Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Merasa tahu tatkala diri tidak tahu.
Friday, December 27, 2013; 11:27 PM
Bismillah...
Dulu...masa 'summer break', aku belajar ECG melalui youtube Dr Najeeb. Salah satu benda yang aku nak sangat belajar dan faham. Tatkala aku mula belajar melalui video tu, aku rasa sangat mudah. Dr Najeeb menerangkan dalam bentuk yang mudah dan difahami. Tatkala itu, aku ada rasa, "ok, aku dah faham ECG". Maka, semasa melangkahkan kaki ke tahun akhir sekolah perubatan, aku sedikit bersedia. Apabila aku tahu ada doktor yang akan membuat kelas ECG, aku tidak sabar untuk pergi. Tatkala itu aku sudahpun merasakan aku sudah tahu dan hanya hendak menambah sikit-sikit maklumat tambahan yang aku mungkin belum tahu. Apabila doktor memulakan bicara, aku rasa sedikit berbeza. Mungkin disebabkan cara mengajar yang berbeza kot. "Elok juga tu, boleh aku memahami ECG ni melalui pelbagai cara yang berbeza", bisik hatiku. Semakin lama doktor mengajar, aku merasa sedikit kaget. Eh, apa doktor ni ajar? Kenapa macam lain sangat je ni. +_+ Apa yang diajar oleh Dr Najeeb, hanya disentuh sedikit oleh doktor. Baru aku sedar. Apa yang Dr Najeeb ajar tu hanyalah permulaan dan merupakan perkara paling asas sebelum memahami ECG dengan lebih lanjut. Owh, diriku tertipu dengan diri sendiri. Masakan diri merasa tahu sedangkan aku hanya tahu teramat sedikit daripada ilmu yang sebenarnya. Ternyata, aku merasa tahu tatkala aku tidak tahu. Dan aku tidak tahu bahawa aku tidak tahu. T.T Selepas beberapa kali pergi ke kelas ECG, sedikit demi sedikit aku mula faham. Tapi ada juga beberapa benda yang aku tidak faham. Tetapi apabila ditanya kepada doktor, doktor mengatakan "you don't have to know it now. It's for Master or PhD" ataupun doktor akan cakap, "it's enough for you to know until this point. If you not understand, it's okay". Maka aku pergi ke kedai buku dan mencari buku tambahan. "Maugud ayyu kitab li el ECG hena?" (Ada apa-apa buku tentang ECG di sini?) soalku. "Aiwah" jawab tukang kedai lantas menghulurkan beberapa buah buku kepadaku. Aku membelek setiap satu. Ah, ni banyak 'point form' dan susah nak faham. Aku lebih suka buku yang banyak tulisan dan panjang penerangannya. Kerana yang kucari adalah kefahaman. Kalau boleh, setiap garisan turun naik ECG aku nak tanya mengapa, bagaimana dan alasan yang kukuh. Kerana aku pasti, tiada apa yang berlaku tanpa sebab dan penerangan. Finally...mungkin ini buku yang aku perlukan dan sesuai untukku.
Buku yang ada dalam 280 muka surat membincangkan pasal ECG sahaja. Aku mula baca. Menarik! Lengkap! Mudah difahami. Bahasa yang simple. Dan yang pasti, semakin aku baca, semakin aku sedar. Rupanya, jumlah yang aku tahu sangat sangat sedikit walaupun selepas belajar dengan Dr Najeeb dan doktor di fakulti. Lebih banyak yang aku tidak tahu jika dibandingkan dengan yang aku tahu. Sekarang aku akur.
Pengajarannya...
1) Adalah mustahil untuk diriku merasa tahu kerana yang Maha Tahu itu adalah Allah.
2) Tidak boleh merasa puas dengan ilmu yang ada kerana sebenarnya ilmu itu sangat luas.
3) Untuk mendapat ilmu itu bukanlah mudah walaupun terdapat pelbagai cara. Memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi.4) Memahami ilmu itu dengan sedalamnya adalah lebih seronok berbanding menghafal tanpa memahami apa yang dimaksudkan. 5) Setiap orang beza-beza. Ada orang sekali baca dah faham. Ada orang macam aku kena baca dan perlukan penerangan lebih. Ikut cara masing-masing. Tapi kalau perlu, jangan teragak-agak nak beli buku. 6) Dulu masa saya tak faham ECG, saya pernah mengadu kat kawan. Dia yang cakap kena banyak bersabar nak menuntut ilmu. So, kawan yang positif dan sering memberi sokongan juga perlu! Sekian sahaja kisah belajar ECG dariku. Sehingga kini, aku belum lagi habis baca buku tu. Insya-Allah sedikit demi sedikit. Mohon doanya. :) Mengidam kuih bakar
Saturday, December 21, 2013; 4:04 AM
Bismillah...
