Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| hati
Tuesday, November 24, 2015; 2:49 AM
Bismillah...
Aku.
Jika kau menghargai aku, 1000 kali aku menghargaimu.
Jika kau menyayangiku, hatiku lebih lagi menyayangimu.
Jika perlukan aku, aku akan sentiasa ada untukmu.
Jika kau setia padaku, setiaku padamu usah kau ragu.
Aku cuba bertahan.
Berharap semuanya akan kembali baik.
Percaya perbuatan yang baik pasti dibalas baik.
Aku bukan jenis membalas.
Tapi aku juga punyai hati.
Mahu rasa lebih dihargai.
Berikanlah kepercayaan padaku sebagaimana engkau pernah mempercayaiku. Pilihanku tidak semuanya tepat. Aku juga punyai silap. Tapi aku mohon percayakan aku.
Ucapkanlah kata-kata lembut buatku.
Kerna aku perlukan kelembutanmu.
it's about to start..
Saturday, August 15, 2015; 5:08 PM
Bismillah...
Lagi sehari, aku akan mula berkhidmat di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Jujur aku nyatakan, aku belum bersedia. Allah... Jelas sekali, kehidupan semasa zaman belajar adalah berbeza berbanding alam pekerjaan. To face the reality, as a doctor, you deal with human life and you are responsible in your decision and action. Not in medical school. You are still learning and your will not be responsible because you don't make the decision. Ahh, aku takut. Berdebar-debar. Cemas. Sudah bersediakan aku? Untuk menghadapi semuanya, sanggupkah aku? Aku merasakan seolah-olah aku tidak tahu apa2. aaahhh.. Aku cuba untuk menyedapkan hati dan berfikiran lebih positif... Pasti, housemanship selama dua tahun ni, adalah waktu terbaik untuk aku belajar skill2 yang diperlukan. Untuk menjadi seorang doktor yang competent, independent and the most important to be a safe doctor, in order not to harm the patient. Pasti, jika aku tersalah, aku kena mengaku kesalahan dan terima teguran daripada sesiapa pun yang lebih tinggi mahupun teguran dari rakan sekerja. People do learn from mistake. Mistakes happen, but most important is you learn from mistake and try your best not to repeat it. Pasti, untuk menjadi terhebat dan berjaya, it will not be an easy way. You have to sacrifice. Aku menjangkakan segala pahit getir dan halangan sedang menantiku. Kuatkanlah dirimu wahai anwar. Pasti, aku wajib mengenal kekuatan dan kelemahan diriku. Cuba sedaya upaya memperbaiki kelemahanku. Tiada jalan pintas untuk berjaya. DO something and improve yourself! Allah...bantulah aku.
Senyum selagi anda mampu tersenyum. Gambar kenangan selepas selesai PTM selama seminggu.
p/s : I wish you will be my source of energy and always be by my side. Pilihan.
Sunday, July 19, 2015; 1:42 PM
Bismillah...
Kadang-kadang, apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. Kerana apa yang kita kehendaki tidak seiring dengan kehendak Allah. Jika diberi pilihan, sama ada engkau mahu mengikut kehendak engkau ataupun engkau mahu mengikut kehendak yang Allah dah tentukan ke atas engkau tatkala kenhendak engkau dan kehendak Allah itu berbeza, yang mana satukah yang akan engkau pilih?? Pilihan. Setiap manusia harus membuat pilihan. Dan pilihan itu harus dibuat setelah dipertimbangkan beberapa faktor dan dirasakan yang terbaik untuk dirinya. Aku rasa aku sudah pun membuat pilihan. Engkau boleh tidak setuju. Tapi aku sudah membuat pilihan. Pastinya pilihan aku, aku buat setelah aku memikirkan apa yang terbaik untuk diriku menggunkan keterbatasan akalku. Jangan engkau persoal lagi. Sama ada engkau setuju atau tidak, itu hal engkau. Keputusanku tidaka akn berubah sama sekali. Ye, aku sedang berbicara tentang engkau. Bukan orang lain. Jika engkau merasakan engkau mampu membuat pilihan lebih baik, lebih tepat, silakan jadi diriku, lalui semua yang aku sudah lalui, hadapi apa yang pernah aku hadapi, dan silakan membuat keputusan engkau sendiri. Pasti engkau akan lebih mengerti di sebalik pilihan aku. Mungkin engkau lupa aku juga manusia. Tapi aku bukan manusia biasa. Aku tidak seperti engkau. Aku manusia yang tidak ada hati dan perasaan. Bukankah engkau berfikiran begitu? Selamat Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah. Debaran berakhir.
