
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| Yang atas melihat yang di bawah
Saturday, July 19, 2014; 7:03 AM
Bismillah...
Hari ini, lepas sahur, sengaja aku tidak tidur. Ada beberapa perkara perlu aku selesaikan. Sepi. Tenang. Sunyi. Itulah keadaan setiap hari selepas subuh. Memang pada kebiasaannya orang arab ramai yang tidur selepas subuh selepas penat berjaga di malam hari di bulan ramadhan. Tiba-tiba hatiku tergerak untuk meninjau di luar jendela. Yela, angin kat luar sejuk. Aku ternampak ada seorang arab sedang mengaut pasir dan dimasukkan ke dalam baldi. "Eh, rajinnya. Puasa tak ni? Tak penat ke nanti buat kerja berat tu?", bisik hatiku. Begitu bersungguh-sungguh gayanya. Dan daripada tingkat 6, aku terlihat jiranku juga melakukan seperti aku. Mengeluarkan kepalanya dari jendela tingkat 5 dan memandang lelaki yang sedang bekerja itu. Sedikit pun dia tidak sedari aku sedang memerhatikannya. Lantas aku terfikir..Jiranku sedang melihat seorang lelaki yang sedang bekerja, dan lelaki itu tidak pun mengetahui ada orang sedang melihatnya dari atas. Begitu juga jiranku, aku sedang melihatnya dan dia tidak pun menyedari aku juga sedang melihatnya. Lalu aku mendongak ke atas. Oh, tiada jiran dari tingkat 7 sedang melihatku. Tetapi, aku yakin, walaupun ada orang yang duduk di tingkat paling atas dan mampu melihat semuanya dari atas, dia perlu ingat, ada yang lebih atas daripadanya. Dan lebih Maha Melihat. Itulah Tuhan kita, Sang Pencipta kita dan sekelian alam. Aku terdiam..dan berfikir.. Benar. Setiap perbuatan kita, sama ada baik atau buruk, sama ada kita sedar atau tidak, Allah sentiasa memerhatikan kita. Allah. Ya, kadang-kadang aku terleka terlupa. Allah sentiasa bersama kita. Cuma kadang-kadang kita merintih, seolah-olah kita keseorangan. :( Apa yang berlaku hari ini, begitu ringkas dan singkat. Namun mampu menyedarkan aku. Terima Kasih Allah mengggerakkan aku dan memberikan kesedaran kepadaku. Peringatan ini datangnya dari-Mu.
Moving forward, forget the past 1
Friday, June 6, 2014; 4:54 AM
Bismillah...
Setelah mengalami detik-detik sukar dan sedih sebelum ini, hari ini aku memilih untuk melupakan apa yang telah berlaku. Aku memilih untuk tidak mengingatinya lagi. Aku memilih untuk menghargai apa yang ada di sekelilingku. Tiada makna lagi untuk aku mengenangkan sesuatu yang akhirnya akan menyakitkan diriku sendiri. Finally, I have something to think about, something to make me feel happy again. So today I decide to post a long entry. Hope you be prepared. haha. After I start to look around me, I realize, after what had happened, life must goes on no matter what. As I want to make myself stronger again, I would like to share something with you. Even if you not read this, I will read it. haha. So here it is.... 1. I'm feeling soooo happy because I just finished my end round exam for surgery. This means I just left with few exams more before end of this semester. Ahhhhh, rasa sangat lega. Bukan kerana aku dah tak perlu belajar lagi, tapi kerana bebanan exam yang bertubi-tubi dan tak berhenti akhirnya akan sampai ke penghujungnya. Bermula dari bulan 10 tahun lepas, aku akan sentiasa ada exam paling kurang setiap seminggu atau setiap dua minggu. Dan berterusan untuk beberapa bulan. Kadang-kadang, ada juga rasa penatnya. Ada