Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

stress to de power of infinity
Tuesday, October 28, 2014; 6:22 PM

Bismillah...


Aku tahu, stress tak mampu untuk bantu aku menjadi lebih fokus. Aku harus tenang. Tapi...things are easier said than done. I am so stress. 

Tak ada sehari pun waktu tidur tu, tidur dalam keadaan tenang. Pasti tidur dalam pada memikirkan banyak lagi topik nak kena baca dan hafal. Pasti tidur itu diikuti dengan bunyi alarm yang sudah berbunyi tak sampai beberapa jam je tidur. 

Dah bangun, hampir setiap waktu, setiap hari akan nervous. Akan fikir, menda ni tak baca lagi. Menda tu pun. 

Nak makan, tengok jam. Makan laju2. 

Buka buku, baca2. Tengok soalan past year....krik krik krik. Apesal aku rasa macam tak tahu nak jawab macam mana ni?? Padahal tajuk dah baca! T.T

Baca kes, cuba diagnose...salah! Again, tajuk yang dah baca. 

Macam mana la tak stress. Waktu makin suntuk. Stress makin memuncak. Esok nak fly balik dah pun. Aduhhhhhhhhh. 

Soalan yang dah pernah buat, try buat lagi, masih tak berjaya jawab dengan sempurna.

Sampai satu tahap, aku rasa aku dah tak mampu nak baca lagi dah. Even nak tengok buku ni pun macam dah tak mampu. 

Seriously! Dan bila dah tersangat stress, masuk bilik buka lagu + main game. 

Allah...

Aku rasa tidak berdaya..



0 Lovers??



meet DidiDido
Friday, October 10, 2014; 7:33 AM
Bismillah...


Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Puas aku jerit. Lama tak menjenguk blog ni. Sob3. Kononnya sibuk kan. hihi. Today I wanna post a quick update. Kurang lebih 5 minggu, aku akan menghadapi final exam. The very final exam for my medical school. Insya-Allah. Mohon doakan kejayaan saya. 


10/10/14
Setelah beberapa kali plan, dengan kesibukan aku nak study, dengan kesibukan didi nak siapkan assignment, dan beberapa kali tak jadi plan, akhirnya hari ni dapat juga aku bertemu dengan didi. My instagram's friend and apart from that, she is my master. I'm so adore with her drawing. First time nampak lukisan didi kat instagram, I know I really like it. Tanpa segan silu, tanpa bagi salam, terus follow. =D 



And now, let me introduce to you, here is my friend, DidiDido. So which one is didi? Guess who. haha. Also with us, Ling Zhi. 

So, for this entry, I would like to write something about my new friend here, didi. Because we never knew, when we will meet again. Next year, insya-Allah I will start posting to hospital. So I guess, I'm going to be busy. To let this memorable, and unforgettable, let me write it here. Here are few things that I adore about her:


1) Her drawing is so beautiful. Since my childhood until now, I always wish I can draw too. I even try to draw. Many times. But yeah, orang cakap, xde bakat. Tangan keras je. So everytime I saw a good drawing, I always amaze. I appreciate it. I will easily adore. And also speechless. 

Somehow, after I saw a lot of doodles from didi, I try to learn to doodle too. It's not easy at first. Need a lot of practice and practice and practice, and after about 3 months, I am improving. I can make my own doodle a little bit. I know it's not that beautiful as other, not as creative as other, (what a negative mind I have here. haha), but at least, I am better than myself one year ago. Ah, that's enough for me. Here are some of my drawing...



Doodle pattern 


For this doodle, I take about two months to complete it. Because I do it a little and then stop. When I have free time, and I can't study for whatever reason, I go to add some character. Until one night, I feel so so stress, I close my book, and go to complete this. 

And I know, I will never be better than my master Didi. She is an expert. So a lot of thanks to you because you change me to a better man. One step closer to reach my dream which is at least I'm 'able' to draw. 


