Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Last round.
Saturday, March 29, 2014; 2:59 PM
Bismillah...
Di saat mendapat berita ada kawan di Malaysia sudah pun graduate, kawan-kawan dari russia dan jordan menunggu masa nak final exam dan akan habis tak lama lagi, aku pulak baru nak start round surgery. Lambat sikit habis kalau ikut sistem di Mesir ni. xpe2. Keep calm and be a medical student. =) So, hari ni dikhabarkan adalah hari pertama untuk round surgery. Round terakhir selama 6 tahun belajar di sekolah perubatan ni. Round terakhir sebelum final exam. Round terakhir sebelum menamatkan sekolah. Round terakhir sebelum melangkah kaki sebagai HO. Maka aku bersemangat untuk memulakan round terakhir ini. Dan kelas pagi belum start lagi. Hari ni dimulakan pada kelas pukul 12. Memang banyak sikit la masa pagi tu. Siap kemas2 bilik sikit2, breakfast. Hari ni juga aku bersiap awal nak datang awal. Nampak tak semangatnya kat situ? Aku sudahpun berada di hadapan pintu. Tinggal nak baca doa dan melangkahkan kaki ke luar je lagi. Tapi...beberapa detik sebelum aku keluar, housemate aku. sein, dapat msg kat group wassap. "Eh, chip hantar msg cakap kelas dia xstart lagi. Esok baru start". Oh! Ingatkan aku dah awal dah, rupanya ada yang lagi awal. huhu. Xpe2. Tunggu chip checkkan kelas lain macam mana. Tunggu..dan terus menunggu. Mana chip ni? Dah nak pukul 12 pun xde berita lagi. Akhirnya dapat msg. Ya, semua kelas xada pun hari ni. Sebab department dapat maklumat kelas akan start esok, bukan hari ni. Tapi kami dapat maklumat kelas start hari ni. Laaaa. Ada maklumat yang berbeza rupanya. Nasib baik tak keluar lagi. Elok juga tu, sebab hari ni diramalkan antara hari paling panas untuk minggu ni. Mencecah 31 darjah celcius. Selamat lah aku dari kepanasan hari ni. Duduk rumah je. huhu Time2 semangat xde pulak kelas. Dugaan. Semangatku tidak seharusnya pudar. Esok mesti lebih bersemangat! p/s : bermula semalam, aku buat keputusan malas nak guna phone sangat. Sebab hari tu aku keluar pergi kedai, sepanjang perjalanan, aku perhatikan semua orang. Semua orang sangat sibuk dengan telefon bimbit masing2. Hampir kebanyakkan orang begitu. Apa kata aku lari dari kesibukkan telefon bimbit ni. Biarlah xdapat contact aku pun. Aku ada misi yang masih kukejar. Mohon doa semua. Silence hurts.
Thursday, March 27, 2014; 4:27 PM
Bismillah...
Aku baru saja pulang dari beli makanan untuk makan tengah hari. Dan cuaca kat luar sudah mula panas. Ya, panas dan silau mata. Mungkin hari ini secara rasminya kota mesir sudah memasuki musim panas. +_+ Boleh bersiap sedia keluarkan kipas. Sedang aku menunggu order ku siap, datang seorang perempuan arab, tanya makanan apa yang ada kat sini. Aku pun macam..eh eh, apesal tanya aku pulak? Lalu aku tunjuk orang kat kaunter tu suruh tanya kat sana. Eh, baru ku sedar, aku pakai baju merah sama dengan warna baju pekerja kat situ. haha. Tapi still, kan ke aku ni muka melayu? kan? Arab arab..
********************************************
Bila belajar jauh ni, dan dah masuk final year, at one point, you may experienced something. The feeling of exhausted and some kind of confusion. And you start to ask what am I doing all this time? That's what happened to me yesterday. Tiba-tiba rasa macam down. Tiba-tiba terkeluar soalan, betul ke aku nak jadi doktor? Betulkah pilihan aku ini? Sudah bersediakah aku? Persoalan-persoalan pelik yang sememangnya aku tahu tidak sepatutnya aku lontarkan. But that's it. Sampaikan aku rasa nak balik Malaysia malam tu juga. -.-"
Tapi aku tahu, aku perlu kuat. Aku cuba mencari sumber kekuatanku. Nak call family, tapi dah lewat malam. Waktu di Malaysia memang waktu orang tidur. Nak call kawan, tapi kawan kat Malaysia juga. Pergi bilik kawan sebelah, kawan tengah buat kerja. And it ends up I feel lonely. Ah! Tak sukanya perasaan macam ni. Bersendirian bersama perasaan yang tak menentu. Aku cuba buat ini, buat itu. Semuanya tak berhasil. Someone please help me. Please say something to me.
