
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| lost?
Monday, December 2, 2013; 11:31 PM
Bismillah...
Dah sebulan saya meninggalkan bumi malaysia. Tapi....macam tak tahu mana hala tuju. I'm LOST! +_+ Banyak benda yang nak kena study. Banyak benda yang nak kena hafal. Sampaikan tak tahu nak mula dengan yang mana? Nak baca yang mana satu ni? Peningnyaaaaa. Ahad - Surgery HK, Abdomen, special, lecture surgery Isnin- Surgery HK, ortho, Seminar, special, lecture int. med Selasa - Surgery HK, Cardiology, special, lecture surgery Rabu - Surgery HK, Chest, special, lecture int. med Khamis - Radiology HK, Neurology, special, lecture dr heba Jumaat - off day Sabtu - tak menentu Nak baca. Tapi sebab terlalu banyak nak baca, xada plan dan tak tahu nak baca mana satu. End up baca randomly. Tak pasti berkesan ke tak cara ni. Tapi...I just thought it's better than read nothing. aaaaah. Hati sungguh tertekan. Tahu2 dah nak mid round exam minggu depan. sob3. Orang cakap, kalau kita nak dapatkan apa yang kita nak, kena la susah2 dulu sekarang ni. Saya memohon sesiapa yang membaca post ini supaya dapat mempelajari dan memahami ilmu perubatan dengan baik.
cuti winter batal
Tuesday, November 26, 2013; 1:28 AM
Bismillah...
Pernah tak jumpa orang yang bila pukul 11 malam je dia buat kopi. Pastu esok mengadu tak dapat tidur malam pastu cam mengantuk dalam kelas. Aku lah salah seorang dari golongan manusia itu. haha! Sekarang ni pun dah pukul 1:16 pagi. Rasa macam malas nak tidur pun ada. Rasa macam nak study pun ada. =p Semalam baru je buat perjumpaan dengan dean. Banyak benda yang dibincangkan. Tapi yang paling penting nak di"highlight"kan adalah cuti winter untuk tahun ini akan dibatalkan. What?! Sedihnya rasa hati tak ada cuti. Susahnya untuk mendapatkan ilmu. Banyak benda yang perlu dikorbankan. Oh hati, bagaimana harus aku memujukmu? +_+ Dan lebih sedih pabila aku ada memasang hajat untuk ke mekah semasa cuti winter tahun ni. Hatiku amat merinduinya. Nampak gayanya, hajatku belum kesampaian. Sayangnya. Sedihnya. Tapi menuntut ilmu perubatan di sini perlu aku dahulukan dan menjadi prioriti. Mahu tidak mahu, itulah kenyataannya. Aku masih tidak mampu untuk membayangkan...Bagaimana keadaannya. Kelas 6 hari seminggu. Tak ada cuti winter. Kelas terus padu berterusan sepanjang tahun. Tidak pernah lagi berlaku selama 5 tahun pengajianku. FIkiranku tidak mampu untuk membayangkannya. Ah kau ni nua, banyak sangat nak mengomen. Kata nak menuntut ilmu. Tahun akhir kan? Apa salahnya belajar all out? hmmm. Yelaa...Saje je nak lepaskan kat sini. Tu pun xboleh. Nak cite kat orang, xde sape nak dengar. Biar jelah cakap sorang2. +_+ Kuatkanlah aku untuk menghadapi ujian ini. Ameen.
Demam lagi..
Wednesday, November 20, 2013; 11:34 PM
Bismillah...
Sebenarnya esok ada exam ICU. Tapi saya dari petag tadi tidur je. Badan tak sihat. T T Sedihnya. Malam nak exam diuji dengan demam... Eh, doktor pun boleh demam ke? Mestilahh. Siapa yang cakap doktor boleh terkecuali dari penyakit? Bakteria, virus mana kenal orang tu doktor ke tak. Kan? Lagipun doktor pun manusia, bukan superman. hihi Nak makan paracetamol. Tapi tak makan malam lagi. Seingat belajar dulu, paracetamol kena makan selepas makan. Tapi...tapi...acane ni?? Makan malam xmasa lagi. Tapi kepala dah pening. Badan dah panas. -.-" At last, saya terpaksa makan juga paracetamol tanpa makan sebelum tu. Siap makan dengan air teh lagi. Peningnyaa.... Wish me luck for tomorrow.
