Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Bettter than others?
Wednesday, December 26, 2012; 1:53 AM

Bismillah...

Kadang-kadang bila jalan, dan orang yang berada di hadapanku berjalan perlahan, hatiku mesti berbisik, "haih, bersiar-siar ke? Slow betul jalan. Buang masa betul". Tapi waktu itu aku lupa siapa yang memberikan aku kekuatan untuk berjalan. Mungkin saja orang yang berjalan perlahan itu sakit kaki. Mungkin juga dia keletihan. Mungkin dia sudah tua, tidak segagah orang muda ketika berjalan. Apakah aku pada ketika itu lupa bahawa Allah menciptakan manusia itu pelbagai dan setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Apakah aku merasa angkuh tatkala aku diberikan kekuatan untuk berjalan lebih pantas dari orang lain? Sedangkan jika Allah tidak memberikan aku kekuatan itu, aku tidak mampu berbuat apa-apa. Sudah lupakah aku? Mengapa begitu cepat aku menghukum orang? Astarfirullah..Aku harus lebih berhati-hati selepas ini. 


Kadang-kadang, bila ada orang lain yang kekok melakukan sesuatu, hatiku berbisik, "ish dia ni. Benda simple pun tak reti ke?". Tanpa aku sedari, aku bersikap angkuh dalam ilmu yang Allah berikan kepadaku. Sedangkan yang membuatkan aku tahu adalah Allah. Dan yang membuat mereka tak tahu juga Allah. Apakah aku merasakan tanpa Allah, aku mampu faham walaupun tidak dipilih oleh Allah untuk faham? Jawapannya sudah pasti tidak. Bacalah sebanyak mana, jika Allah tidak izinkan aku faham, nescaya aku tidak akan faham. Kerana Dia lah yang berkuasa terhadap segalanya. Tapi mengapa aku perlu angkuh tatkala didatangi orang yang kurang kefahamannya daripadaku? Mungkin saja dia lebih mengetahui daripadaku tentang perkara lain. Sekali lagi aku tertewas. Ya Allah, peliharalah aku dari sifat angkuh ini.


Begitulah aku sebagai manusia yang lemah. Dalam setiap perkara yang berlaku, kadang-kadang aku tertewas, terlupa, terleka, terlalai. Tatkala melihat sesuatu kekurangan pada orang lain dan kelebihan itu ada pada diriku, aku kadang-kadang mudah diperdayakan. Bayangkan jika aku mendapati diriku ada sesuatu kekurangan, dan tidak ada kelebihan yang ada pada orang lain, bagaimanakah aku mahu dilihat dari mata orang lain? Bukankah aku percaya bahawa tiada manusia yang diciptakan di muka bumi ini sempurna dan "perfect" melainkan Nabi Muhammad solallahu 3alaihi wasalam?


Insaflah anwar.. :'(

p/s : sekadar teguran dan muhasabah diri sebelum tidur. Allah..**ditulis menggunakan bahasa dan kefahaman yang amat cetek tentang tasawuf. Segala teguran dialukan. 

Labels:


2 Lovers??



Group assignment
Sunday, December 16, 2012; 10:54 PM
Bismillah...


It's still December! Ada lagi ke yang tak wish birthday saya? Cepat wish sekarang okay. hihi. Mengade je. ^_^ 

Dalam pada kesibukkan tahun 5 ni, saya ambil juga kesempatan untuk update blog ni. Simply because I'm blogger. haha. Selepas kesibukan buat individual assignment tempoh hari, rupanya aku belum mampu duduk goyang kaki kerana kerjaku disambung dengan group assignment. Dan cabaran paling utama adalah kumpulan yang dibentuk secara "random". Check kat internet, tengok nombor ID pelajar yang akan sama kumpulan dengan kita. Ada la dalam 11 orang. Agak-agak, dalam 1000 orang tu, boleh ke aku nak kenal dan hafal nombor semua orang? +_+

So, problem pertama adalah mengumpulkan kesemua sebelas orang! Nasib baik ada "facebook". Agak membantu untuk mengumpulkan orang. Tapi masih tak cukup seorang dan ada yang tak selalu buka internet.

