Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Al-fatihah
Sunday, March 20, 2011; 3:35 PM

Bismillah...



Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga Sir Ishak Mustapha Kamal atas pemergian Sir Ishak pagi tadi. Saya sangat terkejut mendengar berita pemergian allahyarham yang begitu mengejut. Benarlah janji Allah, apabila sampai ajal seseorang itu, tidak akan dilewatkan mahupun diawalkan walaupun sesaat. Sungguh, maut itu tidak mengenal usia, tidak mengenal pangkat dan tidak juga mengenal siapakah kita. Maut itu sudah pun ditentukan bagi setiap orang di muka bum ini. Dan sengaja Allah merahsiakan bila akan datangnya ajal kita daripada pengetahun manusia.


Sir Ishak,
Orang cakap bila seseorang tu dah tak ada, barulah kita akan sayang dia. Barulah kita rasa kehilangan dia. Tapi sir, saya terlebih dahulu sayangkan sir sebelum sir pergi meninggalkan kami. Sir ingat kan, masa sir mula-mula masuk kelas tu. Saya dah tulis kat kertas dan letak atas meja, "Welcome Sir Ishak". Sir pun ada cakap, Miss Harnita ada cerita pasal saya dengan Raziq kat sir. Kan?


Sepanjang saya kenal dengan sir, sir memang seorang yang sangat periang dan ceria. Ada sahaja lawak yang sir buat. Sir juga sangat 'energetic' masa mengajar. Kitorang semua kagum dengan sir. Ada satu hari, kitorang ada tanya sir soalan, sir cakap sir tak pasti jawapan dia. Sir cakap nanti bila kitorang dah habis belajar kat Mesir, tolong bagitahu sir apa jawapan dia. Tapi nampaknya sir, tak sempat la kitorang nak jumpa sir. Allah lebih sayangkan sir.


Rasa macam baru je semalam jumpa dengan sir. :'(
Sir pergi dengan mengejut. Tak ada siapa pun yang jangka. Apakan daya. Kita semua hanya hamba yang kerdil. Mungkin esok lusa giliran saya pula. I sooo glad that i know you once in my life. I will never forget you sir. Segala ilmu yang sir dah curahkan selama ni, harap dapat dihalalkan dan saya akan menggunakan ilmu tu sebaik-baiknya. Cuma sir sekarang ni berada dalam dunia yang lain. Alam barzah. Sir, saya akan sentiasa doakan sir. Insya-Allah. Al-fatihah.




Photobucket


Photobucket
Dalam kenangan..

Photobucket
Ni saya melawat farm sir. Farm sir memang hebat!

Photobucket
This is mine. Sir pun pernah singgah sini. :')
Sir pernah puji farm saya bila saya dah lebih level dari sir :')

0 Lovers??



why
Sunday, March 13, 2011; 3:10 PM
Bismillah...



"Why"

Why, do you always do this to me?
Why, couldn't you just see through me?
How come, you act like this
Like you just don't care at all

Do you expect me to believe I was the only one to fall?
I can feel, I can feel you near me, even though you're far away
I can feel, I can feel you baby, why

It's not supposed to feel this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me, are you and me still together?
Tell me, do you think we could last forever?
Tell me, why

Hey, listen to what we're not saying
Let's play, a different game than what we're playing
Try, to look at me and really see my heart

Do you expect me to believe I'm gonna let us fall apart?
I can feel, I can feel you near me, even when you're far away
I can feel, I can feel you baby, why

It's not supposed to feel this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me, are you and me still together?
Tell me, you think we could last forever?
Tell me, why

So go and think about whatever you need to think about
Go on and dream about whatever you need to dream about
And come back to me when you know just how you feel, you feel
I can feel, I can feel you near me, even though you're far away
I can feel, I can feel you baby, why

It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me

It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you
More and more each day
It's not supposed to hurt this way
I need you, I need you, I need you
Tell me, are you and me still together?
Tell me, do you think we could last forever?
Tell me, why




p/s : ni antara lagu yang best la. Try dengar album terbaru "Goodbye Lullaby". Like it!

