Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others: ♥ ♥ ♥

\(‾▿‾)/ \(‾▿‾)/
Sunday, March 25, 2012; 3:31 AM

Bismillah...


Hihi. Comel la video ni. Tapi ye nyanyi dalam bahasa apa ni?? ^^






Last but not least...



p/s : sanah helwah pinguuuuuuu!

2 Lovers??



mata oo mata
Saturday, March 24, 2012; 3:20 AM
Bismillah...


Mata ajak tidur tapi hati rasa macam nak study lagi. Macam mana tu? Mana satu nak pilih?

Kalau......study sambil tutup mata, possible ke? huhu. Yup! Tidur tapi mimpi study. Nanti kan boleh jimat masa. Sebab orang selalu cakap, kalau kita mimpi ni, rasa macam lama je tapi sebenarnya kita tidur sekejap je. So, boleh la tidur sekejap, tapi dalam mimpi study banyak2. yeay! ^^ nyte!!

0 Lovers??



Nyan cat 100 hours..
Wednesday, March 21, 2012; 2:19 AM
Bismillah...






Haih! Tak de lah keje lain siapa yang buat video ni. Agak-agak kalau nak tengok video ni sampai habis, dalam 4 hari berturut-turut gak tu. Daripada mula sampai ke sudah duk nyan, nyan, nyan je. Ntah apa2 ntah. Tapi comel juga. hihi ^^

0 Lovers??



kenapa ni??
Sunday, March 18, 2012; 12:01 AM
Bismillah...



Herm..Tak tahu kenapa hari ni hati rasa tak tenang je. Pagi tadi dah call ibu, tapi tak dapat. Pastu try call Aishah pun tak dapat. Pelik. Ada kelas ke? Tapi kan hari ni hari Sabtu, bukan cuti ke?


Petang tu masih lagi rasa tak sedap hati. Mungkin sebab hari ni saya ada perlawanan bola dengan team yang teratas. Jadi saya pergi la padang. 'Game' pukul 5 - 6 petang. Alhamdulillah, setelah kami bertungkus-lumus, akhirnya pasukan kami menang 3-2. =) Termasuk la kedua-dua kaki saya dah cedera. Saya memang macam ni. Tiap-tiap kali main bola, ada je yang nak sakit. Osah eh kau ni anwar. Kau main bola ke bergusti? hihi.


Tapi....still tak sedap hati~


Mungkin sebab saya kena masak malam ni. Dan saya balik daripada padang pun dah maghrib. Selesai solat maghrib, saya terus melaksanakan tanggungjawab memasak dengan penuh semangat. Dan tepat-tepat la masa ni beras nak habis. Ada sikit je lagi. Saya malas nak turun sebab jauh dan kaki saya sakit. Jadi saya masak je la apa yang ada. Nasib baik cukup. Siap boleh makan dengan tetamu yang datang lagi. =)


Tapi...kenapa ye? Saya rasa macam ada je yang tak kena~


Mungkin sebab saya kena siapkan assignment yang nak kena hantar esok. Maka saya pun siapkan assignment saya. Sempat lagi saya singgah rumah kawan nak ambil cd sebab assignment ni kena hantar dalam bentuk cd. Lepas tu, tengok assignment kawan, kenapa ye assignment dia tebal? Kenapa saya punya nipis je. ='( Something must be wrong. Tajuk yang diberikan lain-lain. Tajuk yang saya dapat ni tak banyak isi kot, sebab tu saya punya nipis. Ah! Sedihnyeeee. ='(


Masih juga hati saya tak tenang. Kenapa ye awak? Saya tak tahu....


Mesti ada 'something' ni. Cumanya saya je yang tak tahu apa. Kadang-kadang tu kan ada benda yang susah untuk kita ungkapkan dalam bentuk kata-kata. Kadang-kadang tu, mungkin kita tak tahu macam nak mulakan. Saya tak tahu saya tak tahu! >.<"


Kenapa ye, saya ni suka sangat menghitung masalah? Kenapa tak menghitung nikmat yang saya dah dapat? Hermmmmmmmmm....Kenapa ni?? Saya tak tahu la kenapa sebenarnya...


p/s : awak oo awak, kenapa awak sedih??

3 Lovers??



"Kalau dua-dua sembunyik, sape nak cari sape?"
Friday, March 16, 2012; 12:17 AM
Bismillah...





Susah kan bila dah tak sama waktu? Rasa macam jauh pula. huhu. Tapi kan nak study sama2? haaa...



"Kalau dua-dua sembunyik, sape nak cari sape?"


"Dua-dua kena cari la, kan?"


take care!

