Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

cuti winter batal
Tuesday, November 26, 2013; 1:28 AM

Bismillah...


Pernah tak jumpa orang yang bila pukul 11 malam je dia buat kopi. Pastu esok mengadu tak dapat tidur malam pastu cam mengantuk dalam kelas. Aku lah salah seorang dari golongan manusia itu. haha! Sekarang ni pun dah pukul 1:16 pagi. Rasa macam malas nak tidur pun ada. Rasa macam nak study pun ada. =p


Semalam baru je buat perjumpaan dengan dean. Banyak benda yang dibincangkan. Tapi yang paling penting nak di"highlight"kan adalah cuti winter untuk tahun ini akan dibatalkan. What?! Sedihnya rasa hati tak ada cuti. Susahnya untuk mendapatkan ilmu. Banyak benda yang perlu dikorbankan. Oh hati, bagaimana harus aku memujukmu? +_+


Dan lebih sedih pabila aku ada memasang hajat untuk ke mekah semasa cuti winter tahun ni. Hatiku amat merinduinya. Nampak gayanya, hajatku belum kesampaian. Sayangnya. Sedihnya. Tapi menuntut ilmu perubatan di sini perlu aku dahulukan dan menjadi prioriti. Mahu tidak mahu, itulah kenyataannya. 


Aku masih tidak mampu untuk membayangkan...Bagaimana keadaannya. Kelas 6 hari seminggu. Tak ada cuti winter. Kelas terus padu berterusan sepanjang tahun. Tidak pernah lagi berlaku selama 5 tahun pengajianku. FIkiranku tidak mampu untuk membayangkannya. Ah kau ni nua, banyak sangat nak mengomen. Kata nak menuntut ilmu. Tahun akhir kan? Apa salahnya belajar all out?


hmmm. Yelaa...Saje je nak lepaskan kat sini. Tu pun xboleh. Nak cite kat orang, xde sape nak dengar. Biar jelah cakap sorang2. +_+


Kuatkanlah aku untuk menghadapi ujian ini. Ameen. 


4 Lovers??



Demam lagi..
Wednesday, November 20, 2013; 11:34 PM
Bismillah...


Sebenarnya esok ada exam ICU. Tapi saya dari petag tadi tidur je. Badan tak sihat. T T Sedihnya. Malam nak exam diuji dengan demam...

Eh, doktor pun boleh demam ke? 

Mestilahh. Siapa yang cakap doktor boleh terkecuali dari penyakit? Bakteria, virus mana kenal orang tu doktor ke tak. Kan? Lagipun doktor pun manusia, bukan superman. hihi

Nak makan paracetamol. Tapi tak makan malam lagi. Seingat belajar dulu, paracetamol kena makan selepas makan. Tapi...tapi...acane ni?? Makan malam xmasa lagi. Tapi kepala dah pening. Badan dah panas. -.-"

At last, saya terpaksa makan juga paracetamol tanpa makan sebelum tu. Siap makan dengan air teh lagi. 

Peningnyaa....

Wish me luck for tomorrow. 

2 Lovers??



T T
Tuesday, November 19, 2013; 4:13 AM
Bismillah...

Erm...kadang-kadang, ada perkara yang memerlukan kita untuk membuat keputusan. 
Kadang-kadang kita takut untuk buat keputusan. Takut tersalah buat keputusan.
Kadang-kadang, sebelum buat keputusan kita nak minta pendapat orang lain dulu.

Tapi...
Saya tak perasan pingu tengah busy. T T


*sob3* 

0 Lovers??



Tangan dan kaki pak cik tak boleh bergerak...
Saturday, November 9, 2013; 4:28 PM
Bismillah...