Dan akhirnya aku tergerak untuk membuka youtube. Aku mencari "motivational video". Banyak video. AKu cuba dengar satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa satu video yang sangat 'inspiring'. Sedikit sebanyak video tu berjaya membuat ku rasa tenang. Selama 6 tahun duduk di mesir ni, ini antara cabaran terbesarku. Suatu ketika apabila semangat tiba-tiba hilang. Apatah lagi berjauhan dengan keluarga. Dan mula merasakan orang lain tidak memperdulikan aku. Aku tercari-cari. Tercari-cari rujukan aku. Tercari-cari sinar keterangan. Tercari-cari ketenangan hati. Tercari-cari bimbingan. Sendirian. Dan jika aku tidak usahakan nya, nescaya aku akan terus hanyut.
Begitulah aku menenangkan diriku tatkala bersendirian. Semalam juga aku belajar sesuatu, "As bad words can hurt you, sometimes silence can hurt you even more". Selama ni aku terlalu mengharapkan pada orang. Mengharapkan pada kawan-kawan. Yang akhirnya akan mengecewakan. Mungkin aku tidak lagi perlu berharap. Aku kan bersendirian mengharungi rintangan. Dan bersendirian mencipta kejayaan. Aku perlu tumpukan perhatian kepada apa yang penting. Lupakan apa yang tidak perlu. Lupakan segala yang mengecewakan. Masa untuk berubah. Lets start NOW!
ana misy masri.
Monday, March 3, 2014; 1:55 AM
Bismillah...
Dalam perjalanan aku pulang ke rumah dari sayeda, aku melintasi sekumpulan perempuan mesir yang sedang berjalan. Tiga orang dewasa bersama dua orang kanak-kanak. Seorang dalam 50-an, lagi dua orang pakai purdah. Sukar untuk aku meneka umurnya. Tiba-tiba aku disapa. Perempuan A : Eh, tahu tak metro kat mana? (Sambil memandang ke arahku) Aku : metro... Belum sempat aku menjawab, salah seorang daripada mereka mencelah.. Perempuan B : Buat apa tanya dia, dia bukan orang mesir. Dia bukan tahu pun. Perempuan C : Eh, dia orang mesir lah. Mesti dia tahu. Aku :Kalau nak pergi ke metro ikut jalan terus ni, lepas tu masuk kanan. A : Tengok, dia tahu jalan. C : Kau orang mesir kan? Aku : Tak lah. Aku bukan orang mesir. C : Tapi kau nampak macam orang mesir! Dah tu kau dari cina ke? Aku : Tak jugak. Aku dari Malaysia. C : Ooo. Malaysia. Kau orang islam ke? Aku : Alhamdulillah, aku orang islam. krik..krik...krik.... Tekaan mak cik B tu dah betul dah. Memang aku bukan orang Mesir. Tapi tak bermakna aku tak tahu metro kat mana? :p Tekaan mak cik C pelik sikit. Dah celah mana aku nampak macam orang Mesir ni? Hmmm.. Balik rumah tengok cermin. Xde pun muka mesir. hihi. Mungkin sebab malam kot. Tu macam tak nampak sangat. hehe. Ana misy masri lakin ana 3ariftu mahattoh metro feen. :p Hehe. Macam-macam. Kesian blog ni lama tak berupdate. Sebabnya aku beli diari untuk tahun 2014 ni. So banyak tulis kat dalam diari. Sebab kadang-kadang tu tak sempat nak buka blog. Diari senang sikit. Tapi diari tu macam planner sikit. Ruang nak tulis macam sikit. So akan ada benda yang update kat blog jugak. :D Sampai sini dulu lah ye. Maaf blog. Saya bukan xnak update, cuma kekangan masa. Harap blog memahami. hehe. Tata~ |