Semalam... Tiba-tiba mengidam nak makan kuih bakar. Tapi sebenarnya bukanlah tiba-tiba pun sebab dah lama mengidam. Dah lama tak makan. Dan dah alang-alang hari jumaat, hari cuti, saya rajinkan juga diri buat kuih bakar ni. Cari punya cari bahan. Eh, daun pandan tak ada ye. Xpe2. Saya dah bawa siap2 perisa pandan dan pewarna hijau. muehehehe. Tapi agak eksperimen juga la sebab selama ni buat pakai dapur dan arang. Tapi kali ni nak try buat pakai oven.. Tepung gandum, gula, telur, esen vanila, minyak sapi, santan, pewarna hijau, perisa pandan, mentega... 180 degree, bakar dalam 30 - 35 minit... Tadaaaaaaa..... Sedap. Bukan saya yang cakap. Kawan-kawan yang cakap. Lagi-lagi makan masa panas-panas ni. Mungkin nak ambil hati je atau betul-betul sedap. hihi. Tapi saya rasa sedap je. Sebab ni kan resepi arwah wan dulu. :) Alhamdulillah. Punya mengidam akhirnya dapat makan. hehe. Sejak duduk sini, memang banyak resepi yang saya buat. Yela, nak tunggu balik malaysia memang lama lagi la kan. Maka saya banyak cari resepi dan buat sendiri. Banyak juga saya belajar di sebalik kesusahan. hehe. Mungkin juga sebab dulu selalu tengok wan buat kuih, jadi saya rasa tidak mustahil kalau saya nak ikut jejak wan. :) Ok setakat tu je lah. Lebih banyak resepi akan saya cuba. Tapi kena tunggu cuti-cuti la ye. daa~ Stop and look around you
Monday, December 16, 2013; 4:59 PM
Bismillah...
Nowadays, people in this world are very busy. Their schedule being so hectic. The world moves so fast. Everywhere you can see people rushing. Walk faster. Being late for an appointment, for a class, for an exam...People don't care about others but himself. Everyday thinking about how to improve themselves. With the technology, they become more more more busy. Busy thinking about their own success. They don't care if other people are failing. What they should think and focus is as long as they are walking towards success, everything's okay. Sometimes, we tend to forget. Forget to stop for a while, and looks around you. Forget that not every people are lucky as we are. Look at other people. Some people need helps. Some people didn't walk as fast as we do. Not because they don't want to, but some people are not capable to do it. They need our help. Rich people are not forever rich. The same thing does happen to the poor, they are not forever poor. Things may change. For every person, there is difficult time through their journey. When it happen to us, that we have to stop for a while, it doesn't mean we did not want to achieve success anymore. We did but we need helps from others. Just as much as you need people through your difficult times, that's how you have to help other through their difficult time. That's life. We will need each other. We are created to help each other. Please. You can walk fast. You can go for you goal. But please, don't forget your family, your friends, your neighbors, your community. Open your eyes. Open your true eyes. Look through your heart. Because heart will never lie. Success will be meaningful if we success together. Don't let your friend down when you know they need you. **pesanan kepada diri sendiri T - together E - each one of us A - achieve M - more hate
Saturday, December 14, 2013; 1:13 AM
Bismillah...
Hari ni kecoh kat wall facebook, Mesir dilanda salji buat pertama kali setelah lebih 120 tahun. Hampir semua orang membicarakan benda yang sama. Jiran-jiran pun aku tengok happy je. Siap tadah2 tangan. Jiran depan pulak, baca doa dengan anak dia. Macam-macam karenah. Dan hari ni mahu tidak mahu, aku terpaksa pasang heater jugak sebab terlalu sejuk.
Tapi...tapi...
Sebenarnya, hari ni hati aku sedih. Sedih. Sedih. -.-"
hmmm. Entah. Tak tahu nak cakap. Tahu kenapa. Tapi tak nak cakap. Tapi nak cakap aku tengah sedih je.
