
|
Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Mind your words. Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja.Kasr el-Ainy Mission ![]() 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya ![]() By Month: Follower Big Clap
| My last class
Monday, May 14, 2012; 11:03 PM
Bismillah...
Tomorrow will be my last class for 4th year as medical student! It feel like the time runs soooooo fast! huhu. Not so fast actually because I still have about 3 years to go. 11/5/2012, it's great to see my friends from Vanderbilt University have had their convocation. I was there but I'm quite shy so I don't reveal myself to other people. hihi. Congratulation to you~
~you can watch here~
It takes 1:02:15 to finish this game!
Also, tomorrow I will have my semi-final for chess tournament. Yosh, I'm quite confuse actually, how can my faculty can organize this sport's week when all the students are busy preparing for their final exam? haha. Even though I'm confuse, I'm entering it. LOL. Ok, it just a quick update and I will update more later. Need to spend more time with booksssssss than other. Take care! Wish me luck~
Thursday, May 10, 2012; 12:56 AM
p/s : kalau nak tutup lagu, tekan kat icon music dekat belah atas kanan. =)
"He knows the value of oxygen"
Tuesday, May 1, 2012; 11:02 AM
Bismillah... Sejak masuk 'clinical year' ni, memang banyak berjumpa dengan pesakit. Pesakit dengan macam-macam penyakit. Tapi hari ni saya nak cerita apa yang terjadi semalam je. ^_^ Semalam semasa di hospital, doktor telah memanggil beberapa orang pesakit. Pesakit pertama adalah seorang lelaki yang umurnya hampir 60 tahun. Beliau telah menjalani tracheostomy disamping total laryngectomy dan partial pharyngectomy. Maka disebabkan itu, dia akan bernafas melalui lubang yang ada di lehernya dan bukanlah melalui hidung atau mulut seperti manusia biasa. Tak cukup dengan itu, keseluruhan larynx dan sebahagian pharyx yang salah satu fungsinya untuk menghasilkan suara telah dibuang. Namun, doktor menerangkan bahawa pesakit ini mampu bercakap selepas pembuangan vocal cord, walaupun tidak berapa jelas suaranya. Caranya dengan menyedut udara ke dalam oesophagus dan menghembuskannya yang akan menyebabkan getaran pada 'pharyngeal muscle' dan menghasilkan bunyi (oeshopahgeal speech). Dan pesakit ini perlu menutup lubang di lehernya setiap kali ingin bercakap. Sedih juga hati melihat keadaan pesakit sedemikian rupa. -.-" Kemudian, pesakit ketiga, seorang lelaki, juga masuk dalam keadaan terdapat lubang di lehernya. Tetapi kali ini, pesakit ini masuk bersama salah seorang ahli keluarganya. Apabila disoal, rupanya pak cik ni baru je dimasukkan ke hospital semalam kerana tidak dapat bernafas. Sebenarnya, pak cik ni ada penyakit rhinolaryngoscleroma, salah satu cancer yang menyebabkan ketumbuhan dan menutup salur penafasan. Maka udara yang disedut melalui hidung mahupun mulut tidak dapat disalurkan ke dalam paru-paru. Pesakit sudah mengidap penyakit ni sejak 25 tahun yang lalu dan semalam adalah keadaan penyakit semakin teruk. Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana keadaan pesakit ketika itu. Tidak dapat bernafas, sudah pasti amat menyeksakan. Maka doktor telah mengambil langkah pantas untuk menjalankan tracheostomy, di mana lubang ditebuk di bahagian leher untuk membantu oksigen masuk. Allah...Saya agak terdiam mendengar cerita itu. Doktor pula pesan, "pesakit yang telah menghidapi penyakit ni dan menjalankan operation ni, lebih mengerti dan menghargai oksigen itu". Saya yang mendengar terus menunduk malu, bertapa nikmat oksigen yang kita tidak nampak, tapi kita menggunakannya hampir setiap saat, mempunyai nilai yang amat tinggi. Namun, jarang sekali saya mensyukuri nikmat oksigen itu. Baru saya sedar, nikmat itu kadang-kadang kita tidak merasainya sehinggalah dicabut nikmat itu dari kita, baru kita akan mula memikirkannya. Jika kita memikirkannya sebelum ia dicabut, sudah pasti kita terus mensyukuri pemberian Allah. Juga, pesakit ketiga ini tidak lagi mampu bercakap. Segala maklumat yang saya ceritakan tadi diceritakan oleh anak pak cik itu. Pak cik tu hanya mampu mengangguk dan menggelengkan kepala sahaja. Bagaimana agaknya perasaan pak cik ni, jika difikirkan, semalam dia mampu berkata-kata, tetapi secara tiba-tiba, esok tidak lagi bersuara. hmmm.. Perkara ini membuatkan saya terfikir. Segalanya boleh berlaku sekelip mata sahaja. Dengan melihat keadaan pesakit dan mendengarkan kisah mereka sahaja, dapat mengetuk hati saya bertapa banyak nikmat Allah itu, dan salah satunya adalah nikmat sihat itu sendiri. Dan sakit itu juga didatangkan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Dan yang menyembuhkan juga adalah Allah. Walaupun pesakit berjumpa dengan doktor, tidaklah bermaksud pesakit berharap pada doktor bukanlah kepada Allah, juga tidaklah bermaksud doktor yang mampu mengubatnya, bukanlah Allah yang menyembuhkan. Tetapi, kita sebagai hamba-Nya berusaha mencari jalan untuk mengubati penyakit itu, dan atas usaha kita itu, moga-moga Allah membalas dengan kesembuhan. Bukankah Allah suruh kita berusaha, kan? =) Cukup la kot saya cerita setakat ni. Saya cuma memasukkan pesakit nombor 1 dan 3 je sebab operation yang dijalankan adalah sama. Bukanlah untuk mengaibkan pesakit, tetapi untuk menyampaikan pengajaran yang saya dapat.