2) Also, I adore her because she can play guitar and also piano. Not to mention, cak lem pong. Maybe it just a coincidence that she do a lot of thing that I wish I can do it. But in reality, I can't. Again, I always adore when someone can play guitar and piano and cak lem pong. And I did try to learn, but still can not. Again, I'm convince myself, "kau ni xde bakat kot". One fine day, I will learn it. (Ntah bila2 kan tu. hihi)


3) France! Can speak french! My friends who know me well will know that I really love france. Masa kat intec, ustazah naimah pernah tanya setiap orang, "tempat mana yang kamu nak pergi nanti". And my answer is paris, france. I support france for world cup or euro. Also arsenal was once is a core france team, with arsene and henry. So you are so lucky Didi to stay in france for your study. =)


4) She is very positive and friendly and always smile. Even baru je kenal, but we can talk and never feel like stranger. But she claims that she is not friendly. Haha. 


5) So hardworking and ambitious girl. A lot of thing to do, a lot of responsibility, yet manage to do it. 

Apart from all I have mention above and A LOT more that I wish I can mention it here, (but I have to stop and continue my study), she is humble. What more you want to ask when a person is humble? It just like the most important thing. 


I ask didi to make doodle for me. That's is very delight to receive it from my master. Merci master! 

****************************************

Masa jumpa, didi ada tanya, "nua, you memang nak jadi doktor ke?". For me, at this moment, 5 weeks before my final exam, I don't think I have any other option to answer this kind of question. You are about to finish your 6 years medical school, you don't have a choice, and the only answer I can say is, yes. Even at first, I don't know what I really want. But as I learn medicine, and try to accept it, yes, it is interesting. And why not I learn it and become a doctor. :)


As for didi, she wish to be a cartoonist but for some reasons, end up taking something else. Yeah, "bukan semua yang kita nak kita dapat, kan?". But you have to go on with what you are taking now. Maybe, what we go through at this moment is the best way for our future. We never knew but we believe that Allah always give the best for us. 

I can show you, many of us want to be something else but has become something else. That's make our life called "kehidupan". Everyone of us have their own wish that we never tell. But life, must go on. May you success in your study. =)

It just only a few things that I can write it here. Anything else, let it be in our memories. haha. 

Regard, 
secret admirer. 



0 Lovers??



Yang atas melihat yang di bawah
Saturday, July 19, 2014; 7:03 AM
Bismillah...


Hari ini, lepas sahur, sengaja aku tidak tidur. Ada beberapa perkara perlu aku selesaikan. Sepi. Tenang. Sunyi. Itulah keadaan setiap hari selepas subuh. Memang pada kebiasaannya orang arab ramai yang tidur selepas subuh selepas penat berjaga di malam hari di bulan ramadhan. 


Tiba-tiba hatiku tergerak untuk meninjau di luar jendela. Yela, angin kat luar sejuk. Aku ternampak ada seorang arab sedang mengaut pasir dan dimasukkan ke dalam baldi. "Eh, rajinnya. Puasa tak ni? Tak penat ke nanti buat kerja berat tu?", bisik hatiku. Begitu bersungguh-sungguh gayanya. Dan daripada tingkat 6, aku terlihat jiranku juga melakukan seperti aku. Mengeluarkan kepalanya dari jendela tingkat 5 dan memandang lelaki yang sedang bekerja itu. Sedikit pun dia tidak sedari aku sedang memerhatikannya. 


Lantas aku terfikir..Jiranku sedang melihat seorang lelaki yang sedang bekerja, dan lelaki itu tidak pun mengetahui ada orang sedang melihatnya dari atas. Begitu juga jiranku, aku sedang melihatnya dan dia tidak pun menyedari aku juga sedang melihatnya. Lalu aku mendongak ke atas. Oh, tiada jiran dari tingkat 7 sedang melihatku. Tetapi, aku yakin, walaupun ada orang yang duduk di tingkat paling atas dan mampu melihat semuanya dari atas, dia perlu ingat, ada yang lebih atas daripadanya. Dan lebih Maha Melihat. Itulah Tuhan kita, Sang Pencipta kita dan sekelian alam. 