T T
Tuesday, November 19, 2013; 4:13 AM
Bismillah...
Erm...kadang-kadang, ada perkara yang memerlukan kita untuk membuat keputusan.
Kadang-kadang kita takut untuk buat keputusan. Takut tersalah buat keputusan.
Kadang-kadang, sebelum buat keputusan kita nak minta pendapat orang lain dulu.
Tapi...
Saya tak perasan pingu tengah busy. T T
*sob3*
Tangan dan kaki pak cik tak boleh bergerak...
Saturday, November 9, 2013; 4:28 PM
Bismillah...
Final year ataupun tahun akhir ataupun tahun 6 sekolah perubatan. Kini aku terasa kesibukkannya. Cuti sehari je dalam seminggu iaitu hari jumaat. Dan setiap hari kelas akan bermula pukul 7 pagi dan akan tamat pukul 4 petang. Dan setiap harilah aku akan belajar sesuatu yang baru. Owh final year! Dah dah, jangan banyak mengeluh. Nak jadi doktor kan? Sudah menjadi tanggungjawab untuk mendalami sebetul-betulnya ilmu perubatan supaya kelak dapat mempraktiskan ilmu dan menyumbang kepada masyarakat. =)
************************************
Tatkala aku sedang belajar tajuk neurology di dalam kelas, tiba-tiba masuk seorang pak cik A bersama anaknya. Kurus, mukanya kelihatan sedih, tidak ada sedikit pun tanda ingin tersenyum. Terus duduk di kerusi roda. "Mungkin ini pesakit yang doktor ingin tunjukkan hari ini" bisikku. Selepas doktor selesai menerangkan dengan jelas apa yang harus dilakukan, doktor mengarah kami untuk melihat kepada pesakit tadi. Doktor cuba bertanyakan perihal pak cik A. Tiba-tiba, pak cik A menangis. "Eh, sakit ke?". Aku tiba-tiba terkeliru. Seingatku, doktor belum pun menyentuh mana-mana bahagian cuma bertanya sahaja. Ataupun baru terasa sakit? Aku hanya memerhati. Doktor cuba menenangkan pak cik A dengan mengatakan semuanya akan pulih dan memintanya banyak bersabar. Baru ku sedar. Sebenarnya pak cik A sedang sedih mengenangkan keadaan nasibnya. Mungkin memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini. Selepas beberapa soalan ditanya, kami dapat tahu bahawa dua hari sebelum ni pak cik A ada seorang yang sihat. Menjalani kehidupan seperti kebanyakan manusia biasa. Namun, semasa pak cik A sedang tidur, tiba-tiba terjaga dan mendapati tubuh badan bahagian kiri sudah tidak dapat bergerak atau dikenali dengan istilah "hemiplegia". Bermula dari tangan hingga ke kaki sehingga memaksanya menggunakan kerusi roda. Jawab pak cik A sambil menahan sebak. Sekarang aku memahami kesedihan yang dihadapi sehingga menitiskan air mata di hadapan kami. Aku mula melihat diriku. Sihat. Mampu bergerak. Tidak mustahil bila-bila saja Allah boleh menarik nikmat yang diberikan kepadaku. Tatkala itu, pasti nilai nikmat itu amat dirasai dan teramat rasa kehilangan. Na3uzubillah. Saat tidak lagi mampu bergerak, apakah kita mampu melaksanakan segala perkara yang kita tangguhkan? Selama mampu bergerak ke manakah kita gerakkan tubuh kita? Sudah cukupkah solat kita? Teringat pesan seorang ustaz, "jangan sampai sesuatu nikmat itu sudah ditarik, maka ketika itu kita mula mengatakan seandainya Engkau ya Allah memberikan nikmat ini kepadaku, pasti aku akan lakukan ini dan itu". Namun itu sudah terlambat. Maka sebolehnya, janganlah kita menunggu saat nikmat itu ditarik tetapi lakukanlah sementara diberi kesempatan. Jangalah kita ber andai andai lagi apabila sesuatu nikmat itu sudah ditarik. Allah... Bertapa besar kuasa Allah. Bertapa kerdil kita sebagai hamba-Nya. Segalanya bisa dilakukan-Nya sekelip mata sahaja tanpa perlu keizinan daripada kita. Kerana kehidupan yang kita jalani sekarang bukanlah berlaku atas apa keinginan kita tetapi berlaku atas keinginan Allah. Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang selalu menginginkan Engkau. Terima kasih kepada pak cik A. Secara tak langsung telahpun membuka mataku dan memberikan aku pengajaran yang amat berguna. Pengajaran yang datang daripada Allah kepada hamba-Nya dengan menggerakkan manusia di sekeliling kita. Moga Allah memberi kesembuha kepada pak cik A serta ahli keluarganya. Ameen. Pasti aku akan belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat membantu orang yang memerlukan seseorang yang pakar dalam bidang perubatan. Kerana itu sudah menjadi tanggungjawabku. Insya-Allah.
Melaka trip
Wednesday, August 28, 2013; 1:11 AM
Bismillah...
Last minute planning. Tahun ni berbeza dengan tahun sebelum ni. Tahun ni aku bercadang balik sekejap je. Dalam sebulan 11 hari. Tapi tahun ni la aku nak pergi jalan-jalan cuti-cuti malaysia. Heh! Mungkin sebab tahun depan dah tahun akhir. Takut dah habis belajar nanti tak sempat dah nak jalan-jalan. kan?
As I've very limited time, I have to choose and plan and manage and arrange my time very carefully. Sometimes, I refuse to go out with my friends. It just I want to spend more and more time with my family. You may not understand this. But for me, my principle is quite clear, family first.
So here is the place where I choose to go. Melaka negeri bersejarah. Ada kawan ajak pergi melaka. Tapi aku nak pergi kl, ziarah lecturer. Tapi ada kawan tu tak dapat pergi kl. So aku terima nak pergi melaka. Lepas tu kawan cancel tak jadi pergi petang sebelum pergi tu. Then aku ajak orang lain. Jadi jugak aku pergi. Haaaa. Nampak tak keserabutan dan kepadatan jadual tu. ngeh3
Semua yang pergi ni buat decision nak pergi malam sebelum bertolak pagi tu. Kah3. Until now, I can't believe it. hahaha
Destinasi pertama kitorang adalah melaka wonderland. Tempat aku hilang phone. Can you imagine that? Hari pertama sampai dah hilang phone. So sangat sangat sangat susah nak contact sape2. Aaaaaa. Tekang ana cam ni. haha. So I'm kinda enjoy with sadness. lol. Tempat ni boleh la untuk main2 air. haha. Tapi ada gelongsor yang aku pening sikit naik sebab berpusing2.
I upload some of the places we went during our trip.
Dah macam venice pulak naik kapal pastu ada bangunan2. hihi. Kononnye laa venizia. Tapi venice cantik lagi la kan. ngeh3
Masjid selat. Selama ni duk tengok gambar dan dengar2 je. Hari ni baru lah dapat jejakkan kaki. Beautiful! Tapi aku pelik kawasan sekelilig tu xde pulak nampak perumahan. Jadi aku tertanya-tanya, siapakah jemaah masjid ni?? Ada la tu kot. Cuma timing aku pergi ni x kena waktu solat kan. huhu
And here is wany musa. My friend from perak but working in melaka. Engineer petronas. Huuu~ Umur sebaya tapi dia dah keje, kitorng still students. Nasib la kaan. haha. I never expect we will meet. Especially after I've lost my phone.
