
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| Pasca obs & gyne
Thursday, June 13, 2013; 5:24 PM
Bismillah...
Usai exam O&G (obstetric & gynecology) paper 2, aku ternampak seorang rakanku. Nun jauh di sana. Diam. Termenung sambil tangan menongkat dagu. Ya, aku dapat rasakan. Suasana pada kali ini sungguh berbeza. Seluruh dewan seakan menyepi kesedihan. Kebiasaannya, orang akan gembira dan berasa sedikit lega apabila habis exam. Apatah lagi subjek O&G adalah tajuk terbesar untuk tahun ni. Namun bukan itu keadaannya. Belum pun sempat kesedihan dan terkejut dengan kertas 1 dua hari lepas reda, ditambah pula dengan kejutan kertas 2. Pedih. Hatiku bagai dicucuk. Pada saat ini tiada kata mampu ku ungkapkan. Sudah seminggu aku bersengkang mata. Tidurku tidak lebih dari 3 jam. Dalam terang mahupun gelap, ku gigihkan usaha. Membaca dalam malapnya, ditemani cahaya lilin. Sebagai persediaan, untuk menghadapi subjek ini. Aku tahu. Bukan senang nak berjaya. Aku teruskan usaha. Hari ini... Sudah dua kertas berlalu. 330 markah. Tapi. Aku kecewa. Kecewa. Sebulan ku persiapkan diri. Namun, pabila tiba saatnya, aku seakan tidak bersedia. Tiada kekuatan. Aku sendiri tidak tahu di manakah silapnya. Aku merasa diriku lemah. Hanya mampu berdoa. Dan mengharapkan keajaiban. Semoga hari mendatang lebih bahagia. p/s : pasca exam O&G yang sangat susah!
blackout > 12 jam
Saturday, June 1, 2013; 7:46 AM
Bismillah...
Owh, satu jun sudah. Dah makin dekat laa nak final exam. waaaa. Ada lagi 9 hari lagi. Alhamdulillah, saya baru je habis beberapa soalan past year. Ada lagi. Banyak lagi. Tapi saya plan nak habiskan hari ni juga. Ya, mesti. Wajib. Hari ini juga. Ya, hari sabtu. Jangan banyak soal lagi. hihi. Yelaaaaa. Nak rehat kejap tulis2 blog boleh kan? :) Pada waktu ini, pukul 7:10 pagi. Aku masih lagi berjaga. Belum lagi melelapkan mata. Semangat yang gigih memaksaku untuk menghabiskan soalan past years. Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan berjalan lancar. Sebabnya mudah. Kerana kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik. Sedang aku sebagai manusia, tidak tahu apa yang telah dirancangkan oleh Allah untuk diriku. Semalam, menyaksikan tahap kesabaranku sekali lagi diuji dengan beratnya. Dalam keadaan panas, pukul 12:30 malam, tiba2 "blackout"! Gelap. Sunyi. Cahaya torchlight sahaja yang mampu memberikan sedikit cahaya. Aku diam. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tapi aku yakin, bekalan akan bersambung selepas satu jam. Aku tunggu.. 3 jam sudah berlalu. Masaku berlalu begitu sahaja. Tiada tanda2 bekalan akan bersambung. Diriku berasa lemah. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Study? Ah, gelap-gelap ni. Tidur? Panaslah dan mataku tidak mengantuk. Hanya dapat berbual dengan kawan-kawan serumah. Dan tiba-tiba azan subuh berkumandang pukul 3:15 pagi. Usai solat subuh berjemaah, hatiku mula tidak tenang. Bila agaknya boleh aku sambung ulangkajiku yang masih berbaki berpuluh soalan. Akhirnya, pukul 6 pagi, bekalan elektrik disambungkan. Ah, lega. Alhamdulillah. Lantas aku mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. "Owh, pesanan dari ibu". Ibu : bagi nombor akaun bank kat belakang kad tu. Aku : (nombor akaun bank) Ibu : balik tak tahun ni? Aku : tak (jawabku ringkas) Ibu : ibu beli tiket... Aku terhenti. Aku terdiam. Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab. Aku tahu. Aku tidak mahu pulang. Aku tak nak bazirkan duit ibu ayah. Adik-adik lebih memerlukan. Dan aku sudahpun merancang sesuatu di sini. Namun..bagaimanakah harus aku jawab dengan baik kepada ibu? Fikiranku bercelaru. Aku : Mahal la tiket. Tak yah la membazir....(aku terangkan rancangan aku kepada ibu) Ibu : xpe. Duit ada je. (tanpa menyebut tentang rancangan aku) Aku terdiam lagi. Lama aku fikirkan. Lambat aku membalas. Aku tanya kawan2 lain. Aku : em...tapi nua ingat nak belajar kat sini (aku cuba kuatkan diri) Ibu : kalau macam tu oklah. Ibu doakan nua. Bertapa susah untuk aku katakan Aku masih rasa bersalah. Namun aku perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Ya Allah, bantulah aku. Tenangkanlah hatiku. Aku mengikut apa jua ketentua-Mu ke atasku. Sungguh hamba-Mu tidak tahu apa yang telah Engkau sediakan untukku. Tak sampai 30 minit, bekalan eletrik kembali terputus. Gelap. Berterusan. Sehinggalah pukul 3 petang. Namun baru sekejap ada, terputus kembali. Apa yang tak kena dengan negara ni? Kesabaranku mula memuncak. Aku merasa tidak berdaya lagi. Dalam keadaan panas. Tiada air. Tiada kipas. Tiada lampu. Tak boleh nak study. Tak boleh nak tidur. Segala-galanya tak boleh. -.-" Beberapa minit sebelum maghrib, akhirnya bekalan eletrik disambung semula. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Hatiku sudah bersedia jika sekali lagi terputus. Owh Mesir! Sudah hampir 5 tahun aku menetap di sini. Namun aku tidak akan pernah mengenalmu. Kesabaranku akan sentiasa diuji. Aku perlu tabah. Aku perlu kuat. Semua ujian ni bakal menguatkan diriku pada masa hadapan. Ya, 9 hari lagi. Aku perlu fokus. Fokus. Fokus! Final exam sebelum aku melangkah ke tahun akhir pengajian perubatanku. Moga dipermudahkan. Insya-Allah.
exam je keje
Friday, May 24, 2013; 2:10 AM
Bismillah...
Alhamdulillah. Aku baru je habis end round exam untuk subjek O&G. Ye, memang sangat baru. On the 1st day, Aku pergi dewan exam "gamble" je selepas semalaman stay up. Dah habis baca semua, tapi...soalan-soalan MCQ yang dikongsi oleh kawan-kawan dalam group fb + soalan dalam buku Dr Mahmoud Salem + soalan dari medad team + soalan past year lagi = beribu ribu ribu soalan. Aku dah cuba buat. Tapi tak sempat la nak habiskan. Ada kawan cakap, "ala, mcq je pun". Jepun jepun la kau. Kau boleh dapat full marks ke? haha On 2nd day, Sekali lagi aku pergi "gamble". Heh! Kau ni nua, gamble sokmo. hihi. Yela, sebab exam ni sehari selepas exam mcq yang kat atas ni. Malam tu memang saya tak dapat nak stay up. Hutang tidur sebelum sebelum ni tak sempat nak bayar, dah nak tahan tidur lagi. Last2 pening, tidur. Kerisauan aku yang paling besar adalah bahasa arab sebenarnya. Sebab...nak pergi ambik "history" dengan pesakit depan doktor. Aduiiii. Dan aku pakai t-shirt je pergi exam. Malas pulak rasa nak gosok baju. Sekali datang, semua dak arab pakai suit lengkap. Dak melayu pun ramai gitu. Peh, saiko habis. Untuk sedapkan hati sendiri, aku cakap la, "takpe takpe, doktor bukan nak tengok pakaian, yang penting boleh jawab ke tak. heee. Pandai je nak sedapkan hati sendiri. Sementara menunggu turn, kerja menghafal vocab je la. haha. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, dah ramai balik. Sebab nombor giliran aku belakang2. Entah bila la nak sampai ni. ala, rileks la. Bukan first time jadi gini. Sokmo last aku ni. haha Dan bila sampai turn aku... Doctor : Hi, good morning. Me : Hi doctor! Doctor : do you have the slip? Me : yes yes, but this is not my id number. Doctor : you are not 83? Me : i'm 83. But i'm 3083 not 2083. Doctor : owh, it's okay (sambil betulkan nombor dalam buku markah dia) Doctor : unfortunately, the patient is tired after answer so many question. I'm sorry but you can tell me what you doing to ask. Me : er..okay2 (for me, this is fortunate doctor. hihihihihi) Doctor : Okay, this patient is 22 years old, come to the hospital complaint of no conception. How you take present history and menstrual history of this patient. Me : no what?? Doctor : conception..infertility. Me : Owh..first of all, we will ask about her relationship with her husband. What is his work? Maybe her husband work so far away that they meet only for sometime. This maybe the reason there is failure of conception. Then we ask about her menstrual cycle. Is it regular or not. If it's not, it indicates maybe there is a defect....(dan seterusnya dijawab dengan agak lancar) Alhamdulilah..dipermudahkan. Apa-apa pun, kau pergi la improve bahasa arab kau tu nua oi. yelaaaa o_O. Now, i'm preparing myself for my final exam! Ah, macam tak percaya. Dah nak tamat dah tahun 5 ni. Pas exam, tahun akhir dah. O_O Sambil sambil tu sempat lagi tu update blog. heee. yeah, of coz. Rajin terlebih, saya buat besar2 ni nak bagi ingat hang tu ada exam anwar. Hang jangan duk main laptop je. Yelaaaa. Nak pergi study la ni.. p/s : owh lagi satu, saya baru je tukar font besar sikit. Bagi sonang nak baco. :p
Mengapa saya tidak mengundi dalam PRU 13
Friday, April 19, 2013; 6:11 PM
Bismillah...
Nampaknya PRU 13 makin dekat dan bahangnya semakin terasa. Tak ketinggalan bagi pelajar2 Malaysia yang belajar kat Cairo ni. Turut sama merasa kehangatannya. Kalau lihat di wall facebook, memang penuh la cerita pasal PRU saja. Dan pada ketika ini, semua orang menjadi penganalisa politik. Macam-macam pandangan dilontarkan. Baik dari sudut hukum mengundi, memilih calon, parti mana, dan macam-macam lagi. Bagi aku, tak salah pun nak cakap pasal politik, dah nama pun musim dah musim dia kan. SELAGI MANA KAU TAK TINGGALKAN TANGGUNGJAWAB KAU SEBAGAI PELAJAR KAT SINI. haaa. Ambik kau caps lock. Itu menunjukkan ketegasan serta taukid! Dan saya pun turut serta memeriahkan lagi wall facebook. Satu hari 3 4 post saya buat pasal politik. mwahahaha. Suasana kat sini, ada pelajar yang mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi proses pengundian. Of coz diorang akan ponteng beberapa kelas. Tapi telah pun dimaklumkan kepada pihak universiti. Ada yang bercadang membuang undi kat sini je. Persoalannya, apa pula keputusan aku?? Dah ramai sangat yang tanya, meh sini aku nak jawab. Saya dengan ini mengambil keputusan untuk TIDAK mengundi. Kenapa? Sebab saya tak mendaftar pun untuk mengundi. Kenapa saya tak daftar? Bukankah itu tanggungjawab kamu untuk memilih pemimpin kamu? Ya. Semasa saya berada di Malaysia, mengikut perkiraan saya, proses pengundian memang akan dibuat semasa saya berada di Mesir. Jadi saya rasa tak sempat kot saya nak mengundi. Habis tu, kenapa tak balik je macam sebahagian kawan lain? Sebab, mengikut plan asal saya, saya bercadang untuk mengerjakan umrah pada tahun ni. Jadi saya kena jimat2 duit. Sebab elaun saya bukan la banyak sangat. Saya pilih untuk pergi umrah, maka tahun ni saya tak balik ke Malaysia. Jadi faktor kewangan merupakan faktor utama di sini. Kan boleh mengundi di sana je.. Ye, memang boleh. Tapi saya dengan ini menyatakan dengan tegasa bahawa saya TIDAK PERCAYA dengan ketelusan pihak SPR menjalankan sistem undi pos. Mungkin saya pangkah lain, tapi bila sampai ke Malaysia, jadi lain pulak. Jangan