Aku terdiam..dan berfikir..


Benar. Setiap perbuatan kita, sama ada baik atau buruk, sama ada kita sedar atau tidak, Allah sentiasa memerhatikan kita. Allah. Ya, kadang-kadang aku terleka terlupa. Allah sentiasa bersama kita. Cuma kadang-kadang kita merintih, seolah-olah kita keseorangan. :(


Apa yang berlaku hari ini, begitu ringkas dan singkat. Namun mampu menyedarkan aku. Terima Kasih Allah mengggerakkan aku dan memberikan kesedaran kepadaku. Peringatan ini datangnya dari-Mu. 




0 Lovers??



Moving forward, forget the past 1
Friday, June 6, 2014; 4:54 AM
Bismillah...


Setelah mengalami detik-detik sukar dan sedih sebelum ini, hari ini aku memilih untuk melupakan apa yang telah berlaku. Aku memilih untuk tidak mengingatinya lagi. Aku memilih untuk menghargai apa yang ada di sekelilingku. Tiada makna lagi untuk aku mengenangkan sesuatu yang akhirnya akan menyakitkan diriku sendiri. 


Finally, I have something to think about, something to make me feel happy again. So today I decide to post a long entry. Hope you be prepared. haha.


After I start to look around me, I realize, after what had happened, life must goes on no matter what. As I want to make myself stronger again, I would like to share something with you. Even if you not read this, I will read it. haha. So here it is....


1. I'm feeling soooo happy because I just finished my end round exam for surgery. This means I just left with few exams more before end of this semester. Ahhhhh, rasa sangat lega. Bukan kerana aku dah tak perlu belajar lagi, tapi kerana bebanan exam yang bertubi-tubi dan tak berhenti akhirnya akan sampai ke penghujungnya. Bermula dari bulan 10 tahun lepas, aku akan sentiasa ada exam paling kurang setiap seminggu atau setiap dua minggu. Dan berterusan untuk beberapa bulan. 


Kadang-kadang, ada juga rasa penatnya. Ada juga kadang-kadang mula rasa nak mengeluh. Itulah cabaran orang hendak menuntut ilmu. Kata orang, exam berterusan macam ni, serajin mana pun kau study, sampai satu masa, kau akan "pancit" juga. Perlukan rehat. Perlukan masa untuk dirimu seketika. Bukan bererti mengalah, tetapi untuk mengumpul kembali tenaga, mengatur kembali langkah, dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan lebih laju. :)


Ya, aku akui, tahun akhir perubatan ini memang mencabar. Aku bersyukur, setelah aku menempuhi round internal medicine, dan sekarang round surgery sudah hampir sampai ke penghujungnya, aku masih lagi berdiri dan tetap bersama dalam perjuangan ini. Terlalu banyak yang telah aku pelajari. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis, suka dan duka. Terlalu banyak rintangan dan cabaran. Tapi syukur, Allah masih memberikan aku kekuatan dan semangat, untuk terus bertahan. 





Round surgery....sepanjang pengajian aku di sini selama hampir 6 tahun, hari ini aku mengaku bahawa aku merasakan kumpulan surgery aku kali ini antara kumpulan terbaik pernah aku sertai bersama. Mungkin juga dipengaruhi oleh banyak faktor. Mungkin sebab professor yang mengajar kami ini hebat-hebat dan best. Mungkin juga sebab ini adalah subjek terakhir kami di sini, maka aku lebih menghargai setiap detik dan satt yang berlalu. Apa pun sebabnya, aku sangat bersyukur dapat bersama-sama dalam group surgery aku kali ini. 