Melawat pantai lepas solat jumaat. Masa ni chip ngan yun dah balik. So tinggal la 3 orang je. Pun boleh la kan. haha. Pantainya kotor. Mungkin sebab banyak kapal kot. Dan banyak pulak projek yang sedang dibangunkan. Serabut2.
Air kelapa. Keropok lekor. Otak2. Watan. Yang penting lepas ni tak payah le beli watan. Ntah makanan apa pun aku tak tahu.
Dah di celah2 pantai, ada tempat tersorok. Kitorang jalan2 je. Sekali jumpa kapal selam. Hahaha. Nasib tiket dia seringgit je. Boleh la masuk dalam tu. Besar gilo kapal ni. Tapi dalam tu sempit. Tak boleh la nak main kejar2 ke, main galah panjang ke. But it's nice!
Tempat yang wajib dan selalu dah pergi sebelum ni. Kota A Famosa. Yela, mengimbau kembali detik2 penjajahan dan kemerdekaan negara kita semperna kita nak menyambut hari kemerdekaan ni kan. huhu.
Memang tak la aku nak naik beca. Baik aku jalan. Lagi banyak tempat boleh pergi. Dan berhenti sesuka hati. Dan jimat duit. ngeh3
Hari pun nak masuk maghrib. Tiket bas pun pukul 7:30 pm. Boleh la bertolak ke melaka setral. Sayonara Melaka. Moga berjumpa lagi. Aku dah tinggalkan phone aku kat sini. Hope kau happy si pencuri. Kat akhirat kau jawab sendiri okay.
Sabtu aku pergi seminar NexUS kat bangi. Ahad pergi kenduri kawen kat kl. Nampak x? hahaha. Bye2. Nak siap2 barang ke terengganu pulak.
2 pengumuman penting
Thursday, August 8, 2013; 1:12 AM
Bismillah...
Malam tu, aku ada dua pengumuman yang aku nantikan. Pertama adakah ramadhan akan dipanjangkan ataupun esok akan raya? Kedua adakah aku berjaya naik tahun 6 ataupun tidak. heh! Menci menci. haha. Pengumuman ketiga pengumuman kawen. eh? Bukan tadi cakap dua je ke. Memang pun. keh3 Tunggu punya tunggu. Akhirnya satu pengumuman keluar. Ok, esok raya. Sedih meninggalkan ramadhan. Aku pun pergi la siap2. Dah jadi kebiasaan, malam raya aku akan pergi rumah atuk. Dan pergi takbir raya kat sana. Kemudian pergi ke rumah jiran2. Bertakbir bersama2. Until now, I decided not to check my result. As I can't do nothing. If I pass or not, tomorrow still hari raya. haha. Ok aku tak nak tengok. Tak nak. Tak nak. lol. Hampir pukul 12 malam. Aku pulang ke rumah. On wifi kat phone. Dan dan je dapat msg ckp tahniah. Heh! Ape ni ape ni. Ok aku dah dapat agak. Terus terpaksa bukak laman web cairo university. Check2.... Alhamdulillah...officially 6th year / final year medical student of kasr el-ainy, school of medicine, cairo university. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Penantian yang panjang, akhirnya berakhir. Epic betul result keluar malam2 raya ni. haih. Ambik phone try call pingu. Tak berangkat. Msg pun xmo balas. hmm. Xjadi la nak bagitahu macam tu. kbai.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Tak cukup sorang ni. Sorang lagi kat mesir. :)
**tarikh dan masa post bukan tarikh sebenar
result oiii
Saturday, July 27, 2013; 7:31 AM
Bismillah...