4 Lovers??



Mari beradab
Sunday, March 11, 2012; 12:19 AM
Bismillah...


Selepas habis kuliah mengenai 'ocular tumor', kelas kami terus disambung dengan 'interactive lecture'. Maka bermulalah sesi soal jawab antara doktor dah 'doktor-doktor muda' ni. hihi. Macam biasalah, ada yang dapat jawab, ada yang tak dapat jawab. Mana yang tak faham tu, doktor akan terangkan.


Sebaik sahaja habis 'interactive lecture', maka sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Klinikal!! yeay!! Maka masuk seorang doktor dengan dua orang pesakit. Kedua-duanya telah tua dan disuruh duduk dihadapan kelas. Doktor yang bertugas memulakan syarahan dengan menerangkan tentang cornea dan penyakitnya. Aduh! Sejak bila kelas klinikal dah bertukar jadi lecture? Lama...! Memang lama, hampir sejam hanya mendengar syarahan. Padahal sepatutnya doktor patut menerangkan apa yang berkaitan dengan klinikal je. Saya bukan apa, kesian kat pak cik 2 orang tu. Dah la mereka tak faham pun bahasa inggeris yang doktor tengah ajar ni. +_+


Tak beberapa lama kemudian, kedengaran bunyi telefon salah seorang daripada pesakit tu. Terus dimatikan. Berbunyi lagi, dimatikan lagi. Begitulah yang berlaku selama 10 minit. Muka pak cik tu pun kelihatan resah dan ingin mengangkat telefon tu. Saya sungguh kasihan melihatnya. Dan akhirnya, sekali lagi telefonnya berbunyi, dia terus angkat dan pada ketika itu jugalah doktor suruh dia tutup bunyi telefon. Pak cik tu terkejut, tak sempat nak bercakap sepatah terus mematikan panggilan. Aduh! Garangnya doktor ni..! Tak baik la buat pesakit macam tu. Setiap hari, saya mesti rasa serba salah dengan pesakit. haih!


Itulah yang berlaku. Seperti wujud jurang antara pesakit dan doktor. Seakan-akan wujud golongan bawahan dan atasan. Tak suke2!



****************************


Lain pula kisahnya di masjid azhar pada malam hari. Seperti biasa, selapas solat isyak, maka sheikh2 akan mula mengajar. Saya mengikuti kelas yang membincangkan kitab 'waraqat usul'. Di sini, saya dapat lihat, pelajar perubatan, pelajar kuliah yang ambil ijazah mahupun master, semuanya duduk sama taraf. Tiada apa yang dapat membezakan kami. Semuanya menadah ilmu yang dicurahkan oleh sheikh. Allah...


Habis sahaja kelas bersama sheikh, disambung pula dengan kelas bersama ustaz hairul nizam, membincangkan kitab 'matan waraqat'. Pada mulanya, ada jurukamera minta ustaz duduk atas kerusi di tempat sheikh duduk, tapi ustaz menolak. Tak layak kata ustaz. Maka ustaz hairul duduk bersila sekali bersama kami penuntut ilmu. Tatkala ada sheikh azhar lalu-lalang, ustaz hairul seakan menundukkan muka. Lantas ustaz mengatakan dirinya terasa kerdil untuk mengajar di masjid azhar. Maka sheikh menegur ustaz hairul supaya duduk atas kerusi itu tanpa merasa rendah diri. Beberapa kali disuruh akhirnya ustaz hairul beralih duduk di atas kerusi.


Saya cuma nak ketengahkan adab-adab serta sikap rendah diri yang ditunjukkan di masjid azhar. Berbeza dengan adab yang ditunjukkan oleh doktor di hospital. Allah....Semoga adab-adab baik ini dapat dipraktikan di hospital juga di mana-mana. Insya-Allah.


Semoga Allah dapat membantu kita untuk berakhlak dengan akhlak habibuna rosulallah solallahu3alaihiwasalam. =)

2 Lovers??



Au revoir Pingu!
Wednesday, March 7, 2012; 9:58 AM
Bismillah...



Uh, tengok gambar pun dah taw dah. Sedih pun ada gak. Nasib baik pak cik teksi tu bawa laju semalam. Sempat sampai. Pastu, bulan cari-cari pingu tak ada. Cari banyak kali tapi tak jumpa gak. hmmm..Dah agak dah mesti tak sempat punya. Mesti pingu dah terbang. Nasib baik sempat bagi barang semalam kat pingu. Pastu tengok kat screen, flight EY 656 tengah check in. huuuu. Xpelah, baik bulan duk kat kedai sambil minum2, mana taw nanti tiba2 pingu baru sampai ke, kan?


