
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| hate
Saturday, December 14, 2013; 1:13 AM
Bismillah...
Hari ni kecoh kat wall facebook, Mesir dilanda salji buat pertama kali setelah lebih 120 tahun. Hampir semua orang membicarakan benda yang sama. Jiran-jiran pun aku tengok happy je. Siap tadah2 tangan. Jiran depan pulak, baca doa dengan anak dia. Macam-macam karenah. Dan hari ni mahu tidak mahu, aku terpaksa pasang heater jugak sebab terlalu sejuk.
Tapi...tapi...
Sebenarnya, hari ni hati aku sedih. Sedih. Sedih. -.-"
hmmm. Entah. Tak tahu nak cakap. Tahu kenapa. Tapi tak nak cakap. Tapi nak cakap aku tengah sedih je.
Maybe I'm expecting too much. Ah, bencinya perasaan ni. Benci benci. Pergi kau dari sini perasaan sedih.
Tapi sudah pasti, orang tak sedih tanpa sebab. There is a reason. There maybe more than one reason. -.-"
Dah lah. Menyampah dengan diri sendiri. Nak post gambar semalam je. bye.
11.12.13
Wednesday, December 11, 2013; 11:50 PM
Bismillah...
11/12/13 Cantik tarikh ni. Dan kebetulan tarikh ulang tahun kelahiran / hari jadi / birthday saya. Kalau pun ada yang tanya, ada apa pada tarikh? Cantiknya tarikh tak membawa apa-apa makna. Terpulang kepada mereka. Tapi bagi saya, setiap orang itu ada sudut pandangan yang berbeza. Bagi saya yang memang meminati nombor dan matematik sejak kecil, saya suka melihat nombor. Dan apabila saya lihat sesuatu nombor, secara automatik saya akan lihat lebih dari sebuah nombor. Contohnya jika saya lihat nombor 32, automatik saya akan berfikir 4 x 8 = 32. Salahkah saya? Jika saya lihat susunan nombor 2, 3, 5...saya akan tengok, eh, nombor 4 xde, tapi 2 + 3 = 5. 2 x 3 - 1 = 5. Tak salah kan jika saya lebih menghargai nombor berbanding dengan orang lain? Apatah lagi jika ada susunan tertentu yang bagi diri saya susunannya agak indah. Apa yang indah pada mata saya tidak semestinya indah pada mata orang lain. Sesuatu yang remeh pada mata orang lain pula, tidaklah bermakna perkara itu memang remeh. Yang buat kelakar ialah saya dah kira tarikh ni sejak 3 tahun dulu. hihi. Bila tengok birthday sendiri, tengok nombor macam cantik jew. Tak pasal2 saya kira2 dan bercita-cita nak tunggu tarikh istimewa ni 11.12.13. So, congratulation to me. Weeeeeee. I'm so happy. Saya suka dan hargai bila orang wish. Lagi suka kalau orang bagi hadiah. hihi. Macam budak2? Say whatever you want to say. What makes me happy will always makes me happy. =) So I have plan...on a special date, at a special place, to do something special with someone special. haha! Imaginasi je lebih. Sebabnya, masa saya fikir tu, saya terlupa yang masa tu saya dah tahun 6 = very busy. Dan hakikatnya, pada tarikh yang istimewa, tiada apa yang istimewa berlaku melainkan saya pergi ke kelas seperti hari biasa dari pagi sampai dekat nak maghrib baru balik. huuuu~ how sad... Nak buat kek tak sempat sebab busy. Isnin ni exam tropikal pulak. Nak beli xde duit sebab elaun xmasuk2. :'( xde orang nak belanje or buatkan ke? waaaaaaa~ Hari ni cairo hujan. Angin kuat. Sejuk semacam. Sampaikan kat kedai-kedai semua habis jual air panas. Serius sejuk. It just tooo cute when pingu kecik n pinga wish me. Macam comel je. hihi. Tapi pingu sibuk kot. Tak sempat nak buka fb. Nak kacau macam serba salah je. xpe2. Nasib baik ada pinga. "We turn not older with years, but newer everyday". Yes, everyday is a new start for me. And a new start of my 23 age. :D Thanks for reading. Bye3 p/s : saya ada dua tarikh yang saya dah lama tunggu. Salah satu nya hari ni. Lagi satu....will coming soon!