Maybe I'm expecting too much. Ah, bencinya perasaan ni. Benci benci. Pergi kau dari sini perasaan sedih.
Tapi sudah pasti, orang tak sedih tanpa sebab. There is a reason. There maybe more than one reason. -.-"
Dah lah. Menyampah dengan diri sendiri. Nak post gambar semalam je. bye.
11.12.13
Wednesday, December 11, 2013; 11:50 PM
Bismillah...
11/12/13 Cantik tarikh ni. Dan kebetulan tarikh ulang tahun kelahiran / hari jadi / birthday saya. Kalau pun ada yang tanya, ada apa pada tarikh? Cantiknya tarikh tak membawa apa-apa makna. Terpulang kepada mereka. Tapi bagi saya, setiap orang itu ada sudut pandangan yang berbeza. Bagi saya yang memang meminati nombor dan matematik sejak kecil, saya suka melihat nombor. Dan apabila saya lihat sesuatu nombor, secara automatik saya akan lihat lebih dari sebuah nombor. Contohnya jika saya lihat nombor 32, automatik saya akan berfikir 4 x 8 = 32. Salahkah saya? Jika saya lihat susunan nombor 2, 3, 5...saya akan tengok, eh, nombor 4 xde, tapi 2 + 3 = 5. 2 x 3 - 1 = 5. Tak salah kan jika saya lebih menghargai nombor berbanding dengan orang lain? Apatah lagi jika ada susunan tertentu yang bagi diri saya susunannya agak indah. Apa yang indah pada mata saya tidak semestinya indah pada mata orang lain. Sesuatu yang remeh pada mata orang lain pula, tidaklah bermakna perkara itu memang remeh. Yang buat kelakar ialah saya dah kira tarikh ni sejak 3 tahun dulu. hihi. Bila tengok birthday sendiri, tengok nombor macam cantik jew. Tak pasal2 saya kira2 dan bercita-cita nak tunggu tarikh istimewa ni 11.12.13. So, congratulation to me. Weeeeeee. I'm so happy. Saya suka dan hargai bila orang wish. Lagi suka kalau orang bagi hadiah. hihi. Macam budak2? Say whatever you want to say. What makes me happy will always makes me happy. =) So I have plan...on a special date, at a special place, to do something special with someone special. haha! Imaginasi je lebih. Sebabnya, masa saya fikir tu, saya terlupa yang masa tu saya dah tahun 6 = very busy. Dan hakikatnya, pada tarikh yang istimewa, tiada apa yang istimewa berlaku melainkan saya pergi ke kelas seperti hari biasa dari pagi sampai dekat nak maghrib baru balik. huuuu~ how sad... Nak buat kek tak sempat sebab busy. Isnin ni exam tropikal pulak. Nak beli xde duit sebab elaun xmasuk2. :'( xde orang nak belanje or buatkan ke? waaaaaaa~ Hari ni cairo hujan. Angin kuat. Sejuk semacam. Sampaikan kat kedai-kedai semua habis jual air panas. Serius sejuk. It just tooo cute when pingu kecik n pinga wish me. Macam comel je. hihi. Tapi pingu sibuk kot. Tak sempat nak buka fb. Nak kacau macam serba salah je. xpe2. Nasib baik ada pinga. "We turn not older with years, but newer everyday". Yes, everyday is a new start for me. And a new start of my 23 age. :D Thanks for reading. Bye3 p/s : saya ada dua tarikh yang saya dah lama tunggu. Salah satu nya hari ni. Lagi satu....will coming soon! UFO - YETI
Tuesday, December 10, 2013; 11:49 PM
Bismillah...
Selesai exam semalam, hari ni ada program Ultimate Family Outing (UFO). Mula-mula ingat nak join, nak masuk game "dam haji". Tapi....semua ahli kumpulan paksa aku main chess. Aduh. Malasnya. Lagi-lagi kalau lawan orang yang jenis fikir lama. Tapi demi ahli kumpulan YETI, aku masuk jugak laa..
YETI
First2 dah kena jumpa afifi. Aduh! Kenapa tak jumpa last2 nanti? Alhamdulillah menang first round. :)
Second round...