Wednesday, February 25, 2015; 12:22 AM
Bismillah...
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan lagi melainkan kata-kata pujian pada Allah. Debaran menanti result final exam akhirnya berakhir. Mana tak berdebarnya, esok adalah hari graduasi, tapi kami dipaksa menunggu sehingga ke saat akhir. Apa akan terjadi kalau esok nak konvo, dah siap2 semua, tengok2 result tak lepas. Tak ke frust menonggeng. haaa. Bagi orang yang masa jawab exam tu rasa macam senang 'gile', tak perlu kot nak rasa risau. Ni perasaan orang yang macam jawab boleh dan tak boleh. Rasa macam lulus ke tak ni eh. Haaaaa. Maka tunggu punya tunggu punya tunggu, hari ni, 24/2/2015, akhirnya result keluar. Just check through internet je. Tak perlu nak pergi ke universiti. Duduk sorang2 kat rumah, check pun sorang2. So kurang la sikit feeling dia. Lepas dah check, alhamdulillah. Aku lulus. Alhamdulillah. Terus aku call ibu ayah. Sebenarnya, masa dapat tahu result nak keluar tu, aku ada cuba hubungi Fara. Nak check sama-sama. Yeah, the important event and important thing in my life, I prefer to be with important person. :') Tapi apakan daya, memang kami tengah berbual dalam telefon pun sebenarnya, tapi tiba-tiba abang polis jeles. Terpaksa la mematikan telefon. Argh! Spoil la abg polis. But still, you are the first person to know this after my family. Sebab Fara pernah pesan dulu, kalau dapat result tu, call la ibu dulu. Bagitahu family dulu, baru bagitahu Fara. Memang itulah yang berlaku. Alhamdulillah. Aku berjumpa dengan seseorang yang boleh menghormati keluargaku. Semoga aku juga begitu terhadap keluargamu. Okay, nampak tak dah melencong tu. Nak cerita sebenarnya result dah keluar. Okay tu je. Esok nak konvo. So....boleh la siap2 tidur dulu ye. Terima kasih buat yang tak pernah berhenti mendoakan kejayaanku. Terutama keluarga, yang tersayang Fara, kawan2 yang sering memberikan sokongan dan semua sekali. Semoga Allah merahmati kalian. Ameen. gelisah, result exam.
Sunday, February 22, 2015; 2:12 AM
Bismillah...
Sepandai-pandai mana pun seseorang itu, pasti akan pernah juga rasa apa yang aku rasa ni. Rasa macam.... T.T Sebenarnya doktor macam ada sebut result mungkin keluar hari ahad. Memang nak result cepat-cepat keluar. Sebab tak larat dah nak tunggu. Tapi dalam masa yang sama rasa 'nervous' tu pun ada. Tiada yang aku harapkan melainkan kepada-Nya. Yang Allah, tetapkanlah hatiku. Sungguh, hatiku resah dan gelisah. Engkaulah ya Allah pemilik kepada hati-hati kami, maka aku memohon ketenangan hati daripada-Mu. Serta kurniakanlah result yang cemerlang buat kami semua. Ameen. I am sooo speechless
Friday, February 20, 2015; 11:30 PM
Bismillah...
