Little Paris
Rules & Regulation

Welcome to my lovely blog.
Hush & Listen up!

You're NOT allowed to:-
-Copy, Rip, Spam, Steal & more...!

If you hate me, kindly click the red 'x' button on the top-righthand corner of the screen.
If you love me, please stay to enjoy. :D



Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Mind your words.
Leave you footsteps here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.



Kasr el-Ainy Mission

1)To graduate quality physicians capable of implementing various levels of health care practices, following medical ethics and ready for continuing professional development.

2)To train specialized physicians to conduct advanced scientific research, apply updated technologies and follow national and international medical standards.

3)To care for the development of the competitive edge of human resources, serve the community and share in solving national health problems.



Rewinds

By Post:
- hati
- it's about to start..
- Pilihan.
- Alhamdulillah. Debaran berakhir.
- gelisah, result exam.
- I am sooo speechless
- konvo..
- time difference
- sankiyu ma dear
- Kisah isteri dan pakaiannya




By Month:
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
January 2009
February 2009
March 2009
April 2009
May 2009
June 2009
July 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009
January 2010
February 2010
March 2010
April 2010
May 2010
June 2010
July 2010
August 2010
September 2010
October 2010
November 2010
December 2010
January 2011
February 2011
March 2011
April 2011
May 2011
June 2011
July 2011
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
October 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
June 2013
July 2013
August 2013
November 2013
December 2013
March 2014
April 2014
May 2014
June 2014
July 2014
October 2014
November 2014
December 2014
January 2015
February 2015
July 2015
August 2015
November 2015


Follower



Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   

Sunday, May 27, 2012; 4:19 AM


"Although they plan, Allah also plans. And Allah is the best of planners." 
-Surah Al-Anfal: 30-

2 Lovers??





"No amount of guilt can change the past and no amount of worrying can change the future" 
 -Saidina Umar Ibn al-Khattab radiallahu 3anhu-

0 Lovers??



one week before my final exam
Saturday, May 26, 2012; 10:30 PM
Bismillah...


Jadual exam yang dikeluarkan oleh Cairo University untuk 4th year student, shcool of medicine, kasr el-ainy. 




Jadual yang entah berapa kali nak ubah. Harap-harap lepas ni tak ada la ubah-ubah lagi eh. Susah nak bajet masa la kot. huhu. Bila tengok balik, memang patut la kitorang habis lambat. Setiap subjek = satu minggu. Student kat malaysia start lebih lambat tapi habis lebih awal. Exam diorang dalam seminggu je. Tapi kat sini, memang 'ma3ruf' exam yang begitu lamaaaaaaaa~ **Patut bersyukur ada banyak masa nak prepare**



Ni jadual yang telah dipermudahkan. hihi. Saya termasuk dalam group 1. Group tu untuk oral exam ye. Nasib baik la untuk clinical year dah tak ada practical exam masa final. Sebab dah memang sepanjang tahun duk practical je dengan pesakit kan. 


Selama 4 tahun belajar di sini, saya dapat perhatikan satu perbezaan yang amat ketara antara orang melayu dan orang arab. Orang arab sangat la malas nak datang kelas. Sebulan dua bulan sebelum final exam, masing-masing dah tak datang kelas. Study di rumah la kot. Amat berbeza dengan budak-budak melayu kat Cairo University ni. Walaupun sekarang ni adalah waktu study leave, masih lagi minta doktor untuk buat kelas revision sampai minit-minit terakhir. Gigih betul orang melayu ni. Dah la kelas tak ponteng, dah bagi cuti, tak mahu cuti. hihi. 


