
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| Remember my birthday?
Wednesday, May 28, 2014; 4:17 AM
Bismillah...
Sedang kami berjalan-jalan, berlaku perbualan tersebut... Her : I'm sorry I always forget your birthday. When is your birthday? Me : It's okay. My birthday is on December. Her : Do you remember my birthday? I'm sure you don't remember my birthday. Me : I know. It's near from now, right? Her : On what month? Me : erm. It's on June. Her : Yes. Me : Do you know how I remember your birthday? Her : No. How? Me : On your birthday, during our first year, it is the first time you call me on the phone. So I remember the date. It is a special date for me. It is good right? Her : Yes yes. Very good. I'm not sure if I'm being too sweet or just a sweet talk. Sometimes I just like to appreciate the little things and relate them. I'm not doing this to flirt or to impress anybody. It's just subconscious. Something happened and I remember the date and I can recall it later. I just being me. :) But apart from that, she never knew that I bought a birthday card for her and I have keep it for almost 4 years. Never got the chance to give it. haha. That makes me remember it even more. Sekian buat sekarang. Will update more later. :)
over
Monday, April 21, 2014; 11:36 PM
Bismillah...
Bermula bulan februari 2011 hingga waktu ini, genaplah kurang lebih 3 tahun 2 bulan. Maybe, everything is over now. Segalanya telah pun tertulis. Thanks for everything. Maaf sebab tak mampu memberi sedikit pun manfaat kepada anda. Sambung makan fries dan buka buku. kbai
banyaknyee T.T
Wednesday, April 16, 2014; 3:31 AM
Bismillah...
Dah pukul 3:24 pagi. Dan aku masih tak boleh tidur. Lately sangat sangat sangat to the power of infinity busy yang teramat. Haaa. Nampak tak hyperbola di situ? Sama ada aku sengaja menyibukkan diri ataupun betul2 sibuk. Yang pasti, subjek surgery ni lain macam lah rasa. Rasa silibusnya macam banyak sangat je. T.T Setiap hari, mengenangkan banyaknya tajuk yang tak baca lagi, rasa macam tak sanggup nak ke kelas esok untuk belajar benda baru. Akan bertambah2 la benda nak kena baca. Tapi kalau tak pergi pun, aku tetap kena baca. Aku juga yang rugi. T.T Mungkin juga aku terkenangkan masa yang sangat hampir dengan final exam. Berbaki 3 bulan je nak belajar surgery. Then study leave which I need to cover all the surgery and internal medicine syllabus in 3 months and final exam. Argh! Tension aku. T.T Malam ni aku cuba bersengkang mata, baca dan baca. Bertemankan kopi. Argh. Tension jugak. Banyaknyeee. T.T Bukak blog, update ntah pape. kbai.
Last round.
Saturday, March 29, 2014; 2:59 PM
Bismillah...
Di saat mendapat berita ada kawan di Malaysia sudah pun graduate, kawan-kawan dari russia dan jordan menunggu masa nak final exam dan akan habis tak lama lagi, aku pulak baru nak start round surgery. Lambat sikit habis kalau ikut sistem di Mesir ni. xpe2. Keep calm and be a medical student. =) So, hari ni dikhabarkan adalah hari pertama untuk round surgery. Round terakhir selama 6 tahun belajar di sekolah perubatan ni. Round terakhir sebelum final exam. Round terakhir sebelum menamatkan sekolah. Round terakhir sebelum melangkah kaki sebagai HO. Maka aku bersemangat untuk memulakan round terakhir ini. Dan kelas pagi belum start lagi. Hari ni dimulakan pada kelas pukul 12. Memang banyak sikit la masa pagi tu. Siap kemas2 bilik sikit2, breakfast. Hari ni juga aku bersiap awal nak datang awal. Nampak tak semangatnya kat situ? Aku sudahpun berada di hadapan pintu. Tinggal nak baca doa dan melangkahkan kaki ke luar je lagi. Tapi...beberapa detik