juga kadang-kadang mula rasa nak mengeluh. Itulah cabaran orang hendak menuntut ilmu. Kata orang, exam berterusan macam ni, serajin mana pun kau study, sampai satu masa, kau akan "pancit" juga. Perlukan rehat. Perlukan masa untuk dirimu seketika. Bukan bererti mengalah, tetapi untuk mengumpul kembali tenaga, mengatur kembali langkah, dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan lebih laju. :) Ya, aku akui, tahun akhir perubatan ini memang mencabar. Aku bersyukur, setelah aku menempuhi round internal medicine, dan sekarang round surgery sudah hampir sampai ke penghujungnya, aku masih lagi berdiri dan tetap bersama dalam perjuangan ini. Terlalu banyak yang telah aku pelajari. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis, suka dan duka. Terlalu banyak rintangan dan cabaran. Tapi syukur, Allah masih memberikan aku kekuatan dan semangat, untuk terus bertahan. Round surgery....sepanjang pengajian aku di sini selama hampir 6 tahun, hari ini aku mengaku bahawa aku merasakan kumpulan surgery aku kali ini antara kumpulan terbaik pernah aku sertai bersama. Mungkin juga dipengaruhi oleh banyak faktor. Mungkin sebab professor yang mengajar kami ini hebat-hebat dan best. Mungkin juga sebab ini adalah subjek terakhir kami di sini, maka aku lebih menghargai setiap detik dan satt yang berlalu. Apa pun sebabnya, aku sangat bersyukur dapat bersama-sama dalam group surgery aku kali ini. Aku sangat mengagumi kehebatan professor2 dan doktor2 di sini. Orang yang tidak pernah belajar dengan mereka, pasti tidak dapat mengerti sepenuhnya bertapa hebatnya mereka. Aku sangat menyanjungi mereka, ilmu mereka, perwatakan mereka, kesungguhan mereka, kesabaran mereka. Terasa diriku sangat kerdil dan rendah dibandingkan dengan mereka. Apatah lagi jika mahu duduk sebaris dengan mereka. Ah, perjalanan aku masih jauh untuk mencapai tahap mereka. Dalam pada gembira sudah habis end round exam, tetapi hati merasa sedih mengenangkan kami bakal meninggalkan professor kami dan cairo university serta hospital-hospital di sini. Ya, sedih. Apatah lagi meninggalkan mereka dalam keadaan negara ini yang sedah kucar-kacir mencari pemimpin yang sejati. Ah. Emosi aku terganggu memikirkan hal ini. Ni antara 4 professor kami yang sangat hebat. Dr Antuan, Dr Sallah, Dr Sherif, Dr Emad. Tidak lupa Dr Nadir yang tidak sempat untuk bergambar. Ini adalah professor bagi general surgery. Tak termasuk professor hebat yang mengajar kami urology, orthopedic, neurology, dan banyak lagi. Too many legends in one picture. Feel like wanna cry. :'( Semoga Allah mengurniakan kami kehebatan seperti guru-guru kami. Ameen. Macam biasa, dalam gambar aku akan sengaja tutup mata. Nak bagi nampak macam tidur. HEH! Benci2!. Haha. Masa ini aku dah habis exam osce dan oral exam bersama Dr Sherif. Tapi ada kisah lucu disebaliknya. Ada group yang masih belum habis exam. Ada group yang dah habis. Tiba-tiba doktor sherif suruh semua berhenti dan ambil gambar. Dan tiba-tiba semua orang berkumpul dan bergambar. Dan secara tiba-tiba wajah professor jadi sangat ceria dan gembira dan girang. hihi. Comel je. Selesai bergambar, bagi sesiapa yang masih belum habis exam, kembali duduk dan bersoal jawab dengan doktor. Dan doktor kembali menjadi tegas. hihihihihi. Seriously, memang kelakar jika