UFO - YETI
Tuesday, December 10, 2013; 11:49 PM
Bismillah...
Selesai exam semalam, hari ni ada program Ultimate Family Outing (UFO). Mula-mula ingat nak join, nak masuk game "dam haji". Tapi....semua ahli kumpulan paksa aku main chess. Aduh. Malasnya. Lagi-lagi kalau lawan orang yang jenis fikir lama. Tapi demi ahli kumpulan YETI, aku masuk jugak laa..
YETI
First2 dah kena jumpa afifi. Aduh! Kenapa tak jumpa last2 nanti? Alhamdulillah menang first round. :)
Second round...
Alhamdulillah menang mudah. :D
3rd round. Konon tension. Padahal baru start. haha
Alhamdulillah. Menang jugak. :D
Ok, dah menyumbang point untuk kumpulan YETI. Now balik rumah study. Esok kelas. :D Sekian~
Eh, macam mana ni? Ni pesakit perempuan. +_+ Selama ni dalam kelas pesakit lelaki je.
Bismillah...
9/12/13 Dalam kesejukan pagi winter, aku gagahkan untuk bangun awal. Hajat di hati nak ulang kaji sekali gus semua sistem sebelum pergi exam mid round internal medicine or mini osce. Selesai solat, aku tidak menunggu lama. Terus buka buku satu per satu. Walaupun sudah beberapa kali mengkhatamkan buku ni sebelum ni, tapi sekurang-kurangnya pagi sebelum exam perlu untuk tengaok dan imbas semuanya agar lebih ingat dan tak ada yang tertinggal. Tektik apa kau guna ni nua? Ontah lah. hihi Kehangatan kopi membantuku tahan mengantuk dan tidak menggigil. Sedang aku baca, tiba-tiba rasa macam masa dah tak cukup untuk baca sistem neuro. +_+ Tiba-tiba dapat mesej cakap exam telah diawalkan sejam. Doktor sedang tunggu kat hospital dan pelajar malaysia baru ada 5 orang. WHAT? Tak berapa terkejut sebab dah biasa. Selama ni pun memang suka ubah-ubah. Mahu tidak mahu, habis tidak habis, terpaksa juga siap-siap pergi hospital. Tapi tapi..nak pakai baju apa ni? Rasa macam nak pakai kemeja. Tapi tengok suhu macam sejuk jew..macam sejuk jew. Tahan ke kalau pakai baju kemeja ni?? Di hospital.... Tidak seperti yang dijangka. Kusangkakan giliranku lambat lagi kerana angka giliranku agak terkebelakang. Ternyata jangkaanku meleset. Hari ini doktor dah sediakan ramai pesakit. Dan setiap orang akan dapat pesakit yang berbeza. Dan hampir separuh akan exam serentak. aaaaaa. Takut takut. Bukan takut apa, takut nanti doktor tanya soalan yang........mencabar sampai tahap master kee..hehe Tiba giliranku... Ah, ada doktor tengah duduk di hujung katil. Aku melangkah ke arahnya. Doctor : I give you 5 minute to examine the patient. (Tertulis di atas kertas di atas katil pesakit yang sedang berbaring, "Comment on the pulse and Auscultate the heart") Aku melihat pada pesakit. Alamak, pesakit perempuan! Bisik hatiku. erm.. Aku mulakan dengan merasa radial pulse pesakit sambil tengok jam. Regular. 72 beats/minute. Aku ambil tangan sebelah pesakit. Hmm..equally in both side. Aku tengok pada kaki pesakit. Eh, bertutup dengan selimut. Macam mana ni? Me : er..doctor, do I need to examine all the pulse? The carotid, brachial, femoral.... Doctor : sure. But the most important is the upper limb and lower limb. Terus pesakit buka selimut dia...*examine* Selesai examine the pulse, aku terus memakai stethoscope. Eh, macam mana ni? Ni pesakit perempuan. +_+ Selama ni dalam kelas pesakit lelaki je. Tak pernah lagi aku auscultate pesakit perempuan. Er... Me : *letakkan stethoscope kat apex of heart. ...... Okay, regular. No murmur. No additional sound. But the second heart sound is quite loud. Eh, macam mana nak dengar kat aortic and pulmonary area ni? Macam dah tertutup dengan breast je. T.T Seriously rasa janggal sangat. This is my first time. Dulu aku dah pun tertanya-tanya kenapa tak ada pesakit perempuan dalam kelas. And now masa exam kena pesakit perempuan. hmmm. Maka aku letak je la kat sebelah kiri sternum. Tu lah kawasan paling hampir dengan pulmonary area. Okay, confirm. Second heart sound is accentuated. Lepas cakap terima kasih kat pesakit, terus pergi kat doktor. Doctor : so, what you find? Me: the pulse is bla...bla...bla....