salahkan saya jika saya tidak percaya kepada SPR kerana pihak SPR sendiri yang membuatkan saya tidak percaya. Pihak SPR banyak melakukan kes serta tipu helah. Banyak keraguan. Dan pihak SPR saya lihat tidak begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan proses pengundian berjalan dengan adil. Kalau tak mengundi pun, kenapa tak daftar je? Owh ye, tedapat kerisauan jika saya mendaftar, tetapi saya tak mengundi, ada peluang untuk pihak tertentu memanipulasi nama saya. Tiba-tiba saya telah mengundi pihak tertentu, pada hal saya tak undi siapa-siapa pun. Jadi saya memilih untuk tidak mendaftar supaya menutup ruang penipuan dijalankan. Atas hemah saya, ini adalah salah satu cara untuk saya bantu. Dalam pada itu, saya amat kesal dengan SPR yang begitu meragukan dengan tidak telus. Jika ada pihak yang berhimpun mahukan pihak SPR lebih telus dan bersih, serta memberikan beberapa cadangan, pihak SPR sepatutnya menyambut baik serta cuba untuk memenuhi selagi mana perkara yang dituntut boleh menyumbang kepada gerak kerja SPR kepada lebih telus dan adil. Tapi hampa. Pihak SPR memberikan 1001 alasan seakan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Jika sistem undi pos juga boleh dipercayai, sudah pasti rakyat Malaysia, tidak kira di mana jua, boleh membuang undi di negara tertentu tanpa perlu rasa resah dan curiga. Namun, saya lihat ramai penduduk Malaysia yang masih meragui undi pos ini. Ini bagi saya menunjukkan rakyat Malaysia sebenarnya masih belum bebas dan belum merdeka walaupun negara kita sudah 55 tahun merdeka. Begitulah panjang lebarnya coretan saya bila berbicara soal politik. muehehehe. Saya harap kerajaan yang lebih bersih dapat dipilih dalam pilhanraya kali ini. Semoga Allah membantu perjuangan kalian dan menumbangkan kerajaan yang zalim. Ameen. ANWAR BIN NOOR AZAM, 5th year medical student, School of medicine, Kasr el-Ainy, Cairo University.
Meet pingu's buddy, pinga!
Wednesday, April 10, 2013; 12:54 AM
Bismillah...
Masa tengah jalan-jalan dalam u, tetiba nampak someone tengah nangis. Pastu org tanya la, kenapa ni nangis? Dia jawab dia tengah sesat sorang2. Pastu org tanya, nak pergi mana ni? Dia jawab tak tahu. Erm...nama apa ni? Pinga, jawabnya ringkas. So I take her home. weeee.. Pingu dah ada kawan baru. P.I.N.G.A Please say hi to both of them. ^__^ .
reading or not?
Bismillah...
Kadang-kadang tu pernah juga tertanya-tanya. Apa beza antara.... 1) Orang yang tidak tahu membaca dengan 2) Orang yang tahu membaca tapi tidak membaca dengan 3) Orang yang tahu membaca, tapi tidak faham bila membaca Adakah ketiga-tiga golongan ini sama?? Apa yang sama adalah, kesemuanya tidak memehami apa yang terdapat dalam sesebuah bahan bacaan. Orang 1 sangat sedih kerana terdapat kekurangan. Orang 2 sangat rugi kerana ada kebolehan tapi tidak digunakan. Orang 3 menyedihkan, walaupun sudah berusaha masih tidak memahami. Soooooo..., In my situation, I must read and understand. Not just MEMORIZE without understanding, right? As I once heard this from Sheikh Yusuf, "one who read but not understand, as he is not read at all". Puff...O&G memang sangat banyak. Dan semangat saya tidak boleh pudar. Semangat, silalah datang kepadaku.....ada baki tak sampai 2 bulan nak final exam~ Sekian...
hati..
Wednesday, March 13, 2013; 1:19 AM
Bismillah...
Kadang-kadang diri ni tiba-tiba je rasa tak sedap hati dan tachycardia. +__+ Tolong...tolong... Duduk diam2 la hati...
Renovate bilik
Saturday, February 9, 2013; 10:27 PM
Bismillah....