Next step, mengadakan perjumpaan buat kali pertama. Maka kitorang buat undian dalam group fb. 4 orang je vote untuk buat hari Rabu. Hari khamis tak ada siapa yang vote. Dan selebihnya tak vote langsung. Alih-alih, ada sorang ni tetapkan buat hari khamis. Apekah?? Baik tak payah vote. -.- Berlaku kecelaruan di situ. Selepas bergaduh-gaduh, akhirnya tetapkan buat perjumpaan pada hari Rabu. ya, seperti dijangka, 4 orang je yang datang. hmmm..

Selepas perbincangan yang agak pendek, maka, beberapa kata putus telah disepakati dan di post dalam fb. Tiba-tiba ada yang tak puas hati dengan alasan keputusan tu tak adil sebab tak semua yang ada. PULAK! Dah buat perjumpaan kau tak nak datang. Maka gaduh la lagi sekali. +_+

Pelik la aku tengok orang arab ni. Kerja duk bergaduh jeee. Dan la gaduh dalam bahasa arab. Memang aku malas la nak campur. Dan kebanyakkan post ditulis dalam bahasa arab tapi dalam tulisan rumi. I really make a very high effort to read and to understand it. +_+

Ok, next step adalah pilih ketua. Masuk hari ni, dah 9 hari duk la bincang siapa nak jadi ketua. Tak settle2. Pelik aku tengok. Ok, honestly, aku tak nak jadi ketua sebab dak melayu ada 2 orang je dalam kumpulan tu. So better la budak arab je yang jadi ketua. Kan kan? Dan susah sangat, akhirnya, semua orang kena bagitahu markah individual assignment masing-masing. Siapa yang paling tinggi akan dilantik menjadi ketua. As expected, ada la dua tiga ketul je yang respond. Dan yang paling tak sedap hati, setakat ni, nampak macam aku je markah paling tinggi. Damn! 

Kalau aku la jadi ketua, first of all, aku nak semua orang cakap english dan post pun dalam english. It fair i guess. It's not your language, neither me. You speak arabic and I speak malay. Fair la English. Ececeh. Belum pape lagi kau dan berlagak macam ketua. hihi. Shaadapp youu. Ni practice je okaayyy. 

Hmmm..Aku harap dapat settlekan benda ni secepat mungkin. Aku banyak lagi benda lain nak kena fokus. Jawatan dalam persatuan dan batch ni pun, rasa macam nak lepaskan je. Tak terkejar laa nak buat semua benda. +__+ MY MAIN FOCUS IS TO STUDY MEDICINE HERE. 

Okay dah. Malas nak buka topik baru. Hari ni memang aku nak cerita pasal group assignment yang ntah apa-apa ni. Poning kepalo den. Kbai~

.

4 Lovers??



Learn from cartoon..
Wednesday, December 12, 2012; 7:13 PM

Saya jarang tengok movie. Kadang-kadang tu bila rasa nak tengok, saya akan pilih tengok cerita cartoon. But not anime la kan. Anime sangat jarang la. Even it's cartoon, yet a lot of thing to learn from them. huhu. ^_^ 

>>Ratatouille Movie

3 Lovers??



hello!! Anybody there??
Friday, October 26, 2012; 9:11 PM
Bismillahirahmanirahim...


Fuuhhhhh....lamenyeeeeee saya tinggalkan blog niiii. Mesti blog saya sedih. Sejak dari cuti 'summer' baru ni, saya berjalan ke eropah kemudian balik ke Malaysia. Of coarse I got thousands of stories to be told. haha. But I decided not to write it during my summer holidays. Simply because I haven't come back to my lovely country almost 2 years. So lets spend more time with other things as I'm planning to stay in Cairo next year, not coming back again. +__+


As for now, I just want to say I'm still alive! Alhamdulillah. What a coincidence! My last post was 26/6 and today is 26/10. Talata syuhur bizzob! hihi. 