0 Lovers??



safely arrived :)

Bismillah...


Hye2!
Wah, osah lamo x update blog. hik2. Tak nak cite la sebab ape. Yang penting, sekarang ni saya dah selamat sampai ke Mesir. Alhamdulillah. Ramai yang tanya, macam mana kat sana? Dah oke ke? Selamat tak?


Meh sini nak jawab. hihi. Keadaan kat sini ok je. Setakat ni aman je. Cume kalau jalan mana-mana tu, sentiasa la bersedia kot-kot jadi apa-apa kan? huhu. Tak banyak perubahan pun. Kami cuba cari sesuatu yang baru. Kalau nampak sesuatu yang pelik sikit je mesti cakap, "wah, ni lah hasil revolusi". haha. Kelaka. Kami semua punya la mengharap perangai orang-orang arab ni berubah. But, hey! Ingat senang ke nak ubah sikap manusia? Lagipun, it has nothing to do with the resignation of Mubar*k. haha. Kalau diorang dah perangai cam tu, tukar pemimpin pun, cam tu gak perangainya. Kan? apeke..


Haa, ada lagi. Stesen metro (ktm) yang dulunya nama stesen mubarak, sekarang dah tukar. Stesen syuhada'. Sampai macam tu sekali. Kalau naik la metro tu, dia sekadar gores je nama mubarak tu. Pastu tulis pakai marker. haha. Polis pun dah berkurangan. Polis yang patut jaga pintu keluar masuk kat universiti pun tak ada. Jadi, universiti cuma bukak 2 pintu je kat depan instead of 4 pintu. Orang pun bebas keluar masuk. Adohai. Yang bestnya, duit mesir jatuh. 1 usd = 5.90 LE. Dulu 1usd = 5.5 LE. Wink2**


So, kelas saya dah start semalam. Start dengan kelas microbiology. Semangat2! Sebab dah ketinggalan jauh ni. Silibus banyak lagi. Kelas budak arab dah start since minggu lepas. Transfer semangat please..


Sekarang ni musim sejuk lagi. Masa mula-mula sampai, ingatkan dah panas. Sejuk rupanya. Evem lebih sejuk daripada sebelum balik Malaysia. Haih. Dan semua orang cam tak de mood nak masak lagi. Yela, dah sebulan makan kat rumah. hihi. Setakat ni je la dulu. Jap lagi ada kelas lagi. Take care ok? I know you will read this one :p


p/s : try bukak ni http://www.lumosity.com/ . Somekind of brain exercise la. Menarik. Saje nak kongsi. Selamat mencuba ^^

5 Lovers??



Kabut
Tuesday, March 8, 2011; 3:09 AM
Bismillah...





Photobucket


9/2/2011, wednesday, saudi arabia airlines =)



Esok dah 9/3/2011. Sedar tak sedar dah sebulan rupanya. =(





Sayonara Maliziya..




p/s : sangat kelam-kabut bila pukul 12 tengah malam dapat berita esok akan 'flying back' ke mesir. Means ada beberapa jam je lagi. Barang apa pun tak siap lagi. At least inform la awal-awal! Sabar~~~

2 Lovers??



Mana hilangnya adab kita?
Monday, March 7, 2011; 4:24 AM
Bismillah...


Hye! Baru-baru ni, saya telah diajak oleh cecilia dan kak ogy untuk ke sunway piramid. Ice skating!! ^^ 2nd time main, ada peningkatan. (practice make perfect)wink2**


Tapi tu bukan topik utama yang saya na bincangkan. Kisah yang lebih bertepatan dengan tajuk kali ni berlaku semasa saya dan adik berada dalam komuter. Sedang kami berbual, tiba-tiba masuk 2 orang perempuan yang umurnya dalam lingkungan 30-an. Eh, rasanya, kalau nak ikutkan, mesti la mak cik tu lebih memerlukan tempat duduk ni.