difikirkan balik. Macam-macam... Apa pun, 29/6 ni akan ada mcq exam. Semoga aku terus kuat menempuhi baki-baki masa aku di sini.... 2. Hari ini, aku juga gembira kerana sahabat-sahabat aku yang belajar di Jordan sudahpun berjaya menamatkan pengajian mereka. Kini sahabat-sahabat aku telah pun bergelar doktor. Sahabat yang dulu masuk ke INTEC bersama-sama denganku, kini terlebih dahulu mendapat gelaran doktor. Namun bukanlah persoalan siapa yang mendapat gelaran doktor dahulu. Kita sama-sama bakal memikul bebanan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Maka harus untuk menyiapkan diri kita dengan ilmu dan pengetahuan serta kemahiran sebelum memulakan tugas kita nanti. Sejak dari dulu, aku memang suka tengok orang graduate. Setiap kali tengok, aku pasti akan turut bersemangat. Kembali bermotivasi. Kadang-kadang, aku mampu mengalirkan air mata mengenangkan segala usaha kini telah berhasil. Padahal bukan aku yang graduate. Tapi entahlah, empathy aku sangat tinggi kot. Dapat merasakan seolah-olah aku sangat menjiwai dan merasakan apa yang mereka rasa. hihihihi. Apa pun, tahniah aku ucapkan. Terutamanya kawan yang sama-sama mms masa kat intec dulu. Dayat, faiq, azam, anis, dan yang paling penting fatin adilah. hihi. Tetiba jadi paling penting kan. Because she is a good friend of mine. Padahal masa kat intec tak pernah pun bercakap. Yela, aku kan dilabel sebagai batu +_+ Batu mana boleh bercakap. *Sob3. Jeles? Ya, sedikit cemburu. But in a good way. :) Maka aku harus harus dan harus berusaha lebih bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkah mereka. Semoga aku diberikan kekuatan hingga berjaya seperti mereka. Ameeennn.. 3. Aku juga gembira kerana.....(bersambung)
Remember my birthday?
Wednesday, May 28, 2014; 4:17 AM
Bismillah...
Sedang kami berjalan-jalan, berlaku perbualan tersebut... Her : I'm sorry I always forget your birthday. When is your birthday? Me : It's okay. My birthday is on December. Her : Do you remember my birthday? I'm sure you don't remember my birthday. Me : I know. It's near from now, right? Her : On what month? Me : erm. It's on June. Her : Yes. Me : Do you know how I remember your birthday? Her : No. How? Me : On your birthday, during our first year, it is the first time you call me on the phone. So I remember the date. It is a special date for me. It is good right? Her : Yes yes. Very good. I'm not sure if I'm being too sweet or just a sweet talk. Sometimes I just like to appreciate the little things and relate them. I'm not doing this to flirt or to impress anybody. It's just subconscious. Something happened and I remember the date and I can recall it later. I just being me. :) But apart from that, she never knew that I bought a birthday card for her and I have keep it for almost 4 years. Never got the chance to give it. haha. That makes me remember it even more. Sekian buat sekarang. Will update more later. :)
over
Monday, April 21, 2014; 11:36 PM
Bismillah...
Bermula bulan februari 2011 hingga waktu ini, genaplah kurang lebih 3 tahun 2 bulan. Maybe, everything is over now. Segalanya telah pun tertulis. Thanks for everything. Maaf sebab tak mampu memberi sedikit pun manfaat kepada anda. Sambung makan fries dan buka buku. kbai
banyaknyee T.T
Wednesday, April 16, 2014; 3:31 AM
Bismillah...