Aku sangat mengagumi kehebatan professor2 dan doktor2 di sini. Orang yang tidak pernah belajar dengan mereka, pasti tidak dapat mengerti sepenuhnya bertapa hebatnya mereka. Aku sangat menyanjungi mereka, ilmu mereka, perwatakan mereka, kesungguhan mereka, kesabaran mereka. Terasa diriku sangat kerdil dan rendah dibandingkan dengan mereka. Apatah lagi jika mahu duduk sebaris dengan mereka. Ah, perjalanan aku masih jauh untuk mencapai tahap mereka. 


Dalam pada gembira sudah habis end round exam, tetapi hati merasa sedih mengenangkan kami bakal meninggalkan professor kami dan cairo university serta hospital-hospital di sini. Ya, sedih. Apatah lagi meninggalkan mereka dalam keadaan negara ini yang sedah kucar-kacir mencari pemimpin yang sejati. Ah. Emosi aku terganggu memikirkan hal ini. 





Ni antara 4 professor kami yang sangat hebat. Dr Antuan, Dr Sallah, Dr Sherif, Dr Emad. Tidak lupa Dr Nadir yang tidak sempat untuk bergambar. Ini adalah professor bagi general surgery. Tak termasuk professor hebat yang mengajar kami urology, orthopedic, neurology, dan banyak lagi. Too many legends in one picture. Feel like wanna cry. :'( Semoga Allah mengurniakan kami kehebatan seperti guru-guru kami. Ameen.


Macam biasa, dalam gambar aku akan sengaja tutup mata. Nak bagi nampak macam tidur. HEH! Benci2!. Haha. Masa ini aku dah habis exam osce dan oral exam bersama Dr Sherif. Tapi ada kisah lucu disebaliknya. Ada group yang masih belum habis exam. Ada group yang dah habis. Tiba-tiba doktor sherif suruh semua berhenti dan ambil gambar. Dan tiba-tiba semua orang berkumpul dan bergambar. Dan secara tiba-tiba wajah professor jadi sangat ceria dan gembira dan girang. hihi. Comel je. Selesai bergambar, bagi sesiapa yang masih belum habis exam, kembali duduk dan bersoal jawab dengan doktor. Dan doktor kembali menjadi tegas. hihihihihi. Seriously, memang kelakar jika difikirkan balik. Macam-macam...


Apa pun, 29/6 ni akan ada mcq exam. Semoga aku terus kuat menempuhi baki-baki masa aku di sini....



2. Hari ini, aku juga gembira kerana sahabat-sahabat aku yang belajar di Jordan sudahpun berjaya menamatkan pengajian mereka. Kini sahabat-sahabat aku telah pun bergelar doktor. Sahabat yang dulu masuk ke INTEC bersama-sama denganku, kini terlebih dahulu mendapat gelaran doktor. Namun bukanlah persoalan siapa yang mendapat gelaran doktor dahulu. Kita sama-sama bakal memikul bebanan tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan. Maka harus untuk menyiapkan diri kita dengan ilmu dan pengetahuan serta kemahiran sebelum memulakan tugas kita nanti. 


Sejak dari dulu, aku memang suka tengok orang graduate. Setiap kali tengok, aku pasti akan turut bersemangat. Kembali bermotivasi. Kadang-kadang, aku mampu mengalirkan air mata mengenangkan segala usaha kini telah berhasil. Padahal bukan aku yang graduate. Tapi entahlah, empathy aku sangat tinggi kot. Dapat merasakan seolah-olah aku sangat menjiwai dan merasakan apa yang mereka rasa. hihihihi. 




Apa pun, tahniah aku ucapkan. Terutamanya kawan yang sama-sama mms masa kat intec dulu. Dayat, faiq, azam, anis, dan yang paling penting fatin adilah. hihi. Tetiba jadi paling penting kan. Because she is a good friend of mine. Padahal masa kat intec tak pernah pun bercakap. Yela, aku kan dilabel sebagai batu +_+ Batu mana boleh bercakap. *Sob3. Jeles? Ya, sedikit cemburu. But in a good way. :) Maka aku harus harus dan harus berusaha lebih bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkah mereka. 


