
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| First time operation
Saturday, April 21, 2012; 3:01 AM
Bismillah...
19/4/2012 | Khamis. Hari yang dinantikan oleh sesetengah pelajar tahun 4 round E.N.T kerana hari inilah masa nak merehatkan minda di rumah. Ataupun melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan semasa hari persekolahan.
Lain pula bagi diriku. Saat ini memang kunantikan kerana pada hari ini merupakan giliranku dan beberapa orang rakan untuk bersama-sama doktor dalam "operation" E.N.T. Pasti suasananya berbeza berbanding melihat operation melalui screen tv dan laptop.
Baju scrub yang baru sahaja dibeli semalam masih ada dalam plastik. Kesan lipatannya pun jelas kelihatan. Nampak sangat orang baru kan. Lantas kumasukkan scrub ke dalam beg tanpa menggosoknya terlebih dahulu. Pukul 9 pagi, aku bergegas ke hospital bersama-sama Sein. Sebolehnya aku ingin datang awal supaya tidak terlepas apa-apa yang akan ditunjukkan.
Sampai sahaja di hospital, aku ternampak kelibat sahabatku Luqman, Imran dan Engku. Owh, ada orang lain yang lagi awal lagi rupanya. Hatiku sedikit lega kerana sudah pasti operation belum dijalankan. Tapi...kenapa mereka berjalan seolah mahu keluar daripada hospital? Aku terus bertanyakan khabar mereka. Namun, berita yang kurang enak disampaikan. Operation untuk E.N.T. pada hari ini tidak dijalankan. Aduh! Aku terus teringat beberapa minit sebentar tadi, tatkala diriku berada di rumah, kalaulah kutahu tiada operation, sudah pasti akan kusambung tidur di pagi cuti ini. Tapi, kuyakin terdapat hikmah di sebalik takdir Allah ini. Semua orang kelihatan sedikit kecewa.
"Apa kata kita pergi tengok operation ophthal?" kata salah seorang daripada kami. Ada yang setuju, ada yang seakan berat. Melihatkan keadaan sahabat lain yang agak terkeliru, aku terus bergerak ke bahagian mata dan menarik sahabat-sahabat yang lain. Namun, sekali lagi kami diuji, operation mata hari ini hanya ada satu dan kebanyakkan pesakit telah dikeluarkan kerana terdapat "infection" dalam hospital. -.-"
Kami semua terdiam. Cuba memikirkan apakah langkah seterusnya. "Kalau kita pergi ke emergency unit ok ke?", sekali lagi terdengar cadangan daripada seorang sahabat. "Ok jom", kataku segera bertindak tanpa melayan perasaan kecewa. Sampai di sana, keadaan tenang. Tiada tanda-tanda kecemasan dan operation yang dilakukan. hmm. Tiba-tiba seorang pak cik yang duduk di depan pintu panggil kami. "3ayiz syufu el-3amaliat", jawab kami ringkas. Lalu pak cik itu menunjukkan bilik pembedahan yang terletak tidak jauh dari situ. Kami bergegas pergi.
Hampir semua tingkat hospital kami dah lalui hari ini. Di hadapan bilik pembedahan, kami seakan tidak wujud dan tidak dilayan oleh orang. Aik?? Nak cakap macam mana ni? Akhirnya, ada seorang pak cik yang memanggil kami. Setelah mengatakan keinginan kami, kami disuruh masuh dan menukar pakaian scrub. Terdapat banyak bilik pembedahan di situ. Maka setiap seorang daripada kami masuk ke setiap bilik yang berlainan. Eh, senangnya. Tak ada daftar ke, ambil nama ke. huhu. ^_^
Alhamdulillah, aku dapat melihat 2 operation hari ini. Yang pertama "removal of haematoma", yang kedua doktor terangkan tapi agak blurr sebab tak belajar lagi. Ternyata, suasana sangat berbeza!! Jika melihat operation di you tube, boleh tengok sambil duduk, minum air, makan, baring. Berbeza di dalam dunia realiti, keadaan yang agak serius, tahap penilitian yang tinggi, berdiri berjam-jam, berhadapan dengan darah. Banyak benda baru yang kupelajari pada hari ini. Pada setiap potongan yang dilakukan, setiap jahitan, setiap tube yang dimasukkan, kesemuanya memberikan pengetahuan yang banyak. Dan banyak lagi yang ku tak tahu. huhu
Allah...Jika diikutkan perasaan malas dan kecewa pada awal tadi, sudah pasti kami tidak berpeluang. Semoga apa yang berlaku hari ini memberkan pengajaran dan menjadi pembakar semangat kami untuk terus menuntut ilmu perubatan dan mendalaminya semahir-mahirnya. Insya-Allah.