First time operation
Saturday, April 21, 2012; 3:01 AM
Bismillah...
19/4/2012 | Khamis. Hari yang dinantikan oleh sesetengah pelajar tahun 4 round E.N.T kerana hari inilah masa nak merehatkan minda di rumah. Ataupun melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan semasa hari persekolahan.
Lain pula bagi diriku. Saat ini memang kunantikan kerana pada hari ini merupakan giliranku dan beberapa orang rakan untuk bersama-sama doktor dalam "operation" E.N.T. Pasti suasananya berbeza berbanding melihat operation melalui screen tv dan laptop.
Baju scrub yang baru sahaja dibeli semalam masih ada dalam plastik. Kesan lipatannya pun jelas kelihatan. Nampak sangat orang baru kan. Lantas kumasukkan scrub ke dalam beg tanpa menggosoknya terlebih dahulu. Pukul 9 pagi, aku bergegas ke hospital bersama-sama Sein. Sebolehnya aku ingin datang awal supaya tidak terlepas apa-apa yang akan ditunjukkan.
Sampai sahaja di hospital, aku ternampak kelibat sahabatku Luqman, Imran dan Engku. Owh, ada orang lain yang lagi awal lagi rupanya. Hatiku sedikit lega kerana sudah pasti operation belum dijalankan. Tapi...kenapa mereka berjalan seolah mahu keluar daripada hospital? Aku terus bertanyakan khabar mereka. Namun, berita yang kurang enak disampaikan. Operation untuk E.N.T. pada hari ini tidak dijalankan. Aduh! Aku terus teringat beberapa minit sebentar tadi, tatkala diriku berada di rumah, kalaulah kutahu tiada operation, sudah pasti akan kusambung tidur di pagi cuti ini. Tapi, kuyakin terdapat hikmah di sebalik takdir Allah ini. Semua orang kelihatan sedikit kecewa.
"Apa kata kita pergi tengok operation ophthal?" kata salah seorang daripada kami. Ada yang setuju, ada yang seakan berat. Melihatkan keadaan sahabat lain yang agak terkeliru, aku terus bergerak ke bahagian mata dan menarik sahabat-sahabat yang lain. Namun, sekali lagi kami diuji, operation mata hari ini hanya ada satu dan kebanyakkan pesakit telah dikeluarkan kerana terdapat "infection" dalam hospital. -.-"
Kami semua terdiam. Cuba memikirkan apakah langkah seterusnya. "Kalau kita pergi ke emergency unit ok ke?", sekali lagi terdengar cadangan daripada seorang sahabat. "Ok jom", kataku segera bertindak tanpa melayan perasaan kecewa. Sampai di sana, keadaan tenang. Tiada tanda-tanda kecemasan dan operation yang dilakukan. hmm. Tiba-tiba seorang pak cik yang duduk di depan pintu panggil kami. "3ayiz syufu el-3amaliat", jawab kami ringkas. Lalu pak cik itu menunjukkan bilik pembedahan yang terletak tidak jauh dari situ. Kami bergegas pergi.