Hatiku resah. Haaa. Memang tu je lah kojo kau. Resah memanjang. Yelaaaa. Result bila2 je boleh keluar bai. Haihh. Apalah nasib result aku ni? Nak lagi specific lagi, apalah nasib result O&G aku ni. huhu Hmm..Selagi tak keluar ni, tak tenteram pulak hati. +__+ Sekarang ni duk la refresh laman web ni banyak kali. http://www.medicine.cu.edu.eg/students/index.php/en/ Sebab result boleh keluar bila2 je sekarang ni. Tapi sekarang ni rasa cam nak tidur la pulak. So, siapa2 yang rasa agak rajin tu, boleh la refreshkan link tu banyak kali ye. Kot2 dah keluar ke, tolong kejut saya eh. hehe p/s : 18 ramadhan dah. Sedihnyaaa ramadhan dah nak habis :'(
Ramadhan Kareem
Wednesday, July 10, 2013; 4:39 AM
Bismillah...
Ahlan ya Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan. Aku sangat bersyukur dapat dipertemukan bersama ramadhan. Dan lebih membuatkan ku gembira, dapat menyambut ramadhan di Cairo. Dalam kesesakan bandar Cairo, dalam suasana yang kacau bilau, namun hatiku seakan tenang menyambut ramadhan di sini. Ya, tenang. Tidaklah aku merasakan perasaan ini pabila aku berada di Malaysia. Dan kerana faktor ini, hatiku teramat berat untuk meninggalkan bumi Mesir. Perasan yang tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Pergi saja di mana-mana masjid, pada apa-apa waktu solat sekalipun, pasti akan kudapati masjid itu penuh dengan manusia. Di mana-mana orang membaca al-quran, hatta di dalam bas dan metro. Tidak mungkin dapat kufahamkan seseorang tentang ini kecuali mereka melaluinya sendiri. Dan antara kelainan di sini, doa qunut dibaca seawal satu ramadhan. Aku suka mengaminkan doa imam-imam masjid. Bacaannya penuh bersemangat, cantik bahasanya, kata-katanya tersusun. Ditambah dengan waktu malam yang pendek di sini, aku memilih untuk tidak tidur di malam hari sementara menunggu waktu sahur. Di saat ini, aku masih menunggu dan menanti. Ada kah berita gembira buatku? Adakah guruku, Sheikh Rohimuddin akan kembali? Sudah lama aku menantikan saat untuk bertemu kembali. Penantian yang tidak pasti. Tapi yang aku pasti, hatiku rindu. Semoga aku terus diberikan peluang. Untuk terus merasakan ketenangan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik. Ramadhan Kareem.
Exam? No, not yet.
Monday, July 8, 2013; 4:59 AM
Bismillah...
Selepas tamat exam pediatrics kertas 2, aku ambil keputusan untuk memberikan masa untuk diriku berehat pada 2/7, memandangkan exam klinikal, slides dan oral pediatrics akan berlansung pada 6/7. Maka masaku diisi dengan pes 2013. +_+ Malam 2/7, aku mula membelek2 buku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita exam pada 3/7 akan ditunda kerana keadaan yang tidak menentu. Sekumpulan pelajar Malaysia yang akan exam pada 4/7 mula gelisah kerana exam pada 4/7 juga mungkin akan ditangguh, dan ada antara mereka yang akan pulang ke Malaysia pada 5/7. Owh! Kegelisahan membelenggu...
*************
Petang 3/7, keadaan mula kecoh. HOD dan sahkan exam pada 4/7 juga tunda kepada satu tarikh yang tidak diketahui. Semua mula gelisah. Ada yang cuba hubungi dean, HOD, pegawai JPA. Kerisauan yang jelas adalah terpaksa meninggalkan Mesir dalam keadaan masih belum menduduki exam terakhir kami. Keadaan bertambah serabut apabila ada pihak yang buat sikap mementingkan diri sendiri. Tidak kurang ada yang tidak mahu terlibat dan tidak memberikan kerjasama. Dalam keadaan begini, aku pasti semua orang perlu mengawal emosi mereka. Jangan cepat melenting.