Final year ataupun tahun akhir ataupun tahun 6 sekolah perubatan. Kini aku terasa kesibukkannya. Cuti sehari je dalam seminggu iaitu hari jumaat. Dan setiap hari kelas akan bermula pukul 7 pagi dan akan tamat pukul 4 petang. Dan setiap harilah aku akan belajar sesuatu yang baru. Owh final year! Dah dah, jangan banyak mengeluh. Nak jadi doktor kan? Sudah menjadi tanggungjawab untuk mendalami sebetul-betulnya ilmu perubatan supaya kelak dapat mempraktiskan ilmu dan menyumbang kepada masyarakat. =)


************************************

Tatkala aku sedang belajar tajuk neurology di dalam kelas, tiba-tiba masuk seorang pak cik A bersama anaknya. Kurus, mukanya kelihatan sedih, tidak ada sedikit pun tanda ingin tersenyum. Terus duduk di kerusi roda. "Mungkin ini pesakit yang doktor ingin tunjukkan hari ini" bisikku. Selepas doktor selesai menerangkan dengan jelas apa yang harus dilakukan, doktor mengarah kami untuk melihat kepada pesakit tadi. Doktor cuba bertanyakan perihal pak cik A. 


Tiba-tiba, pak cik A menangis. "Eh, sakit ke?". Aku tiba-tiba terkeliru. Seingatku, doktor belum pun menyentuh mana-mana bahagian cuma bertanya sahaja. Ataupun baru terasa sakit? Aku hanya memerhati. Doktor cuba menenangkan pak cik A dengan mengatakan semuanya akan pulih dan memintanya banyak bersabar. Baru ku sedar. Sebenarnya pak cik A sedang sedih mengenangkan keadaan nasibnya. Mungkin memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini. 


Selepas beberapa soalan ditanya, kami dapat tahu bahawa dua hari sebelum ni pak cik A ada seorang yang sihat. Menjalani kehidupan seperti kebanyakan manusia biasa. Namun, semasa pak cik A sedang tidur, tiba-tiba terjaga dan mendapati tubuh badan bahagian kiri sudah tidak dapat bergerak atau dikenali dengan istilah "hemiplegia". Bermula dari tangan hingga ke kaki sehingga memaksanya menggunakan kerusi roda. Jawab pak cik A sambil menahan sebak. Sekarang aku memahami kesedihan yang dihadapi sehingga menitiskan air mata di hadapan kami. 


Aku mula melihat diriku. Sihat. Mampu bergerak. Tidak mustahil bila-bila saja Allah boleh menarik nikmat yang diberikan kepadaku. Tatkala itu, pasti nilai nikmat itu amat dirasai dan teramat rasa kehilangan. Na3uzubillah. Saat tidak lagi mampu bergerak, apakah kita mampu melaksanakan segala perkara yang kita tangguhkan? Selama mampu bergerak ke manakah kita gerakkan tubuh kita? Sudah cukupkah solat kita? Teringat pesan seorang ustaz, "jangan sampai sesuatu nikmat itu sudah ditarik, maka ketika itu kita mula mengatakan seandainya Engkau ya Allah memberikan nikmat ini kepadaku, pasti aku akan lakukan ini dan itu". Namun itu sudah terlambat. Maka sebolehnya, janganlah kita menunggu saat nikmat itu ditarik tetapi lakukanlah sementara diberi kesempatan. Jangalah kita ber andai andai lagi apabila sesuatu nikmat itu sudah ditarik. Allah...


Bertapa besar kuasa Allah. Bertapa kerdil kita sebagai hamba-Nya. Segalanya bisa dilakukan-Nya sekelip mata sahaja tanpa perlu keizinan daripada kita. Kerana kehidupan yang kita jalani sekarang bukanlah berlaku atas apa keinginan kita tetapi berlaku atas keinginan Allah. Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang selalu menginginkan Engkau.


Terima kasih kepada pak cik A. Secara tak langsung telahpun membuka mataku dan memberikan aku pengajaran yang amat berguna. Pengajaran yang datang daripada Allah kepada hamba-Nya dengan menggerakkan manusia di sekeliling kita. Moga Allah memberi kesembuha kepada pak cik A serta ahli keluarganya. Ameen. 


Pasti aku akan belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat membantu orang yang memerlukan seseorang yang pakar dalam bidang perubatan. Kerana itu sudah menjadi tanggungjawabku. Insya-Allah.



0 Lovers??