*sambil terangkan kat doktor*. Doctor : so, what is the cause of inequality of both radial pulse? Me : erm. Maybe there is of obstruction of the artery such as if the is atherosclerosis, thrombus or thrombus. Doctor : Okay. That's from inside the vessel. What else? Me : maybe there is compression of the artery from outside... Doctor : compress by what? Me : Can be tumour... Doctor : and the most common cause???? Me : erm... Doctor : when the apex of lung compress the artery. Me : so when the lung enlarge and compress the artery, the radial pulse will be unequal? Doctor : yes. Me : oooo. hehe Doctor : what you find in the heart? Me : I heard ...bla...bla...bla *sambil terang dengan panjang lebar* Doctor : so, what is the cause of accentuated second heart sound? Me : erm...*mitral click ke? ke prostatic valve ni? Membebel dalam hati*. Second heart sound is produce by closure of aortic and pulmonary valve... Doctor : yes..then? Me : pulmonary stenosis? (main tibai je jawab) Doctor : no, if there is pulmonary stenosis, the sound will diminished. Me : ooo. yes yes I agree. Maybe there is ventricle enlargement. Doctor : maybe. But what is the most common cause? Me : *buat muka berfikir* Doctor : The most common cause is pulmonary hypertension. Me : oooo. hehe *sambil angguk2* Doctor : that's all. Me : okay. Thank you doctor. =) Alhamdulillah. Selesai mid round exam. Lepas ni belajar sungguh-sungguh lagi ye. Keluar wad ambik gambar. hihi
Bergambar je lebih. kbai
balong tunang
Monday, December 9, 2013; 1:13 AM
Bismillah...
8.12.2013 Tarikh yang bermakna buat abang sulungku. Tarikh pertunangan beliau bersama kak ain. Biasalah, bila dah duduk jauh ni, memang aku lah yang tak ada dalam majlis. kui3. Xpe, bukan aku sorang, luqman pun xde sebab tengah belajar kat bandung. Walaupun tiada di sisi, doaku sentiasa bersamamu. :D Well, tahniah buat yang bertunang. Abang kedua pun dah bertunang bulan 10 hari tu. Dah tu, bila lagi masa untuk aku bertunang? jeng jeng jeng. xdapek den nak nolong. Sebabnya aku xde masa lagi nak fikir pasal ni. Benda yang nak kena fikir dan hafal pasal medic ni pun x habis lagi. It's my final year. So better tumpu mana yang perlu. Dah habis belajar nanti, nak fikir pasal HO kat sabah pulak. After that we will see what will happen. hihi. As for now, I don't have any plan yet. :p Tiba-tiba dapat tahu 24/12 ni adik dan abang nak pergi umrah. Gembira bercampur sedih. Gembira adik dan abang dapat beribadah kat sana. Sedih sebab hajatku nak ke sana belum lagi tercapai. :'( Walaupun aku yang terlebih dahulu merancang nak pergi. Tapi...tapi....Allah ada perancangan lain bagiku. Sabarlah wahai hati. Giliranmu akan tiba. Insya-Allah. Persoalannya sekarang ni, esok sebenarnya aku ada exam. Tapi kenapa sempat lagi update blog ni? Haaaaaa. Sebabnya tadi tengah baca-baca. Pastu mengantuk yang amat. Tapi bila buka blog dah tak mengantuk. Tapi lepas ni kalau buka buku balik mengantuk balik. Haih. Mengada eh mata. Maybe I should sleep for a while. Potong kuku supaya senang nak buat percussion esok. Stethoscope, tukul, glove, semua kena ready. ~~~~Mimpi indah~~~~
Got murmur and disappear...