Semoga aku diberikan kekuatan hingga berjaya seperti mereka. Ameeennn..



3. Aku juga gembira kerana.....(bersambung)



0 Lovers??



Remember my birthday?
Wednesday, May 28, 2014; 4:17 AM
Bismillah...


Sedang kami berjalan-jalan, berlaku perbualan tersebut...

Her : I'm sorry I always forget your birthday. When is your birthday?
Me : It's okay. My birthday is on December.
Her : Do you remember my birthday? I'm sure you don't remember my birthday.
Me : I know. It's near from now, right?
Her : On what month?
Me : erm. It's on June. 
Her : Yes.
Me : Do you know how I remember your birthday?
Her : No. How?
Me : On your birthday, during our first year, it is the first time you call me on the phone. So I remember the date. It is a special date for me. It is good right?
Her : Yes yes. Very good. 


I'm not sure if I'm being too sweet or just a sweet talk. Sometimes I just like to appreciate the little things and relate them. I'm not doing this to flirt or to impress anybody. It's just subconscious. Something happened and I remember the date and I can recall it later. I just being me. :)


But apart from that, she never knew that I bought a birthday card for her and I have keep it for almost 4 years. Never got the chance to give it. haha. That makes me remember it even more. 


Sekian buat sekarang. Will update more later. :)




0 Lovers??



over
Monday, April 21, 2014; 11:36 PM
Bismillah...


Bermula bulan februari 2011 hingga waktu ini, genaplah kurang lebih 3 tahun 2 bulan. Maybe, everything is over now. Segalanya telah pun tertulis. Thanks for everything. Maaf sebab tak mampu memberi sedikit pun manfaat kepada anda. 


Sambung makan fries dan buka buku. kbai

0 Lovers??



banyaknyee T.T
Wednesday, April 16, 2014; 3:31 AM
Bismillah...


Dah pukul 3:24 pagi. Dan aku masih tak boleh tidur. Lately sangat sangat sangat to the power of infinity busy yang teramat. Haaa. Nampak tak hyperbola di situ? Sama ada aku sengaja menyibukkan diri ataupun betul2 sibuk. Yang pasti, subjek surgery ni lain macam lah rasa. Rasa silibusnya macam banyak sangat je. T.T


Setiap hari, mengenangkan banyaknya tajuk yang tak baca lagi, rasa macam tak sanggup nak ke kelas esok untuk belajar benda baru. Akan bertambah2 la benda nak kena baca. Tapi kalau tak pergi pun, aku tetap kena baca. Aku juga yang rugi. T.T


Mungkin juga aku terkenangkan masa yang sangat hampir dengan final exam. Berbaki 3 bulan je nak belajar surgery. Then study leave which I need to cover all the surgery and internal medicine syllabus in 3 months and final exam. Argh! Tension aku. T.T


Malam ni aku cuba bersengkang mata, baca dan baca. Bertemankan kopi. Argh. Tension jugak. Banyaknyeee. T.T


Bukak blog, update ntah pape. kbai. 


1 Lovers??



Last round.
Saturday, March 29, 2014; 2:59 PM
Bismillah...


Di saat mendapat berita ada kawan di Malaysia sudah pun graduate, kawan-kawan dari russia dan jordan menunggu masa nak final exam dan akan habis tak lama lagi, aku pulak baru nak start round surgery. Lambat sikit habis kalau ikut sistem di Mesir ni. xpe2. Keep calm and be a medical student. =)




So, hari ni dikhabarkan adalah hari pertama untuk round surgery. Round terakhir selama 6 tahun belajar di sekolah perubatan ni. Round terakhir sebelum final exam. Round terakhir sebelum menamatkan sekolah. Round terakhir sebelum melangkah kaki sebagai HO. 