See you next time~


-Nua-





2 Lovers??



3 hari vs 3 jam
Tuesday, June 26, 2012; 12:39 AM
Bismillah...


3 hari berkurung dalam rumah. Niat di hati nak tamatkan pembacaan dan penghafalan secepat mungkin. Lapar di perut ditahan. Makan cuma sekali sehari di waktu malam. Mengatuk di mata dilawan. Beberapa cawan 'nescafe' menjadi hidangan. Kemalasan tidak dilayan. Tangan terus membuat nota. 314 muksa surat mesti dihafal dan difahami. Kesemua 'case study' dan soalan mesti dijawab. Kehidupan apakah semacam ini? Tidak memberikan hak kepada yang perlu.

Secara tiba-tiba, hati berdegup kencang. Tangan menggigil. Jiwa gelisah. Tidak mampu nak meneruskan pembacaan. Adakah ini suatu petanda. 

Dan rasa macam nak demam..Memang sudah dijangka. Mengapa perlu sekarang? +__+

**Baru 3 hari buat macam tu dah mengada nak demam. Para penuntut ilmu terdahulu mampu bertahan dengan rintangan yang lebih berat. Lemahnya diriku ini. 

**Berbaki lagi 3 hari. Jangan engkau persiakan, anwar.

**3 jam duduk bersama Sheikh Rohim, mendengar kalam-kalam mutiara, peringatan, akhirnya dapat mengubat jiwa yang merindui dan kosong. Nasihat yang diberikan mengusik hati dan atas keberkatannya, Allah memberikan ketenangan dalam hati. Allah...Sungguh, Allah yang menurunkan rasa gelisah dan Allah juga lah yang memberikan ketenangan. Semoga terus bersemangat~

**Selamat berkursus selama 3 hari.



4 Lovers??



+_+
Monday, June 25, 2012; 9:03 AM
Bismillah...


Erm, tak taw kenapa tiba-tiba hati gelisah dan berdebar2 untuk exam ophthalmology ni. +____+ 




Where art thou? 




Kenapa hilang?




Dah xde orang nak teman baca buku..




0 Lovers??



-.-"
Sunday, June 24, 2012; 5:16 AM
Bismillah...


Erm, dalam pada kesibukan menyediakan diri untuk menghadapi final exam, hati seakan rindu dengan majlis-majlis ilmu bersama ustaz dan sheikh. Entahlah. Penat la macam ni. Ophthalmology exam. Nak hafal 314 muka surat. Cepat la habis exam. Musim-musim exam ni, nak keluar rumah, nak ke kelas sheikh pun serba salah. +__+ 


Betul ke tindakan saya ni? Tatkala saya membaca buku dan menghafal, bukanlah disebabkan itu, maka saya akan berjaya, tetapi kefahaman dan ingat itu diberikan daripada Allah. Begitu juga kejayaan itu adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-Nya. So, anwar, ingatlah, walaupun kau berusaha, jangan merasakan diri kau hebat. Kau bukan siapa-siapa tanpa Allah. Sedarlah anwar~


**Bestnya ustaz2 & ustazah2 boleh faham bahasa arab dengan baik. Jeles la -.-" 

2 Lovers??



Saturday, June 23, 2012; 4:52 PM


2 Lovers??



Friday, June 22, 2012; 10:24 AM




0 Lovers??



The war finally begin..
Sunday, June 17, 2012; 8:15 AM
Bismillah...




Finally, the war has begined. Hihi. Bukan war apa pun, final exam je. Macam tak biasa la pula kan. Final exam for fourth year medical students, school of medicine, kasr el-ainy ^_^ Bermula dengan subjek Community Medicine, memang agak mencabar. Subjek yang terkenal dengan ketebalan buku dan sepatutnya menjadi subjek yang senang tetapi akibat maklumat yang banyak menyebabkan pelajar terkeliru dan akhirnya menjaga agak susah. lol. 



