebagai manusia yang lemah. Dalam setiap perkara yang berlaku, kadang-kadang aku tertewas, terlupa, terleka, terlalai. Tatkala melihat sesuatu kekurangan pada orang lain dan kelebihan itu ada pada diriku, aku kadang-kadang mudah diperdayakan. Bayangkan jika aku mendapati diriku ada sesuatu kekurangan, dan tidak ada kelebihan yang ada pada orang lain, bagaimanakah aku mahu dilihat dari mata orang lain? Bukankah aku percaya bahawa tiada manusia yang diciptakan di muka bumi ini sempurna dan "perfect" melainkan Nabi Muhammad solallahu 3alaihi wasalam? Insaflah anwar.. :'( p/s : sekadar teguran dan muhasabah diri sebelum tidur. Allah..**ditulis menggunakan bahasa dan kefahaman yang amat cetek tentang tasawuf. Segala teguran dialukan. Labels: Muhasabah sebelum tidur ![]() ![]() ![]() ![]() |