Maka aku bersemangat untuk memulakan round terakhir ini. Dan kelas pagi belum start lagi. Hari ni dimulakan pada kelas pukul 12. Memang banyak sikit la masa pagi tu. Siap kemas2 bilik sikit2, breakfast. Hari ni juga aku bersiap awal nak datang awal. Nampak tak semangatnya kat situ?


Aku sudahpun berada di hadapan pintu. Tinggal nak baca doa dan melangkahkan kaki ke luar je lagi. Tapi...beberapa detik sebelum aku keluar, housemate aku. sein, dapat msg kat group wassap. "Eh, chip hantar msg cakap kelas dia xstart lagi. Esok baru start". Oh! Ingatkan aku dah awal dah, rupanya ada yang lagi awal. huhu. Xpe2. Tunggu chip checkkan kelas lain macam mana. 


Tunggu..dan terus menunggu. Mana chip ni? Dah nak pukul 12 pun xde berita lagi. Akhirnya dapat msg. Ya, semua kelas xada pun hari ni. Sebab department dapat maklumat kelas akan start esok, bukan hari ni. Tapi kami dapat maklumat kelas start hari ni. Laaaa. Ada maklumat yang berbeza rupanya. Nasib baik tak keluar lagi. Elok juga tu, sebab hari ni diramalkan antara hari paling panas untuk minggu ni. Mencecah 31 darjah celcius. Selamat lah aku dari kepanasan hari ni. Duduk rumah je. huhu


Time2 semangat xde pulak kelas. Dugaan. Semangatku tidak seharusnya pudar. Esok mesti lebih bersemangat! 


p/s : bermula semalam, aku buat keputusan malas nak guna phone sangat. Sebab hari tu aku keluar pergi kedai, sepanjang perjalanan, aku perhatikan semua orang. Semua orang sangat sibuk dengan telefon bimbit masing2. Hampir kebanyakkan orang begitu. Apa kata aku lari dari kesibukkan telefon bimbit ni. Biarlah xdapat contact aku pun. Aku ada misi yang masih kukejar. Mohon doa semua. 





0 Lovers??



Silence hurts.
Thursday, March 27, 2014; 4:27 PM
Bismillah...


Aku baru saja pulang dari beli makanan untuk makan tengah hari. Dan cuaca kat luar sudah mula panas. Ya, panas dan silau mata. Mungkin hari ini secara rasminya kota mesir sudah memasuki musim panas. +_+ Boleh bersiap sedia keluarkan kipas. 


Sedang aku menunggu order ku siap, datang seorang perempuan arab, tanya makanan apa yang ada kat sini. Aku pun macam..eh eh, apesal tanya aku pulak? Lalu aku tunjuk orang kat kaunter tu suruh tanya kat sana. Eh, baru ku sedar, aku pakai baju merah sama dengan warna baju pekerja kat situ. haha. Tapi still, kan ke aku ni muka melayu? kan? Arab arab..



********************************************

Bila belajar jauh ni, dan dah masuk final year, at one point, you may experienced something. The feeling of exhausted and some kind of confusion. And you start to ask what am I doing all this time? That's what happened to me yesterday. Tiba-tiba rasa macam down. Tiba-tiba terkeluar soalan, betul ke aku nak jadi doktor? Betulkah pilihan aku ini? Sudah bersediakah aku? Persoalan-persoalan pelik yang sememangnya aku tahu tidak sepatutnya aku lontarkan. But that's it. Sampaikan aku rasa nak balik Malaysia malam tu juga. -.-"


Tapi aku tahu, aku perlu kuat. Aku cuba mencari sumber kekuatanku. Nak call family, tapi dah lewat malam. Waktu di Malaysia memang waktu orang tidur. Nak call kawan, tapi kawan kat Malaysia juga. Pergi bilik kawan sebelah, kawan tengah buat kerja. And it ends up I feel lonely. Ah! Tak sukanya perasaan macam ni. Bersendirian bersama perasaan yang tak menentu. Aku cuba buat ini, buat itu. Semuanya tak berhasil. Someone please help me. Please say something to me. 