Maka saya suruh adikku bangun dan panggil mak cik 2 orang tu suruh duduk sini. Sebaik sahaja faiz bangun, tiba-tiba seorang lelaki dengan lajunya berlari dan duduk di sebelah saya. Eh, apa hal lak ni. Lalu saya berkata la dengan lelaki tu, "bang, ni saya nak bagi mak cik tu duduk". Dengan angkuh lelaki tu jawab, "aku pun bayar tiket. Kalau kau nak duduk, kau bayar tiket aku". Bengong betul la lelaki ni. Kalau nak ikutkan, saya dah memang duduk. Dia tu muda lagi. Ada la dalam 20-an. Fikir la sikit. Mak cik tu patut diutamakan. Ish. Ada gak manusia macam ni. Lalu saya bangun dan tergelak melihat tingkah laku manusia yang sebegitu. Kebodohannya terserlah.


Persoalannya, mana hilangnya ada kita? Adab kita sebagai orang melayu, orang yang lebih muda, orang lelaki. Melayu yang sebelum ini terkenal dengan sifat bersopan-santun, lemah-lembut, beradab, menghormati orang tua, mana hilangnya? Nampaknya, sedikit demi sedikit adab orang melayu kian terhakis. Cuba kita bayangkan, apa yang akan berlaku jika semua orang melayu bersikap macam tu dan tiada lagi adab-adab yang kita amalkan? Pasti saja negara kita akan hancur. +_+


Secara jujurnya, saya amat kecewa dengan apa yang berlaku. Bila pergi negara orang, orang Mesir kebanyakannya kasar. Doktor dan professor banyak yang memuji pelajar-pelajar melayu yang begitu bersopan-santun dan beradab. Tapi apakah realiti yang berlaku di Malaysia? Adakah apa yang digambarkan oleh kita kepada negara luar tentang orang melayu tidak sama dengan realiti yang berlaku di Malaysia? Ish.


p/s : sama-samalah kita menjaga adab kita sebagai orang melayu. Jangan pandai nak kutuk orang lain cakap dia kasar, tak beradab tapi bangsa sendiri tak terjaga.

4 Lovers??



N.E.G.E.R.I.S.E.M.B.I.L.A.N.
Tuesday, March 1, 2011; 10:52 AM
Bismillah...




Photobucket
Hoben jang Hoben!!Haa, entry kali ni hanya nak tunjuk gambar je. hik2. Malam ni negeri sembilan lawan kelantan. So, sila bersemangat!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Sekian~~

2 Lovers??



Part time
Tuesday, February 22, 2011; 3:19 AM
Bismillah...


Bertemu kembali bersama saya anwar noor azam. Hihi. Bermulanya hari Jumaat hari tu sampai la hari ahad, saya dengan semangat yang agak berkobar pergi buat kerja part time. Ala, bukan kerja office tu, bukan kerja kat hospital, kat sekolah pun bukan. Kerja aku hanyalah membuat sedikit soal selidik. Bersama saya ada 50 set soalan. Setiap satu set soalan tu ada 92 soalan semuanya. Soalan pun senang je, Cuma bagi rating 1 – 5 samada setuju ataupun tak setuju. Jadi saya kena cari 50 orang dalam masa 2 hari lebih untuk menjawab soalan2 ni.


Heh. Pada mulanya, saya rasa macam sedikit sangat je 50 set soalan ni. Yela, 50 je pun. :p Tapi rupanya...Tidak semudah yang disangka. Nak cari seorang untuk menjawab pun susah! Selepas berjalan berbatu-batu-batu, dan berpeluh-peluh-peluh yang menitik-nitik-nitik, di tengah-tengah-tengah panas, akhirnya dapat jumpa seorang yang nak beri kerjasama nak jawab soalan ni. Baru seorang! Ada 49 lagi. Begitulah seterusnya. Purata, sejam dapat seorang je. Agaknya, inilah rasa salesman selama ni kan. Huhu.


