Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

3 hari vs 3 jam
Tuesday, June 26, 2012; 12:39 AM

Bismillah...


3 hari berkurung dalam rumah. Niat di hati nak tamatkan pembacaan dan penghafalan secepat mungkin. Lapar di perut ditahan. Makan cuma sekali sehari di waktu malam. Mengatuk di mata dilawan. Beberapa cawan 'nescafe' menjadi hidangan. Kemalasan tidak dilayan. Tangan terus membuat nota. 314 muksa surat mesti dihafal dan difahami. Kesemua 'case study' dan soalan mesti dijawab. Kehidupan apakah semacam ini? Tidak memberikan hak kepada yang perlu.

Secara tiba-tiba, hati berdegup kencang. Tangan menggigil. Jiwa gelisah. Tidak mampu nak meneruskan pembacaan. Adakah ini suatu petanda. 

Dan rasa macam nak demam..Memang sudah dijangka. Mengapa perlu sekarang? +__+

**Baru 3 hari buat macam tu dah mengada nak demam. Para penuntut ilmu terdahulu mampu bertahan dengan rintangan yang lebih berat. Lemahnya diriku ini. 

**Berbaki lagi 3 hari. Jangan engkau persiakan, anwar.

**3 jam duduk bersama Sheikh Rohim, mendengar kalam-kalam mutiara, peringatan, akhirnya dapat mengubat jiwa yang merindui dan kosong. Nasihat yang diberikan mengusik hati dan atas keberkatannya, Allah memberikan ketenangan dalam hati. Allah...Sungguh, Allah yang menurunkan rasa gelisah dan Allah juga lah yang memberikan ketenangan. Semoga terus bersemangat~

**Selamat berkursus selama 3 hari.



4 Lovers??



+_+
Monday, June 25, 2012; 9:03 AM
Bismillah...


Erm, tak taw kenapa tiba-tiba hati gelisah dan berdebar2 untuk exam ophthalmology ni. +____+ 




Where art thou? 




Kenapa hilang?




Dah xde orang nak teman baca buku..




0 Lovers??



-.-"
Sunday, June 24, 2012; 5:16 AM
Bismillah...


Erm, dalam pada kesibukan menyediakan diri untuk menghadapi final exam, hati seakan rindu dengan majlis-majlis ilmu bersama ustaz dan sheikh. Entahlah. Penat la macam ni. Ophthalmology exam. Nak hafal 314 muka surat. Cepat la habis exam. Musim-musim exam ni, nak keluar rumah, nak ke kelas sheikh pun serba salah. +__+ 


Betul ke tindakan saya ni? Tatkala saya membaca buku dan menghafal, bukanlah disebabkan itu, maka saya akan berjaya, tetapi kefahaman dan ingat itu diberikan daripada Allah. Begitu juga kejayaan itu adalah kurniaan daripada Allah kepada hamba-Nya. So, anwar, ingatlah, walaupun kau berusaha, jangan merasakan diri kau hebat. Kau bukan siapa-siapa tanpa Allah. Sedarlah anwar~


**Bestnya ustaz2 & ustazah2 boleh faham bahasa arab dengan baik. Jeles la -.-" 

2 Lovers??



Saturday, June 23, 2012; 4:52 PM


2 Lovers??



Friday, June 22, 2012; 10:24 AM




0 Lovers??



The war finally begin..
Sunday, June 17, 2012; 8:15 AM
Bismillah...




Finally, the war has begined. Hihi. Bukan war apa pun, final exam je. Macam tak biasa la pula kan. Final exam for fourth year medical students, school of medicine, kasr el-ainy ^_^ Bermula dengan subjek Community Medicine, memang agak mencabar. Subjek yang terkenal dengan ketebalan buku dan sepatutnya menjadi subjek yang senang tetapi akibat maklumat yang banyak menyebabkan pelajar terkeliru dan akhirnya menjaga agak susah. lol. 



Dalam pada banyak nak kena baca pun, saya awal-awal lagi dah habis baca. Berbaki dalam 5 hari lagi saya cuma buat latihan dan ulang-ulang baca. Nampak gaya seperti sudah sangat bersedia. Di tambah lagi dengan malam nak exam saya cuma tidur 2 jam je. Namun, tatkala kaki melangkah ke dewan exam, hati seakan gementar. Aduh. +_+ Tiba-tiba kot. Mungkin saya terbayangkan kenangan pahit masa lampau. err... Saya cuba membaca beberapa keratan ayat bagi menenagkan hati. Alhamdulillah, rasa gementar tu hilang sedikit. =) Dan ternyata, soalan exam ada yang tak dijangka2 akhirnya keluar. Rasa macam tiap2 kali exam macam tu kan. Soalan yang rasa patutnya tak keluar, keluar gak. heh! 3 jam memerah otak dan menulis. Akhirnya siap tak siap, hantar jugalah kertas. huhu.


orang paling kacak

orang paling gembira
Selang beberapa hari, bermula oral exam yang pertama. Datang dalam keadaan tak tidur malam. Bersungguh-sungguh berlatih soal jawab dengan roomate. Berlatih dengan soalan-soalan yang tak terjangka. haha. Sampai sahaja di university, kelihatan semua pelajar arab memakai "blazer" lengkap. Melayu, ada la sorang tu pun tak pakai, just pegang kat tangan je. hihi. Tak ada arahan pun pakai, lagipun dengan keadaan panas lagi kan. Sempoi je melayu, tapi masih kemas. =) Alhamdulillah, saya dapat doctor yang sangat baik. Doctor agak pelik saya menulis nama dalam ejaan arab tapi nak soal dalam english. Bagi chance la doctor, saya bukan minta bahasa melayu pun. hihi. Doctor pun tanya soalan dengan sebanyak-banyaknya. Nasib la Allah bagi ilham nak jawab. Alhamdulillah. 