Hari ni semasa sedang berbalas mesej dengan fara, tiba-tiba aku mendapat mesej balas yang sangat tidak aku sangka-sangka.. "Kite lebih hargai sayang sebab..." "1st, sayang yang kite minat dulu" "2nd, selama kite kawan sebelum kite serius, sayang mane pernah marah n sakitkan hati kite" "3rd, even kite kasa macam mana pun, sayang tetap lembut dengan kite. Seolah-olah sayang penyejuk kite" Dan Fara terus memberikan aku 10 sebab kenapa dia lebih menghargai diriku..(saje xnak tulis kat sini sebab sweet sangat. hihi. The rest will remain in our heart). Aku terpaku, terkelu, terdiam, 'speechless' dan jantungku bergerak laju. Aku tidak terus membalas. Hatiku cair dengan kata-kata manismu yang jujur dari hatimu. Setiap kata yang keluar terasa seperti terus masuk ke dalam qalbuku. pasti, setiap kata-kata yang datang datangnya dari hati pasti menyentuh hati-hati yang mendengarnya. Aku seakan merasakan kejujuran dari kata-katamu. Aku hanyut. Hanyut dalam lautan cinta. Belum pernah mana-mana orang yang aku jumpa sebelum ini, begitu jujur dan berani mengungkapkan kata-kata seperti ini kepadaku. Selepas beberapa minit, aku masih terdiam dan tidak tahu bagaimana harus aku membalas mesej fara. Lalu aku membalas... ":'). I am sooo speechless" Sungguh, aku seakan berada dalam mimpi. Walaupun terpisah jauh beribu batu, rasa cinta dan sayang itu seakan subur dan semakin mendalam. Wahai hati, bersabarlah engkau. Sayang... Tatkala engkau menghadapi masalah dan engkau datang kepadaku, aku merasakan diriku diperlukan dan sudah pasti engkau lebih mempercayaiku untuk memberikan sedikit nasihat dan membuatmu merasa tenang. Tatkala engkau mengatakan engkau perlu kepadaku, hatiku aku tersentuh kerana ada yang masih memerlukanku walau aku merasakan aku tiada apa-apa. Namun pasti aku akan kuat untukmu. Tatkala engkau mengatakan engkau minat padaku sejak kali pertama bertemu, dalam diam aku mengaku aku juga meminatimu. Tatkala engkau mengatakan engkau bahagia bersamaku, aku merasakan istimewa dan lebih dihargai. Tatkala engkau 'tag' namaku di gambarmu dan membuat 'hashtag' khas untuk diriku, aku merasakan engkau terlalu ingin memberitahu dunia aku adalah milikmu. Aku berasa lebih istimewa. Tatkala engkau mengatakan engkau menungguku dan membilang-bilang hari kepulanganku, aku semakin rindu dan merasakan sangat diperlukan dan dihargai. Tatkala engkau memberikan hatimu kepadaku dan memintaku untuk menjaganya, aku merasakan diriku diberikan kepercayaan dan amanah olehmu. Mana mungkin aku mengkhianati kepercayaanmu. Tatkala engkau memberiku ruang dan masa untuk bersama kawanku walaupun ketika itu engkau sangat memerlukanku, aku merasakan engkau cuba untuk memahamiku dan menjaga hatiku. Sudah pasti aku akan cuba untuk lebih memahami seluruh isi hatimu. Tatkala engkau mengungkapkan kata-kata manismu buatku, aku sedar bahawa engkau juga punya manisnya dan ingin menjaga hubungan ini. Aku merasakan kita sama-sama manis. :D Tatkala engkau mengatakan engkau takut kehilanganku, lalu aku memujukmu, aku merasakan engkau pasti tidak pantas melupakan dan meninggalkanku. Hatiku juga begitu. Izinkan aku mengikat hatimu bersama diriku. Tatkala engkau menyuruhku mengutamakan keluarga dan ibuku, aku merasakan hatimu sangat lebut dan punyai sifat keibuan. Bagaimana harus aku meninggalkan dirimu yang sanggup mengorbankan dirimu walau engkau memerlukan kepada aku. Pasti pengorbananmu itu aku balas dengan perngorbananku. Jika engkau mengirimkanku sebuah buku tebal dan memintaku menulis sebab aku lebih menghargaimu, sudah pasti buku itu habis kutulis sebelum sempat aku habis menulis separuh daripada sebab-sebabku. Kerana setiap perbuatan dan kata-katamu sentiasa membuat hatiku berasa istimewa, dipercayai, dihormati, diperlukan, diharapkan dan lebih penting lagi, dihargai. Mungkin apa yang aku coretkan di sini hanyalah sedikit sahaja dan sengaja aku coretkan untuk membuat engkau tahu bahawa aku juga sangat menghargai dirimu. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku, dan memberi aku peluang serta menerima diriku seadanya aku. :') p/s : i miss you konvo..