Alhamdulillah menang mudah. :D
3rd round. Konon tension. Padahal baru start. haha
Alhamdulillah. Menang jugak. :D
Ok, dah menyumbang point untuk kumpulan YETI. Now balik rumah study. Esok kelas. :D Sekian~
Eh, macam mana ni? Ni pesakit perempuan. +_+ Selama ni dalam kelas pesakit lelaki je.
Bismillah...
9/12/13 Dalam kesejukan pagi winter, aku gagahkan untuk bangun awal. Hajat di hati nak ulang kaji sekali gus semua sistem sebelum pergi exam mid round internal medicine or mini osce. Selesai solat, aku tidak menunggu lama. Terus buka buku satu per satu. Walaupun sudah beberapa kali mengkhatamkan buku ni sebelum ni, tapi sekurang-kurangnya pagi sebelum exam perlu untuk tengaok dan imbas semuanya agar lebih ingat dan tak ada yang tertinggal. Tektik apa kau guna ni nua? Ontah lah. hihi Kehangatan kopi membantuku tahan mengantuk dan tidak menggigil. Sedang aku baca, tiba-tiba rasa macam masa dah tak cukup untuk baca sistem neuro. +_+ Tiba-tiba dapat mesej cakap exam telah diawalkan sejam. Doktor sedang tunggu kat hospital dan pelajar malaysia baru ada 5 orang. WHAT? Tak berapa terkejut sebab dah biasa. Selama ni pun memang suka ubah-ubah. Mahu tidak mahu, habis tidak habis, terpaksa juga siap-siap pergi hospital. Tapi tapi..nak pakai baju apa ni? Rasa macam nak pakai kemeja. Tapi tengok suhu macam sejuk jew..macam sejuk jew. Tahan ke kalau pakai baju kemeja ni?? Di hospital.... Tidak seperti yang dijangka. Kusangkakan giliranku lambat lagi kerana angka giliranku agak terkebelakang. Ternyata jangkaanku meleset. Hari ini doktor dah sediakan ramai pesakit. Dan setiap orang akan dapat pesakit yang berbeza. Dan hampir separuh akan exam serentak. aaaaaa. Takut takut. Bukan takut apa, takut nanti doktor tanya soalan yang........mencabar sampai tahap master kee..hehe Tiba giliranku... Ah, ada doktor tengah duduk di hujung katil. Aku melangkah ke arahnya. Doctor : I give you 5 minute to examine the patient. (Tertulis di atas kertas di atas katil pesakit yang sedang berbaring, "Comment on the pulse and Auscultate the heart") Aku melihat pada pesakit. Alamak, pesakit perempuan! Bisik hatiku. erm.. Aku mulakan dengan merasa radial pulse pesakit sambil tengok jam. Regular. 72 beats/minute. Aku ambil tangan sebelah pesakit. Hmm..equally in both side. Aku tengok pada kaki pesakit. Eh, bertutup dengan selimut. Macam mana ni? Me : er..doctor, do I need to examine all the pulse? The carotid, brachial, femoral.... Doctor : sure. But the most important is the upper limb and lower limb. Terus pesakit buka selimut dia...*examine* Selesai examine the pulse, aku terus memakai stethoscope. Eh, macam mana ni? Ni pesakit perempuan. +_+ Selama ni dalam kelas pesakit lelaki je. Tak pernah lagi aku auscultate pesakit perempuan. Er... Me : *letakkan stethoscope kat apex of heart. ...... Okay, regular. No murmur. No additional sound. But the second heart sound is quite loud. Eh, macam mana nak dengar kat aortic and pulmonary area ni? Macam dah tertutup dengan breast je. T.T Seriously rasa janggal sangat. This is my first time. Dulu aku dah pun tertanya-tanya kenapa tak ada pesakit perempuan dalam kelas. And now masa exam kena pesakit perempuan. hmmm. Maka aku letak je la kat sebelah kiri sternum. Tu lah kawasan paling hampir dengan pulmonary area. Okay, confirm. Second heart sound is accentuated. Lepas cakap terima kasih kat pesakit, terus pergi kat doktor. Doctor : so, what you find? Me: the pulse is bla...bla...bla....*sambil terangkan kat doktor*. Doctor : so, what is the cause of inequality of both radial pulse? Me : erm. Maybe there is of obstruction of the artery such as if the is atherosclerosis, thrombus or thrombus. Doctor : Okay. That's from inside the vessel. What else? Me : maybe there is compression of the artery from outside... Doctor : compress by what? Me : Can be tumour... Doctor : and the most common cause???? Me : erm... Doctor : when the apex of lung compress the artery. Me : so when the lung enlarge and compress the artery, the radial pulse will be unequal? Doctor : yes. Me : oooo. hehe Doctor : what you find in the heart? Me : I heard ...bla...bla...bla *sambil terang dengan panjang lebar* Doctor : so, what is the cause of accentuated second heart sound? Me : erm...*mitral click ke? ke prostatic valve ni? Membebel dalam hati*. Second heart sound is produce by closure of aortic and pulmonary valve... Doctor : yes..then? Me : pulmonary stenosis? (main tibai je jawab) Doctor : no, if there is pulmonary stenosis, the sound will diminished. Me : ooo. yes yes I agree. Maybe there is ventricle enlargement. Doctor : maybe. But what is the most common cause? Me : *buat muka berfikir* Doctor : The most common cause is pulmonary hypertension. Me : oooo. hehe *sambil angguk2* Doctor : that's all. Me : okay. Thank you doctor. =) Alhamdulillah. Selesai mid round exam. Lepas ni belajar sungguh-sungguh lagi ye. Keluar wad ambik gambar. hihi
Bergambar je lebih. kbai
balong tunang
Monday, December 9, 2013; 1:13 AM
Bismillah...