Cuti kali ini saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Maka secara tak langsung, saya lebih banyak mengemas rumah. Dah memang hobi saya mengemas kot, nak buat macam mana. Setelah setahun lebih saya duduk dalam bilik ni, terasa nak mengubah suasana supaya tidak merasa bosan dan leih bersemangat nak masuk bilik. hihihihi. Tapi kali ni saya membuat perubahan besar-besaran. Dan saya terlebih bersemangat dengan membuat beberapa plan terlebih dahulu. Yela, saya buat 2 je sebenarnya. Lagi 4 tu saya minta kawan saya buat. =) Disebabkan dah penat mengemas, jadi saya tak larat la nak tulis banyak2. Tengok gambar lagi seronok kan? ^_^
Ini adalah kedudukan asal bilik saya.
1st sketch
2nd sketch
3rd sketch
4th sketch done by me!
**Dan tiba-tiba perasan, konsep yang dibawakan sangat berbeza dengan idea yang saya ada. Satu konsep menghabiskan semua ruang digunakan. Konsep saya lebih kepada susun tepi-tepi je. huhu
5th sketch - eh, kenapa berubah gaya lukis?
6th sketch - menggabungkan kedua2 konsep. Done by me! ^_^
p/s : saya lukis lambat sebab saya fikir lama okay~
FINALLY...membuat kerja seorang diri..
Pandangan dari pintu masuk bilik.
Tempat study yang dikekalkan tempat asal kerana mengadap kiblat di samping menghadap dinding berwarna hijau mampu memberikan suasana tenang dan ceria. Dan whiteboard tu dah permanently paku di situ.
Katil yang menyorok di belakang almari menyebabkan tidak mudah untuk orang melihat saya dalam keadaan tidur. Dan tersorok dari cahaya lampu mampu membuatkan tidur yang lebih lena dan berkesan. Warna dinding yang agak gelap juga memberikan suasana tenang. Melihat bendera Malaysia sebelum tidur sudah pasti menjanjikan mimpi yang indah kepada negara tercinta.
Ruang rehat yang lebih tertutup. Sesuai untuk bersantai dan berehat bersama rakan-rakan setelah penat study. *kununnye laa* Menggabungkan dua warna pada dinding pasti mewujudkan suasana yang berbeza!
Ruang yang agak luas boleh laa kalau nak solat secara berjemaah. Whiteboard tu pun sangat besar! Jemput study ramai-ramai. hehe =)
ssmmkk
Bismillah...
Sejak masuk tempat kerja baru ni... Sangat jarang contact.. Maybe dah semakin sibuk... Mungkin... Ke dah lupa.. Kbai.
Home alone
Sunday, February 3, 2013; 10:15 AM
Bismillah...
Bermula dari semalam, saya duduk rumah keseorangan. Ececeh. Sorang housemate dah pergi bercuti dengan family. Sorang lagi dah ke bahariya oasis. Sorang lagi baru je ke hurghada semalam. Jadi rumah ni ada sorang je penghuni. Saya. Eh, ada lagi! Pingu kecik. Dia la yang teman saya. Ada lagi sorang. Monyet. Haha. Owh, bahagianyeeeee duduk sorang ni! -.-" Dalam keadaan toilet tak siap-siap. Rumah sangat bersepah-sepah. Sampai bila la agaknya aku nak kena pakai kasut masuk rumah. Pakai kasut masuk dapur. Pakai kasut masuk toilet. Dan dari bilik aku nak ke ruang tamu pun kena pakai kasut. Aduussshh. SERABUT sungguh! Maka, kesempatan duduk sorang ni, aku bercadang nak kemas rumah. Ya, rumah! Bukan bilik. haha. Aku dah tak kira la orang yang renovate toilet ni nak siapkan ke tak. Yang pasti, aku dah serabut dengan rumah yang berselerak macam ni. This is soooo not me. Dan aku tahu kawan-kawan aku pun semua serabut. Aku nak bentang balik karpet-karpet. Kalau ada orang datang nak baikit toilet lagi pastu dia pakai kasut jugak, memang aku lepuk kepala dia. Ni serius ni. haha Jadi aku nak kemaskan semua ni biar kawan aku balik dari bercuti semua tenang je. Tak serabut lagi dah. Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selesa, bukan tempat yang rasa sakit hati nak balik.
Hi monkey!
Hi pingu kecik!
Lets go!
![]() |