Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

result oiii
Saturday, July 27, 2013; 7:31 AM

Bismillah...


Hatiku resah. Haaa. Memang tu je lah kojo kau. Resah memanjang. Yelaaaa. Result bila2 je boleh keluar bai. Haihh. Apalah nasib result aku ni? Nak lagi specific lagi, apalah nasib result O&G aku ni. huhu

Hmm..Selagi tak keluar ni, tak tenteram pulak hati. +__+

Sekarang ni duk la refresh laman web ni banyak kali. 

http://www.medicine.cu.edu.eg/students/index.php/en/


Sebab result boleh keluar bila2 je sekarang ni. Tapi sekarang ni rasa cam nak tidur la pulak. So, siapa2 yang rasa agak rajin tu, boleh la refreshkan link tu banyak kali ye. Kot2 dah keluar ke, tolong kejut saya eh. hehe

p/s : 18 ramadhan dah. Sedihnyaaa ramadhan dah nak habis :'(

0 Lovers??



Ramadhan Kareem
Wednesday, July 10, 2013; 4:39 AM
Bismillah...




Ahlan ya Ramadhan. Ahlan ya Ramadhan. Aku sangat bersyukur dapat dipertemukan bersama ramadhan. Dan lebih membuatkan ku gembira, dapat menyambut ramadhan di Cairo. 

Dalam kesesakan bandar Cairo, dalam suasana yang kacau bilau, namun hatiku seakan tenang menyambut ramadhan di sini. Ya, tenang. Tidaklah aku merasakan perasaan ini pabila aku berada di Malaysia. Dan kerana faktor ini, hatiku teramat berat untuk meninggalkan bumi Mesir.

Perasan yang tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. Pergi saja di mana-mana masjid, pada apa-apa waktu solat sekalipun, pasti akan kudapati masjid itu penuh dengan manusia. Di mana-mana orang membaca al-quran, hatta di dalam bas dan metro. Tidak mungkin dapat kufahamkan seseorang tentang ini kecuali mereka melaluinya sendiri.

Dan antara kelainan di sini, doa qunut dibaca seawal satu ramadhan. Aku suka mengaminkan doa imam-imam masjid. Bacaannya penuh bersemangat, cantik bahasanya, kata-katanya tersusun. Ditambah dengan waktu malam yang pendek di sini, aku memilih untuk tidak tidur di malam hari sementara menunggu waktu sahur. 

Di saat ini, aku masih menunggu dan menanti. Ada kah berita gembira buatku? Adakah guruku, Sheikh Rohimuddin akan kembali? Sudah lama aku menantikan saat untuk bertemu kembali. Penantian yang tidak pasti. Tapi yang aku pasti, hatiku rindu. 

Semoga aku terus diberikan peluang. Untuk terus merasakan ketenangan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik. Ramadhan Kareem. 






0 Lovers??



Exam? No, not yet.
Monday, July 8, 2013; 4:59 AM
Bismillah...


Selepas tamat exam pediatrics kertas 2, aku ambil keputusan untuk memberikan masa untuk diriku berehat pada 2/7, memandangkan exam klinikal, slides dan oral pediatrics akan berlansung pada 6/7. Maka masaku diisi dengan pes 2013. +_+



Malam 2/7, aku mula membelek2 buku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita exam pada 3/7 akan ditunda kerana keadaan yang tidak menentu. Sekumpulan pelajar Malaysia yang akan exam pada 4/7 mula gelisah kerana exam pada 4/7 juga mungkin akan ditangguh, dan ada antara mereka yang akan pulang ke Malaysia pada 5/7. Owh!



Kegelisahan membelenggu...




*************

Petang 3/7, keadaan mula kecoh. HOD dan sahkan exam pada 4/7 juga tunda kepada satu tarikh yang tidak diketahui. Semua mula gelisah. Ada yang cuba hubungi dean, HOD, pegawai JPA. Kerisauan yang jelas adalah terpaksa meninggalkan Mesir dalam keadaan masih belum menduduki exam terakhir kami. Keadaan bertambah serabut apabila ada pihak yang buat sikap mementingkan diri sendiri. Tidak kurang ada yang tidak mahu terlibat dan tidak memberikan kerjasama. Dalam keadaan begini, aku pasti semua orang perlu mengawal emosi mereka. Jangan cepat melenting. 



Selepas beberapa kali siri perbincangan yang panas, keputusannya, doktor akan cuba buat juga exam pada 4/7. Dalam keadaan yang diasak kuat, vice dean memberi tahu semua pelajar Malaysia digalakkan mengambil exam pada 4/7 kerana exam pada 6/7 juga akan ditunda pada tarikh yang tidak diketahui juga. 