sebelum aku keluar, housemate aku. sein, dapat msg kat group wassap. "Eh, chip hantar msg cakap kelas dia xstart lagi. Esok baru start". Oh! Ingatkan aku dah awal dah, rupanya ada yang lagi awal. huhu. Xpe2. Tunggu chip checkkan kelas lain macam mana. Tunggu..dan terus menunggu. Mana chip ni? Dah nak pukul 12 pun xde berita lagi. Akhirnya dapat msg. Ya, semua kelas xada pun hari ni. Sebab department dapat maklumat kelas akan start esok, bukan hari ni. Tapi kami dapat maklumat kelas start hari ni. Laaaa. Ada maklumat yang berbeza rupanya. Nasib baik tak keluar lagi. Elok juga tu, sebab hari ni diramalkan antara hari paling panas untuk minggu ni. Mencecah 31 darjah celcius. Selamat lah aku dari kepanasan hari ni. Duduk rumah je. huhu Time2 semangat xde pulak kelas. Dugaan. Semangatku tidak seharusnya pudar. Esok mesti lebih bersemangat! p/s : bermula semalam, aku buat keputusan malas nak guna phone sangat. Sebab hari tu aku keluar pergi kedai, sepanjang perjalanan, aku perhatikan semua orang. Semua orang sangat sibuk dengan telefon bimbit masing2. Hampir kebanyakkan orang begitu. Apa kata aku lari dari kesibukkan telefon bimbit ni. Biarlah xdapat contact aku pun. Aku ada misi yang masih kukejar. Mohon doa semua.
Silence hurts.
Thursday, March 27, 2014; 4:27 PM
Bismillah...
Aku baru saja pulang dari beli makanan untuk makan tengah hari. Dan cuaca kat luar sudah mula panas. Ya, panas dan silau mata. Mungkin hari ini secara rasminya kota mesir sudah memasuki musim panas. +_+ Boleh bersiap sedia keluarkan kipas. Sedang aku menunggu order ku siap, datang seorang perempuan arab, tanya makanan apa yang ada kat sini. Aku pun macam..eh eh, apesal tanya aku pulak? Lalu aku tunjuk orang kat kaunter tu suruh tanya kat sana. Eh, baru ku sedar, aku pakai baju merah sama dengan warna baju pekerja kat situ. haha. Tapi still, kan ke aku ni muka melayu? kan? Arab arab..
********************************************
Bila belajar jauh ni, dan dah masuk final year, at one point, you may experienced something. The feeling of exhausted and some kind of confusion. And you start to ask what am I doing all this time? That's what happened to me yesterday. Tiba-tiba rasa macam down. Tiba-tiba terkeluar soalan, betul ke aku nak jadi doktor? Betulkah pilihan aku ini? Sudah bersediakah aku? Persoalan-persoalan pelik yang sememangnya aku tahu tidak sepatutnya aku lontarkan. But that's it. Sampaikan aku rasa nak balik Malaysia malam tu juga. -.-"
Tapi aku tahu, aku perlu kuat. Aku cuba mencari sumber kekuatanku. Nak call family, tapi dah lewat malam. Waktu di Malaysia memang waktu orang tidur. Nak call kawan, tapi kawan kat Malaysia juga. Pergi bilik kawan sebelah, kawan tengah buat kerja. And it ends up I feel lonely. Ah! Tak sukanya perasaan macam ni. Bersendirian bersama perasaan yang tak menentu. Aku cuba buat ini, buat itu. Semuanya tak berhasil. Someone please help me. Please say something to me.
Dan akhirnya aku tergerak untuk membuka youtube. Aku mencari "motivational video". Banyak video. AKu cuba dengar satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa satu video yang sangat 'inspiring'. Sedikit sebanyak video tu berjaya membuat ku rasa tenang. Selama 6 tahun duduk di mesir ni, ini antara cabaran terbesarku. Suatu ketika apabila semangat tiba-tiba hilang. Apatah lagi berjauhan dengan keluarga. Dan mula merasakan orang lain tidak memperdulikan aku. Aku tercari-cari. Tercari-cari rujukan aku. Tercari-cari sinar keterangan. Tercari-cari ketenangan hati. Tercari-cari bimbingan. Sendirian. Dan jika aku tidak usahakan nya, nescaya aku akan terus hanyut.