Dan akhirnya aku tergerak untuk membuka youtube. Aku mencari "motivational video". Banyak video. AKu cuba dengar satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa satu video yang sangat 'inspiring'. Sedikit sebanyak video tu berjaya membuat ku rasa tenang. Selama 6 tahun duduk di mesir ni, ini antara cabaran terbesarku. Suatu ketika apabila semangat tiba-tiba hilang. Apatah lagi berjauhan dengan keluarga. Dan mula merasakan orang lain tidak memperdulikan aku. Aku tercari-cari. Tercari-cari rujukan aku. Tercari-cari sinar keterangan. Tercari-cari ketenangan hati. Tercari-cari bimbingan. Sendirian. Dan jika aku tidak usahakan nya, nescaya aku akan terus hanyut. 



Begitulah aku menenangkan diriku tatkala bersendirian. Semalam juga aku  belajar sesuatu, "As bad words can hurt you, sometimes silence can hurt you even more". Selama ni aku terlalu mengharapkan pada orang. Mengharapkan pada kawan-kawan. Yang akhirnya akan mengecewakan. Mungkin aku tidak lagi perlu berharap. Aku kan bersendirian mengharungi rintangan. Dan bersendirian mencipta kejayaan. Aku perlu tumpukan perhatian kepada apa yang penting. Lupakan apa yang tidak perlu. Lupakan segala yang mengecewakan. Masa untuk berubah. Lets start NOW!







0 Lovers??



ana misy masri.
Monday, March 3, 2014; 1:55 AM
Bismillah...


Dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari sayeda, aku melintasi sekumpulan perempuan mesir yang sedang berjalan. Tiga orang dewasa bersama dua orang kanak-kanak. Seorang dalam 50-an, lagi dua orang pakai purdah. Sukar untuk aku meneka umurnya. Tiba-tiba aku disapa.

Perempuan A : Eh, tahu tak metro kat mana? (Sambil memandang ke arahku)

Aku : metro...

Belum sempat aku menjawab, salah seorang daripada mereka mencelah..

Perempuan B : Buat apa tanya dia, dia bukan orang mesir. Dia bukan tahu pun. 

Perempuan C : Eh, dia orang mesir lah. Mesti dia tahu. 

Aku :Kalau nak pergi ke metro ikut jalan terus ni, lepas tu masuk kanan.

A : Tengok, dia tahu jalan.

C : Kau orang mesir kan?

Aku : Tak lah. Aku bukan orang mesir.

C : Tapi kau nampak macam orang mesir! Dah tu kau dari cina ke?

Aku : Tak jugak. Aku dari Malaysia.

C : Ooo. Malaysia. Kau orang islam ke?

Aku : Alhamdulillah, aku orang islam.

krik..krik...krik....


Tekaan mak cik B tu dah betul dah. Memang aku bukan orang Mesir. Tapi tak bermakna aku tak tahu metro kat mana? :p Tekaan mak cik C pelik sikit. Dah celah mana aku nampak macam orang Mesir ni? Hmmm.. Balik rumah tengok cermin. Xde pun muka mesir. hihi. Mungkin sebab malam kot. Tu macam tak nampak sangat. hehe. Ana misy masri lakin ana 3ariftu mahattoh metro feen. :p


Hehe. Macam-macam. Kesian blog ni lama tak berupdate. Sebabnya aku beli diari untuk tahun 2014 ni. So banyak tulis kat dalam diari. Sebab kadang-kadang tu tak sempat nak buka blog. Diari senang sikit. Tapi diari tu macam planner sikit. Ruang nak tulis macam sikit. So akan ada benda yang update kat blog jugak. :D


Sampai sini dulu lah ye. Maaf blog. Saya bukan xnak update, cuma kekangan masa. Harap blog memahami. hehe. Tata~



0 Lovers??