(•̯͡.•̯͡)
Tuesday, April 3, 2012; 8:51 AM
Bismillah... hmmm... :'( :'( :'( >>>kbai
Ear, Nose, Throat
Monday, April 2, 2012; 11:59 PM
Bismillah... So, today is my first class of ENT. Sebenarnya semalam dah ada kelas pertama, tapi saya tak rasa tu seperti kelas sebab datang jumpa doktor, dan doktor terangkan serba sedikit pasal 'round' ENT, macam mana belajar, macam mana format exam. Lepas tu balik. Pukul 10:30 pagi dah habis. hihi ~Cairo University Hospital~ Dengan bermulanya round ENT, maka bermulalah persiapan untuk menghadapi final exam. Round ENT adalah round terakhir untuk tahun 4 kat sini. Aduh, forensic, community medicine, ophthalmology semua tak boleh tinggalkan. huhu. Jadi, sebenarnya, bukan satu subjek yang start, tapi 4 subjek serentak!!! Yoooooshhh! Tolong saya baca buku boleh?? Tapi hari ni saya duduk paling depan sekali. Duduk sebelah doktor. Sebab saya sampai kelas je, semua tempat duduk dah penuh. Yang tinggal adalah sebelah doktor. Aduh. Esok kena datang awal!! hihi. (ada ke patut datang awal sebab nak duduk belakang. hihi) Ramai yang cakap, round ENT adalah round paling relax jadualnya. Ye, memang relax pun. Kalau ikut jadual sekarang ni, walaupun dia tulis 5 hari seminggu, tapi kalau tengok betul2, sebenarnya 4 hari seminggu. 3 hari cuti. weeeeee! ^__^ Selepas lecture, sambung practical. Dan macam biasa, saya dan beberapa orang akan sesat. Siap tawaf satu hospital lagi tu +_+ Signboard la yang mengelirukan!! ececeh, salahkan signboard pulak kan. hmmmm..Dah, end of 2nd day. Kelas praktikal sangat selesa. Sekian~ jalan yang sangat mengelirukan duk belakang sibuk snap gambar je kejenye focus lettew~ epul nah, semua tak sedia.. tak malu ambik gambar sendiri. booooo!
\(‾▿‾)/ \(‾▿‾)/
Sunday, March 25, 2012; 3:31 AM
Bismillah... Hihi. Comel la video ni. Tapi ye nyanyi dalam bahasa apa ni?? ^^ Last but not least... ![]() p/s : sanah helwah pinguuuuuuu!
mata oo mata
Saturday, March 24, 2012; 3:20 AM
Bismillah... Mata ajak tidur tapi hati rasa macam nak study lagi. Macam mana tu? Mana satu nak pilih? Kalau......study sambil tutup mata, possible ke? huhu. Yup! Tidur tapi mimpi study. Nanti kan boleh jimat masa. Sebab orang selalu cakap, kalau kita mimpi ni, rasa macam lama je tapi sebenarnya kita tidur sekejap je. So, boleh la tidur sekejap, tapi dalam mimpi study banyak2. yeay! ^^ nyte!!
Nyan cat 100 hours..
Wednesday, March 21, 2012; 2:19 AM
Bismillah... Haih! Tak de lah keje lain siapa yang buat video ni. Agak-agak kalau nak tengok video ni sampai habis, dalam 4 hari berturut-turut gak tu. Daripada mula sampai ke sudah duk nyan, nyan, nyan je. Ntah apa2 ntah. Tapi comel juga. hihi ^^
kenapa ni??