Pernah sekali, doktor cakap, "you don't need the revision class. What we teach you in class is enough". Tapi budak-budak ni bertegas gak nak buat. huhu. Dan saya, tak tahu nak dikategorikan yang mana. Saya tak lah suka ponteng kelas macam budak arab. Tapi saya punyai pendapat yang berbeza. Bagi saya, masa study leave perlu untuk minit-minit akhir ni. Dan tak berapa minat dengan kelas revision yang menggunakan cara pembelajaran yang sama seperti dalam kelas-kelas biasa. Tapi ikut masing-masing la kan. Yang penting masing-masing kena usaha betul2. Jangan terleka sangat ok? ^_^ Jum2 sambung study balik. NINJA!!!



p/s : tak ada yang nak tanya ke macam mana chess tournament hari tu? huhu. Takpe, saya jawab juga, dapat nombor dua sebab kalah dengan orang melayu gak. sekian~

4 Lovers??



Thursday, May 17, 2012; 12:54 AM


2 Lovers??



My last class
Monday, May 14, 2012; 11:03 PM
Bismillah...


Tomorrow will be my last class for 4th year as medical student! It feel like the time runs soooooo fast! huhu. Not so fast actually because I still have about 3 years to go. 11/5/2012, it's great to see my friends from Vanderbilt University have had their convocation. I was there but I'm quite shy so I don't reveal myself to other people. hihi. Congratulation to you~






~you can watch here~




As tomorrow will be the last day, so tonight I need to do all the calculation and try to finish my job as 'bendahari batch'. I hope this will be the last calculation as I need to focus on my final exam which is just around the corner. aaaaaaa, study2!!! But still, my job as 'bendahari' for the student community here will not stop tomorrow. We have plan a program for this summer break so we need to find as many people as we can and persuade them to join this! ngaaaaa. What sound is that? +_+ But my priority will be my medical studies and it remains number one. Manage your time anwar! 





It takes 1:02:15 to finish this game!


Also, tomorrow I will have my semi-final for chess tournament. Yosh, I'm quite confuse actually, how can my faculty can organize this sport's week when all the students are busy preparing for their final exam? haha. Even though I'm confuse, I'm entering it. LOL. 


Ok, it just a quick update and I will update more later. Need to spend more time with booksssssss than other. Take care! Wish me luck~




2 Lovers??



Thursday, May 10, 2012; 12:56 AM


0 Lovers??






"Sesungguhnya Allah suka pada hamba-Nya yang banyak bertaubat"



p/s : kalau nak tutup lagu, tekan kat icon music dekat belah atas kanan. =)

2 Lovers??



"He knows the value of oxygen"
Tuesday, May 1, 2012; 11:02 AM
Bismillah...





Uh, sedinya bila tengok balik blog ni. Baru saya perasan yang bulan 4, saya cuma post 3 kali je kat blog ni. =( Maaf, maaf. Kesibukkan saya menghalang daripada menulis di blog ni walaupun banyak perkara yang ingin saya kongsikan. Akhirnya, saya terus membatalkan niat saya untuk menulis tentang perkara yang berlaku ketika itu. Dengan peluang cuti Hari Pekerja hari ini, maka saya mengambil peluang untuk tulis laju-laju. hihi. Risau lepas-lepas ni bertambah tak sempat. Yela, final exam pun dah makin dekat!







Sejak masuk 'clinical year' ni, memang banyak berjumpa dengan pesakit. Pesakit dengan macam-macam penyakit. Tapi hari ni saya nak cerita apa yang terjadi semalam je. ^_^




Semalam semasa di hospital, doktor telah memanggil beberapa orang pesakit. Pesakit pertama adalah seorang lelaki yang umurnya hampir 60 tahun. Beliau telah menjalani tracheostomy disamping total laryngectomy dan partial pharyngectomy. Maka disebabkan itu, dia akan bernafas melalui lubang yang ada di lehernya dan bukanlah melalui hidung atau mulut seperti manusia biasa. Tak cukup dengan itu, keseluruhan larynx dan sebahagian pharyx yang salah satu fungsinya untuk menghasilkan suara telah dibuang.