Hampir semua tingkat hospital kami dah lalui hari ini. Di hadapan bilik pembedahan, kami seakan tidak wujud dan tidak dilayan oleh orang. Aik?? Nak cakap macam mana ni? Akhirnya, ada seorang pak cik yang memanggil kami. Setelah mengatakan keinginan kami, kami disuruh masuh dan menukar pakaian scrub. Terdapat banyak bilik pembedahan di situ. Maka setiap seorang daripada kami masuk ke setiap bilik yang berlainan. Eh, senangnya. Tak ada daftar ke, ambil nama ke. huhu. ^_^
Alhamdulillah, aku dapat melihat 2 operation hari ini. Yang pertama "removal of haematoma", yang kedua doktor terangkan tapi agak blurr sebab tak belajar lagi. Ternyata, suasana sangat berbeza!! Jika melihat operation di you tube, boleh tengok sambil duduk, minum air, makan, baring. Berbeza di dalam dunia realiti, keadaan yang agak serius, tahap penilitian yang tinggi, berdiri berjam-jam, berhadapan dengan darah. Banyak benda baru yang kupelajari pada hari ini. Pada setiap potongan yang dilakukan, setiap jahitan, setiap tube yang dimasukkan, kesemuanya memberikan pengetahuan yang banyak. Dan banyak lagi yang ku tak tahu. huhu
Allah...Jika diikutkan perasaan malas dan kecewa pada awal tadi, sudah pasti kami tidak berpeluang. Semoga apa yang berlaku hari ini memberkan pengajaran dan menjadi pembakar semangat kami untuk terus menuntut ilmu perubatan dan mendalaminya semahir-mahirnya. Insya-Allah.
(•̯͡.•̯͡)
Tuesday, April 3, 2012; 8:51 AM
Bismillah... hmmm... :'( :'( :'( >>>kbai
Ear, Nose, Throat
Monday, April 2, 2012; 11:59 PM
Bismillah... So, today is my first class of ENT. Sebenarnya semalam dah ada kelas pertama, tapi saya tak rasa tu seperti kelas sebab datang jumpa doktor, dan doktor terangkan serba sedikit pasal 'round' ENT, macam mana belajar, macam mana format exam. Lepas tu balik. Pukul 10:30 pagi dah habis. hihi ~Cairo University Hospital~ Dengan bermulanya round ENT, maka bermulalah persiapan untuk menghadapi final exam. Round ENT adalah round terakhir untuk tahun 4 kat sini. Aduh, forensic, community medicine, ophthalmology semua tak boleh tinggalkan. huhu. Jadi, sebenarnya, bukan satu subjek yang start, tapi 4 subjek serentak!!! Yoooooshhh! Tolong saya baca buku boleh?? Tapi hari ni saya duduk paling depan sekali. Duduk sebelah doktor. Sebab saya sampai kelas je, semua tempat duduk dah penuh. Yang tinggal adalah sebelah doktor. Aduh. Esok kena datang awal!! hihi. (ada ke patut datang awal sebab nak duduk belakang. hihi) Ramai yang cakap, round ENT adalah round paling relax jadualnya. Ye, memang relax pun. Kalau ikut jadual sekarang ni, walaupun dia tulis 5 hari seminggu, tapi kalau tengok betul2, sebenarnya 4 hari seminggu. 3 hari cuti. weeeeee! ^__^ Selepas lecture, sambung practical. Dan macam biasa, saya dan beberapa orang akan sesat. Siap tawaf satu hospital lagi tu +_+ Signboard la yang mengelirukan!! ececeh, salahkan signboard pulak kan. hmmmm..Dah, end of 2nd day. Kelas praktikal sangat selesa. Sekian~ jalan yang sangat mengelirukan duk belakang sibuk snap gambar je kejenye focus lettew~ epul nah, semua tak sedia.. tak malu ambik gambar sendiri. booooo!
\(‾▿‾)/ \(‾▿‾)/
Sunday, March 25, 2012; 3:31 AM
Bismillah... Hihi. Comel la video ni. Tapi ye nyanyi dalam bahasa apa ni?? ^^ Last but not least... ![]() p/s : sanah helwah pinguuuuuuu!
mata oo mata
Saturday, March 24, 2012; 3:20 AM
Bismillah... Mata ajak tidur tapi hati rasa macam nak study lagi. Macam mana tu? Mana satu nak pilih? Kalau......study sambil tutup mata, possible ke? huhu. Yup! Tidur tapi mimpi study. Nanti kan boleh jimat masa. Sebab orang selalu cakap, kalau kita mimpi ni, rasa macam lama je tapi sebenarnya kita tidur sekejap je. So, boleh la tidur sekejap, tapi dalam mimpi study banyak2. yeay! ^^ nyte!!
Nyan cat 100 hours..
Wednesday, March 21, 2012; 2:19 AM
Bismillah... Haih! Tak de lah keje lain siapa yang buat video ni. Agak-agak kalau nak tengok video ni sampai habis, dalam 4 hari berturut-turut gak tu. Daripada mula sampai ke sudah duk nyan, nyan, nyan je. Ntah apa2 ntah. Tapi comel juga. hihi ^^
![]() |