Dah pukul 3:24 pagi. Dan aku masih tak boleh tidur. Lately sangat sangat sangat to the power of infinity busy yang teramat. Haaa. Nampak tak hyperbola di situ? Sama ada aku sengaja menyibukkan diri ataupun betul2 sibuk. Yang pasti, subjek surgery ni lain macam lah rasa. Rasa silibusnya macam banyak sangat je. T.T Setiap hari, mengenangkan banyaknya tajuk yang tak baca lagi, rasa macam tak sanggup nak ke kelas esok untuk belajar benda baru. Akan bertambah2 la benda nak kena baca. Tapi kalau tak pergi pun, aku tetap kena baca. Aku juga yang rugi. T.T Mungkin juga aku terkenangkan masa yang sangat hampir dengan final exam. Berbaki 3 bulan je nak belajar surgery. Then study leave which I need to cover all the surgery and internal medicine syllabus in 3 months and final exam. Argh! Tension aku. T.T Malam ni aku cuba bersengkang mata, baca dan baca. Bertemankan kopi. Argh. Tension jugak. Banyaknyeee. T.T Bukak blog, update ntah pape. kbai.
Last round.
Saturday, March 29, 2014; 2:59 PM
Bismillah...
Di saat mendapat berita ada kawan di Malaysia sudah pun graduate, kawan-kawan dari russia dan jordan menunggu masa nak final exam dan akan habis tak lama lagi, aku pulak baru nak start round surgery. Lambat sikit habis kalau ikut sistem di Mesir ni. xpe2. Keep calm and be a medical student. =) So, hari ni dikhabarkan adalah hari pertama untuk round surgery. Round terakhir selama 6 tahun belajar di sekolah perubatan ni. Round terakhir sebelum final exam. Round terakhir sebelum menamatkan sekolah. Round terakhir sebelum melangkah kaki sebagai HO. Maka aku bersemangat untuk memulakan round terakhir ini. Dan kelas pagi belum start lagi. Hari ni dimulakan pada kelas pukul 12. Memang banyak sikit la masa pagi tu. Siap kemas2 bilik sikit2, breakfast. Hari ni juga aku bersiap awal nak datang awal. Nampak tak semangatnya kat situ? Aku sudahpun berada di hadapan pintu. Tinggal nak baca doa dan melangkahkan kaki ke luar je lagi. Tapi...beberapa detik sebelum aku keluar, housemate aku. sein, dapat msg kat group wassap. "Eh, chip hantar msg cakap kelas dia xstart lagi. Esok baru start". Oh! Ingatkan aku dah awal dah, rupanya ada yang lagi awal. huhu. Xpe2. Tunggu chip checkkan kelas lain macam mana. Tunggu..dan terus menunggu. Mana chip ni? Dah nak pukul 12 pun xde berita lagi. Akhirnya dapat msg. Ya, semua kelas xada pun hari ni. Sebab department dapat maklumat kelas akan start esok, bukan hari ni. Tapi kami dapat maklumat kelas start hari ni. Laaaa. Ada maklumat yang berbeza rupanya. Nasib baik tak keluar lagi. Elok juga tu, sebab hari ni diramalkan antara hari paling panas untuk minggu ni. Mencecah 31 darjah celcius. Selamat lah aku dari kepanasan hari ni. Duduk rumah je. huhu Time2 semangat xde pulak kelas. Dugaan. Semangatku tidak seharusnya pudar. Esok mesti lebih bersemangat! p/s : bermula semalam, aku buat keputusan malas nak guna phone sangat. Sebab hari tu aku keluar pergi kedai, sepanjang perjalanan, aku perhatikan semua orang. Semua orang sangat sibuk dengan telefon bimbit masing2. Hampir kebanyakkan orang begitu. Apa kata aku lari dari kesibukkan telefon bimbit ni. Biarlah xdapat contact aku pun. Aku ada misi yang masih kukejar. Mohon doa semua.
Silence hurts.
Thursday, March 27, 2014; 4:27 PM
Bismillah...
Aku baru saja pulang dari beli makanan untuk makan tengah hari. Dan cuaca kat luar sudah mula panas. Ya, panas dan silau mata. Mungkin hari ini secara rasminya kota mesir sudah memasuki musim panas. +_+ Boleh bersiap sedia keluarkan kipas. Sedang aku menunggu order ku siap, datang seorang perempuan arab, tanya makanan apa yang ada kat sini. Aku pun macam..eh eh, apesal tanya aku pulak? Lalu aku tunjuk orang kat kaunter tu suruh tanya kat sana. Eh, baru ku sedar, aku pakai baju merah sama dengan warna baju pekerja kat situ. haha. Tapi still, kan ke aku ni muka melayu? kan? Arab arab..