8.12.2013 Tarikh yang bermakna buat abang sulungku. Tarikh pertunangan beliau bersama kak ain. Biasalah, bila dah duduk jauh ni, memang aku lah yang tak ada dalam majlis. kui3. Xpe, bukan aku sorang, luqman pun xde sebab tengah belajar kat bandung. Walaupun tiada di sisi, doaku sentiasa bersamamu. :D Well, tahniah buat yang bertunang. Abang kedua pun dah bertunang bulan 10 hari tu. Dah tu, bila lagi masa untuk aku bertunang? jeng jeng jeng. xdapek den nak nolong. Sebabnya aku xde masa lagi nak fikir pasal ni. Benda yang nak kena fikir dan hafal pasal medic ni pun x habis lagi. It's my final year. So better tumpu mana yang perlu. Dah habis belajar nanti, nak fikir pasal HO kat sabah pulak. After that we will see what will happen. hihi. As for now, I don't have any plan yet. :p Tiba-tiba dapat tahu 24/12 ni adik dan abang nak pergi umrah. Gembira bercampur sedih. Gembira adik dan abang dapat beribadah kat sana. Sedih sebab hajatku nak ke sana belum lagi tercapai. :'( Walaupun aku yang terlebih dahulu merancang nak pergi. Tapi...tapi....Allah ada perancangan lain bagiku. Sabarlah wahai hati. Giliranmu akan tiba. Insya-Allah. Persoalannya sekarang ni, esok sebenarnya aku ada exam. Tapi kenapa sempat lagi update blog ni? Haaaaaa. Sebabnya tadi tengah baca-baca. Pastu mengantuk yang amat. Tapi bila buka blog dah tak mengantuk. Tapi lepas ni kalau buka buku balik mengantuk balik. Haih. Mengada eh mata. Maybe I should sleep for a while. Potong kuku supaya senang nak buat percussion esok. Stethoscope, tukul, glove, semua kena ready. ~~~~Mimpi indah~~~~ Got murmur and disappear...
Sunday, December 8, 2013; 1:10 AM
Bismillah...
How irony! As I'm reading about murmur, preparing myself for this coming exam, I took my stethoscope and try to hear my own heart sound. OMG! It can't be this way?? I quickly ran out of my room. "Acap, kau busy tak? Nak dengar heart kau jap". ...........(putting my stethoscope to his apex)..... "Normal je. Nape aku rasa aku punya heart macam tak normal je..." Yes, I heart murmur from my very own heart. :'( I quickly went to muhammad's room. "Mad, cuba dengar heart aku jap. Kau rasa normal ke?" .......(dengar)...... "Normal je. Nape? Kau rasa tak normal ke?" .....(I try to hear it again).... aaaaaah. Yes, it's normal. How come I heard something just like murmur just now. o.O Can you see the magic here? You can hear murmur just because you read something about it. And it will suddenly disappear. haha. Ah, buat suspen je. Tapi seriously saya dengar murmur tadi. Just tiba-tiba je dia hilang T.T Kbai~ Kenapa bagi alasan jika anda mampu mencipta peluang?
