Rules & Regulation Hush & Listen up! You're NOT allowed to:- -Copy, Rip, Spam, Steal & more...! If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen. If you love me, please stay to enjoy. :D Walking Talking Leave you footsteps here. Click 'Hantar' sekali sahaja. Kasr el-Ainy Mission 2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards. 3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems. Rewinds By Post: - hati - it's about to start.. - Pilihan. - Alhamdulillah. Debaran berakhir. - gelisah, result exam. - I am sooo speechless - konvo.. - time difference - sankiyu ma dear - Kisah isteri dan pakaiannya By Month: January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 February 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 July 2010 August 2010 September 2010 October 2010 November 2010 December 2010 January 2011 February 2011 March 2011 April 2011 May 2011 June 2011 July 2011 August 2011 September 2011 October 2011 November 2011 December 2011 January 2012 February 2012 March 2012 April 2012 May 2012 June 2012 October 2012 December 2012 January 2013 February 2013 March 2013 April 2013 May 2013 June 2013 July 2013 August 2013 November 2013 December 2013 March 2014 April 2014 May 2014 June 2014 July 2014 October 2014 November 2014 December 2014 January 2015 February 2015 July 2015 August 2015 November 2015 Follower Big Clap
| Bettter than others?
Wednesday, December 26, 2012; 1:53 AM
Bismillah...
Kadang-kadang bila jalan, dan orang yang berada di hadapanku berjalan perlahan, hatiku mesti berbisik, "haih, bersiar-siar ke? Slow betul jalan. Buang masa betul". Tapi waktu itu aku lupa siapa yang memberikan aku kekuatan untuk berjalan. Mungkin saja orang yang berjalan perlahan itu sakit kaki. Mungkin juga dia keletihan. Mungkin dia sudah tua, tidak segagah orang muda ketika berjalan. Apakah aku pada ketika itu lupa bahawa Allah menciptakan manusia itu pelbagai dan setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Apakah aku merasa angkuh tatkala aku diberikan kekuatan untuk berjalan lebih pantas dari orang lain? Sedangkan jika Allah tidak memberikan aku kekuatan itu, aku tidak mampu berbuat apa-apa. Sudah lupakah aku? Mengapa begitu cepat aku menghukum orang? Astarfirullah..Aku harus lebih berhati-hati selepas ini. Kadang-kadang, bila ada orang lain yang kekok melakukan sesuatu, hatiku berbisik, "ish dia ni. Benda simple pun tak reti ke?". Tanpa aku sedari, aku bersikap angkuh dalam ilmu yang Allah berikan kepadaku. Sedangkan yang membuatkan aku tahu adalah Allah. Dan yang membuat mereka tak tahu juga Allah. Apakah aku merasakan tanpa Allah, aku mampu faham walaupun tidak dipilih oleh Allah untuk faham? Jawapannya sudah pasti tidak. Bacalah sebanyak mana, jika Allah tidak izinkan aku faham, nescaya aku tidak akan faham. Kerana Dia lah yang berkuasa terhadap segalanya. Tapi mengapa aku perlu angkuh tatkala didatangi orang yang kurang kefahamannya daripadaku? Mungkin saja dia lebih mengetahui daripadaku tentang perkara lain. Sekali lagi aku tertewas. Ya Allah, peliharalah aku dari sifat angkuh ini. Begitulah aku sebagai manusia yang lemah. Dalam setiap perkara yang berlaku, kadang-kadang aku tertewas, terlupa, terleka, terlalai. Tatkala melihat sesuatu kekurangan pada orang lain dan kelebihan itu ada pada diriku, aku kadang-kadang mudah diperdayakan. Bayangkan jika aku mendapati diriku ada sesuatu kekurangan, dan tidak ada kelebihan yang ada pada orang lain, bagaimanakah aku mahu dilihat dari mata orang lain? Bukankah aku percaya bahawa tiada manusia yang diciptakan di muka bumi ini sempurna dan "perfect" melainkan Nabi Muhammad solallahu 3alaihi wasalam? Insaflah anwar.. :'( p/s : sekadar teguran dan muhasabah diri sebelum tidur. Allah..**ditulis menggunakan bahasa dan kefahaman yang amat cetek tentang tasawuf. Segala teguran dialukan. Labels: Muhasabah sebelum tidur Group assignment
Sunday, December 16, 2012; 10:54 PM
Bismillah...