Begitulah aku menenangkan diriku tatkala bersendirian. Semalam juga aku belajar sesuatu, "As bad words can hurt you, sometimes silence can hurt you even more". Selama ni aku terlalu mengharapkan pada orang. Mengharapkan pada kawan-kawan. Yang akhirnya akan mengecewakan. Mungkin aku tidak lagi perlu berharap. Aku kan bersendirian mengharungi rintangan. Dan bersendirian mencipta kejayaan. Aku perlu tumpukan perhatian kepada apa yang penting. Lupakan apa yang tidak perlu. Lupakan segala yang mengecewakan. Masa untuk berubah. Lets start NOW!
ana misy masri.
Monday, March 3, 2014; 1:55 AM
Bismillah...
Dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari sayeda, aku melintasi sekumpulan perempuan mesir yang sedang berjalan. Tiga orang dewasa bersama dua orang kanak-kanak. Seorang dalam 50-an, lagi dua orang pakai purdah. Sukar untuk aku meneka umurnya. Tiba-tiba aku disapa. Perempuan A : Eh, tahu tak metro kat mana? (Sambil memandang ke arahku) Aku : metro... Belum sempat aku menjawab, salah seorang daripada mereka mencelah.. Perempuan B : Buat apa tanya dia, dia bukan orang mesir. Dia bukan tahu pun. Perempuan C : Eh, dia orang mesir lah. Mesti dia tahu. Aku :Kalau nak pergi ke metro ikut jalan terus ni, lepas tu masuk kanan. A : Tengok, dia tahu jalan. C : Kau orang mesir kan? Aku : Tak lah. Aku bukan orang mesir. C : Tapi kau nampak macam orang mesir! Dah tu kau dari cina ke? Aku : Tak jugak. Aku dari Malaysia. C : Ooo. Malaysia. Kau orang islam ke? Aku : Alhamdulillah, aku orang islam. krik..krik...krik.... Tekaan mak cik B tu dah betul dah. Memang aku bukan orang Mesir. Tapi tak bermakna aku tak tahu metro kat mana? :p Tekaan mak cik C pelik sikit. Dah celah mana aku nampak macam orang Mesir ni? Hmmm.. Balik rumah tengok cermin. Xde pun muka mesir. hihi. Mungkin sebab malam kot. Tu macam tak nampak sangat. hehe. Ana misy masri lakin ana 3ariftu mahattoh metro feen. :p Hehe. Macam-macam. Kesian blog ni lama tak berupdate. Sebabnya aku beli diari untuk tahun 2014 ni. So banyak tulis kat dalam diari. Sebab kadang-kadang tu tak sempat nak buka blog. Diari senang sikit. Tapi diari tu macam planner sikit. Ruang nak tulis macam sikit. So akan ada benda yang update kat blog jugak. :D Sampai sini dulu lah ye. Maaf blog. Saya bukan xnak update, cuma kekangan masa. Harap blog memahami. hehe. Tata~
Merasa tahu tatkala diri tidak tahu.
Friday, December 27, 2013; 11:27 PM
Bismillah...