Saturday, December 7, 2013; 1:31 PM
Bismillah....
Tengok orang lain masuk tuition, ada jugak niat nak masuk tuition. Nak jugak belajar dengan doktor yang hebat. Mungkin saja ada maklumat atau teknik tambahan lain dari yang diajar dari universiti. Tapi apa kan daya...yuran tuition mahal. Tuition teori internal medicine saja dah 5000 LE. Tuition surgery dah 4000 LE. Yuran tuition lebih mahal dari tiket pergi balik dari cairo ke malaysia. T.T Tambah lagi elaun JPA sampai sekarang tak masuk. Bukan elaun bulan 12, tapi elaun bulan 11 pun tak masuk lagi. Kalau berterusan macam ni, masuk tahun 2014 boleh la start makan pasir. o_O Tulah, minta lagi nak naik elaun. Sekarang ni bukan je tak naik, malah tak masuk langsung. Padan muka kau. Haih. Dunia sekarang semuanya memerlukan duit. Duit merupakan salah satu daripada "resource" yang penting. Sebelum melakukan sesuatu, kena pastikan setiap 'resources' mencukupi. Tanpa 'resource' yang cukup, engkau masih boleh melakukannya, tapi ada sedikit keterbatasan pada sesuatu yang mahu tidak mahu, perlu kepada 'resource' itu. Kalau lah dari kecik aku menabung macam Rosmah, mesti aku dah boleh pergi tuition. :p Buat adik-adik, mulalah menabung dari sekarang. Contohilah kak mah yang boleh hidup senang lenang sekarang ni. Cuba untuk positifkan perasaan, aku bayangkan cara-cara membuat kek. Kalau resepinya memerlukan gula castor tapi kita hanya ada gula kiub, boleh je kita gantikannya dengan gula kiub kan? Begitulah nasibku. Walaupun aku tidak mampu nak pergi tuition, pasti ada cara lain. Masa orang pergi tuition, aku boleh gunakan masa tu untuk study, kan? Mungkin boleh buat study group dengan budak yang pergi tuition. Tak semestinya tak masuk tuition tidak boleh berjaya kan? kan kan? Untuk mencapai kejayaan itu, bukan ada satu jalan je. Pasti saja ada jalan lain. Yang penting usaha. Mungkin aku dipilih untuk mencipta kejayaan dengan cara lain. Chaiyok! =) Biasalah, awal-awal ni memang banyak nak kena beli buku. dalam masa sebulan dah belanja 800 LE untuk beli buku je. Buat pihak JPA, sila la masukkan elaun. Buku surgery tak beli lagi ni. Ceh, macam la ada pegawai jpa nak baca blog aku kan. kah3. Saje je nak tulis2 kat sini. Xnak baca sudah. kbai Get 100% in exam and you will kill a patient??
Bismillah...
"Jika takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan"
Quote dari Dato' Sri Anwar Ibrahim. Yes, I'm inspired by his words. Orang yang hebat dan punyai banyak pengalaman, kata-katanya pasti tersirat seribu makna. Aku cuba memikirkannya. Ya, RISIKO. Setiap perkara yang kita hendak lakukan, pasti akan ada risikonya. Persoalannya, adakah kita sudah cukup berani untuk mengambil risiko itu? Apakah kita lebih suka "play safe"? Takutkan kegagalan, maka kita takut untuk melakukan sesuatu yang berisiko. Apakah begitu? Iya, seseorang yang tidak mencuba, sudah pasti tidak akan pernah gagal. Tetapi harus diingat, seseorang yang tidak berani mencuba juga, pasti tidak akan pernah mencapai kejayaan. Hanya orang yang berani mencuba akan mengerti dalam hidup ini ada turun dan naiknya. :) Baru-baru ni, Dr Nageeb ada pesan, kebanyakkan pelajar terperangkap dengan perkataan "medical student". Pelajar akan terkeliru apabila digelar sebagai "medical student". Sebenarnya, apa yang harus difahami adalah kita jangan terkeliru dengan istilah ini. The word student and the word medical have different meaning. Being a student means you want to get a high marks, get a good result, want to please you parents, your professors. But the term medical means to treat, to give treatment, to cure. (Of coz here we are not talking about Allah is the one who cure all diseases) Aku setuju. Hakikatnya itulah yang berlaku. Seorang 'medical student' tidak sepatutnya hanya menjadi student tapi menjadi 'medical student' yang sebenar. Memahami sedalamnya ilmu