Thursday, February 19, 2015; 4:32 AM
Bismillah...
"Okay ibu. Nua nak keluar ni. Pergi majlis konvo kawan. Kawan-kawan di ain sham", ujarku sebelum menamatkan perbualan kami. "Ibu minta maaf tak dapat hadir konvo nua", balas ibuku. "Eh, xpeee. Belajar overseas memang begitu kan? Ibu ayah pun dulu macam tu kan?", aku segera membalas mesej dari ibu. "Thank you nua kerana memahami", ringkas ibuku membalas. Oh, hatiku tersentuh. Aku rasa bersalah. Aku rasa bersalah kerana membuat ibu rasa bersalah tidak dapat hadir majlis konvo ku minggu hadapan. I want to make you happy. I want to be the reason of your happiness, not to make you feel sad or guilty. Ibu, ayah, xpe, walaupun ibu ayah tak dapat hadir, nua akan sentiasa memahami. Dalam hati sentiasa membawa ibu dan ayah bersama. Xpelah, tak semestinya keluarga orang lain datang, keluarga kita pun kena datang jugak kan? Keadaan setiap keluarga tu kan berbeza-beza. Xpe, lagipun ada je kawan-kawan lain yang keluarganya tak berkesempatan untuk datang. Yang penting ibu ayah selalu doakan nua kan? Ibu ayah kan kena berkerja. Bukan senang-senang nak dapat cuti kan? Lagipun nak jaga adik-adik yang lain lagi, nak jaga atuk lagi. Banyak tanggunjawab yang kena laksanakan. Xpe, nua faham. :) You already be a great parents to me. No one can ever replace you. I'm so proud to be your child. Please don't feel guilty for this. I will always love you! time difference
Bismillah...
Aku melihat di luar jendela dan memandang ke langit. Gelap. Jam telahpun menunjukkan pukul 2:00 tengah pagi. Aku masih berjaga. Berbual bersama husein dan kamil. Pelbagai topik yang dibincangkan. Sesekali kami selitkan perbincangan result exam yang masih belum berkunjung tiba. Ahhh, hatiku resah. Lalu kami menukar topik perbualan kepada perancangan masa depan. Ya, banyak tanggungjawab yang bakal kami pikul. Sebagai seorang doktor, seorang anak, seorang suami, juga seorang bapa. Sudah bersediakah engkau untuk menghadapi semua ini? "Aku perlu persiapkan diriku", bisik kecil hatiku. Sekali lagi aku melihat ke langit. Masih gelap. Hanya bertemankan cahaya lampu jalanan. Aku termenung. Mengenangkan orang jauh. Di sana pasti sudah terang. Di saat aku masih bertemankan bulan di sini, di sana sudah diterangi sinaran matahari. Terasa jauh beribu batu antara kita. Oh, aku rindu.. Perpisahan yang jauh beribu batu semakin terasa dengan bezanya waktu antara kita. Itulah hakikat yang aku terpaksa terima. Walaupun kadang-kala agak pedih untuk menelan, aku cuba untuk bertahan. Tatkala engkau merasa panasnya matahari, aku melihat terangnya bulan. Tapi aku pasti, suatu hari, kita bakal menikmati indahnya pelangi bersama-sama. Insya-Allah. Oh angin, sampaikan salam rinduku pada dirinya. Labels: hati, LDR, novel, rindu sankiyu ma dear
Monday, February 16, 2015; 3:51 AM
Bismillah...