Selang 4 hari, start exam E.N.T. Aaaaaa, sangat susah nak berbincang dengan roomate lain. Salah saya la, mengada nak pakai buku lain. Orang lain baca buku lain, saya pandai2 nak baca buku karangan doctor lain. Bila nak soal jawab, ternyata cara kami berbeza. Contohnya, 


Saya: Mad, apa silent area in head and neck?
Mad: 3F 3T 1S. 
Saya: erkkk..apekah??


Saya: Mad, indication for tonsillectomy apa?
Mad: ada 6.
Saya: eh, kat dalam buku ni ada 12! 


Buku orang lain baca

Buku yang saya baca

Akibatnya, saya kena study sendiri-sendiri. Bincang sorang diri juga. Bukan tak boleh nak bincang dengan buku lain, tapi last minit ni, kalau bercampur-campur maklumat, makin celaru la jawabnya. Seperti biasa, sehari sebelum exam, satu rumah tak tidur. Ada yang sungguh-sungguh menghafal, ada yang cuba tidur tapi tak dapat. Pagi tu, nampak muka sorang-sorang tak tidur. Haha! Seriously kelakar. Obvious kot muka tak tidur. Apa nak jadi la budak2 ni (termasuk diri sendiri). Semasa dapat kertas soalan ENT, ternyata, what common is common. Soalan-soalan past year since 2006 tu, banyak yang keluar. Alhamdulillah. =)




Now, tengah prepare untuk practical ENT dan oral ENT. Tapi saya nak baca subjek ophthalmology. Jangka masa exam yang lebih sebulan ni, diharap tidak terbabas kat mana-mana dan semangat dapat dikekalkan. +_+ Ya robbil 3ajjil bilfaraji..



Last but not least, lemang!



2 Lovers??



A day before final exam...
Sunday, June 3, 2012; 4:58 AM
Bismillah...


Uh, bila kira kira, dah hampir 2 minggu duk melekat kat meja ni. +_+ Tak de lah melekat sangat kan. Boleh lagi melompat-lompat. hihi. Pen dan buku menjadi teman baik. Even pergi makan pun tak nak tinggalkan. ^_^ Bukan tak nak tinggalkan, tapi buku dengan pen tu yang nak ikut sangat. Orang dah cakap dah, bahaya, nanti terkena kicap ke, kena air ke, tapi dia degil, nak juga ikut. Heh! Orang bagi je lah dia ikut. 

Tengok, mula la tu buat cerita merapu tu. Ngeng. Gigih betul study. Pastu bila dah letih, main tetris. Semua ni sebab nampak kawan main kat FB. Hani Nordin. Huh, dia terer la kot. Maybe sebab dah lama main la kan. Orang baru je lagi. Pastu sambung study balik. Letih je, main tetris. Apekah????

Eh, ok lah, saje je ni merapu kejap. lol. Fighting! Esok start final exam. Sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la 11/7. Doakan eh. =)


2 Lovers??



manusia...
Friday, June 1, 2012; 3:38 AM
Bismillah...



Manusia.
Manusia seringkali menangis.
Manusia seringkali memarahi.
Manusia seringkali disakiti.
Manusia seringkali berdendam.
Manusia serinkali cemburu.

Manusia menangis kerana manusia juga.
Manusia marah juga kerana manusia.
Manusia sakit juga kerana manusia.
Manusia berdendam juga kerana manusia.
Manusia cemburu juga kerana manusia.
Dan bukanlah kerana binatang.

Kerana manusialah yang membuat manusia lain menangis.
Kerana manusialah yang membuat manusia lain marah.
Kerana manusialah yang menyakiti.
Kerana manusialah penyebab manusia berdendam.
Kerana manusia itu pasti cemburu dengan manusia.

Tapi, 
Ada juga manusia yang gembira. 

Namun, 
Kegembiraan itu tidak berkekalan,
Jika manusia gembira kerana manusia.

Ternyata,
Manusia itu menyakiti.
Mengapa manusia melakukan sesuatu kerana manusia?

Jika tidak mahu menangis kerana manusia,
Jika tidak mahu marah kerana manusia,
Jika tidak mahu disakiti kerana manusia,
Jika tidak mahu dendam kerana manusia,
Jika tidak mahu cemburu kerana manusia,
Tinggalkanlah manusia.

Tinggalkanlah manusia dari hatimu,
Bukanlah dari fizikalmu.
Semoga engkau tidak akan disakiti kerana manusia.



***************************


Hakikatnya, segalanya adalah daripada Allah. Didatangkan kepada kita melalui manusia lain. Janganlah melakukan sesuatu kerana manusia. Lakukanlah hanya kerana Allah wa bass. =)


p/s : ala-ala puisi sikit kan? Tiba-tiba 'mood' puisi. hihi. Eh, 3 hari lagi nak exam. Tolong2!!! +_+

0 Lovers??