yang dipelajari supaya dapat digunakan dalam kerjaya untuk membantu orang lain. Maka Dr Nageeb berikan satu persoalan; which one do you prefer, get 100% in exam and you will kill a patient in your job or get about 70% - 80% and you save a life in your job. Almost all the students please to save a life but the real answer is to get 100% and save a life. haha. He give also said, a good professor is the one who will deduct the student marks if they forgot to answer correctly and the student will remember that even more and practice it in their life. For example, when the doctor asks you to examine the pulse, and you forget to examine the posterior tibial or dorsalis pedis pulse in the leg, and you misdiagnose the patient which lead to cut his leg. So in same situation, the only thing which can save the patient's leg is only one finger. You just put your finger and examine the leg pulse. If you forget, the the patient will suffer because of your lack of knowledge. +_+ Indeed. Really deep. I just can feel it. The high responsibility I get here. In other to remember and not to forget things, you have to be systematic. Examine the patient from above downwards. Insya-Allah doctor Nageeb. I will remember your precious advice here. Ada beberapa lagi pesan Dr Nageeb yang sangat inspiring, tetapi tak sempat nak taip kat sini. Sebab isnin ni nak exam mid round dah. Kaaaaaaaaan. Balik2 exam. Sabar nua sabar. Kejayaan itu pasti tidak datang bergolek. Kejayaan yang kita lihat pada hari ini, tersirat disebaliknya liku-liku kesusahan, pahit, keperitan dan kepayahan yang tidak bisa dilihat oleh semua orang. Mata kita hanya mampu melihat apa yang ada di hadapan mata kita. Mata kita tidak mampu melihat apa yang telah dilalui oleh kejayaan seseorang. Adapun tatkala kita sedang melihat orang sedang jatuh, mata kita hanya mampu melihat kegagalan seseorang. Mata kita tidak bisa melihat masa depannya. Mata kita tidak tahu bahawa kejatuhan dia pada hari inilah yang membawa dia kepada kejayaan. Hanya kerana mata. Jika kita mampu melihat apa yang tersirat dan apa yang dilalui oleh seseorang yang sudahpun berjaya, sudah pasti kita tidak akan pernah kisah dan mengeluh tatkala ditimpa ujian. Dan jika saja kita mampu melihat masa hadapan bahawa disebalik kesusahan seseorang itu mampu membawanya kepada kejayaan, sudah pasti kita tidak akan memandang rendah usaha mereka apatah lagi mencemuh mereka. Semuanya kerana keterbatasan ilmu kita. Eh, baru perasan dah bulan 12. huhu. Cepatnyaaaa masa berlalu. Tiba-tiba malam-malam nak tulis panjang2 kat blog kan. hihi. Saje nak ungkapkan apa yang doktor pesan supaya tak hilang. Dan nak motivate diri sendiri pun ada jugak. hihi. Till now, pray for me. :) lost?
Monday, December 2, 2013; 11:31 PM
Bismillah...
Dah sebulan saya meninggalkan bumi malaysia. Tapi....macam tak tahu mana hala tuju. I'm LOST! +_+ Banyak benda yang nak kena study. Banyak benda yang nak kena hafal. Sampaikan tak tahu nak mula dengan yang mana? Nak baca yang mana satu ni? Peningnyaaaaa. Ahad - Surgery HK, Abdomen, special, lecture surgery Isnin- Surgery HK, ortho, Seminar, special, lecture int. med Selasa - Surgery HK, Cardiology, special, lecture surgery Rabu - Surgery HK, Chest, special, lecture int. med Khamis - Radiology HK, Neurology, special, lecture dr heba Jumaat - off day Sabtu - tak menentu Nak baca. Tapi sebab terlalu banyak nak baca, xada plan dan tak tahu nak baca mana satu. End up baca randomly. Tak pasti berkesan ke tak cara ni. Tapi...I just thought it's better than read nothing. aaaaah. Hati sungguh tertekan. Tahu2 dah nak mid round exam minggu depan. sob3. Orang cakap, kalau kita nak dapatkan apa yang kita nak, kena la susah2 dulu sekarang ni. Saya memohon sesiapa yang membaca post ini supaya dapat mempelajari dan memahami ilmu perubatan dengan baik. |