Sunday, December 8, 2013; 1:10 AM
Bismillah...
How irony! As I'm reading about murmur, preparing myself for this coming exam, I took my stethoscope and try to hear my own heart sound. OMG! It can't be this way?? I quickly ran out of my room. "Acap, kau busy tak? Nak dengar heart kau jap". ...........(putting my stethoscope to his apex)..... "Normal je. Nape aku rasa aku punya heart macam tak normal je..." Yes, I heart murmur from my very own heart. :'( I quickly went to muhammad's room. "Mad, cuba dengar heart aku jap. Kau rasa normal ke?" .......(dengar)...... "Normal je. Nape? Kau rasa tak normal ke?" .....(I try to hear it again).... aaaaaah. Yes, it's normal. How come I heard something just like murmur just now. o.O Can you see the magic here? You can hear murmur just because you read something about it. And it will suddenly disappear. haha. Ah, buat suspen je. Tapi seriously saya dengar murmur tadi. Just tiba-tiba je dia hilang T.T Kbai~
Kenapa bagi alasan jika anda mampu mencipta peluang?
Saturday, December 7, 2013; 1:31 PM
Bismillah....
Tengok orang lain masuk tuition, ada jugak niat nak masuk tuition. Nak jugak belajar dengan doktor yang hebat. Mungkin saja ada maklumat atau teknik tambahan lain dari yang diajar dari universiti. Tapi apa kan daya...yuran tuition mahal. Tuition teori internal medicine saja dah 5000 LE. Tuition surgery dah 4000 LE. Yuran tuition lebih mahal dari tiket pergi balik dari cairo ke malaysia. T.T Tambah lagi elaun JPA sampai sekarang tak masuk. Bukan elaun bulan 12, tapi elaun bulan 11 pun tak masuk lagi. Kalau berterusan macam ni, masuk tahun 2014 boleh la start makan pasir. o_O Tulah, minta lagi nak naik elaun. Sekarang ni bukan je tak naik, malah tak masuk langsung. Padan muka kau. Haih. Dunia sekarang semuanya memerlukan duit. Duit merupakan salah satu daripada "resource" yang penting. Sebelum melakukan sesuatu, kena pastikan setiap 'resources' mencukupi. Tanpa 'resource' yang cukup, engkau masih boleh melakukannya, tapi ada sedikit keterbatasan pada sesuatu yang mahu tidak mahu, perlu kepada 'resource' itu. Kalau lah dari kecik aku menabung macam Rosmah, mesti aku dah boleh pergi tuition. :p Buat adik-adik, mulalah menabung dari sekarang. Contohilah kak mah yang boleh hidup senang lenang sekarang ni. Cuba untuk positifkan perasaan, aku bayangkan cara-cara membuat kek. Kalau resepinya memerlukan gula castor tapi kita hanya ada gula kiub, boleh je kita gantikannya dengan gula kiub kan? Begitulah nasibku. Walaupun aku tidak mampu nak pergi tuition, pasti ada cara lain. Masa orang pergi tuition, aku boleh gunakan masa tu untuk study, kan? Mungkin boleh buat study group dengan budak yang pergi tuition. Tak semestinya tak masuk tuition tidak boleh berjaya kan? kan kan? Untuk mencapai kejayaan itu, bukan ada satu jalan je. Pasti saja ada jalan lain. Yang penting usaha. Mungkin aku dipilih untuk mencipta kejayaan dengan cara lain. Chaiyok! =) Biasalah, awal-awal ni memang banyak nak kena beli buku. dalam masa sebulan dah belanja 800 LE untuk beli buku je. Buat pihak JPA, sila la masukkan elaun. Buku surgery tak beli lagi ni. Ceh, macam la ada pegawai jpa nak baca blog aku kan. kah3. Saje je nak tulis2 kat sini. Xnak baca sudah. kbai
Get 100% in exam and you will kill a patient??