Mana tak nya, jumpa orang je, ada je alasan, sibuk la, dia bukan golongan belia la, tak reti jawab la, macam2! Tak kurang juga yang minta duit kalau nak dia jawab. Tak dapek den boghi do bai. Kesusahan saya menjalankan kerja bertambah sukar apabila seorang polis menahanku sebaik sahaja saya habis solat zuhur di masjid. Dibawa ke balai dan disoal berbagai-bagai soalan. Bengong. Ingat aku penjenayah ke? Heh! 2 jam den duk soal jawab ngan polis. Padahal saya dah bawa segala surat dari mana dan untuk apa saya buat soal selidik ni, semuanya telah jelas, tapi polis ni ‘bega’. Nak gak tahan saya tak tentu pasal. Agak-agak la nak tuduh pun. Last2 lepas gak la. Fuh..


Tapi tulah, orang cakap, setiap benda yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. Kadang-kadang tu, bukan semua yang kita rancang akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan, kan? Banyak benda yang kita tak jangka. Sebab semuanya bukannya berada dalam keupayaan kita untuk melihat masa depan. :)



Photobucket
Kak long oi. upgrade la sket tmpt ni. ngeh3

Photobucket
Lepas penat buat keje, malam makan seafood kat umbai :)


Photobucket
Next day, tukar ke Avillion hotel! Bye3 kak long. :p

Photobucket

Excited je duk hotel. huhu. dah2, sikit2 je gambar. gambar time bekerja xde ye. harap maklum ;))

p/s : tak kisah la balik mesir lambat pun. Biarlah study bertambah lama pun. Dah malas dah nak fikir. Dah takde semangat. Haha.

2 Lovers??



mengeluh
Wednesday, February 16, 2011; 7:49 PM
Bismillah...


Hye! hermm.. Actually, nak tulis entry kali ni pun cam tak berapa nak semangat. Since apa yang dah berlaku kat Egypt lepas habis mid-year exam hari tu, seolah-olah merupakan satu cabaran yang cukup berat bagiku. Terkurung selama 2 minggu, balik sehelai sepinggang.


Sekarang ni, orang akan tanya soalan yang sama. "cuti sampai bila?", "balik sana bila?", "study kat sana macam mana?". Haih! Serabutnya. Jawapannya, aku sendiri pun tak tahu. Kalau Mesir dah aman dan JPA suruh balik ke Mesir semula, baru la aku akan beli tiket dan sambung study. Ramai gak yang cakap, best la dapat cuti. Macam best kan? Tapi, secara jujurnya, aku seakan tidak merasakan nikmat cuti ini. Yela, patutnya kelas dah start, tapi sampai sekarang aku masih di Malaysia. Rasa serba salah je cuti bukan pada waktunya. Kalau nak pergi mana-mana pun, mesti terfikir, "eh, tak study lagi ni". Aduh, susah la macam ni.





Ada orang cakap, "aku tengok kat sana dah aman kan?". Aman apekah? Hari-hari aku tengok press tv, takde la aman pun. Semalam pun masih ada lagi demostrasi. Macam mana kalau benda ni berpanjangan? Macam mana dengan study aku? Masa depan aku? Bila semua ni nak berakhir? Kalau berlarutan sampai setahun, member aku yang lain yang belajar di Russia, UK, Ireland, semua akan grad dulu. -.-" Rasa macam nak mengeluh je hari-hari. :'(


p/s : Bagi yang ada peluang study, sila la jangan malas dan study sampai tahap maksimum. Sedih la dengar bila ada orang mengeluh tatkala mempunyai peluang untuk study dengan selesa, sementara masa masih ada. Nak banding ngan nasib aku dan kawan-kawan yang lain, entah apa la nasib kitorg.

3 Lovers??



our trip
Wednesday, February 9, 2011; 8:55 PM
Bismillah...