Owh! Aku sangat tertekan. Tatkala keputusan dibuat, jam sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Dan aku ada masa kurang dari 12 jam untuk mula membaca buku dan tidak tidur! Keputusan yang bagi diriku sangat tidak adil dan sangat sangat mementingkan diri sendiri. Ada orang yang mahu melepaskan dirinya sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain. 



Aku bertegas! Vice mengatakan "digalakkan" bukannya "diwajibkan". Aku percaya masih ada ruang perbincangan. Aku bertegas tidak mahu mengambil exam esok, tetapi ambil pada 6/7. Keputusan yang sangat sukar bagi diriku. Pergi exam dalam keadaan tak sedia, dapat markah sedikit, terpaksa mengulang subjek ataupun persiapkan diri untuk exam 6/7, tetapi exam tidak tahu akan ada atau tidak, dan mungkin ditangguhkan sehingga aku tidak dapat pergi umrah pada 12/7. Apatah lagi exam kali ini membawa markah 150 dan kami perlukan sekurang-kurangnya 60% dari markah keseluruhan untuk hanya lulus exam. 




Dalam ketegasan aku, diriku masih keliru. Ku gagahi membaca buku yang banyak dalam keadaan yang tidak rela.




**************

Sedang aku membaca buku, tiba-tiba dengar bunyi sorakan serta bunga api tanpa henti. Bacaanku terhenti. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Tepat tekaanku. Pemerintahan Dr Morsi telah diambil alih oleh pemerintahan tentera. Kumpulan anti-morsi bersorak seolah mereka sudah merdeka. Dan pada itu, terdapat doktor yang menulis di facebook bahawa exam pada hari sabtu, 6/7 akan berjalan seperti biasa. Diriku sedikit lega tidak perlu exam pada esok hari, juga sedih kerana jatuhnya pemerintahan Dr Morsi.



Aku teruskan membaca. Sehingga aku tertidur...





Aku terjaga. Sekali lagi dapat berita menggemparkan. Exam pada 6/7 tidak ada, yang ada hanyalah 8/7. Maka bagi sesiapa yang akan balik pada 7/7 diminta hadir exam sekarang! Terkejut. Memang sangat terkejut! Terutama bagi ahli rumahku yang akan balik pada hari ahad. Mustahil untuk pergi exam dalam keadaan baru bangun tidur dan tidak bersedia. Gila. Keadaan kembali kelam-kabut. 


Setelah menghubungi beberapa orang, akhirnya AJK akademik cuba untuk berbincang semula dengan HOD. Mustahil untuk mengambil exam yang memang tidak dijangka. Sekali lagi exam ditunda kepada hari sabtu. Lega kembali.


******************


Malam 5/7, saat aku bersemangat membaca, menghafal dan mempraktis klinikal skill, seperti sudah dijangka, pengumuman exam ditunda. Again. Penatnya begini. Aku pening. Hilang mood nak membaca. Buka laptop dan buat kerja lain. Maka bermulalah kembali perbincangan demi perbincangan. 


Nasib agak baik, ada doktor yang kasihan pada pelajar yang sudah membeli tiket, Dr Ahmed Badr dengan rela hati ingin teruskan exam. Maka esok akan diadakan exam untuk pelajar yang akan pulang hari sabtu dan ahad sahaja. Yang jelas, aku tidak akan terlibat. Aku terus menutup buku. 


Pukul 1 pagi, senarai nama pelajar yang akan exam esok keluar. Bagi sesiapa yang akan pulang sebelum 13/7 akan pergi exam. Dan ini bermakna, aku juga termasuk! Dan aku dah tutup buku. Dan aku dah tak ada mood. Tapi aku terpaksa. +_+


Aku pasrah. Sambil membaca, aku tertidur. Dan pabila aku sedar, lagi 40 minit nak exam. @_@ Ya Allah. Bantulah aku. Aku terus siap dan pergi ke hospital dalam keadaan kurang bersedia. Apa yang termampu, itulah aku lakukan. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.


*******************

Begitulah secara ringkas bertapa kelam-kabutnya exam kali ini. Dan sehingga hari ini, keadaan masih tidak aman. Apa yang aku coretkan di sini, hanyalah sedikit. Keadaan sebenar sangat kelam kabut. Tidak pernah aku rasakan sedemikian rupa. Alhamdulillah, 3ala kulli hal, ana khalastu el imtihan li sanah khomsah. Allahummaj3alna minnannajihin. Ameen. 


0 Lovers??