Sunday, March 18, 2012; 12:01 AM
Bismillah... ![]() Herm..Tak tahu kenapa hari ni hati rasa tak tenang je. Pagi tadi dah call ibu, tapi tak dapat. Pastu try call Aishah pun tak dapat. Pelik. Ada kelas ke? Tapi kan hari ni hari Sabtu, bukan cuti ke? Petang tu masih lagi rasa tak sedap hati. Mungkin sebab hari ni saya ada perlawanan bola dengan team yang teratas. Jadi saya pergi la padang. 'Game' pukul 5 - 6 petang. Alhamdulillah, setelah kami bertungkus-lumus, akhirnya pasukan kami menang 3-2. =) Termasuk la kedua-dua kaki saya dah cedera. Saya memang macam ni. Tiap-tiap kali main bola, ada je yang nak sakit. Osah eh kau ni anwar. Kau main bola ke bergusti? hihi. Tapi....still tak sedap hati~ Mungkin sebab saya kena masak malam ni. Dan saya balik daripada padang pun dah maghrib. Selesai solat maghrib, saya terus melaksanakan tanggungjawab memasak dengan penuh semangat. Dan tepat-tepat la masa ni beras nak habis. Ada sikit je lagi. Saya malas nak turun sebab jauh dan kaki saya sakit. Jadi saya masak je la apa yang ada. Nasib baik cukup. Siap boleh makan dengan tetamu yang datang lagi. =) Tapi...kenapa ye? Saya rasa macam ada je yang tak kena~ Mungkin sebab saya kena siapkan assignment yang nak kena hantar esok. Maka saya pun siapkan assignment saya. Sempat lagi saya singgah rumah kawan nak ambil cd sebab assignment ni kena hantar dalam bentuk cd. Lepas tu, tengok assignment kawan, kenapa ye assignment dia tebal? Kenapa saya punya nipis je. ='( Something must be wrong. Tajuk yang diberikan lain-lain. Tajuk yang saya dapat ni tak banyak isi kot, sebab tu saya punya nipis. Ah! Sedihnyeeee. ='( Masih juga hati saya tak tenang. Kenapa ye awak? Saya tak tahu.... Mesti ada 'something' ni. Cumanya saya je yang tak tahu apa. Kadang-kadang tu kan ada benda yang susah untuk kita ungkapkan dalam bentuk kata-kata. Kadang-kadang tu, mungkin kita tak tahu macam nak mulakan. Saya tak tahu saya tak tahu! >.<" Kenapa ye, saya ni suka sangat menghitung masalah? Kenapa tak menghitung nikmat yang saya dah dapat? Hermmmmmmmmm....Kenapa ni?? Saya tak tahu la kenapa sebenarnya... p/s : awak oo awak, kenapa awak sedih??
"Kalau dua-dua sembunyik, sape nak cari sape?"
Friday, March 16, 2012; 12:17 AM
Bismillah... ![]() Susah kan bila dah tak sama waktu? Rasa macam jauh pula. huhu. Tapi kan nak study sama2? haaa... "Kalau dua-dua sembunyik, sape nak cari sape?" "Dua-dua kena cari la, kan?" take care!
Mari beradab
Sunday, March 11, 2012; 12:19 AM
Bismillah... Selepas habis kuliah mengenai 'ocular tumor', kelas kami terus disambung dengan 'interactive lecture'. Maka bermulalah sesi soal jawab antara doktor dah 'doktor-doktor muda' ni. hihi. Macam biasalah, ada yang dapat jawab, ada yang tak dapat jawab. Mana yang tak faham tu, doktor akan terangkan. Sebaik sahaja habis 'interactive lecture', maka sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Klinikal!! yeay!! Maka masuk seorang doktor dengan dua orang pesakit. Kedua-duanya telah tua dan disuruh duduk dihadapan kelas. Doktor yang bertugas memulakan syarahan dengan menerangkan tentang cornea dan penyakitnya. Aduh! Sejak bila kelas klinikal dah bertukar jadi lecture? Lama...! Memang lama, hampir sejam hanya mendengar syarahan. Padahal sepatutnya doktor patut menerangkan apa yang berkaitan dengan klinikal je. Saya bukan apa, kesian kat pak cik 2 orang tu. Dah la mereka tak faham pun bahasa inggeris yang doktor tengah ajar ni. +_+ Tak beberapa lama kemudian, kedengaran bunyi telefon salah seorang daripada