It's still December! Ada lagi ke yang tak wish birthday saya? Cepat wish sekarang okay. hihi. Mengade je. ^_^ Dalam pada kesibukkan tahun 5 ni, saya ambil juga kesempatan untuk update blog ni. Simply because I'm blogger. haha. Selepas kesibukan buat individual assignment tempoh hari, rupanya aku belum mampu duduk goyang kaki kerana kerjaku disambung dengan group assignment. Dan cabaran paling utama adalah kumpulan yang dibentuk secara "random". Check kat internet, tengok nombor ID pelajar yang akan sama kumpulan dengan kita. Ada la dalam 11 orang. Agak-agak, dalam 1000 orang tu, boleh ke aku nak kenal dan hafal nombor semua orang? +_+ So, problem pertama adalah mengumpulkan kesemua sebelas orang! Nasib baik ada "facebook". Agak membantu untuk mengumpulkan orang. Tapi masih tak cukup seorang dan ada yang tak selalu buka internet. Next step, mengadakan perjumpaan buat kali pertama. Maka kitorang buat undian dalam group fb. 4 orang je vote untuk buat hari Rabu. Hari khamis tak ada siapa yang vote. Dan selebihnya tak vote langsung. Alih-alih, ada sorang ni tetapkan buat hari khamis. Apekah?? Baik tak payah vote. -.- Berlaku kecelaruan di situ. Selepas bergaduh-gaduh, akhirnya tetapkan buat perjumpaan pada hari Rabu. ya, seperti dijangka, 4 orang je yang datang. hmmm.. Selepas perbincangan yang agak pendek, maka, beberapa kata putus telah disepakati dan di post dalam fb. Tiba-tiba ada yang tak puas hati dengan alasan keputusan tu tak adil sebab tak semua yang ada. PULAK! Dah buat perjumpaan kau tak nak datang. Maka gaduh la lagi sekali. +_+ Pelik la aku tengok orang arab ni. Kerja duk bergaduh jeee. Dan la gaduh dalam bahasa arab. Memang aku malas la nak campur. Dan kebanyakkan post ditulis dalam bahasa arab tapi dalam tulisan rumi. I really make a very high effort to read and to understand it. +_+ Ok, next step adalah pilih ketua. Masuk hari ni, dah 9 hari duk la bincang siapa nak jadi ketua. Tak settle2. Pelik aku tengok. Ok, honestly, aku tak nak jadi ketua sebab dak melayu ada 2 orang je dalam kumpulan tu. So better la budak arab je yang jadi ketua. Kan kan? Dan susah sangat, akhirnya, semua orang kena bagitahu markah individual assignment masing-masing. Siapa yang paling tinggi akan dilantik menjadi ketua. As expected, ada la dua tiga ketul je yang respond. Dan yang paling tak sedap hati, setakat ni, nampak macam aku je markah paling tinggi. Damn! Kalau aku la jadi ketua, first of all, aku nak semua orang cakap english dan post pun dalam english. It fair i guess. It's not your language, neither me. You speak arabic and I speak malay. Fair la English. Ececeh. Belum pape lagi kau dan berlagak macam ketua. hihi. Shaadapp youu. Ni practice je okaayyy. Hmmm..Aku harap dapat settlekan benda ni secepat mungkin. Aku banyak lagi benda lain nak kena fokus. Jawatan dalam persatuan dan batch ni pun, rasa macam nak lepaskan je. Tak terkejar laa nak buat semua benda. +__+ MY MAIN FOCUS IS TO STUDY MEDICINE HERE. Okay dah. Malas nak buka topik baru. Hari ni memang aku nak cerita pasal group assignment yang ntah apa-apa ni. Poning kepalo den. Kbai~ . Learn from cartoon..
Wednesday, December 12, 2012; 7:13 PM
Saya jarang tengok movie. Kadang-kadang tu bila rasa nak tengok, saya akan pilih tengok cerita cartoon. But not anime la kan. Anime sangat jarang la. Even it's cartoon, yet a lot of thing to learn from them. huhu. ^_^ >>Ratatouille Movie |