Hye. Saya baru sahaja menjejakkan kaki di Malaysia beberapa minit yang lalu. Alhamdulillah. Walaupun banyak cabaran serta rintangan juga dugaan yang terpaksa saya dan rakan-rakan lain lalui, tetapi sekarang ini kami semua sudahpun selamat sampai di tanah air tercinta.


This just a quick update. So, lets enjoy the photos.



Photobucket
Malam sebelum bertolak ke Jeddah. Semua layan movie. Keadaan bilik yang sangat padat. 14 orang satu bilik. Just imagine.

Photobucket
Pagi. Dah tahu akan berangkat ke Jeddah hari ini. Mula siap-siap barang.

Photobucket
Nampak happy sikit selepas kejadian malam semalam.

Photobucket
Dan semakin gembira. ^^

Photobucket
Skema la gambar ni.

Photobucket

Tak sangka orang lain pun ada bendera Malaysia gak. lol. Siap buat ucapan video lagi. Sila tengok kat facebook.

Photobucket
Dah sampai cairo airport. Keadaan sangat sesak. Khemah yang didirikan penuh dengan orang Malaysia.

Photobucket
Pandangan dari sudut lain. Sesak. Sangat sesak. Percaya la.

Photobucket
Luar khemah pun ramai gak orang Malaysia. Haa, tak terkiro ramai eh.

Photobucket
Tak lupa juga kepada orang dari negara mana entah tiba-tiba duk bertapak kat khemah Malaysia.

Photobucket
Bila nama dah kena sebut, boleh la masuk dalam airport. Nasib baik aku dapat flight MAS. Orang lain yang dapat naik kapal terbang tentera, menderita sikit la. :p

Photobucket
See. Agak selesa. Sila bersyukur ok?

Photobucket

Photobucket
Rahim and pak lah. Makan pun nak bergambar.

Photobucket
Macam biasa, sebelum keluar dari kapal terbang, sila keluarkan bendera dan bergambar. Kami anak Malaysia!

Photobucket
Malaysia Airlines. Sudah sampai di Jeddah.

Photobucket
Apa lah nasib saya lepas ni?

Photobucket
Memang tak sangka. Sampai kat bangunan lembaga tabung haji, kitorng kena tidur dalam gudang. Ni lah roman eh kalau nak tahu. Kitorng dapat visa selama seminggu je untuk menetap di Jeddah.

Photobucket
Selepas 3 hari terkurung dalam bangunan pun dah cukup untuk menyeksa setiap jiwa dan raga. Tak ada aktiviti kot. Dengan kesesakan lau lintas lagi. Dengan PEROKOK di mana-mana. Heh!

Photobucket
Akan berangkat ke Jeddah airport dan bermusafir ke Malaysia menaiki Saudi Arabian Airlines.

Photobucket


Photobucket
Jeddah airport. Tak sudah-sudah dengan bendera. Dah makin berkurang orang sebab ada yang namanya tak dipanggil untuk penerbangan kali ini.

Photobucket
Open the door please..

Photobucket
Ihsan kerajaan Saudi Arabia yang menawarkan 2 flight untuk angkut pelajar-pelajar Malaysia pulang. Dari Jeddah akan ke Riyadh dulu.

Photobucket
Sampai sudah di singapore.

Photobucket
Dan kemudian ke Johore.

Photobucket
Makan-makan..

Photobucket
Sebelum berpisah ke negeri masing-masing, sekali lagi bergambar dengan bendera Malaysia.

Photobucket
Ada 4 bas semuanya yang akan mengankut pelajar-pelajar ke negeri masing-masing. Nasib baik Seremban dekat je. Dekat la juga kan.

Photobucket
Last but not least, selamat bercuti masing-masing. Bercuti tanpa gangguan lagi. Seminggu terkurung di ARMA, pastu terkurung di Jeddah. Now, cuti dah nak habis. Kelas patutnya start 12/2. Tapi entah la, pegawai JPA akan uruskan. Yang penting sekarang, the holidays just begin :)

2 Lovers??