Dulu...masa 'summer break', aku belajar ECG melalui youtube Dr Najeeb. Salah satu benda yang aku nak sangat belajar dan faham. Tatkala aku mula belajar melalui video tu, aku rasa sangat mudah. Dr Najeeb menerangkan dalam bentuk yang mudah dan difahami. Tatkala itu, aku ada rasa, "ok, aku dah faham ECG". Maka, semasa melangkahkan kaki ke tahun akhir sekolah perubatan, aku sedikit bersedia. Apabila aku tahu ada doktor yang akan membuat kelas ECG, aku tidak sabar untuk pergi. Tatkala itu aku sudahpun merasakan aku sudah tahu dan hanya hendak menambah sikit-sikit maklumat tambahan yang aku mungkin belum tahu. Apabila doktor memulakan bicara, aku rasa sedikit berbeza. Mungkin disebabkan cara mengajar yang berbeza kot. "Elok juga tu, boleh aku memahami ECG ni melalui pelbagai cara yang berbeza", bisik hatiku. Semakin lama doktor mengajar, aku merasa sedikit kaget. Eh, apa doktor ni ajar? Kenapa macam lain sangat je ni. +_+ Apa yang diajar oleh Dr Najeeb, hanya disentuh sedikit oleh doktor. Baru aku sedar. Apa yang Dr Najeeb ajar tu hanyalah permulaan dan merupakan perkara paling asas sebelum memahami ECG dengan lebih lanjut. Owh, diriku tertipu dengan diri sendiri. Masakan diri merasa tahu sedangkan aku hanya tahu teramat sedikit daripada ilmu yang sebenarnya. Ternyata, aku merasa tahu tatkala aku tidak tahu. Dan aku tidak tahu bahawa aku tidak tahu. T.T Selepas beberapa kali pergi ke kelas ECG, sedikit demi sedikit aku mula faham. Tapi ada juga beberapa benda yang aku tidak faham. Tetapi apabila ditanya kepada doktor, doktor mengatakan "you don't have to know it now. It's for Master or PhD" ataupun doktor akan cakap, "it's enough for you to know until this point. If you not understand, it's okay". Maka aku pergi ke kedai buku dan mencari buku tambahan. "Maugud ayyu kitab li el ECG hena?" (Ada apa-apa buku tentang ECG di sini?) soalku. "Aiwah" jawab tukang kedai lantas menghulurkan beberapa buah buku kepadaku. Aku membelek setiap satu. Ah, ni banyak 'point form' dan susah nak faham. Aku lebih suka buku yang banyak tulisan dan panjang penerangannya. Kerana yang kucari adalah kefahaman. Kalau boleh, setiap garisan turun naik ECG aku nak tanya mengapa, bagaimana dan alasan yang kukuh. Kerana aku pasti, tiada apa yang berlaku tanpa sebab dan penerangan. Finally...mungkin ini buku yang aku perlukan dan sesuai untukku.
Buku yang ada dalam 280 muka surat membincangkan pasal ECG sahaja. Aku mula baca. Menarik! Lengkap! Mudah difahami. Bahasa yang simple. Dan yang pasti, semakin aku baca, semakin aku sedar. Rupanya, jumlah yang aku tahu sangat sangat sedikit walaupun selepas belajar dengan Dr Najeeb dan doktor di fakulti. Lebih banyak yang aku tidak tahu jika dibandingkan dengan yang aku tahu. Sekarang aku akur.
Pengajarannya...
1) Adalah mustahil untuk diriku merasa tahu kerana yang Maha Tahu itu adalah Allah.
2) Tidak boleh merasa puas dengan ilmu yang ada kerana sebenarnya ilmu itu sangat luas.
3) Untuk mendapat ilmu itu bukanlah mudah walaupun terdapat pelbagai cara. Memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi.4) Memahami ilmu itu dengan sedalamnya adalah lebih seronok berbanding menghafal tanpa memahami apa yang dimaksudkan. 5) Setiap orang beza-beza. Ada orang sekali baca dah faham. Ada orang macam aku kena baca dan perlukan penerangan lebih. Ikut cara masing-masing. Tapi kalau perlu, jangan teragak-agak nak beli buku. 6) Dulu masa saya tak faham ECG, saya pernah mengadu kat kawan. Dia yang cakap kena banyak bersabar nak menuntut ilmu. So, kawan yang positif dan sering memberi sokongan juga perlu! Sekian sahaja kisah belajar ECG dariku. Sehingga kini, aku belum lagi habis baca buku tu. Insya-Allah sedikit demi sedikit. Mohon doanya. :)
Mengidam kuih bakar
Saturday, December 21, 2013; 4:04 AM
Bismillah...