Namun, doktor menerangkan bahawa pesakit ini mampu bercakap selepas pembuangan vocal cord, walaupun tidak berapa jelas suaranya. Caranya dengan menyedut udara ke dalam oesophagus dan menghembuskannya yang akan menyebabkan getaran pada 'pharyngeal muscle' dan menghasilkan bunyi (oeshopahgeal speech). Dan pesakit ini perlu menutup lubang di lehernya setiap kali ingin bercakap. Sedih juga hati melihat keadaan pesakit sedemikian rupa. -.-"




Kemudian, pesakit ketiga, seorang lelaki, juga masuk dalam keadaan terdapat lubang di lehernya. Tetapi kali ini, pesakit ini masuk bersama salah seorang ahli keluarganya. Apabila disoal, rupanya pak cik ni baru je dimasukkan ke hospital semalam kerana tidak dapat bernafas. Sebenarnya, pak cik ni ada penyakit rhinolaryngoscleroma, salah satu cancer yang menyebabkan ketumbuhan dan menutup salur penafasan. Maka udara yang disedut melalui hidung mahupun mulut tidak dapat disalurkan ke dalam paru-paru. Pesakit sudah mengidap penyakit ni sejak 25 tahun yang lalu dan semalam adalah keadaan penyakit semakin teruk.




Saya tidak dapat membayangkan, bagaimana keadaan pesakit ketika itu. Tidak dapat bernafas, sudah pasti amat menyeksakan. Maka doktor telah mengambil langkah pantas untuk menjalankan tracheostomy, di mana lubang ditebuk di bahagian leher untuk membantu oksigen masuk. Allah...Saya agak terdiam mendengar cerita itu. Doktor pula pesan, "pesakit yang telah menghidapi penyakit ni dan menjalankan operation ni, lebih mengerti dan menghargai oksigen itu". Saya yang mendengar terus menunduk malu, bertapa nikmat oksigen yang kita tidak nampak, tapi kita menggunakannya hampir setiap saat, mempunyai nilai yang amat tinggi. Namun, jarang sekali saya mensyukuri nikmat oksigen itu.




 Baru saya sedar, nikmat itu kadang-kadang kita tidak merasainya sehinggalah dicabut nikmat itu dari kita, baru kita akan mula memikirkannya. Jika kita memikirkannya sebelum ia dicabut, sudah pasti kita terus mensyukuri pemberian Allah. 








Juga, pesakit ketiga ini tidak lagi mampu bercakap. Segala maklumat yang saya ceritakan tadi diceritakan oleh anak pak cik itu. Pak cik tu hanya mampu mengangguk dan menggelengkan kepala sahaja. Bagaimana agaknya perasaan pak cik ni, jika difikirkan, semalam dia mampu berkata-kata, tetapi secara tiba-tiba, esok tidak lagi bersuara. hmmm.. Perkara ini membuatkan saya terfikir. Segalanya boleh berlaku sekelip mata sahaja. 




Dengan melihat keadaan pesakit dan mendengarkan kisah mereka sahaja, dapat mengetuk hati saya bertapa banyak nikmat Allah itu, dan salah satunya adalah nikmat sihat itu sendiri. Dan sakit itu juga didatangkan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Dan yang menyembuhkan juga adalah Allah. Walaupun pesakit berjumpa dengan doktor, tidaklah bermaksud pesakit berharap pada doktor bukanlah kepada Allah, juga tidaklah bermaksud doktor yang mampu mengubatnya, bukanlah Allah yang menyembuhkan. Tetapi, kita sebagai hamba-Nya berusaha mencari jalan untuk mengubati penyakit itu, dan atas usaha kita itu, moga-moga Allah membalas dengan kesembuhan. Bukankah Allah suruh kita berusaha, kan? =)


Cukup la kot saya cerita setakat ni. Saya cuma memasukkan pesakit nombor 1 dan 3 je sebab operation yang dijalankan adalah sama. Bukanlah untuk mengaibkan pesakit, tetapi untuk menyampaikan pengajaran yang saya dapat. 

5 Lovers??