Bismillah...
"Jika takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan"
Quote dari Dato' Sri Anwar Ibrahim. Yes, I'm inspired by his words. Orang yang hebat dan punyai banyak pengalaman, kata-katanya pasti tersirat seribu makna. Aku cuba memikirkannya. Ya, RISIKO. Setiap perkara yang kita hendak lakukan, pasti akan ada risikonya. Persoalannya, adakah kita sudah cukup berani untuk mengambil risiko itu? Apakah kita lebih suka "play safe"? Takutkan kegagalan, maka kita takut untuk melakukan sesuatu yang berisiko. Apakah begitu? Iya, seseorang yang tidak mencuba, sudah pasti tidak akan pernah gagal. Tetapi harus diingat, seseorang yang tidak berani mencuba juga, pasti tidak akan pernah mencapai kejayaan. Hanya orang yang berani mencuba akan mengerti dalam hidup ini ada turun dan naiknya. :) Baru-baru ni, Dr Nageeb ada pesan, kebanyakkan pelajar terperangkap dengan perkataan "medical student". Pelajar akan terkeliru apabila digelar sebagai "medical student". Sebenarnya, apa yang harus difahami adalah kita jangan terkeliru dengan istilah ini. The word student and the word medical have different meaning. Being a student means you want to get a high marks, get a good result, want to please you parents, your professors. But the term medical means to treat, to give treatment, to cure. (Of coz here we are not talking about Allah is the one who cure all diseases) Aku setuju. Hakikatnya itulah yang berlaku. Seorang 'medical student' tidak sepatutnya hanya menjadi student tapi menjadi 'medical student' yang sebenar. Memahami sedalamnya ilmu yang dipelajari supaya dapat digunakan dalam kerjaya untuk membantu orang lain. Maka Dr Nageeb berikan satu persoalan; which one do you prefer, get 100% in exam and you will kill a patient in your job or get about 70% - 80% and you save a life in your job. Almost all the students please to save a life but the real answer is to get 100% and save a life. haha. He give also said, a good professor is the one who will deduct the student marks if they forgot to answer correctly and the student will remember that even more and practice it in their life. For example, when the doctor asks you to examine the pulse, and you forget to examine the posterior tibial or dorsalis pedis pulse in the leg, and you misdiagnose the patient which lead to cut his leg. So in same situation, the only thing which can save the patient's leg is only one finger. You just put your finger and examine the leg pulse. If you forget, the the patient will suffer because of your lack of knowledge. +_+ Indeed. Really deep. I just can feel it. The high responsibility I get here. In other to remember and not to forget things, you have to be systematic. Examine the patient from above downwards. Insya-Allah doctor Nageeb. I will remember your precious advice here. Ada beberapa lagi pesan Dr Nageeb yang sangat inspiring, tetapi tak sempat nak taip kat sini. Sebab isnin ni nak exam mid round dah. Kaaaaaaaaan. Balik2 exam. Sabar nua sabar. Kejayaan itu pasti tidak datang bergolek. Kejayaan yang kita lihat pada hari ini, tersirat disebaliknya liku-liku kesusahan, pahit, keperitan dan kepayahan yang tidak bisa dilihat oleh semua orang. Mata kita hanya mampu melihat apa yang ada di hadapan mata kita. Mata kita tidak mampu melihat apa yang telah dilalui oleh kejayaan seseorang. Adapun tatkala kita sedang melihat orang sedang jatuh, mata kita hanya mampu melihat kegagalan seseorang. Mata kita tidak bisa melihat masa depannya. Mata kita tidak tahu bahawa kejatuhan dia pada hari inilah yang membawa dia kepada kejayaan. Hanya kerana mata. Jika kita mampu melihat apa yang tersirat dan apa yang dilalui oleh seseorang yang sudahpun berjaya, sudah pasti kita tidak akan pernah kisah dan mengeluh tatkala ditimpa ujian. Dan jika saja kita mampu melihat masa hadapan bahawa disebalik kesusahan seseorang itu mampu membawanya kepada kejayaan, sudah pasti kita tidak akan memandang rendah usaha mereka apatah lagi mencemuh mereka. Semuanya kerana keterbatasan ilmu kita. Eh, baru perasan dah bulan 12. huhu. Cepatnyaaaa masa berlalu. Tiba-tiba malam-malam nak tulis panjang2 kat blog kan. hihi. Saje nak ungkapkan apa yang doktor pesan supaya tak hilang. Dan nak motivate diri sendiri pun ada jugak. hihi. Till now, pray for me. :)
lost?