Di tengah malam.. Tiba-tiba hatiku rasa tidak tenang. Owh, salah satu sebabnya pasti aku terlalu memikirkan pasal result exam yang tak keluar-keluar. Pihak Cairo Uni janji nak keluarkan result minggu pertama dalam bulan 2, tapi sekarang dah masuk minggu ketiga, masih sepi. Dalam keadaan tarikh graduasi makin menghampiri, aku semakin gelisah. Oh hati, aku mengerti kegelisahanmu itu. And I need someone to talk to me. Lalu aku menghantar 'message', "Sayang, can you please say something to me.. :'(" "I love you baby.. :')" Ouch! :') Terima kasih sayang. You just know what to say to make me feel better. You just know what to do to calm me. Just a few words, but I feel so much better. Even though it's not make my result comes faster, I feel so much better. Because I know you will always be with me. For that, sankiyu ma dear. Thank you so much!!!
************************************
Kesian die tertanya-tanya apa yang ada pada tarikh 15/3 nanti. Aku tahu engkau memang terlalu ingin bertemu denganku, tetapi aku menolak. Bukan kerana aku tidak mahu bertemu denganmu, tetapi aku menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik buat dirimu. heeeeeee. Mesti ada perasaan tak sabar dan tertanya-tanya kan? Aku terpaksa membuatmu beras begitu. Kerana aku pernah berjanji pada diriku, untuk membuat 'surprise' buat dirimu. hehehe Bersabarlah sayang... p/s : keep praying for my result Kisah isteri dan pakaiannya
Sunday, February 15, 2015; 2:54 PM
Bismillah...
"Sayang, minggu lepas kite seminggu pakai baju kurung, sayang suka tak?" "Suka" "Minggu ni kerja tiga hari je. So nak pakai skirt and tshirt or blouse je" "Suke jugak" "Sayang suka baju kurung ke skirt and tshirt?" "Sayang pakai apa-apa pun kite suka" "Eley, yela tu" Sayang, Nak dengar satu cerita tak? Kisah seorang isteri memakai baju yang cantik-cantik. Selepas si isteri telah siap-siap, lalu si isteri pergi kepada suaminya. Lalu suaminya memuji, "hari ni sayang cantik sangat dengan pakaian iniberbanding hari-hari biasa". Tiba-tiba si isteri berubah air muka dan merajuk. Suaminya terkejut dan bingung. "Apakah kelasahanku? Apakah aku bersalah memuji isteriku sendiri?", bisik hatinya. Lantas si suami bertanya, "sayang, kenapa ni?". "Yang dipuji cantik hanyalah pakaianku tetapi bukanlah diriku. Apakah hari-hari sebelum ini aku kurang cantik? Nah, ambillah pakaianku dan tinggalkan aku kerana yang dicintai adalah pakaianku". Lalu si suami terus tersedar. Iya, yang dicintai adalah si pemakai baju itu, bukanlah pakaiannya. Lalu si suami meminta maaf dan terus memujuk isterinya. Sayang, Begitulah perasaanku terhadap dirimu. Yang kucintai adalah dirimu, bukanlah pakaianmu. Pakailah pakaian dari kain apa pun, corak apa pun, dari warna apa sekali pun, engkau tetap cantik di mataku dan menjadi permaisuri hatiku. Kerana pakaian itu tidak bisa mengubah kecantikanmu dan kasih sayangku terhadapmu. p/s : wear anything and you still beautiful. Love you! Labels: novel |