Rupanya...pingu dah lama sampai tapi dia menyorok kat luar. Pastu nak check in cepat2 dari luar. Ye xgtaw bulan ye ada kat luar. Pastu bulan saja2 keluar, tiba-tiba ada kawan pingu datang bagi sijil. Aik?? Kenal bulan? Ada macam pingu gak kat sebelah tu tapi...tu adik pingu. hihi. Baru taw, pingu check in dari luar rupanya.


Bulan masuk balik minum air. Pingu cakap ye boleh tembus. Ye cari2 bulan tapi tak jumpa. Sebab kan ada matahari. Sebab tu susah nak nampak bulan. Kesian kat pingu. Semalam pun sama kan. Bulan minum air sambil baca nota, nak tunggu pingu terbang. Nanti bila pingu dah tak ada macam mana? Kalau bulan tengah sedih siapa nak masakkan sate? Kalau bulan sesat siapa nak tolong? Kalau bulan hilang kawan kat ma3rad, siapa nak tolong carikan? haaaa..Hati-hati terbang pingu!


p/s: Kan pingu pesan jaga diri and belajar rajin2 kan? 。◕‿◕。

9 Lovers??



Saturday, March 3, 2012; 12:43 PM
Bismillah...


"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

(Surah At-Tagaabun, ayat 11)



"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

0 Lovers??



jom menuntut ilmu
Wednesday, February 29, 2012; 12:41 PM
Bismillah...


29.2.2012. Rasa seronok dengan tarikh hari ni. ^^ Yela, kan tarikh 29/2 ni hanya terjadi 4 tahun sekali je kan. hihi. Kebetulan pula hari ni cuti. So, sepatutnya saya rasa macam nak buat sesuatu yang lain sikit. Tapi tak tahu nak buat apa. heee.


BUDAYA MENUNTUT ILMU
Sekarang ni agak sibuk sampai tak sempat nak update blog, twitter or lain-lain. Baru-baru ni, saya ke masjid azhar untuk mengikuti kelas usul fiqh bersama Ustaz Hairul Nizam. Ustaz Hairul Nizam antara orang yang saya hormati dan kagumi. Kata-katanya begitu lembut hingga mampu menusuk hati. Sebaik sahaja saya sampai di masjid, kelihatan di beberapa penjuru masjid, sheikh-sheikh azhar sedang mengajarkan kitab-kitab kepada orang ramai. Tatkala itu jugalah saya rasa seperti mahu menangis. Betapa ramai yang dahagakan ilmu dan betapa budaya menuntut ilmu itu dijadikan amalan di sini. Dimanakah saya jika dibandingkan dengan mereka? :'(


Pengajian yang dijalankan setiap malam itu bukanlah datang dari pihak universiti azhar, tetapi pengajian disampaikan atas dasar ingin menyampaikan ilmu bagi sesiapa sahaja yang ingin menuntutnya. Berdiri di tengah-tengah masjid, memperhatikan setiap sudut di mana terdapat pengajian bersama sheikh azhar, diriku merasa sangat kerdil. kecil. Lantas saya berfikir, banyaknya ilmu yang disampaikan dan agak mustahil untuk saya pergi ke semua pengajian kerana semuanya berjalan serentak. Mahu tidak mahu, pilihan harus dibuat. Allah...


Walaupun saya merupakan salah seorang pelajar perubatan di sini, terasa amat rugi jika hanya mempelajari ilmu perubatan tanpa mengambil manfaat sedikit pun untuk mendalami agama Islam.


YANG DIKEJAR TAK DAPAT???
Dahulu saya pernah berpendapat, jika saya sibuk nak belajar agama, nanti pelajaran perubatan saya akan terjejas kerana tak cukup masa. Ibarat "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Ternyata, pendapat saya ketika itu salah...


Semakin saya diajar ilmu fiqh, akidah, tauhid mahupun sirah, semangat yang dahulunya pudar ternyata semakin bertambah. Jika dulu saya pernah tertekan dan kadang-kadang sedih, tetapi apabila duduk bersama sheikh, nasihat dan peringatan yang disampaikan sudah cukup untuk mengubat hati saya. Segala masalah ada penyelesaiannya. Ternyata, Islam mampu menyelesaikan segala masalah dan mampu memberikan ketenangan dalam hati-hati manusia. :)


Banyak kali berlaku, apabila saya ada masalah, walaupun saya tidak menceritakan kepada sheikh, tiba-tiba sewaktu sheikh sedang menerangkan, sheikh mengutarakan masalah itu serta bagaimana mahu mengatasinya. Saya pelik! Apakah sheikh boleh membaca isi hati saya? Apakah kebetulan jika perkara seumpama ini sering berlaku?