Semalam... Tiba-tiba mengidam nak makan kuih bakar. Tapi sebenarnya bukanlah tiba-tiba pun sebab dah lama mengidam. Dah lama tak makan. Dan dah alang-alang hari jumaat, hari cuti, saya rajinkan juga diri buat kuih bakar ni. Cari punya cari bahan. Eh, daun pandan tak ada ye. Xpe2. Saya dah bawa siap2 perisa pandan dan pewarna hijau. muehehehe. Tapi agak eksperimen juga la sebab selama ni buat pakai dapur dan arang. Tapi kali ni nak try buat pakai oven.. Tepung gandum, gula, telur, esen vanila, minyak sapi, santan, pewarna hijau, perisa pandan, mentega... 180 degree, bakar dalam 30 - 35 minit... Tadaaaaaaa..... Sedap. Bukan saya yang cakap. Kawan-kawan yang cakap. Lagi-lagi makan masa panas-panas ni. Mungkin nak ambil hati je atau betul-betul sedap. hihi. Tapi saya rasa sedap je. Sebab ni kan resepi arwah wan dulu. :) Alhamdulillah. Punya mengidam akhirnya dapat makan. hehe. Sejak duduk sini, memang banyak resepi yang saya buat. Yela, nak tunggu balik malaysia memang lama lagi la kan. Maka saya banyak cari resepi dan buat sendiri. Banyak juga saya belajar di sebalik kesusahan. hehe. Mungkin juga sebab dulu selalu tengok wan buat kuih, jadi saya rasa tidak mustahil kalau saya nak ikut jejak wan. :) Ok setakat tu je lah. Lebih banyak resepi akan saya cuba. Tapi kena tunggu cuti-cuti la ye. daa~
Stop and look around you
Monday, December 16, 2013; 4:59 PM
Bismillah...
Nowadays, people in this world are very busy. Their schedule being so hectic. The world moves so fast. Everywhere you can see people rushing. Walk faster. Being late for an appointment, for a class, for an exam...People don't care about others but himself. Everyday thinking about how to improve themselves. With the technology, they become more more more busy. Busy thinking about their own success. They don't care if other people are failing. What they should think and focus is as long as they are walking towards success, everything's okay. Sometimes, we tend to forget. Forget to stop for a while, and looks around you. Forget that not every people are lucky as we are. Look at other people. Some people need helps. Some people didn't walk as fast as we do. Not because they don't want to, but some people are not capable to do it. They need our help. Rich people are not forever rich. The same thing does happen to the poor, they are not forever poor. Things may change. For every person, there is difficult time through their journey. When it happen to us, that we have to stop for a while, it doesn't mean we did not want to achieve success anymore. We did but we need helps from others. Just as much as you need people through your difficult times, that's how you have to help other through their difficult time. That's life. We will need each other. We are created to help each other. Please. You can walk fast. You can go for you goal. But please, don't forget your family, your friends, your neighbors, your community. Open your eyes. Open your true eyes. Look through your heart. Because heart will never lie. Success will be meaningful if we success together. Don't let your friend down when you know they need you. **pesanan kepada diri sendiri T - together E - each one of us A - achieve M - more
hate
Saturday, December 14, 2013; 1:13 AM
Bismillah...
Hari ni kecoh kat wall facebook, Mesir dilanda salji buat pertama kali setelah lebih 120 tahun. Hampir semua orang membicarakan benda yang sama. Jiran-jiran pun aku tengok happy je. Siap tadah2 tangan. Jiran depan pulak, baca doa dengan anak dia. Macam-macam karenah. Dan hari ni mahu tidak mahu, aku terpaksa pasang heater jugak sebab terlalu sejuk.
Tapi...tapi...
Sebenarnya, hari ni hati aku sedih. Sedih. Sedih. -.-"
hmmm. Entah. Tak tahu nak cakap. Tahu kenapa. Tapi tak nak cakap. Tapi nak cakap aku tengah sedih je.
Maybe I'm expecting too much. Ah, bencinya perasaan ni. Benci benci. Pergi kau dari sini perasaan sedih.
Tapi sudah pasti, orang tak sedih tanpa sebab. There is a reason. There maybe more than one reason. -.-"
Dah lah. Menyampah dengan diri sendiri. Nak post gambar semalam je. bye.
![]() |