Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Pasca obs & gyne
Thursday, June 13, 2013; 5:24 PM
Bismillah...
Usai exam O&G (obstetric & gynecology) paper 2, aku ternampak seorang rakanku. Nun jauh di sana. Diam. Termenung sambil tangan menongkat dagu. Ya, aku dapat rasakan. Suasana pada kali ini sungguh berbeza. Seluruh dewan seakan menyepi kesedihan. Kebiasaannya, orang akan gembira dan berasa sedikit lega apabila habis exam. Apatah lagi subjek O&G adalah tajuk terbesar untuk tahun ni. Namun bukan itu keadaannya. Belum pun sempat kesedihan dan terkejut dengan kertas 1 dua hari lepas reda, ditambah pula dengan kejutan kertas 2. Pedih. Hatiku bagai dicucuk. Pada saat ini tiada kata mampu ku ungkapkan. Sudah seminggu aku bersengkang mata. Tidurku tidak lebih dari 3 jam. Dalam terang mahupun gelap, ku gigihkan usaha. Membaca dalam malapnya, ditemani cahaya lilin. Sebagai persediaan, untuk menghadapi subjek ini. Aku tahu. Bukan senang nak berjaya. Aku teruskan usaha. Hari ini... Sudah dua kertas berlalu. 330 markah. Tapi. Aku kecewa. Kecewa. Sebulan ku persiapkan diri. Namun, pabila tiba saatnya, aku seakan tidak bersedia. Tiada kekuatan. Aku sendiri tidak tahu di manakah silapnya. Aku merasa diriku lemah. Hanya mampu berdoa. Dan mengharapkan keajaiban. Semoga hari mendatang lebih bahagia. p/s : pasca exam O&G yang sangat susah! blackout > 12 jam
Saturday, June 1, 2013; 7:46 AM
Bismillah...
Owh, satu jun sudah. Dah makin dekat laa nak final exam. waaaa. Ada lagi 9 hari lagi. Alhamdulillah, saya baru je habis beberapa soalan past year. Ada lagi. Banyak lagi. Tapi saya plan nak habiskan hari ni juga. Ya, mesti. Wajib. Hari ini juga. Ya, hari sabtu. Jangan banyak soal lagi. hihi. Yelaaaaa. Nak rehat kejap tulis2 blog boleh kan? :) Pada waktu ini, pukul 7:10 pagi. Aku masih lagi berjaga. Belum lagi melelapkan mata. Semangat yang gigih memaksaku untuk menghabiskan soalan past years. Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan berjalan lancar. Sebabnya mudah. Kerana kita merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah itu lebih baik. Sedang aku sebagai manusia, tidak tahu apa yang telah dirancangkan oleh Allah untuk diriku. Semalam, menyaksikan tahap kesabaranku sekali lagi diuji dengan beratnya. Dalam keadaan panas, pukul 12:30 malam, tiba2 "blackout"! Gelap. Sunyi. Cahaya torchlight sahaja yang mampu memberikan sedikit cahaya. Aku diam. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Tapi aku yakin, bekalan akan bersambung selepas satu jam. Aku tunggu.. 3 jam sudah berlalu. Masaku berlalu begitu sahaja. Tiada tanda2 bekalan akan bersambung. Diriku berasa lemah. Tiada apa yang mampu aku lakukan. Study? Ah, gelap-gelap ni. Tidur? Panaslah dan mataku tidak mengantuk. Hanya dapat berbual dengan kawan-kawan serumah. Dan tiba-tiba azan subuh berkumandang pukul 3:15 pagi. Usai solat subuh berjemaah, hatiku mula tidak tenang. Bila agaknya boleh aku sambung ulangkajiku yang masih berbaki berpuluh soalan. Akhirnya, pukul 6 pagi, bekalan elektrik disambungkan. Ah, lega. Alhamdulillah. Lantas aku mengambil buku dan mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba telefon bimbitku bergegar. "Owh, pesanan dari ibu". Ibu : bagi nombor akaun bank kat belakang kad tu. Aku : (nombor akaun bank) Ibu : balik tak tahun ni? Aku : tak (jawabku ringkas) Ibu : ibu beli tiket... Aku terhenti. Aku terdiam. Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab. Aku tahu. Aku tidak mahu pulang. Aku tak nak bazirkan duit ibu ayah. Adik-adik lebih memerlukan. Dan aku sudahpun merancang sesuatu di sini. Namun..bagaimanakah harus aku jawab dengan baik kepada ibu? Fikiranku bercelaru. Aku : Mahal la tiket. Tak yah la membazir....(aku terangkan rancangan aku kepada ibu) Ibu : xpe. Duit ada je. (tanpa menyebut tentang rancangan aku) Aku terdiam lagi. Lama aku fikirkan. Lambat aku membalas. Aku tanya kawan2 lain. Aku : em...tapi nua ingat nak belajar kat sini (aku cuba kuatkan diri) Ibu : kalau macam tu oklah. Ibu doakan nua. Bertapa susah untuk aku katakan Aku masih rasa bersalah. Namun aku perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Ya Allah, bantulah aku. Tenangkanlah hatiku. Aku mengikut apa jua ketentua-Mu ke atasku. Sungguh hamba-Mu tidak tahu apa yang telah Engkau sediakan untukku. Tak sampai 30 minit, bekalan eletrik kembali terputus. Gelap. Berterusan. Sehinggalah pukul 3 petang. Namun baru sekejap ada, terputus kembali. Apa yang tak kena dengan negara ni? Kesabaranku mula memuncak. Aku merasa tidak berdaya lagi. Dalam keadaan panas. Tiada air. Tiada kipas. Tiada lampu. Tak boleh nak study. Tak boleh nak tidur. Segala-galanya tak boleh. -.-" Beberapa minit sebelum maghrib, akhirnya bekalan eletrik disambung semula. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi. Hatiku sudah bersedia jika sekali lagi terputus. Owh Mesir! Sudah hampir 5 tahun aku menetap di sini. Namun aku tidak akan pernah mengenalmu. Kesabaranku akan sentiasa diuji. Aku perlu tabah. Aku perlu kuat. Semua ujian ni bakal menguatkan diriku pada masa hadapan. Ya, 9 hari lagi. Aku perlu fokus. Fokus. Fokus! Final exam sebelum aku melangkah ke tahun akhir pengajian perubatanku. Moga dipermudahkan. Insya-Allah. |