SEMAKIN BERSEMANGAT
Dengan mempelajari sirah Nabi Muhammad sollallhu3alaihiwasalam, para sahabat, para alim ulama' yang terdahulu membuatkan saya begitu menghargai pengorbanan mereka. Serta bertambah-tambah semangat saya untuk menuntut ilmu perubatan dan islam.


Kisah yang sering diulang-ulang adalah kisah Imam Nawawi yang pernah 2 tahun tidak tidur di atas katil kerana begitu asyik menuntut ilmu. beliau hanya tertidur dalam keadaan duduk ketika sedang mengulangkaji dan apabila tersedar terus menyambung ulangkajinya.


Juga kisah para ulama' terdahulu yang sanggup merantau beribu batu untuk menuntut ilmu dengan hanya menunggang unta. Jika dibandingkan dengan masa sekarang, apakah dengan kemudahan yang ada membuatkan kita kurang menghargai ilmu?


Ustaz pesan, ilmu perubatan yang pada awalnya fardu kifayah untuk semua orang telah menjadi fardu ain kepada pelajar perubatan. Allah...Perlu membahagikan waktu dengan terancang. Semoga Allah permudahkan.


p/s : ini hanya perkongsian yang sengaja saya coretkan. Semoga dengan perkongsian ini dapat menyuntik semangat kepada sahabat-sahabat lain. Insya-Allah.

3 Lovers??



quick update for winter break 2012
Saturday, February 18, 2012; 12:36 AM
Bismillah...


Hyep! First of all, sila tengok kat komen box kat sebelah kanan tu. Ntah apa la yang serabut sangat tu. Dah delete komen diorg, ada lagi. menyampah!


Eh, bila last sekali update blog ea? Owh! Cerita pasal daurah kitab hari tu. huhu. ^^ Memang sibuk pun. As I mention before, waktu cuti pack. Even balik daripada Luxor, sampai rumah subuh tu, then pagi tu dah ada kelas. Memang tak ada waktu rehat la jawabnye. Habis tu, pergi bercuti tu tak kira berehat ke incik anwar? Heh! Sibuk je tanya soalan macam tu. Tu tak kira sebab penat kot berjalan. +_+


So, let me share something about my vacation to aswan & luxor. Haih. Penat berjalan. Naik train dari cairo ambil masa 14 jam. Kalau balik malaysia naik plane pun dah sampai agaknya. huhu. Then daripada aswan tu kami pergi melawat beberapa tempat yang kebanyakkannya temple peninggalan zaman mesir purba dulu. Untuk orang yang minat nak kaji sejarah mesir purba dulu, seronok la kot. Tapi bagi saya, yang seronoknya naik kapal cruise. Yeay!!


Daripada aswan, kapal akan bergerak ke beberapa tempat lain sehinggalah sampai ke destinasi terakhir, luxor. huu. Dalam 5 hari juga lah keluar daripada cairo. Gambar tengok kat FB je lah. Now dah mengantuk la nak upload2 gambar.


Sekarang kami masih lagi dalam round ophthalmology. Tapi kali ni saya dah tak sesat. heee. Dah hafal dah jalan dalam hospital tu sikit2. Cumanya, biasa lah kan, baru2 balik dari bercuti, otak ni pun macam slow2 nak catch up. hihi.


akibatnya...


Semalam tiba-tiba doctor cakap ada SHOCK exam! Haa, elok sangat la tu. Memang semua orang SHOCK pun. Tak sompek nak prepare. haha. Doctor cakap, lepas ni kena sentiasa bersedia sebab akan ada shock exam beberapa kali. aiyoo. Boleh pula nak main terkejut terkejut. Tapi ada baiknya juga, supaya kita tak terus terleka, kan? =)


Rata-rata, memang agak sibuk walaupun masa cuti. **perlu ke mention kau sibuk banyak kali? Macam kau sorang je sibuk. Heh!**Yela2, just nak bagi alasan kenapa dah lama tak update blog. Tu pun tak boleh ke? >.<" Hari ni dapat update blog pun sebab cuti hari jumaat. Tu pun dah pukul 12 malam baru nak update. Memang mengade!


Dan sebenarnya, mata dah tak larat tapi macam tak sanggup nak tangguh2 keje update blog ni. hihi. Cet! Padahal merapu je lebih. Biarlah, ada je benda nak komen kat orang die ni. Tu just serba ringkas je apa yang berlaku. Dah penat menulis. Kalau call borak2 boleh, sebab kalau bercakap kurang sikit penat. heee.


Dah la, esok ada kelas ok. Kena tidur dulu. See you later....

0 Lovers??