Dalam pada banyak nak kena baca pun, saya awal-awal lagi dah habis baca. Berbaki dalam 5 hari lagi saya cuma buat latihan dan ulang-ulang baca. Nampak gaya seperti sudah sangat bersedia. Di tambah lagi dengan malam nak exam saya cuma tidur 2 jam je. Namun, tatkala kaki melangkah ke dewan exam, hati seakan gementar. Aduh. +_+ Tiba-tiba kot. Mungkin saya terbayangkan kenangan pahit masa lampau. err... Saya cuba membaca beberapa keratan ayat bagi menenagkan hati. Alhamdulillah, rasa gementar tu hilang sedikit. =) Dan ternyata, soalan exam ada yang tak dijangka2 akhirnya keluar. Rasa macam tiap2 kali exam macam tu kan. Soalan yang rasa patutnya tak keluar, keluar gak. heh! 3 jam memerah otak dan menulis. Akhirnya siap tak siap, hantar jugalah kertas. huhu.


orang paling kacak

orang paling gembira
Selang beberapa hari, bermula oral exam yang pertama. Datang dalam keadaan tak tidur malam. Bersungguh-sungguh berlatih soal jawab dengan roomate. Berlatih dengan soalan-soalan yang tak terjangka. haha. Sampai sahaja di university, kelihatan semua pelajar arab memakai "blazer" lengkap. Melayu, ada la sorang tu pun tak pakai, just pegang kat tangan je. hihi. Tak ada arahan pun pakai, lagipun dengan keadaan panas lagi kan. Sempoi je melayu, tapi masih kemas. =) Alhamdulillah, saya dapat doctor yang sangat baik. Doctor agak pelik saya menulis nama dalam ejaan arab tapi nak soal dalam english. Bagi chance la doctor, saya bukan minta bahasa melayu pun. hihi. Doctor pun tanya soalan dengan sebanyak-banyaknya. Nasib la Allah bagi ilham nak jawab. Alhamdulillah. 


Selang 4 hari, start exam E.N.T. Aaaaaa, sangat susah nak berbincang dengan roomate lain. Salah saya la, mengada nak pakai buku lain. Orang lain baca buku lain, saya pandai2 nak baca buku karangan doctor lain. Bila nak soal jawab, ternyata cara kami berbeza. Contohnya, 


Saya: Mad, apa silent area in head and neck?
Mad: 3F 3T 1S. 
Saya: erkkk..apekah??


Saya: Mad, indication for tonsillectomy apa?
Mad: ada 6.
Saya: eh, kat dalam buku ni ada 12! 


Buku orang lain baca

Buku yang saya baca

Akibatnya, saya kena study sendiri-sendiri. Bincang sorang diri juga. Bukan tak boleh nak bincang dengan buku lain, tapi last minit ni, kalau bercampur-campur maklumat, makin celaru la jawabnya. Seperti biasa, sehari sebelum exam, satu rumah tak tidur. Ada yang sungguh-sungguh menghafal, ada yang cuba tidur tapi tak dapat. Pagi tu, nampak muka sorang-sorang tak tidur. Haha! Seriously kelakar. Obvious kot muka tak tidur. Apa nak jadi la budak2 ni (termasuk diri sendiri). Semasa dapat kertas soalan ENT, ternyata, what common is common. Soalan-soalan past year since 2006 tu, banyak yang keluar. Alhamdulillah. =)




Now, tengah prepare untuk practical ENT dan oral ENT. Tapi saya nak baca subjek ophthalmology. Jangka masa exam yang lebih sebulan ni, diharap tidak terbabas kat mana-mana dan semangat dapat dikekalkan. +_+ Ya robbil 3ajjil bilfaraji..



Last but not least, lemang!



2 Lovers??