pesakit tu. Terus dimatikan. Berbunyi lagi, dimatikan lagi. Begitulah yang berlaku selama 10 minit. Muka pak cik tu pun kelihatan resah dan ingin mengangkat telefon tu. Saya sungguh kasihan melihatnya. Dan akhirnya, sekali lagi telefonnya berbunyi, dia terus angkat dan pada ketika itu jugalah doktor suruh dia tutup bunyi telefon. Pak cik tu terkejut, tak sempat nak bercakap sepatah terus mematikan panggilan. Aduh! Garangnya doktor ni..! Tak baik la buat pesakit macam tu. Setiap hari, saya mesti rasa serba salah dengan pesakit. haih! Itulah yang berlaku. Seperti wujud jurang antara pesakit dan doktor. Seakan-akan wujud golongan bawahan dan atasan. Tak suke2! **************************** Lain pula kisahnya di masjid azhar pada malam hari. Seperti biasa, selapas solat isyak, maka sheikh2 akan mula mengajar. Saya mengikuti kelas yang membincangkan kitab 'waraqat usul'. Di sini, saya dapat lihat, pelajar perubatan, pelajar kuliah yang ambil ijazah mahupun master, semuanya duduk sama taraf. Tiada apa yang dapat membezakan kami. Semuanya menadah ilmu yang dicurahkan oleh sheikh. Allah... Habis sahaja kelas bersama sheikh, disambung pula dengan kelas bersama ustaz hairul nizam, membincangkan kitab 'matan waraqat'. Pada mulanya, ada jurukamera minta ustaz duduk atas kerusi di tempat sheikh duduk, tapi ustaz menolak. Tak layak kata ustaz. Maka ustaz hairul duduk bersila sekali bersama kami penuntut ilmu. Tatkala ada sheikh azhar lalu-lalang, ustaz hairul seakan menundukkan muka. Lantas ustaz mengatakan dirinya terasa kerdil untuk mengajar di masjid azhar. Maka sheikh menegur ustaz hairul supaya duduk atas kerusi itu tanpa merasa rendah diri. Beberapa kali disuruh akhirnya ustaz hairul beralih duduk di atas kerusi. Saya cuma nak ketengahkan adab-adab serta sikap rendah diri yang ditunjukkan di masjid azhar. Berbeza dengan adab yang ditunjukkan oleh doktor di hospital. Allah....Semoga adab-adab baik ini dapat dipraktikan di hospital juga di mana-mana. Insya-Allah. Semoga Allah dapat membantu kita untuk berakhlak dengan akhlak habibuna rosulallah solallahu3alaihiwasalam. =)
Au revoir Pingu!
Wednesday, March 7, 2012; 9:58 AM
Bismillah... ![]() Uh, tengok gambar pun dah taw dah. Sedih pun ada gak. Nasib baik pak cik teksi tu bawa laju semalam. Sempat sampai. Pastu, bulan cari-cari pingu tak ada. Cari banyak kali tapi tak jumpa gak. hmmm..Dah agak dah mesti tak sempat punya. Mesti pingu dah terbang. Nasib baik sempat bagi barang semalam kat pingu. Pastu tengok kat screen, flight EY 656 tengah check in. huuuu. Xpelah, baik bulan duk kat kedai sambil minum2, mana taw nanti tiba2 pingu baru sampai ke, kan? Rupanya...pingu dah lama sampai tapi dia menyorok kat luar. Pastu nak check in cepat2 dari luar. Ye xgtaw bulan ye ada kat luar. Pastu bulan saja2 keluar, tiba-tiba ada kawan pingu datang bagi sijil. Aik?? Kenal bulan? Ada macam pingu gak kat sebelah tu tapi...tu adik pingu. hihi. Baru taw, pingu check in dari luar rupanya. Bulan masuk balik minum air. Pingu cakap ye boleh tembus. Ye cari2 bulan tapi tak jumpa. Sebab kan ada matahari. Sebab tu susah nak nampak bulan. Kesian kat pingu. Semalam pun sama kan. Bulan minum air sambil baca nota, nak tunggu pingu terbang. Nanti bila pingu dah tak ada macam mana? Kalau bulan tengah sedih siapa nak masakkan sate? Kalau bulan sesat siapa nak tolong? Kalau bulan hilang kawan kat ma3rad, siapa nak tolong carikan? haaaa..Hati-hati terbang pingu! p/s: Kan pingu pesan jaga diri and belajar rajin2 kan? 。◕‿◕。
![]() |