********************************************
Bila belajar jauh ni, dan dah masuk final year, at one point, you may experienced something. The feeling of exhausted and some kind of confusion. And you start to ask what am I doing all this time? That's what happened to me yesterday. Tiba-tiba rasa macam down. Tiba-tiba terkeluar soalan, betul ke aku nak jadi doktor? Betulkah pilihan aku ini? Sudah bersediakah aku? Persoalan-persoalan pelik yang sememangnya aku tahu tidak sepatutnya aku lontarkan. But that's it. Sampaikan aku rasa nak balik Malaysia malam tu juga. -.-"
Tapi aku tahu, aku perlu kuat. Aku cuba mencari sumber kekuatanku. Nak call family, tapi dah lewat malam. Waktu di Malaysia memang waktu orang tidur. Nak call kawan, tapi kawan kat Malaysia juga. Pergi bilik kawan sebelah, kawan tengah buat kerja. And it ends up I feel lonely. Ah! Tak sukanya perasaan macam ni. Bersendirian bersama perasaan yang tak menentu. Aku cuba buat ini, buat itu. Semuanya tak berhasil. Someone please help me. Please say something to me.
Dan akhirnya aku tergerak untuk membuka youtube. Aku mencari "motivational video". Banyak video. AKu cuba dengar satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa satu video yang sangat 'inspiring'. Sedikit sebanyak video tu berjaya membuat ku rasa tenang. Selama 6 tahun duduk di mesir ni, ini antara cabaran terbesarku. Suatu ketika apabila semangat tiba-tiba hilang. Apatah lagi berjauhan dengan keluarga. Dan mula merasakan orang lain tidak memperdulikan aku. Aku tercari-cari. Tercari-cari rujukan aku. Tercari-cari sinar keterangan. Tercari-cari ketenangan hati. Tercari-cari bimbingan. Sendirian. Dan jika aku tidak usahakan nya, nescaya aku akan terus hanyut.
Begitulah aku menenangkan diriku tatkala bersendirian. Semalam juga aku belajar sesuatu, "As bad words can hurt you, sometimes silence can hurt you even more". Selama ni aku terlalu mengharapkan pada orang. Mengharapkan pada kawan-kawan. Yang akhirnya akan mengecewakan. Mungkin aku tidak lagi perlu berharap. Aku kan bersendirian mengharungi rintangan. Dan bersendirian mencipta kejayaan. Aku perlu tumpukan perhatian kepada apa yang penting. Lupakan apa yang tidak perlu. Lupakan segala yang mengecewakan. Masa untuk berubah. Lets start NOW!
ana misy masri.
Monday, March 3, 2014; 1:55 AM
Bismillah...
Dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari sayeda, aku melintasi sekumpulan perempuan mesir yang sedang berjalan. Tiga orang dewasa bersama dua orang kanak-kanak. Seorang dalam 50-an, lagi dua orang pakai purdah. Sukar untuk aku meneka umurnya. Tiba-tiba aku disapa. Perempuan A : Eh, tahu tak metro kat mana? (Sambil memandang ke arahku) Aku : metro... Belum sempat aku menjawab, salah seorang daripada mereka mencelah.. Perempuan B : Buat apa tanya dia, dia bukan orang mesir. Dia bukan tahu pun. Perempuan C : Eh, dia orang mesir lah. Mesti dia tahu. Aku :Kalau nak pergi ke metro ikut jalan terus ni, lepas tu masuk kanan. A : Tengok, dia tahu jalan. C : Kau orang mesir kan? Aku : Tak lah. Aku bukan orang mesir. C : Tapi kau nampak macam orang mesir! Dah tu kau dari cina ke? Aku : Tak jugak. Aku dari Malaysia. C : Ooo. Malaysia. Kau orang islam ke? Aku : Alhamdulillah, aku orang islam. krik..krik...krik.... Tekaan mak cik B tu dah betul dah. Memang aku bukan orang Mesir. Tapi tak bermakna aku tak tahu metro kat mana? :p Tekaan mak cik C pelik sikit. Dah celah mana aku nampak macam orang Mesir ni? Hmmm.. Balik rumah tengok cermin. Xde pun muka mesir. hihi. Mungkin sebab malam kot. Tu macam tak nampak sangat. hehe. Ana misy masri lakin ana 3ariftu mahattoh metro feen. :p Hehe. Macam-macam. Kesian blog ni lama tak berupdate. Sebabnya aku beli diari untuk tahun 2014 ni. So banyak tulis kat dalam diari. Sebab kadang-kadang tu tak sempat nak buka blog. Diari senang sikit. Tapi diari tu macam planner sikit. Ruang nak tulis macam sikit. So akan ada benda yang update kat blog jugak. :D Sampai sini dulu lah ye. Maaf blog. Saya bukan xnak update, cuma kekangan masa. Harap blog memahami. hehe. Tata~
Merasa tahu tatkala diri tidak tahu.
Friday, December 27, 2013; 11:27 PM
Bismillah...
Dulu...masa 'summer break', aku belajar ECG melalui youtube Dr Najeeb. Salah satu benda yang aku nak sangat belajar dan faham. Tatkala aku mula belajar melalui video tu, aku rasa sangat mudah. Dr Najeeb menerangkan dalam bentuk yang mudah dan difahami. Tatkala itu, aku ada rasa, "ok, aku dah faham ECG". Maka, semasa melangkahkan kaki ke tahun akhir sekolah perubatan, aku sedikit bersedia. Apabila aku tahu ada doktor yang akan membuat kelas ECG, aku tidak sabar untuk pergi. Tatkala itu aku sudahpun merasakan aku sudah tahu dan hanya hendak menambah sikit-sikit maklumat tambahan yang aku mungkin belum tahu. Apabila doktor memulakan bicara, aku rasa sedikit berbeza. Mungkin disebabkan cara mengajar yang berbeza kot. "Elok juga tu, boleh aku memahami ECG ni melalui pelbagai cara yang berbeza", bisik hatiku. Semakin lama doktor mengajar, aku merasa sedikit kaget. Eh, apa doktor ni ajar? Kenapa macam lain sangat je ni. +_+ Apa yang diajar oleh Dr Najeeb, hanya disentuh sedikit oleh doktor. Baru aku sedar. Apa yang Dr Najeeb ajar tu hanyalah permulaan dan merupakan perkara paling asas sebelum memahami ECG dengan lebih lanjut. Owh, diriku tertipu dengan diri sendiri. Masakan diri merasa tahu sedangkan aku hanya tahu teramat sedikit daripada ilmu yang sebenarnya. Ternyata, aku merasa tahu tatkala aku tidak tahu. Dan aku tidak tahu bahawa aku tidak tahu. T.T Selepas beberapa kali pergi ke kelas ECG, sedikit demi sedikit aku mula faham. Tapi ada juga beberapa benda yang aku tidak faham. Tetapi apabila ditanya kepada doktor, doktor mengatakan "you don't have to know it now. It's for Master or PhD" ataupun doktor akan cakap, "it's enough for you to know until this point. If you not understand, it's okay". Maka aku pergi ke kedai buku dan mencari buku tambahan. "Maugud ayyu kitab li el ECG hena?" (Ada apa-apa buku tentang ECG di sini?) soalku. "Aiwah" jawab tukang kedai lantas menghulurkan beberapa buah buku kepadaku. Aku membelek setiap satu. Ah, ni banyak 'point form' dan susah nak faham. Aku lebih suka buku yang banyak tulisan dan panjang penerangannya. Kerana yang kucari adalah kefahaman. Kalau boleh, setiap garisan turun naik ECG aku nak tanya mengapa, bagaimana dan alasan yang kukuh. Kerana aku pasti, tiada apa yang berlaku tanpa sebab dan penerangan. Finally...mungkin ini buku yang aku perlukan dan sesuai untukku.