Monday, December 2, 2013; 11:31 PM
Bismillah...
Dah sebulan saya meninggalkan bumi malaysia. Tapi....macam tak tahu mana hala tuju. I'm LOST! +_+ Banyak benda yang nak kena study. Banyak benda yang nak kena hafal. Sampaikan tak tahu nak mula dengan yang mana? Nak baca yang mana satu ni? Peningnyaaaaa. Ahad - Surgery HK, Abdomen, special, lecture surgery Isnin- Surgery HK, ortho, Seminar, special, lecture int. med Selasa - Surgery HK, Cardiology, special, lecture surgery Rabu - Surgery HK, Chest, special, lecture int. med Khamis - Radiology HK, Neurology, special, lecture dr heba Jumaat - off day Sabtu - tak menentu Nak baca. Tapi sebab terlalu banyak nak baca, xada plan dan tak tahu nak baca mana satu. End up baca randomly. Tak pasti berkesan ke tak cara ni. Tapi...I just thought it's better than read nothing. aaaaah. Hati sungguh tertekan. Tahu2 dah nak mid round exam minggu depan. sob3. Orang cakap, kalau kita nak dapatkan apa yang kita nak, kena la susah2 dulu sekarang ni. Saya memohon sesiapa yang membaca post ini supaya dapat mempelajari dan memahami ilmu perubatan dengan baik.
cuti winter batal
Tuesday, November 26, 2013; 1:28 AM
Bismillah...
Pernah tak jumpa orang yang bila pukul 11 malam je dia buat kopi. Pastu esok mengadu tak dapat tidur malam pastu cam mengantuk dalam kelas. Aku lah salah seorang dari golongan manusia itu. haha! Sekarang ni pun dah pukul 1:16 pagi. Rasa macam malas nak tidur pun ada. Rasa macam nak study pun ada. =p Semalam baru je buat perjumpaan dengan dean. Banyak benda yang dibincangkan. Tapi yang paling penting nak di"highlight"kan adalah cuti winter untuk tahun ini akan dibatalkan. What?! Sedihnya rasa hati tak ada cuti. Susahnya untuk mendapatkan ilmu. Banyak benda yang perlu dikorbankan. Oh hati, bagaimana harus aku memujukmu? +_+ Dan lebih sedih pabila aku ada memasang hajat untuk ke mekah semasa cuti winter tahun ni. Hatiku amat merinduinya. Nampak gayanya, hajatku belum kesampaian. Sayangnya. Sedihnya. Tapi menuntut ilmu perubatan di sini perlu aku dahulukan dan menjadi prioriti. Mahu tidak mahu, itulah kenyataannya. Aku masih tidak mampu untuk membayangkan...Bagaimana keadaannya. Kelas 6 hari seminggu. Tak ada cuti winter. Kelas terus padu berterusan sepanjang tahun. Tidak pernah lagi berlaku selama 5 tahun pengajianku. FIkiranku tidak mampu untuk membayangkannya. Ah kau ni nua, banyak sangat nak mengomen. Kata nak menuntut ilmu. Tahun akhir kan? Apa salahnya belajar all out? hmmm. Yelaa...Saje je nak lepaskan kat sini. Tu pun xboleh. Nak cite kat orang, xde sape nak dengar. Biar jelah cakap sorang2. +_+ Kuatkanlah aku untuk menghadapi ujian ini. Ameen.
![]() |