Selepas beberapa kali siri perbincangan yang panas, keputusannya, doktor akan cuba buat juga exam pada 4/7. Dalam keadaan yang diasak kuat, vice dean memberi tahu semua pelajar Malaysia digalakkan mengambil exam pada 4/7 kerana exam pada 6/7 juga akan ditunda pada tarikh yang tidak diketahui juga. Owh! Aku sangat tertekan. Tatkala keputusan dibuat, jam sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Dan aku ada masa kurang dari 12 jam untuk mula membaca buku dan tidak tidur! Keputusan yang bagi diriku sangat tidak adil dan sangat sangat mementingkan diri sendiri. Ada orang yang mahu melepaskan dirinya sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain. Aku bertegas! Vice mengatakan "digalakkan" bukannya "diwajibkan". Aku percaya masih ada ruang perbincangan. Aku bertegas tidak mahu mengambil exam esok, tetapi ambil pada 6/7. Keputusan yang sangat sukar bagi diriku. Pergi exam dalam keadaan tak sedia, dapat markah sedikit, terpaksa mengulang subjek ataupun persiapkan diri untuk exam 6/7, tetapi exam tidak tahu akan ada atau tidak, dan mungkin ditangguhkan sehingga aku tidak dapat pergi umrah pada 12/7. Apatah lagi exam kali ini membawa markah 150 dan kami perlukan sekurang-kurangnya 60% dari markah keseluruhan untuk hanya lulus exam. Dalam ketegasan aku, diriku masih keliru. Ku gagahi membaca buku yang banyak dalam keadaan yang tidak rela.
**************
Sedang aku membaca buku, tiba-tiba dengar bunyi sorakan serta bunga api tanpa henti. Bacaanku terhenti. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tepat tekaanku. Pemerintahan Dr Morsi telah diambil alih oleh pemerintahan tentera. Kumpulan anti-morsi bersorak seolah mereka sudah merdeka. Dan pada itu, terdapat doktor yang menulis di facebook bahawa exam pada hari sabtu, 6/7 akan berjalan seperti biasa. Diriku sedikit lega tidak perlu exam pada esok hari, juga sedih kerana jatuhnya pemerintahan Dr Morsi. Aku teruskan membaca. Sehingga aku tertidur... Aku terjaga. Sekali lagi dapat berita menggemparkan. Exam pada 6/7 tidak ada, yang ada hanyalah 8/7. Maka bagi sesiapa yang akan balik pada 7/7 diminta hadir exam sekarang! Terkejut. Memang sangat terkejut! Terutama bagi ahli rumahku yang akan balik pada hari ahad. Mustahil untuk pergi exam dalam keadaan baru bangun tidur dan tidak bersedia. Gila. Keadaan kembali kelam-kabut. Setelah menghubungi beberapa orang, akhirnya AJK akademik cuba untuk berbincang semula dengan HOD. Mustahil untuk mengambil exam yang memang tidak dijangka. Sekali lagi exam ditunda kepada hari sabtu. Lega kembali.
******************
Malam 5/7, saat aku bersemangat membaca, menghafal dan mempraktis klinikal skill, seperti sudah dijangka, pengumuman exam ditunda. Again. Penatnya begini. Aku pening. Hilang mood nak membaca. Buka laptop dan buat kerja lain. Maka bermulalah kembali perbincangan demi perbincangan. Nasib agak baik, ada doktor yang kasihan pada pelajar yang sudah membeli tiket, Dr Ahmed Badr dengan rela hati ingin teruskan exam. Maka esok akan diadakan exam untuk pelajar yang akan pulang hari sabtu dan ahad sahaja. Yang jelas, aku tidak akan terlibat. Aku terus menutup buku. Pukul 1 pagi, senarai nama pelajar yang akan exam esok keluar. Bagi sesiapa yang akan pulang sebelum 13/7 akan pergi exam. Dan ini bermakna, aku juga termasuk! Dan aku dah tutup buku. Dan aku dah tak ada mood. Tapi aku terpaksa. +_+ Aku pasrah. Sambil membaca, aku tertidur. Dan pabila aku sedar, lagi 40 minit nak exam. @_@ Ya Allah. Bantulah aku. Aku terus siap dan pergi ke hospital dalam keadaan kurang bersedia. Apa yang termampu, itulah aku lakukan. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.
*******************
![]() |