Buku yang ada dalam 280 muka surat membincangkan pasal ECG sahaja. Aku mula baca. Menarik! Lengkap! Mudah difahami. Bahasa yang simple. Dan yang pasti, semakin aku baca, semakin aku sedar. Rupanya, jumlah yang aku tahu sangat sangat sedikit walaupun selepas belajar dengan Dr Najeeb dan doktor di fakulti. Lebih banyak yang aku tidak tahu jika dibandingkan dengan yang aku tahu. Sekarang aku akur.
Pengajarannya...
1) Adalah mustahil untuk diriku merasa tahu kerana yang Maha Tahu itu adalah Allah.
2) Tidak boleh merasa puas dengan ilmu yang ada kerana sebenarnya ilmu itu sangat luas.
3) Untuk mendapat ilmu itu bukanlah mudah walaupun terdapat pelbagai cara. Memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi.4) Memahami ilmu itu dengan sedalamnya adalah lebih seronok berbanding menghafal tanpa memahami apa yang dimaksudkan. 5) Setiap orang beza-beza. Ada orang sekali baca dah faham. Ada orang macam aku kena baca dan perlukan penerangan lebih. Ikut cara masing-masing. Tapi kalau perlu, jangan teragak-agak nak beli buku. 6) Dulu masa saya tak faham ECG, saya pernah mengadu kat kawan. Dia yang cakap kena banyak bersabar nak menuntut ilmu. So, kawan yang positif dan sering memberi sokongan juga perlu! Sekian sahaja kisah belajar ECG dariku. Sehingga kini, aku belum lagi habis baca buku tu. Insya-Allah sedikit demi sedikit. Mohon doanya. :)
Mengidam kuih bakar
Saturday, December 21, 2013; 4:04 AM
Bismillah...
Semalam... Tiba-tiba mengidam nak makan kuih bakar. Tapi sebenarnya bukanlah tiba-tiba pun sebab dah lama mengidam. Dah lama tak makan. Dan dah alang-alang hari jumaat, hari cuti, saya rajinkan juga diri buat kuih bakar ni. Cari punya cari bahan. Eh, daun pandan tak ada ye. Xpe2. Saya dah bawa siap2 perisa pandan dan pewarna hijau. muehehehe. Tapi agak eksperimen juga la sebab selama ni buat pakai dapur dan arang. Tapi kali ni nak try buat pakai oven.. Tepung gandum, gula, telur, esen vanila, minyak sapi, santan, pewarna hijau, perisa pandan, mentega... 180 degree, bakar dalam 30 - 35 minit... Tadaaaaaaa..... Sedap. Bukan saya yang cakap. Kawan-kawan yang cakap. Lagi-lagi makan masa panas-panas ni. Mungkin nak ambil hati je atau betul-betul sedap. hihi. Tapi saya rasa sedap je. Sebab ni kan resepi arwah wan dulu. :) Alhamdulillah. Punya mengidam akhirnya dapat makan. hehe. Sejak duduk sini, memang banyak resepi yang saya buat. Yela, nak tunggu balik malaysia memang lama lagi la kan. Maka saya banyak cari resepi dan buat sendiri. Banyak juga saya belajar di sebalik kesusahan. hehe. Mungkin juga sebab dulu selalu tengok wan buat kuih, jadi saya rasa tidak mustahil kalau saya nak ikut jejak wan. :) Ok setakat tu je lah. Lebih banyak resepi akan saya cuba. Tapi kena tunggu cuti-cuti la ye. daa~
![]() |